Wednesday, October 31, 2007

Cerita Raya ver.3

Hari ni nak citer lagi xtvt beraya aku sepanjang mggu lepas. Tapi kali ni tak semeriah 2 minggu lalu. Xtvt yg biasa2 je..


Bermula Jumaat 26 Oct 2007. Kompeni tempat aku bekerja ni..telah mengadakan open house kepada semua staffnya..acara mkn2 akan dimulakan pada pukul 2.30 ptg, jadi tepat jam 12.30 petang..aku dan k.een telah memujuk ret pulang ke rumah kami atas tujuan menjemput anak2 kami. Thanks a lot ret...sampai je kat umah, tgk hero2 kecikku dah siap pakai baju melayu..tggu adik ipar aku bersiap sebentar dan meneruskan perjalanan ke rumah k.een pula. Sampai umah k.een..sambil2 mkn kuih-muih..k.een dan anak2 bersiap. Tahun ni..kami turun ketempat jamuan agak lewat dr thn2 sebelumnya..sampai je bwh..tgk panjangnya barisan..sure tak de tempat duduk..so lepas bersalaman dgn big boss..kami semua msk ke dlm cafe cari tempat duduk..thn ni..mknan dia..lebih kurang sama je mcm thn2 lepas..tak de beza..lepas mkn..bw anak2 aku naik opis...tepat je kul 5pm..terus angkat kaki..pulang ke rumah...

Sabtu 27 Oct 2007. Janji jumpa ngan ret kat petronas samudera kul 2.30pm...ret sampai je..terus kitorang bertolak tuk rumah ana coz dia ada buat open house plus bday celebration yang pertama tuk anak dia. Ramai gak yg dtg..mostly budak2 dept dia. Lepas mkn2 ala kadar, kami terus pulak ke rumah kak maznah di pandan. MRR2 pada hari tersebut punyalah jammed. Ktorg sampai je rmh kak maznah dah pkl 5..mkn2 dgn bestnya sambil beramah mesra ngan budak keletah "wafa" yg baru berusia 2 thn...tp tersangatlah comel dan fasih bercakap..tak de pelat walau sikit pun..geramnya..rs nak cubit je pipi budak tu. Untung mak ayah dia dpt anak sebijak wafa..dari citer kak maznah..ms mak budak tu pregnantkan dia..mmg mak dia saaaangattt rajin membaca Al-Quran..dan hasilnya..dptlah anak yg secerdik wafa..sejuk hati. So, sapa2 yg tgh pregnant skrg n ingin dapat anak mcm tu..rajin2kan membaca Al-Quran k. Tepat 6 petang, kami meminta diri dr tuan rumah. Ret dan bondanya ke rmh k.een..tp aku n co. terus blk rmh sbb mlmnya kami ada acara mkn2 di rumah kwn suamiku. Sampai rmh dah maghrib, terus mandikan anak2 dan siapkan mereka..lepas maghrib terus bertolak ke cheras baru. Menu mlm tu, laksa kedah...laksa lagiii..thn ni asyik mkn laksa je..sian suamiku..sekadar memandang je..aku gak yg mkn..hehehhe.

Ahad, 28 Oct 2007. Sepatutnya hari ni aku n ret akan ke rmh ila..igtkan nak join ret mlm sikit..tp memandangkan situasi yg tidak mengizinkan terjadi ke atas ret dan keluarga..maka aku pun secara tak langsungnya gagal menghadirkan diri ke rumah Ila..sorry ye Ila..next time jemput lagi yer..

Wednesday, October 24, 2007

Cerita Raya ver.2

Tahun ni adalah tahun yg paling sakan sekali aku beraya..boleh dikatakan hampir setiap hari ada je rumah akan aku jejaki walaupun tak dijemput. Perlukah dijemput, br nak bertandang?? tak perlukan sbb hari raya kan..heheheh.

Start Jumaat 19/10/2007, selepas je solat asar kami sekeluarga bertolak ke Subang USJ, singgah sebentar di Mydin Mall menemani ibu mertuaku membeli brg2 keperluan dapur. Setelah hampir 2 jam berada di pasaraya tersebut, kami meneruskan langkah seterusnya ke rumah mak cik suamiku di USJ 11. Setibanya disana, kami menunaikan sebentar solat fardhu maghrib yg semakin hampir kepenghujungnya..iskk tak baik betulkan solat hujung waktu ni. Moga tak selalu la yer. Jalan2 jugak..tapi solat jgn tinggal yer kawan2. Setelah menjamu selera beberapa jenis kuih muih, kami pun meminta diri utk pulang kerumah kerana jam hampir menunjukkan pukul 10 mlm.

Sabtu, 20/10/2007, Selesai solat zohor..kami menggerakkan diri kami ke KFC wangsa Maju kerana mendapat jemputan majlis hari jadi anak sahabat kami yg pertama. Hujan yg turun secara renyai2 telah mengakibatkan jalan jammed yg agak hebat. Kami tiba di lokasi majlis pada pukul 2.30pm. Majlis sepatutnya bermula pkl 3, tp disebabkan para hadirin yg lain tiba lewat..maka kami mulakan acara mkn2 pd pukul 3.30pm. Tuan rumah menyuruh aku utk bermain game pada hr tersebut..tp kerana kami telah berjanji utk ketempat lain..maka lebih kurang pukul 4pm kami terpaksa meminta diri. Kami meneruskan perjalanan ke rmh sahabat kami di keramat AU. Setelah melepakkan diri barang satu jam..kami meneruskan pula ke rumah berikutnya di Pandan Indah. Kami tiba disitu lebih kurang pkl 6 ptg. Akibat hujan yg masih turun dan keadaan anak2ku yg amat menggemari rumah tersebut telah membuatkan kami melepakkan diri dengan kadar yg amat lama dari biasa. Sedar tak sedar jam telah menghampiri pkl 11 mlm. Kami pun memohon diri utk pulang, walaupun telah dihalang tuan rumah tersebut...hehehe..len kali la yer, kami pi..kali tu kami akan bw kain baju sekali hehehe. Setibanya dirumah..kami terus menidurkan diri.

Ahad, 21/10/2007. Akibat kepenatan beraya pada hari sabtu, kami bgn agak lewat..terus mengemas rumah dengan dasyatnya kerana mendapat panggilan dari sahabat2 suamiku untuk bertandang ke rumah. Pemberitahuan yg last minit telah menyebabkan aku cuma sempat menggoreng bihun semata2..ha tu la..len kali plan awal2. Dan hari itu juga satu sejarah baru telah tercetus..buat pertama kalinya dalam hidupku, aku melihat suamiku memotong sayur dan juga cili dgn bertungkus lumus...hahaha..lucu2. Kawan2 tiba dlm pkl 3.30pm, setelah makan dan melepak ala kadar..kami telah menjoinkan diri utk kerumah yg berikutnya..Lebih kurang 6.30 ptg, kami semua bersurai. Setiba dirumah, dan selepas menunaikan solat maghrib..kami meneruskan langkah berikutnya ke semarak. Melepakkan diri sambil makan2 dan menonton my team yg tak best. Jam 10 mlm, kami terus plg kerana keesokkan harinya kami perlu bangun untuk menunaikan tugas demi negara tercinta.

Balik sahaja dari opis 23/10/2007, bapa mertuaku mengajak kami beraya di rumah kakak iparku di kg dato harun. Kami bertolak selapas maghrib dan tiba disana dlm pkl 8.30 mlm. Menu mkn mlm tersebut ialah nasi dan kuah lodeh serta sedikit kuih muih. Selesai mkn dan bersembang ala kadar kami pun meminta diri utk pulang. Penatnya beraya pada minggu tersebut telah menyebabkan anak2ku tido dengan nyenyaknya.

p/s: teringat kata2 abg long "i love raya" hehehe

Monday, October 22, 2007

Cerita Raya

Aksi-aksi abang long dan adik

Seawal 7 pagi 12 oct 2007, aku dah gerak utk pulang ke desa tercinta. Perjalanan pulang agak lancar..cuma kenderaan agak banyak terutama sekali bila dekat nak sampai tol dgn lepas tol sikit..tp ok la..tp apa yg aku musykil..sepanjang perjalanan tu byk betul signboard yg tulis "Selamat Datang Ke Taiwan" Aiyark..tahu la dah lama tak blk kg..takkan la jalan nak balik kg pun dah leh masuk negara org lain..hehehhe..lebih kurang kul 3.30 kami pun tiba...lama gak la..sbb suamiku tu pemandu berhemah orgnya..:)


"Selamat Datang Ke Taiwan"

13 Oct 2007, Wahh dah raya..aku antara yg terawal bgn..lepas gosok baju aku, suami dan anak2..aku kejutkan anak2..bisik kat telinga abg long.."bgn bang long hari ni hari raya" terus siapkan dia baru kejutkan adik plk..lepas siap..semua salam raya ngan mak abah dan adik beradik yg lain..lepas derang blk solat raya, (Aku tak pi sbb kena jaga anak2 :) ) aku dan suami gerak pi umah tok..beraya ngan wan dan sepupu2 serta mak dan bapak nakan(sedara) aku kat sana..Sedih tengok wan aku kat sana..mesti tgh teringatkan arwah tok...pastu gerak blk rumah, tggu kedatangan sedara mara sebelah mak plk.

Raya kedua lak, Macam biasa keluarga aku plk berjalan2..tp tak pi mana pun..just pi aloq setaq jer. Mula2 melawat rmh mak cik aku pastu pi rmh sepupu mak dan last sekali pi rumah kawan aku yanti yg telah selamat menjadi isteri org pada sabtu 20 oct 2007 yg lepas. Tahniah buat sahabatku..moga jadi seorg isteri mithali. Aminn...Malamnya..aktiviti yg ditunggu2 telah tiba..abang aku telah membakar mercun yg maha besar dan menggegarkan seluruh pelosok kampungku. Perghh best giler..tgk mercun yg colourful itu secara live. Kalau tak selalunya tgk kat tv je sempena tahun baru.

Raya ketiga sampai keempat aku still kat kampung..jalan2 rmh sedara mara dan kawan2 yg dah lama tak jumpa. Pestime pi beraya paling jauh...nun sampai negeri perlis. Dapat jumpa gak ngan salah sorang kawan lama aku ms kat uitm dulu..hmm dah pregnant pun..makin berseri2 wajah.
Pendek kata raya tahun ni ada best dan ada gak la sikit yg tak best.

Masuk je hari Raya kelima, aku pun bergerak utk pulang ke kotaraya yg penuh mencabar "key el". Hmm..kejap je..dah kena msk keje blk. On the way blk aku yg kebosanan dlm keta, snap la gambar2 yg aku kira menarik kat jalan..dan satu kisah misteri telah berlaku..korang pasan tak..kat tepi hway ada patung dok pegang bendera dok lambai2. Ha..aku yg gatal tangan ni amik la gambar patung tersebut...patung tu selalu pandang depan kat..tp..bila aku tgk kat kamera aku..patung tu tengah pandang kamera aku..uishh..aku yg musykil ni tanya la suami aku.. "patung td tu pandang mana ekk?" pantas suamiku menjawab "pandang depan". "Iskk, apsal dlm gambar ni dia pandang kamera ni??" tanyaku lagi sambil tunjukkan bukti kat kamera tu...dan sepanjang perjalan menuju ke KL ni..semua patung kat tepi jalan aku tgk..mmg sah..semua pandang depan..kecuali patung yg aku snapkan gambarnya itu..nak je aku delete..tp suamiku halang..biarlah jd misteri yg tak terungkai...:)

Awat patung ni pandang ke arah aku??

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya

Antara juadah yg kitorang makan

Sedar tak sedar lagi 2 hari kita semua dah nak berhari raya...riang sungguh rasa hati sbb tahun ni aku akan beraya bersama keluarga di Kedah..dah lama sgt tak jumpa mak abah dan keluarga serta ayam, kucing, lembu dan kambing jiran serta sawah bendang..wah..syahdunya..huhuhu
Tak sabar betul rs nak balik sana...last aku blk hujung bulan 4 lepas..1st time paling lama tak balik kg..dan paling tak sabar nak makan masakan mak..ermm sedapnya..

Cakap pasal makanan, untuk pertama kalinya selepas hampir 5 tahun aku berumahtangga, smlm,bertempat di secret recipe, aku berbuka puasa cuma berdua dengan suami tercinta. Betul la kata org kadang2 berdua lebih baik..hehehe...tp ms tgh berbuka tu tingat gak la kat anak2. Ktorg ni bukannya tak suka berdeting berdua sll...tp tu la, perangai aku ngan suami sama..tak leh la kalo buat aktiviti santai tanpa anak2..rasa mcm bersalah je..ye la..dah la pegi keje awal, blk lambat...tup2 tiba2 nak bersenang lenang berdua lak..isk..bersalah betul rsnya..tp semalam kiranya ktorg pecah tradisi sendiri la, bersantai tanpa anak2...enjoy sesangat..mkn berdua (walau dikelilingi org lain la). Sebelum berbuka tu ktorg jalan2 cari barang2 anak2 dan tuk parents suamiku tercinta..dah dekat nak buka baru sama2 gerak pegi makan. Kenyangnya tak payah nak ckp la..sampai dah tak larat nak berjalan..aku pun terkejut tgk suamiku order..byknya..air sampai 5 jenis (termasuk sirap free) sampai naik takut aku nak order. Tp tak sangka abis gak makan..Terima kasih yer bang sbb belanja smlm. Enjoy sgt2.

Dan buat semua kengkawan yg jengah kesini, aku sekeluarga amik kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin...berhati2 di jalan raya. Doakan kami sekeluarga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Aminn...

Monday, October 8, 2007

Duit lagikk

Hehehehe..suker betul idup aku posa tahun ni..jumaat lepas..walaupun aku ada moody..sbb ada la satu perkara yg membuat hidup aku tak keruan...tak suka betul bila org tak reti nak appreciate apa kita buat...dan tak suka betul bila ada saja kaki bodek yg sll dpt perhatian..kan ret kan..tapi biarlah semua itu berlalu...isk..tak nak aarrr citer pasal benda tu..

Nak citer psl duit sebenarnya..duit raya lagila..hehehe...apa?? korang tak caya?? PERCAYAlahhhh..hehehe..tuk kali keduanya..ex boss aku yg digemari ramai telah menghadiahkan duit raya sebanyak RM100 pada jumaat lepas kat org2 terpilih sajer...iaitu aku, ret dan k.een..memula tu mmg tak sangka..actually..mmg dah lama ktorg bertiga plan nak belikan something kat dia sbb dia selalu sgt banjer ktorg mkn..so Jumaat lepas ms lunch..kuarla aku dan k.een tanpa ret..(sbb ret pun moody gaks..) pi medan mara belikan kuih muih yg sedap2 tuk diberi kepada ex boss kami ni...lepas dah dpt apa yg dicari..pulanglah kami ke opis..

Tengah kalut2 masukkan kuih2 tu dlm paper bag...ex boss kami muncul..sambil menghulurkan sampul duit raya...ishh apa ni..malunya aku nak amik...tapi amik gak la kan..kang org ckp tolak rezeki lak...heheh:)..pastu kami pun hulur la kat dia kuih2 raya tu..dia pun nampak malu dan terkejut nak amik..dia kata "ishh apa ni??"..hehehe tapi tu je la yg mampu kami buat tuk balas budi baik dia tu...semoga raya tahun ni..bermakna buat dia dan keluarga..hehehe..dlm angan dan sedar ni..rupa2nya..aku dah dpt duit raya sebanyak RM250...tak sangka btl dah jadi mak org pun still dpt duit raya...moga2 murah rezeki aku dan keluarga aku tahun ni...aminn..

Friday, October 5, 2007

1st Duit Rayer


Selamat...selamat...hari rayer....wahh..sukernyer daku ptg smlm dgn tak semena2 dapat 1st duet rayer for the year...ishh..memula tu i malu la nak amik..tp dah org tu hulurkan gak..takkan tak amik lak kang...kang dituduh tak hormat org tua laks..heheheh..Ekceli org tu bukan org lain...tp pengarah aku yang bermurah hati nak bg duit tu...suker tahap gaban nak terbang la..opss chup chup..gaban leh terbang ke ekk?? ako lupa..:)

So kepada umat2 dept lain..jangan jeles k..korang p la mintak kat pengarah korang lak..kot2 la dpt gak..korang gak untung kan..ekceli..bkn aku sorang dapat duit tu..tp semua golongan support staff mcm aku dapat..dan mmg ktorg dah expect pun nak dpt..sbbnya tahun lepas dia start bg kat ktorg..so thn ni otomatik la dpt kan..tak adil la kalo dia tak bg thn ni..dah la thn ni gomen tak de bonus..hehehe..tak dak kena ngena pun sebenarnya ok..

Jadi..sebagai sorang pekerja yg berdedikasi..Aku ucapkan..Terima kasih byk2 yer boss.. Tahun depan kasi up lagi yer...hehehe..ooppss sebelum lupa..korang tgk total duit tu byk yer?? jgn salah sangka k..tu gabungan duit aku ngan duit retna..sajer nak kasi byk sikit...so nak tau bp kami dapat sorang..sila divide by 2 ok...chow..adioss..

Thursday, October 4, 2007

Kisah Semalam

Selamat Hari RAYER..yey yey nak raya dah...cepat betul posa thn ni aku rasa..tup2 dah nak raya kan...tp baju raya aku..satu pun belum ada..guano ni?? cam ner nak rayer?? isk..isk..ada ke sesapa yg baik hati nak sponsor baju raya kat aku tahun ni?? hehhehe..dialu-alukan ok...:)

Oklah sebenarnya nak citer kisah smlm..byk betul kejadian yg berlaku dari pagi semlm sampailah mlm sebelum tido mlm td...semalam aku bz sesangat..tak dok diam la..dari pagi dah kena pi putrajaya..ada keja kat MOF sikit..pastu balik..sambung buat keje opis..pastu lunch hour projek ngan geng buat kuih raya..sambung tradisi tahun lepas..terkejut ekk?? biasa la tu..buat kecil2an..utk diri ktorg sendiri..bukan amik tempahan ok..ala..bkn kuih yg ssh pun..senang je..popia riben tu je..hehehe..jgn la terkejut sgt..bknnya buat almond london ke apa..:)

Itu ok lagi..lepas lunch..mcm biasa bz tak hengat dunia..tup2 baru sedar dah kul 4..hubby msg tanya dah beli lauk ke?? alamak..lupa la..mcm mana nak berbuka ni??? tak pe..tak pe katanya..kita buka kat umah mak (mertua aku la tu)..kita beli je lauk kat bazar kat umah mak..pastu bebrbuka ngan derang..lagipun mak cuti hari ni ..so mesti mak masak..kata suamiku..aku pun dgn senang hati setuju je la...dan smlm gak la aku blk lambat sikit dr opis...sebab bz la kononnya...tak suker tau..

Tapi sesampai je umak mak..tgk dari kejauhan keta abah tak de..ishh..ms tu dah kat kul 6..tanya adik ipar dia ckp derang blk kg...rs hati mcm tak sedap dah..tapi tak pe...aku hangkut hero2ku pi bazar..beli nasi lemak bungkus (hubby nak sgt ni...hehehe..sedap bang??) 7 bungkus...roti jala sikit..pastu bunga api kat hero2ku...kononnya ok la tu..buat alas perut ..sbb for sure mak mertuaku blk..dia belikan apa2 tak pun buat nasi goreng ke..kata suamiku lagi. Balik dari bazar je..adik iparku ckp mak ngan abah tgh sangkut dlm jammed..ha sudah..jam dah kul 6 lebih...nampak gaya mmg mkn nasi lemak je la..hehehe..Dan seperti yg diduga..pestime dlm hidup aku...berbuka dgn nasi lemak bungkus.. wakakaka.. lawak pun ada.. tapi redha je la..itupun dah kira rezeki kan...

Lepas berbuka..ajak hero2ku main bunga api...adik mcm biasa la..terover berani...abg long lak..penakut..hishh budak sorang ni... disebabkan keberanian adik yg melampau..maka melecurla tangan adik sbb dia nak bkr sendiri bunga api...dan disebabkan terkejut tgk adik yg hampir membakar tangannya itu..maka suamiku yg sedang bermain bunga api..tanpa teragak2 cuba bertindak menjadi ketua hero dan cuba menyelamatkan tangan adik..tanpa disedari..bunga api ditangannya melecurkan lagi keadaan tangan adik yg sedia ada....ishh...sib baik adik kuat..nangis jap je..dan lecur tak teruk..pastu sambung main lagi..bila bunga api dah hampir abis ktorg kejekan..barulah abg long berani sikit nak main..ktorg pun bg la dia habiskan..bila dah abis..dia nak lagi lak..abg long ni..suka buat peel tau..tadi ms bunga api tu byk..nangis tak nak main..ni dah abih nangis nak lagi lak..ishh..budak bertuah ni...suker buat mcm ni tau.

Dah tak reti dah nak pujuk...ktorg biar je dia..kejam tak??? hehehe..budak2 mcm tu la tak leh bagi muka sgt...tp wan dia lak usaha pi beli lagi..sian wan..tp ktorg tak main dah pun simpan tuk mlm ni je la..msk solat..pastu blk...sampai umah konon2nya plan ngan hubby nak mkn megi la..tapi kena tidokan anak2 dulu..kalo tak derang pun nak..tak elok la kan budak2 mkn megi...mak bapak budak tak pe..hehhehe..maka msk la bilik tuk tidokan mereka..ms tu dah dekat pkl 11 mlm..kononnya lepas derang tido..ktorg nak mkn megi la..tp akhirnya..bkn derang je tido..malahan kami sekeluarga tido...mkn megi dlm mimpi je la..:). Sedar2 dah 5.20 pg...hmm sahur minum milo je la bang yer...hehehe...sekian je la citer ku tentang hari ke 21 posa...

Tuesday, October 2, 2007

S.A.K.E.T.

Oppss..tangan sapa ni???? tu la tangan aku..yg telah dicucuk2 ngan jarum jemarum..cari2 urat yg sesuwei tuk masuk air..ish..lari lak urat ni..kata nurse tu...erkss..urat leh lari ekk??? pestime aku dgr...tup2..cucuk kat tempat lain lak..dan itu la hasilnya...wakakakaka..tak penah aku termimpi dlm bulan posa ni kena dok berzikir dlm ward...lama lak tu...4 hari 3 mlm..perghh...puas la...ms bersalin kat hero2ku dulu pun dok satu hari je dlm ward..tp kes kali ni sampai 4 hari lak...boring tahap cipan la kat dlm tu...



Lupa lak nak bgtau naper jd begitu rupa..tu la kisah sedihku di bulan posa..selama aku idup ni..ini la pestime aku demam paling teruk di dunia..(bg diri aku la). Aku start demam hari rabu mlm...tp..lepas telan panadol 2 bijik rs ok sikit..pastu pepagi besok lepas sahur rs nak demam blk..tp tak layan...konon2 kuat..pegi gak keje...tp kat tempat keje dah rs gigil semacam..turun gi klinik..dpt mc...hubby hantar blk..tido..pastu demam tak baik2 gak..amik ubat dan mc tuk besoknya...dah abih antibiotik..demam tak kebah2 gak...dipendekkan citer..ari isnin pegi APSH..hospital peberet aku nih...terus doctor admit...wakakaka...malunya..dah tua2 pun msk spital sbb demam..


Kepada kawan2ku yg sudi menjenguk..terima kasih diucapkan... Hanya tuhan je yg mampu membalas jasa baik kalian...sob..sob... selamat hari raya yer.....hehehhehe (suker yer muka korang)



Ni haa..dah letak gambar ret..sebagai ucapan terima kasih aku sbb jd drebar derang... (ret dan k.een yg bersedih sbb aku msk spital) wakakaka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...