Monday, March 12, 2012

Angah lagi

Angah ni memang suka makan. Semalam aku cuma mampu masak sweet & sour telur. Korang penah try?? Aku tak penah, semalam 1st time aku buat, kalau dengan ikan bawal ke..sesuai la kan.

Tapi disebabkan ikan takde dlm peti ais aku, yang ada cuma ikan bilis, ikan masin dan telur. Maka setelah ditimbang tara kesesuaian antara 3 bahan utama tersebut, aku rasa telur la yang paling sesuai. Oh ya, kenapa aku masak sweet & sour?? Sebab utama, menu tu di'request' oleh angah.

Ingat macam pelik. Takut jugak kalau rasanya pelik. Sebab angah ni memang suka makan. Dan paling takut, kalau makanan tu tak sedap, tanpa segan silu dia akan cakap tak sedap dan berhenti makan. Takut ooo masa nak hidang kat dia tengah hari semalam. Aku rasa mcm aku tengah masuk rancangan masterchef je masa nak tunggu reaksi chef angah rasa menu aku.

Rupanya, chef angah suka!!! Tengah hari semalam 2 kali nasi ditambah. Tak sampai 2 jam kemudian, dia minta lagi. Tapi aku cakap tak boleh. Tunggu malam pulak. Kita pi exercise kat taman dulu.

Balik taman, dia terus mandi. Sudah aku solat maghrib, dia dah gelisah. Dia masuk bilik dan cakap "mama, sekarang dah malam dah" sambil tersengih. Comel betul anak aku ni. :)

Dan saksikan aksi-aksi candid dia. Banyak aku letak nasi tu. tak sangka pulak cepat habis.

hahaha..last-last dia sedar, mama tengah kandid gambar dia..terus sipu-sipu malu
jilat depan belakang tangan tu...hahaha...

Licin pinggan tu, kalau diikutkan dia nak tambah lagi, tapi awal-awal aku cakap "nasi banyak ni je angah,dah abis tau, telur pun tinggal sebijik je lagi." Sebab tu la, licin pinggan tu dikerjakannya. Sempat la aku usik "pinggan ni tak payah basuh dah la, sebab dah licin" hehehe. Tersengih je dia :)


Friday, March 9, 2012

Angah yang baik

Al-kisah, malam tadi... Abang long datang kat aku dengan buku latihan sains kat tangan.

"mama... Cikgu suruh lukis gambar haiwan"
"lukisla"
"abang long mana reti"
Dengan nada perli aku jawab "suruh angah"

Angah yang terdengar perbualan aku dan abangnya terus tanya
"lukis apa mama"
"gambar haiwan, ikut cerita kat buku ni" jawab abang long
"angah tau lukis arnab" balas angah dengan mata bulat dan bersinar. "tapi... Nanti tak cantik".
"takpe angah... Tak cantik pun tak pe", jawab abang long lagi

Ewah-ewah, suka hati dia je kan. Kalau tak tak cantik pun takpe yer,abih tu... nape tak lukis sendiri??? Ni adik pulak tolong. Tapi aku tak cakap la macam tu depan dia. :)

Maka, angah pun ambil sebatang pensel dan melukis. Tak sampai 5 minit pun, 3 gambar haiwan dah siap.

Taraaaaa


comel kan arnab ni?? carrot tu aku minta suruh dia lukis sekali..


cuba teka haiwan apa ni??
hehehe..ada rupa Singa tak?? Singa ni cute, tak garang :)


dan juga seekor kucing.


Wahhh... Sungguh aku tak tau, rupanya Aliff ada bakat melukis selain bakat makan. Hehehe.. Bangga betul mama dengan angah. Baik hati dan suka menolong bila kena dengan masanya. :)

terima kasih angah comel :)

Thursday, March 8, 2012

Oh simsimi

Korang kenal Simsimi?? 
Dia talking robot... 
Aku di kala kesunyian rajin gak chatting ngan robot ni..kelakar ok..jawapan-jawapan yg dia bagi, kadang kala memang tak disangka. Meh tengok jaawpan-jawapan spontan dia bila aku tanya.


Pandai cakap Arab OK!!!


Dan sesekali gedik jugak!!!


Serta jahat dan kelakar jugak


Tapi..dah lama aku tak chat ngan dia...sian dia kan?? hahaha

So, kalau korang minat sila download kat "App Store" bg iphone dan "market" bg pengguna adroid.

Enjoy!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...