Wednesday, September 18, 2013

Trip to Sabah - Day 3 - Karambunai

Setiba di daratan, terus kami ke bandar KK. Cari kedai makan, sempat la call kawan2 branch KK dan tya security kat branch kedai mana yang makanan dia ada sikit-sikit rasa semenanjung gitu. Ada 2 suggestion, Tapi kami pergi ke kedai Super Delights yang terletak dekat jalan Segama Kota Kinabalu. Masuk je kedai, nampak beraneka jenis lauk pauk. Ambil yang berkenan dan terus ke meja makan. Rasa, ok la..korang janganla bayangkan rasa dia sebijik macam masakan kat semenanjung ni. Ok masih sedap, tapi tak sama la. Senbenarnya aku pun tak faham kenapa rasa masakan sabah mcm tu?? Mungkin kita tak biasa kot kan?? Jangan marah ya orang sabah :) 

Oh ya, kalau korang tengah makan nasi putih, tiba2 waiter dia datang dan bawakan sup kosong, korang jangan heran macam aku plk yer. Masa mula-mula makan kat situ, bila waiter dia bawakan sup kosong kat kami sorang semangkuk kecik terus aku tanya "untuk apa ni bang? kami makan nasi putih, bukan nasi ayam" sbb aku takut org tu salah hantar ke meja kami. "oh,ni untuk nasi kamu lah :)" aku macam eh, ye ke?? sebab nasi aku dah letak gulai baikkk punyaa. Pas 2-3 kali makan nasi putih kat sana dan asyik dpt sup kosong ja, baru aku tanya kawan aku kat sabah tu. Katanya memang orang sabah makan macam tu. Ohhh...i seee..

Perut kenyang suka hati. Lalu terus ke Hyatt, ambil beg yang kami tinggalkan disana dan terus bergerak menuju Karambunai tuk urusan check in di sana pulak. Perjalanan makan masa dalam 30 ke 40 minit juga la. Dan kena masuk nun jauh kedalam sanaaaaaa.



Resort ni tak dinafikan cantik. Tapi mungkin sekarang dah tak berapa nak dijaga rapi. Masa aku pi jumpa kawan kat KK branch pun dia ada ckp, Nexus skrg dah tukar management. Banyak dah rosak, derang tak jaga..sayang betul la derang abaikan camtu.

Aku sampai sana dalam pukul 2.30 petang. Check in selalunya pukul 3 kan. So, aku igt nak early check in la sebab lepas tu nak terus keluar ke KK balik. Nak cari barang yang mak aku pesan. Kebetulan pulak kawan sekolah aku tu tak dapat nak bawa kami jalan-jalan hari tu sebab masalah yang tak dapat dielakkan. Tapi sampai je ke lobi, Tak de pulak kakitangan yang layan. Ada la sorang, tu pun tengah layan customer. Orang yang nak check in plk ramai masa tu. Kat kaunter sebelah ada 3 orang staff. Tapi aku tak tau depa buat apa. Aku panggil jugak. Tapi dia cuma tunjuk aku kaunter check in sebelah sana. Pastu dia tak mai pun layan. 15 minit tunggu takda jugak org datang. Hati dah panas ni. Gerammmm...pastu terus aku tanya sorang mamat yg layan customer td, aku pun tanya dengan lemah lembutnya "maaf dik,awak sorang je ke kerja? ada staff lain yang boleh tolong tak??" Baru la dia panggil mamat yg aku tanya td tu. Pandai pulak dia datang dan buat keje. Tapi aku sabar lagi. Dah setel semua urusan, dia kata "bilik belum siap kemas, puan kena tunggu 1 jam dulu"...haaaa geram lagi la aku. Dah la kul 3 lebih dah. Apa kes ni?? Aku minta cepatkan sbb aku nak keluar balik pas ni. Dia boleh cakap "tak boleh, nanti tak elok2, kamu jugak yang komplen" Astaghfirullah hal azimm. Aku tak jawab. Orang macam ni bukan boleh layan balik dengan marah. Kalau dia marah kita marah balik..nampak dia tak cerdik dah..kita takkan nak jadi tak cerdik macam dia jugak kan?? Jadi aku cuma senyum dan angguk je. Lepas tu dengan sepenuh sopan santunya aku tanya "kalau  macam tu, akak bawa anak-anak akak mandi kolam dulu boleh ye dik? Nanti dah siap panggil akak yer" :). Baru dia reti jawab cara elok.


Jadi, mari kita hiburkan hati melihat keindahan alam ciptaan yang maha Esa.




Anak-anak suka la mandi kolam.







Dah lebih sejam, tak jugak kami dipanggil. Sudahnya encik suami pergi tanya. Budak yang keja tadi pun dah balik kot. Dah abih shif gamaknya. Datang pulak budak baru. Lebih sopan santun. Tenang sikit hati dengan tutur bicaranya. Dapat jugak bilik. Tapi terpaksa bagi bilik yang lain. Tak apalah.


Dah siap masuk bilik. Rushing mandi dan solat. Terus keluar balik semata-mata nak tengok sunset dan nak beli barang.


Pergi lagi sekali First Beach Tanjung Aru. Tapi cuaca sangat mendung dan baru lepas hujan. Tak tau la dapat tengok ke tidak kan?

 




SubhanAllah, cantik permandangannya. tapi tak dapat la tengok secara jelas Sunset. Tapi ok la.



Dah puas tengok, terus ke KK plaza dan belikan barang sikit. Pastu pergi ke Pasar ikan masin tuk beli ikan bilis dan ikan keropok. Kat situ murah berbanding kat semenanjung. Dan aku sebagai penggemar tegar kopi. Beli jugak kopi tenom yang popular tu. Sedapppp. Aku suka.

On the way balik. Drive tru mcD yang dah lama aku boikot tu, semata lapar nak makan. Ok pasni kita boikot balik :p

Esok pagi-pagi nak bangun awal lagi. Nak ke Gunung Kinabalu pulak. 

*sambung lagi la yer :D

2 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Bestnya.. Tp hotel ni tukar management tak ok ke Farihah? If sampai KK sana nak bermalam kat hotel mana dulu ek? Karambunai ni jauh ke dlm kan?

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...