Friday, January 18, 2008

Xtvt sepanjang mggu lepas

Potong rambut - A.long Stress..Adik lak br selesai nangis pas potong rambut



TESCO - main2 di mlm hari bertempat di TESCO Xtra

Swimming- Mandi-manda kat swimming pool rumah

Aku Tersentuh...


Cerita betul yg meyayat hati....

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu, "tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke marimengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .


Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..

YA RABBI Engkau peliharalah Ibu,, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMIN.......

************************************************************************************


Aku rindu mak...mak aku pun mcm ni la perangainya..malahan..aku rs semua mak mcm tu...Aku saaaayaaanggg mak..

Tuesday, January 15, 2008

Dalam dilema

Apa korang patut buat bila....
1. Seseorang nak bg korang duit..tp korang tak nak amik..sebab korang tak mintak pun..tapi org tu berdegil gak nak bg duit tu kat korang..sampai korang kena marah2 kalo tak amik..duit tu mmg duit halal...tak amik kang kecik hati...amik pun tak patut lak..korang amik tak??

2. Seseorang tu kaki joli tak hengat dunia punya...tp belum sampai cukup bulan...gaji dia dah abih..pastu pandai berlakon buat2 sedih..pandai lak bermuka2...kononnya..duit makan tinggal sekian2 ringgit saja...korang nak bagi ke dia pinjam duit??

3. Seseorang tu pangkat dan darjatnya lebih besar dari korang...tiada tanggungan..malah gaji bulanannya melebihi gaji korang plus gaji spouse korang..dan korang pun tak berapa rapat ngan dia sangat..tp tiba2 orang tu nak pinjam duit korang...korang bagi tak??

Aduhh..manusia mmg pelik...manusia dan wang pun pelik..sebab wang..kawan blh jd lawan..yg tak penah kenal boleh tiba2 jd baik..tu la manusia...aku ni tak la ckp aku ni baik sangat..aku pun manusia..tp aku bukan jenis suka pinjam duit org..lebih2 duit sedara mara sendiri... sebab duit ni hantu..aku tak nak bermusuhan ngan org sbb duit..aku lebih sanggup tak makan..atau makan megi saja..dari meminjam duit org..belum pernah dlm sejarah hidup aku..aku pinjam duit org sbb tak ada duit tuk mkn..aku penah hidup ssh..aku penah kehabisan duit sebelum sampai hr gaji yg baru..dah tu beras kat rmh pun time tu la nak habis..sudahnya malam je la aku mkn megi..kat opis aku tak mkn..tp aku tak penah ngadu kat sesiapa..biar ssh senang..aku je tau.. nak bgtau parents aku kat kg...lg la tak perlu rsnya...biar aku berdikari sendiri...

Aku tak suka pinjam duit org..so..secara otomatik..aku juga tak suka bg pinjam duit aku kat org...kejamkah aku?? terpulang pada pandangan korang..tp itu prinsip aku...yer..aku ada juga pinjam duit pada kawan aku...tp bukan suka2...aku pinjam pun sekadar sementara..mungkin pada waktu tu..aku nak byr something..tp cash aku dah abis..so aku pinjam sekejap duit geng..dan aku akan pastikan aku byr hr tu jgk..lepas aku withdraw from ATM. Kalau sedara mara aku tak de duit..aku tak akan bg derang hutang dr aku...tp aku akan bg derang duit..ikut kemampuan aku...aku tak minta derang bayar balik..aku tak anggap itu hutang..tp cukup sekadar pertolongan aku..aku tak mahu pecah saudara sbb duit... kawan2 nak pinjam duit aku?? cukuplah..kalau kawan2 aku yg aku kenal dan rapat je aku bg pinjamkan..yg br nak kenal atau aku tak kenal sgt..maaf la yer..aku tak akan bg..bukan sbb aku tak percaya..aku kedekut??? mungkin kot..tp aku tak nak bermusuhan ngan sesiapa sbb duit...sbb dah lumrah setiap manusia..kalo nak pinjam duit org..kita tak malu nak minta..tp kalo org tu tak bayar duit kita...kita plk jd malu nak mintak blk..padahal tu duit kita..sudahnya..pendam perasaan sorang2..pastu dr kawan..langsung tak bertegur sapa..lama2 kawan jd lawan..korang sanggup ke??? maaf..aku tak sanggup...

Tuesday, January 8, 2008

sekadar renungan dan pengajaran

Anak Kecil Dan Seketul Batu

Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;
" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Friday, January 4, 2008

Cerita Tahun Baru 2008

Hari ni pes day aku keje dlm tahun baru ni...awal2 tahun aku dah amik cuti 2 hari..bukan suka2 tau, tapi demi tugas kepada agama, bangsa dan negara tercinta..cheewahh. Meh aku stori mori the morning glory.

Isnin, 31 Dec 2007. Hari terakhir thn 2007, keluarga aku dari kampung telah pun selamat tiba seawal jam 2 petang di Key El...awal betul bapak aku sampai. Tapi aku keje hari tu..dan disebabkan cuti tahunan telahpun abis..maka tugas menjemput telahpun diserahkan kepada suamiku..pas setle beberapa perkara penting kat Shah Alam, maka suamiku pun menghantar mereka ke rumah mertuaku kerana mereka juga ada urusan bersama. Balik dr opis..jemput family aku..terus balik ke rumahku.

Selasa, 1 Jan 2008. Selamat Tahun Baru!! Tapi bg aku tiada sedikit keanehan pun..sama je hari2 yg berlalu walaupun dah masuk tahun baru. Pukul 12 tgh malam org sibuk dok celebrate..aku ngan family lak..sibuk berdengkur..lagi sedap tido dr ngadap tv dan kemana2 tempat yg menyesakkan hidup. Tetiap tahun..mcm tu la rutin aku. Seawal 6.30 pg, kami semua dah bgn..mandi, solat dan siap2..mula gerak ke Kg. Assam Jawa demi menghantar adik aku. Setiba disana, lepas adik aku daftar keje dan tgk rmh sewa..semua setuju...maka..semua pun gerak cari barang keperluan asas tuk adik aku memulakan kehidupan baru disana. Dah penat2 cari..hantar ke rumah tuan rumah dulu..sok kami akan dtg lagi..tak sampai ht lak nak tgglkan adik aku sorang awal2 kat sana.

Rabu, 2 Jan 2008. Mcm semalam..awal2 gak dah gerak ke Kg. Assam Jawa lagi. Mcm semalam gak..cari barang lagi..tak abih2 cari..pas cari..sesi memasang barang dan mengemas rumah lak..penat anak2 aku tolong kemaskan sekali rumah sewa tu..murah betul sewa kat sana cuma RM250 untuk sebuah rumah..kalo kat key El..bilik pun lum tentu dpt dgn harga tu. Dlm kul 4 ptg..kami semua pun gerak pulang..dan tinggallah adik aku keseorangan dgn kehidupan barunya sebagai guru. Gud luck aku ucapkan. Ada kejadian sebelum pulang..tp tak payahlah aku storikan..yg pasti kejadian ini adalah yg pertama dlm hidupku..dan tak mungkin aku lupakan sampai bila2.

Khamis, 3 Jan 2008. Abah, mak dan adik pun dah nak balik pg ni..pas breakfast, sembang2 sat..pastu dlm kul 11 pg..bertolaklah mereka menuju ke desa tercinta..dan meninggalkan anaknya ini di perantauan. huhuhu..sedih..:( Pas balik aku, suami dah anak2 berdezup lak ke Mydin Subang...cari barang2 kelengkapan rumah lagikk...Best betul datang time org tgh keje..parking senang giler..kalau tak..punya la ssh. Pas dpt barang..terus balik rmh dan zzzzzz..cover blk sbb dah lama tak dapat tido yg berkualiti..heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...