Thursday, September 30, 2010

Aina dan Ipin

Saper Ipin???
Ala..adik si upin tu la..

Upin yang mana??
Upin abg si Ipin la..
Citer Upin Ipin tu...

Ha..cuba tgk aksi Aina ni.
Dia sekarang ni, pantang baju Upin Ipin tu dah basuh dan kering, asyik nak pakai baju tu je.
Cuba bagi baju lain. Cepat je dia cakap.."bukan..bukan..nak pin..pin"
Hmm...tak kira siang ke malam. Asal kering, baju tu la peberet dia.




Tu nak bagi dia diam punya pasal la ni. Masa tu abang2 dia tak de, sbb abah derang bawa abang2 pegi potong rambut. Meraung la si adik nak ikut. Jadi nak pujuk hati yang lara tu, buka je citer upin ipin kat youtube tu. Haaa..diam la dia. Boleh mama buat keja sikit. Kalo tak kena entertain dia je.

Wednesday, September 29, 2010

Al Fatihah untuk beliau

Al Fatihah untuk arwah Wan saya yang kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis malam Jumaat  23 Sep 2010.

Masa saya balik kampung hari raya baru2 ni. Saya sempat spend masa agak lama dalam bilik Wan saya. Memang wan saya dah tinggal dgn abah masa dia sakit ni. Saya tak keseorangan dgn wan je. Tapi adik beradik saya yang lain pun ada jugak kat situ. Sedih tgk keadaan wan masa tu. Badan kurus sangat. Makan pun mmg dah kena suap. Nasib baik adik lelaki saya masih menganggur, maka dapat jugak dia berbakti untuk wan di saat2 akhirnya.

Pilu tgk wan masa tu. Teringat masa saya kecik2 dulu, wan sangat kuat orangnya. Masa saya bersekolah di sekolah rendah. Wan la yang akan ambil saya bersama2 sepupu dan adik saya dgn menaiki motor, untuk pulang dari sekolah. Bayangkan kami naik motor berempat, dgn beg sekolah yang besar lagi. Masa on the way nak sampai rumah wan selalu nyanyi or pantun. Mmg heppi naik motor masa tu. Langsung tak rasa sempit. Dan sampai sekarang ni, saya masih igt betapa gembiranya hati saya bila satu hari tu, wan balik dari pekan dan dibelikan saya sepasang gaun yang cantik. Betul!! saya gembira sangat dan mmg tak boleh lupa sampai sekarang. Sbb saya ni jarang dapat baju baru, baju2 saya kebanyakannya adalah hasil turun temurun dari kakak saya atau sepupu saya dan ada juga dari mak saudara saya. Sedih kan!! Jadi bila wan beli baju baru, saper yang tak suka kan??

Masa saya kat dalam bilik dgn wan hari tu, mmg dah terdetik dalam hati saya, yang ini adalah kali terakhir saya melihat wan saya. Lepas ni saya rasa, mmg saya dah tak sempat dah. So, saya suruh suami saya snapkan gambar wan untuk kenangan saya nnt kalau umur wan dah tak panjang. Saya sempat juga suruh abang saya buat perkara yang sama. Masa tu, adik saya tgh suap makan untuk wan saya ni.


gambar terakhir arwah


Dan pada malam Jumaat lepas. Lebih kurang pukul 9 malam. Saya dapat panggilan dari abah saya. Nampak je nama abah tertera kat Henpon saya, dah terdetik dalam hati saya yang abah pasti nak inform yang wan dah tak ada. Dgn tenang saya memberi salam pada abah, dan usai abah bgtau saya, terus saya ucapkan Innalillah dan sedekahkan Al Fatihah pada arwah.

Pelik.
Saya tenang sgt masa tu. Tak rasa sedih atau pilu. Mungkin sbb saya dah menjangkakan berita ni dari awal. Tapi keadaan saya berubah bila saya selesai tidurkan anak2 dan terus solat isyak. Semasa solat, tanpa disangka air mata saya jatuh berderai. Sedih!! Masa berdoa, terbayang2 di mata saya kenangan saya dgn wan masa kecik2 dulu. Banyak!!! maklumla, masa saya kecik dulu, setiap khamis malam jumaat, pasti saya akan kayuh basikal saya ke rumah wan untuk tidur disana.

Kini wan dan tok saya dah tiada. Tapi saya rasa unik sangat. Sbb kedua2 arwah tok dan wan saya meninggal dalam bulan yang sama. Bulan Syawal yang mulia. Cuma Tok saya pergi 5 tahun awal dari wan.

Al Fatihah untuk mereka.


p/s: Tok =  nenek
       Wan = atuk

Surat untuk Along

Satu hari tu. Masa saya tgh sibuk nak buat kek kat dapur. Terdengar soalan dari Anak sulung saya yang sedang tekun menulis sesuatu kat hall.
"mama, macam mana nak eja Solihin?"
saya pun jawab, eja la "So" dulu, pastu "li" baru"hin" tanpa saya kedepan tgk apa yg dibuatnya.
dia balas balik "li, tu L..E ke ma?"
"Tak.."L..I la bang long."
saya tahu, mesti Solihin yang dimaksudkan tu adalah nama sepupu dia kat Taiping tu.

Pas siap dia tulis, dia pun cakap.
"Abg long nak hantar surat kat along la mama. Along umur 7 tahun kan??"
"Ya." jawab saya ringkas.

Tak lama pastu dia terus mandi. Saya pun suruh adik dia bawa surat tu ke dapur.

Geli Hati tgk surat tuk Along dari abg long ni..korang nak tgk???


percubaan ejaan pertama salah..maka dia tulis je kat bawah


Nak tgk isi kandungan dia tak??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kelakar kan??? boleh dia bagi soalan matematik beserta jawapan tu. Agaknya nak suruh Along tolong semak kot. Maklum la mak along kan cikgu.

Kalo korang perasan, cuba tgk kat soalan 15+1 tu...jawapan dia 16 kan?? tp tu la masalah anak saya ni, selalu tulis certain number atau huruf akan jadi terbalik sbb dia kidal. So jawapan 16 dia tu dah jd mcm 12, sbb angka 6 tu terbalik. Sebelum ni saya igtkan anak saya sorang je tulis jadi terbalik camtu, rupanya ramai lagi budak2 pra sekolah yang kidal secara otomatik tulis terbalik camtu...kena bagi lebih latihan lagi la gi ni :)

Bersalah

Lately ni saya rasa malas sangat2 nak update blog. Demam raya tak abih lagi kot?? tapi rasanya tak jugak. Bukan setakat nak update blog je malas. Nak baca blog org lain pun malas teramat. Nak klik buka blog sendiri pun lagiiii malasssss...nasib la kan.

Tapi pg ni saja terklik nuffnang saya. saja try2 tgk ada tak org masuk blog saja since tak berupdate ni. Rupanya ada juga. Sbb rasa teramat bersalah kat korang yang rajin masuk blog saya yang bersawang ni. Saya gagahkan juga diri saya yang serba malas ni tuk update2 cerita. Insya Allah yer...

Saya minta maaf banyak2 kat korang yang rajin masuk sini yer..pasni, saya cuba rajinkan diri tuk update citer2 basi saya. makasih bebanyak!! :)

Saturday, September 18, 2010

Setelah sekian lama

Hola....mcm mana Raya?? Best?? Bagi saya tahun ni, raya mmg lain dari yang lain. Macam2 cerita berlaku. Suka duka..semua ada..Tapi walau mcm mana pun, kegembiraan pastinya mengatasi kedukaan kan..

Diam tak diam, hari ni dah hari sabtu, esok ahad. Lusa lak kena masuk opis balik..huarghhhh..tak sukanya rasa. Kalo ikut hati..nak sambung cuti lagi. Tapi pastu saya nak makan apa kan?? Pasrahhh!!! Dah nama pun pekerja kan. Kena la keja betul2 walaupun mood beraya masih menebal.

Puas balik raya kali ni. Lama betul saya kat kampung sendiri. Puas makan ketupat palas cicah gulai daging..nyummy..sedap betul!!

Raya kali ni jugak, dgn tak semena2, keluarga besar saya dapat mengambil gambar raya secara penuh. Semua ada. Walaupun acara bergambar ni adalah tak dirancang. Tapi at least ada gambar raya sekeluarga dah cukup puas bagi saya. Mmg payah nak jumpa semua sekali serentak. Maklum lah masing2 dah berkeluarga.

Keluarga besar Ustaz Ahmad


Kalau tgk gambar raya ni, mmg nak tergelak betul. Tgk pakaian masing2 pun dah tau, bukan baju raya. Rasanya yang pakai baju raya cuma adik perempuan saya je. Tu pun sbb dia memang nak pergi balik ke rumah mertuanya. Kami yang lain semua pakat2 pakai baju rumah je. Ada jugak pakai t shirt dan track suit, tak ubah baju nak tido je..hehehe. Tu la dia. Semua ni jadi sbb time is limited. Dah la amik gambaq time maghrib. Mcm2 betul kejadian. Dgn budak2 tak mau dok diam lagi. Mmg kesabaran agak teruji. Namun dapat jugak sekeping gambar ni untuk kami sekeluarga abadikan bersama. Ntah bila tahun lagi dapat ambil gambar ramai2 mcm ni.

So apa cerita raya korang?? mesti best kan??

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua, diam tak diam dah 29 hari kita berpuasa. Insya Allah kita bakal sambut hari raya pada hari Jumaat ni. Walaupun ada ura2 kononnya raya hari khamis kan?? Takpe..sama2 la kita tunggu penyimpan mohor besar diraja umumkan malam ni k. Kalo betul nmpk anak bulan, mmg gempak la kan..hehehe



Di kesempatan ni saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sudi baca coretan di blog saya yang merapu ni. Maaf kalau ada salah dan silap saya selama ni. Kot2 buat korang terasa hati ke apa. Tp coretan saya ni, mmg tak penah ditujukan khusus kat sape2. Tp biasa la kan. Manusia ni, kadang2 terasa tak tentu pasal. Saya pun ada perasaan macam tu jugak. hehehe.

Bagi yang memandu pulang, hati2 di jalan raya. Jangan lumba2 kat hway tu. Ingat, kepulangan kita kan dinanti keluarga. So biar lambat sampai dari langsung tak sampai. Saya pesan ni tuk diri saya dan keluarga jugak. Insya Allah, sok pagi saya pun akan pulang ke desa tercinta nun di utara sana. Doakan saya selamat pergi dan balik. Rindu sangat nak makan ketupat palas cicah gulai daging mak saya. Sedapnyaaa..ishh terliur dah.

Ok. Sampai jumpa lagi di minggu depan. Jaga diri dan keluarga elok2. Buat kawan2 yang nak datang jumpa saya, silakan. Jangan malu dan segan yer.

Mari menjala

Entry ni sebenarnya ditujukan khas untuk adik saya. Cikgu Imanah. "Chik, kat sini aku nak buktikan kat hang, betapa aku mampu menjala".hehehee

EH, jangan salah sangka. Saya bukan menjala ikan yer. Saya yang kurang berpengalaman ni buat pertama kalinya baru menjala roti jala. Ala, pendek kata percubaan pertama nak buat roti jala ni. Resepi dia saya minta dari adik saya tu la. Dia ni mmg terer bab2 masak ni. Yang tu mmg diakui la. Dah berbulan saya minta resepi ni kat dia. Tapi bila nak buat, macam2 halangan yang menimpa saya. Halangan paling utama ialah saya tak jumpa acuan roti jala ni kat kedai2. Padahal sebelum tu bersepah2. So, bila adik saya tya saya dah buat lom?? sy cakap la tak leh buat sbb acuan tak de. Dia leh tak caya, dan cakap saya cuma bagi alasan.

So, bila satu hari tu, saya terjumpa acuan ni, terus saya beli. Dan dgn penuh debaran dihati saya pun buat. Eh, rupanya tak de la ssh pun kan?? senang gilerrr...So, menu saya hari sabtu tu adalah nasi lemak bersama sambal bilis, telur rebus dan ayam goreng berempah. Serta diserikan lagi dgn roti jala buatan saya bersama kari ayam yang dipotong kecik2. Org paling suka opkos angah..dia mmh hantu roti jala, Tp unsangkarable, Aina pun makan dengan byknya, sudahnya saya cuma sempat jamah 3 ketul je. Abg long makan apa pulak?? Hmm..korang tengok je la gambar kat bawah tu.



ni la makanan asasi dia :)

Esoknya pulak, pagi2 Angah dah request nak roti jala lagi. So petangnya abahnya dgn rela hati cuba ingin menjala. Ok la kan. At least sikit sebanyak membantu saya kat dapur. Hari Ahad tu, saya cuma goreng kue teow je la.


Roti jala hasil kerja tangan encik suami.
dan kuew teow goreng tanpa sayur..hehehe


Alhamdulillah, sepanjang bulan puasa ni, saya amat kurang membeli. Baik hari kerja mahupun hari cuti. Saya lebih banyak memasak. Lebih jimat, puas..dan penting sesuai untuk tekak keluarga sendiri. Mmg Ramadhan tahun ni, adalah ramadhan yang hampir sempurna untuk kami sekeluarga. Tak sangka esok mungkin Ramadhan terakhir kita semua untuk tahun ni. Semoga kita semua berpeluang bertemu lagi dgn Ramadhan di tahun2 akan datang serta dapat melipatgandakan lagi amal ibadah kita.

Monday, September 6, 2010

Kau laksana bulan



Korang tgk tak cerita ni?? Ni cerita bersiri kat TV2. tapi dah abis dah sekarang. Saya pun sempat tgk 2 episod je. Tu pun secara tak sengaja. Bila dah tgk episod second last tu..saya dan suami berkobar2 nak tau apa akan jadi episod akan datang. Tup2 tau cerita ni adalah adaptasi novel tulisan Aina Emir. Terus saya cakap kat suami saya "esok nak tanya ret la..dia ada ke tak novel ni." Dia leh jawab "eh, semua novel ret ada ke??" saya cakap tak tau maybe la kot..tya je la dulu. Tapi dia cakap lg "kalau abang baca novel mmg gempak la..even kalo ada novel pasal dart pun belum tentu abang baca". saya pun angguk je la sambil kata mmg tak de pun novel pasal dart masalahnya.



Esoknya sampai opis saya terus tanya kawan saya ni. Syukur, dia kata ada novel tu, saya terus pinjam. Tapi masa bawa balik tu saya tak terus baca lagi. Sehari sebelum episod berikutnya tu nak ditayangkan, br saya baca. Tu pun bukan dari mula, tp baca part tuk sambungan hari esok tu je. Giler sibuk baca sampai tak masak untuk berbuka hari tu..mmg nasib la. Suami saya tgk pun dah geleng pala. Tp mmg hari tu saya malas nak masak. Tgk2 dah kul 6 ptg. Tutup jap terus masuk bilik air nak mandi.

Elok keluar je dari bilik air, saya tgk ada satu permandangan yang aneh. Hampir saya nak pengsan. Tp saya diam dulu. selesai solat saya tgk..eh masih tak berganjank lagi permandangan td. Korang nak tgk permandangan apa??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
---

Terkejut betul saya, siap saya ulang statement dia hari tu. Tapi dia buat tak reti je..sudahnya dia baca dulu sampai abis dari saya. Pastu tutup buku dan senyum puas. Saya pun balas dgn senyum sinis..hehehe tak caya laki aku baca novel..hehehe..kuat betul penangan cerita ni.Lepas tu baru saya sambung baca sampai abih.

Tapi esoknya tgk2 cerita tu dah episod akhir. Tp cara cerita tu kat TV tak begitu menarik seperti jalan cerita dalam novel. Kesimpulannya..saya kena baca novel tu dari mula la jawabnya..

Friday, September 3, 2010

Cerita makanan lagi

Minta maaf yer kawan-kawan. Hari ni saya nak cerita pasal menu berbuka lagi. Kalo bosan dan tak mau baca pun tak pe..tgk gambar dah la..hehehe

Semalam dah tergedik2 nak makan spaghetti. Dok pikir nak masak. Tp saya selalu mcm tu, bila terpikir nak masak je pastu saya pikir lagi..rugi je masak kan sbb nnt saya sorang je makan. Baik beli je. Saya ngaku walaupun saya asal dari kampung, tp tekak saya ni ada sikit terarah ke italiano. hehehe. Tapi suami saya yang anak jati Key Ell tu, cukup suka masakan kampung. Dia tak suka betul benda2 yang nama spaghetti ke, pasta ke, macaroni ke..semua dia tak suka.

Tapi kini, saya telah bermotovasi nak masak spaghetti sendiri, sebab anak kedua saya Aliff nmpaknya mempunya selera macam saya. Semalam masa saya tgh potong bawang kat dapur dia tanya "mama nak masak apa hari ni?" saya jawab "spaghetti" terus dia senyum dan cakap "yeay..angah suka spaghetti" hehehe. Best kan kalau kita masak anak2 suka makan :).

Eh lupa nak citer mcm mana dia blh suka. Sbb penah satu hari tu kat kedai makan saya order spaghetti ni, pastu dia tya "ni apa mama?" bila saya jwb spaghetti, dan suruh dia rasa, dia tak mau, bila saya pujuk2 gak baru dia nak rasa, dan pastu dia je  yang makan sampai kenyang, dah tak abih baru saya makan dan sejak dari hari tu dia mmg asyik suruh saya masak spaghetti je.

Ni la hasil masakan saya yang tak seberapa. Tapi sedappppp..hahaha..betul tak tipuu

spaghetti

sosnya

siap untuk dimakan

Dan berselera angah makan, sampai tambah 3 kali..hehehe

Thursday, September 2, 2010

Nasi Ayam ala P.A.F

Yer tuan2 dan puan2..bertemu lagi kita dlm rancangan tak de nombor di Malaysia.. "Ketuk2..dapur sendiri." Menu berbuka semalam untuk pertama kali dalam sejarahnya adalah Nasi Ayam ala P.A.F. hehehe, ada gaya mcm pengara rancangan masakan tak?? Perahsan saja ni.

Ok la, smlm dari opis dok pikir nak masak apa la berbuka nnt. Balik rmh je, buka freezer dan rendamkan ayam nak bagi lembut dulu pastu guling2 jap atas katil. Tgk2 dah kul 6 ptg. Alamak!!! terus cargass bangun mandi dan solat asar dan terus ke dapur tuk memulakan tugas harian. Mula2 igt nak masak sambal ayam je. Pastu sebagai ibu yang prihatin terhadap  makanan anak2nya terus terpikir, masak nasi ayam la, budak2 tu mmg suka makan nasi ayam terutama si Aina. Kemain selera lagi dia.

nasi ayam terlebih kuning :)

Sup dan sambal ayam


Tapi nasi ayam ni giler ringkas saya buat. Takdenya nak buat stok2 ayam dah. Tp tumis semua bahan2 menumis directly dlm periuk nasi dan masuk beras dan juga kiub ayam megi..heheheh. Nak cepat kan??? kang tak sempat lak nak berbuka. Sementara tggu nasik masak, buat la sup chicken ball tuk anak2, derang mmg prefer makan ciken ball drpd ayam sebenar. dan masa tu jugak tumis bahan2 tuk buat sambal khas buat suami tercinta. Dia mmg suka nasi ayam yg makan dgn sambal ayam berbanding ayam perap kicap mcm yg mcm org selalu buat tu. Baguss...mudah kerja saya.

Wajah kesayangan hamba. Sorang je makan roti canai. hmmm


Pas siap masak nasi semua, goreng pulak roti canai tuk anak bujang sulung saya tu. Hmmm, sampai bila la dia nak makan roti canai je. Nasi kim salam la. Puas dah berubat. Still tak de tanda2 nak makan nasi.

Wednesday, September 1, 2010

150 juta

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

Hana Zatie

Fynn Jamal

Dah lama video Hana Zatie ni kat FB. Tapi saya mcm malas nak tekan play tu. Sbb tengok budak tu pakai tudung labuh sambil pegang gitar. Mcm tak sesuai kan. Tapi bila saya tgk komen kat FB adik saya dan dia ada mention yang bila dgr lagu ni dia teringat kat sorang kakak dia. Terus saya terdetik "kakak" yang dia maksudkan tu mesti saya. So saya pun try dengar. 1st impression..hmm sedap gak lagu ni. Tapi bila saya google cari lirik dia. Baru saya tau lagu ni bukan lagu asal Hana Zatie. Tapi lagu Fynn Jamal. Dan saya juga baru tau maksud adik saya kenapa dia teringatkan saya. Yer2 saya ngaku mmg saya keras dan tak lemah lembut. hehehhe. Terima kasih yer adikku. Sian abg Putra dapat Isteri mcm kak ah kan?? So abang..nak komen apa2 tak?? hehehe. Tapi betul la..manja saya biar la suami saya je yang rasa..kan kan kan???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...