Wednesday, June 30, 2010

Jumpa Buzz dan Woody


Suatu hari di hari minggu, macam biasa la bawa anak2 berjalan2. Tapi dah nama pun dok KL. Nak p jalan mana sgt kan. Alih2 p kat situ jugak. So kami amik keputusan bawa derang g mid valley saja.

Sesampai kat sana nmpk banyaaaakkkk sangat org jual barangan Toy Story, anak2 saya pun sibuk la nak beli itu, nak beli ini. Adehh, saya tahu, barang2 Toy Story ni mana ada murah2. Dah la masa tu gaji belum masuk. So mmg cari idea nak alih perhatian derang la. Tup2 nampak kat central court ada Buzz ngan Woody atas stage. Cepat2 saya ajak derang g sana. Umpankan derang amik gambar ngan karektor tu. Aliff tak nak, takut katanya. Amirul macam biasa, tgh2 tak takut dan tak jugak excited. Tapi Aina, paling excited. Dia yang paling tak sabar nak naik stage. Sampai je atas stage terus hulur tangan nak salam ngan woody.


Tgk je la muka derang..Aliff masam mencuka dan sampai kena dokong ngan abahnya.

ARIEL & LUNA




Saya dapat email bergambar dari opis mate saya..tajuk dia sangat gempar ok. Tajuk email tu mcm ni "ARIEL & LUNA ( terlajak perahu buleh di undur, terlajak gambo tak dapat den nak nolong.... )"


Dalam fikiran dah terlintas, "biar betul member aku ni, takkan fwd email2 mcm ni pakai email opis lak tu"


Tapi bila aku buka..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

lorrr..Ariel ngan Luna ni rupanya..hahahahaha

Tuesday, June 29, 2010

i-City oh i-City

Korang penah pegi i-City??
Best tak??
hehehe..
saya selalu bila balik kampung suami, mmg akan lalu kat situ. So dari tepi jalan mmg nampak sangat menarik. Melambai2 suruh singgah. Makanya pada suatu hari, suami saya ajak ke sana. Mmg dari kejauhan anak2 saya dah excited la..tapi mak aii..kereta..berderet tu nak pi sana. tapi tabahkan hati jugak.


Sesampai je kat sana...1st impression saya apa?? Saya rasa cool..tp dalam panas la..mmg hangat tul cuaca malam tu. Tapi rasa cool sbb tgk permandangan lampu2 yang berbagai bentuk. Kira cam wahh hebatnya derang leh buat semua ni pakai lampu?? even pokok tu pun dari lampu..batang pokok tu dari besi la, tapi daun2 dia semua dari lampu.


Tak tau la naper anak2 saya suka amik gambar menyengettt masa kat situ. Tapi suasana kat situ agak bosan la bg saya, sbb asyik dengar tiupan wisel dari guard je. Diorang tiup wisel tu pun demi keselamatan sbb katanya lampu2 tu tak leh sentuh, watt terlampau tinggi. Tapi dah nama pun anak2. Mesti derang teringin sangat2 nak sentuh kan.. bukannya derang paham pun watt tu mende.


Kat situ jugak ada jualan ala2 uptown/downtown. Tapi awal2 lagi saya dah warning anak2 saya, tak nak beli apa2 kat situ. Kalo tak mama tak mau turun. Biasala budak2, mainan yang kecik2 pun nak beli, padahal dah melambak kat rmh. Sib baik derang dengar cakap mak derang ni.

Ktorg g sekejap je..sbb tgk2 camtu je. Sebelum balik tu, saya tanya la anak2 saya, nak dtg lg tak kat sini?? semua jawab nak. Tapi  bila saya tya suami, dia cakap jawapan sama macam saya. Tak nak dah. hehehe. Siap cakap lagi kalo bawak mak abah saya datang sini, mesti derang pun bosan, pastu kak ipar saya cakap, dia ada ajak abang saya g sini tgk lampu2..boleh abg saya bagi jawapan "baik kita g kedai lampu je" hehehe..ntah apa2 kan..tp bila pk..ada betulnya...

Friday, June 25, 2010

Kasih Sayang

Untungnya Aina, disayangi oleh kedua abang2nya.  Awas la kalo besar esok ada org nak kacau dia. Menjawab dulu la dgn 2 org body guard dia ni.


Tapi budak2 biasa la. Time baik, dua2 nak dodoikan adik. Tanpa disuruh. Tapi kalo time gaduh. Tak payah nak cakap apa la. Dengar je la.

Takpe..gaduh masa budak2 nampak tak janggal. Kadang2 sweet je. Tapi kalo orang tua gaduh ni yang nampak pelik kan?? Tak cukup2 lagi ke nak cari pasal ngan orang?? bawak2 la bertaubat kan. Sementara sempat. Takut dah tak berkesempatan sok. Menangis la tak berlagu. Sebabnya, kalo buat salah dgn Allah, boleh terus minta maaf dengan yang Esa. Tapi kalo salah sesama manusia, selagi manusia tu tak maafkan, selagi tu la keampunan tu tak akan kita dapat. Wallahua'lam.

Saya penagih

Yer..saya memang penagih. Betul tak tipu. Saya pun tak tau bila saya mula jadi penagih ni. Rasanya masa bergelar student dulu tak de pun mcm ni. Tapi sejak saya ngandungkan anak kedua kot makin menjadi2 lak. Eh2..chop2..korang jangan salah sangka tau..saya bukan penagih bahan larangan, tapi saya ketagih kopi je, terutama nescafe..hehehe. Sbb tu saya agak marah masa buat entry ni. Sbb benda yg saya sayang org amik tanpa kebenaran. terguris la hati saya...huhuhu.




sekarang saya suka minum nescafe gold



Mmg pelik. Tapi ada kebenaran. Bila diimbas2 balik. Masa saya ngandungkan anak pertama dulu, semua jenis bahan berkafein langsung saya tak sentuh. Saya cuma minum susu je. Tapi saya tetap tolak soya..erkk..saya tak suka soya..say no to soya.hehehe. Tapi bila ngandungkan anak kedua, saya dah tak tahan nak skip nescafe.  Maka saya kena minum gak at least seminggu sekali. Tapi masa ngandungkan Aina, anak ketiga saya..huhuhu..masalah makin berat. Hari2 saya WAJIB minum nescafe, kalo tak hidup jadi gundah gulana.

Hasilnya??? Korang tgk la, anak pertama saya, putih melepak. Anak kedua agak gelap dan yg ketiga paling gelap, tambah2 masa lahir..sampai kan abah saya kuarkan statement "Cucu wan ni nak gelap ke nak cerah ni" sbb kulit dia masa tu..mmg agak menyayat hati kalo tgk. Merah nak hitam. ermm camne ek nak cakap?? tapi kalo dia nangis mmg nmpk gelap la. Masa tu mmg saya salahkan diri saya la, dahla anak ketiga ni perempuan, pastu takkan kulit dia lg gelap dari abang2 dia?? camne la dia kat sekolah esok2? mesti kawan2 dia tya "eh apsal ko gelap?? abg ko cerah jer" mesti dia akan nangis2 ngadu kat saya..pastu salahkan saya..oh tidakkkk. Tapi, mujurlah, semakin dia besar, kulit dia semakin cerah..phew...lega saya rasa. Opppsss..saya tak pakaikan krim pemutih okey!! semulajadi nieh..betul tak tipu..

Dah2..saya dah tak larat nak merapu..tp cerita asal saya cuma nak bgtau saya adalah peminat no 1 nescafe. Hari2 wajib minum...sekian.


p/s: korang tak kisah kan dgn bahasa saya?? kejap aku, kejap akak, kejap saya. :p

Thursday, June 24, 2010

Tahniah Adik2ku

Ini adik bongsu aku. Saudara Husnul Fikri. Dia lahir awal tahun 1990. Kiranya dah genap 20 tahun la hidup di alam Fana ni. Ada sesapa nak berkenalan?? dia ni payah sikit nak kenal ngan perempuan. Tapi perempuan suka lak nak kenal ngan dia. Mungkinkah perempuan2 tu rabun?? Ok, dah2 merapu. Aku cuma nak ucapkan tahniah buat adikku ni, sbb berjaya sambung Degree di UIA Gombak 6 July ni. Insya Allah dalam bidang Syari'ah lepas berjaya tamatkan matriknya di kampus Nilai. Belajar rajin2 adik. Pasal Mesir tu, nnt2 la k. hehehe


Yang kedua ni pulak. Adik bongsu jugak. Tp adik bongsu suami aku merangkap adik ipar aku. Lahir tahun 1990 jugak..tp muda 2 bulan dr adik aku. Eh lupa nak introduce. Nama dia  Saudara Jamalullail Putra. Yang ni pun korang nak berkenalan?? pun perangai lebih kurang cam adik aku. Malu2 kucen. Tp Jamal ni ok sikit la dr adik aku kot. Tahniah gak buat Jamal sbb dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah jugak di UiTM Melaka pada 3 July ni dalam bidang accounting. Untung Jamal, baru part 3 diploma, dah boleh sambung degree, kalo lah dari dulu UiTM buat camni..kan ke bagus. *sedih tiba2*



Beruntung korang berdua. Dapat belajar tinggi2. Belajar betul2 ye adik2ku. Jangan hampakan harapan kedua ayah bonda dan saudara2 kalian.



P/S: maafkan kakakmu kerana mengambil gambar korang di FB korang.hehee

P/s/s: Kalo ada sesapa nak berkenalan, boleh hubungi kakak derang yer..hehehe

Wednesday, June 23, 2010

Happy belated Bday friend

Entry ni bapak lama aku nak publish. Maklum la aku kan baru je sihat..ermm dah hampir 100% la dari demam. Walaupun plan asal nak publish on the day of my friend's Bday. Tapi kuasa tuhan, mana mampu lawan kan. Maka aku cuma mampu publish hari ni. Ko tak kecik hati ngan aku kan ret kannnn. hehee.

Hepi Bday ret yg ke 30++ tahun pada 19 jun yang lalu. Semoga ko sentiasa heppi2 selalu, dan jangan marah2 sgt k. Nnt cepat tua. :) .
Ktorg g buat terjahan ke rumah dia sehari sebelum bday dia yg sebenar. Sbb tarikh 19hb tu hari sabtu dan ada kenduri kahwin di rumah dia. takkan la kami dgn tak malu nak buat terjahan pada hari kenduri dia lak kan. Oppss..no..no..bukan dia yang kawen, dia masih menunggu putera dari kayangan datang meminang. Lambatnya putera ko nak propose ret oiii..kang dia melepas br tau. Tapi adik dia yang kawen. Terima kasih kat kak een sbb bg suggestion suh p sehari sebelum tu. So, aku tak la terkilan sangat tak dapat p kenduri kahwin tu. Walaupun dgr cerita makanannya enak bangat dong.. *yummy*


Bday gal dgn anak sedaranya




 dan dengan kami teman seperjuangannya :)

3 Idiots

 credit: google

Korang dah tgk cerita ni???
Aduhh..kelakar gilerr skrip dia. Tapi dalam kelakar2 tu ada gak part sedih yang meruntun jiwa. Tp walau mcm mana pun, cerita ni mmg ada mesej tersendiri.

Mcm mana akak leh layan citer ni ek??
Opis mate akak la..giler2 propa psl citer ni best, sampai dia sanggup tgk 2 kali kat wayang. Masa tu akak tak heran lagi. Tup2 ada satu hari tu akak ada tengok citer Ghajini lakonan Aamir Khan kat astro. Sejak dari tu, akak mula minat balik kat citer hindustan ni. Dan akak mula minat balik kat Aamir Khan ni secara khususnya. hehehe. Lepas citer Maan dulu la kan!! Maka, apa saja citer hindi yg Aamir Khan berlakon, akak mesti nak tgk. Sbb lakonan dia dah makin hebat. Dan watak yg dia bawa pun lain2.

Tapi heroin dalam citer ni Kareena Kapoor. Akak kurang minat kat dia. Tp ok la. Scene dia tak byk pun. Lagu2 dlm citer ni best2 jugak. Aamir Khan lak, mmg nmpk muda sgt dari usia sebenarnya dalam citer ni. Nak citer sinopsis dia akak malas lak. Maka, baca je la apa yg akak copy dr sini.

Two friends (R. Madhavan and Sharman Joshi) embark on a quest for a lost buddy. On this journey, they encounter a long forgotten bet, a wedding they must crash, and a funeral that goes impossibly out of control. As they make their way through the perilous landscape, another journey through memory lane and the stroy of their friend - the irrepressible free-thinker Rancho (Aamir Khan), who in his unique way, touched and changed their lives. It's a story of their hostel days that swings between Rancho's romance with the spirited Pia (Kareena Kapoor), and his clash with an oppressive mentor, Viru Sahastrabudhhe (Boman Irani). And then one day, suddenly, Rancho vanishes....
Who was he? Where did he come from? Why did he leave?
The friends who influenced and inspired them to think creatively and independently, even as the conformist world called them three idiots. Where is the original idiot now?
Finally, in misty mountains of unparalled beauty, the friends find the key to the secret.
Three idiots is a comedy of ideas that is as provocative as it is funny, as wildly entering as it it insighful. A laugh-riot that talks about the most important of human pursuits; self-actualization.
So korang, cuba la tgk lak.

Uhuk..uhuk

Holaaaa..
salam sumer..korang rindu akak tak?? TAKK?? ok tak pe.
Sebenarnya dari hari sabtu akak dilanda kedemaman panas. On off. Makanya doctor terus bg akak mc 2 hari supaya akak dapat merehatkan diri dengan sebaiknya. Dek kerana itu juga, akak tak dapat menghadirkan diri ke majlis penuh bersejarah sahabat akak ni. Sowii yer kawan. uhuk.uhuk.
Apa akak buat selama akak kat rmh?? buat apa..tido la..tp mampu ke akak nak tido memanjang?? ish2..susah2. Bila perut akak lapar. Akak kena la jugak masuk dapur, masak ala kadar. Alang2 masak, buat la byk2 leh buat tuk makan malam ngan suami dan anak2 akak ni. Ala, akak masak simple2 je, Kari telur, nasi goreng, bihun goreng..itu je..bukan ssh mana pun kan. Masa masak tu, mmg akak feel2 la jadi suri rmh tangga sepenuh masa, dok rumah, buat keje2 rmh, masak tuk famili, dan tunggu derang balik makan hasil tgn akak. Ishh bahagianya..Doakan suami akak kaya cepat yer, leh akak capai cita2 akak ni. hehehe.

K lah, tak nak merapu dah. Tekak ni masih perit ni. Doakan akak sihat sepenuhnya. Aminnn

Friday, June 18, 2010

Aina yang hebat

Tiba2. Aku rasa nak ubah bahasakan diri aku kepada Akak lak.. Boleh?? bukan apa..rsnya rata2 yang baca blog ni..mesti ramai yg muda2 lagi kan.(based on komen la) Maksud aku..muda pada aku la..ye la, mostly blogger mesti yg masih remaja2 je. Cuma aku je yang dah tak berapa nak remaja. Sekejap je dah nak masuk 30an. Oh..dah tak lama tu..hujung 2011 umur aku dah 30?? isk2..apa amalan yang aku buat selama 30 tahun idup ni??

Ok..dah lari dari tajuk asal. Sila pulang ke pangkal jalan. Meh sini akak nak citer pasal anak dara akak yang sorang ni. Ececece..terus ber"akak" gitu. Pada kawan2 seusia, sila tukar akak kepada aku yer. Harap  maklum.

Aina sekarang ada hobi baru, apa lagi, swimming la. Masa abah derang tak de weekend baru2 ni. Akak ni tak de kenderaan nak bawak derang jalan2. Kalau ada kenderaan pun, tak mungkin husband akak bg akak bawak.huhuhu. Tp nasib baik la, bawah rumah akak ada taman permainan dan juga swimming pool. Dapat la anak2 akak beriadah di situ.

Tp paling best dan tak sangka bila tgk aksi si Aina ni. Bukan main berani lagi dia baring mcm tu. Padahal umur baru setahun setengah. Tapi beraninya, macam dah pandai berenang. Akak lak bukan dok dekat2 ngan dia pun. Biar je abang2 dia melayan. Heppi je muka dia masa tu.



Bila akak tunjuk gambar ni kat suami akak. Terkejut dia. Tak sangka baru sehari dia tinggalkan anak2 dia. Terus dah jadi hebat cam ni. hehehe


p/s: ok tak bahasakan diri ngan "akak" or nak tukar balik ke "aku" tolong bagi cadangan pleaseeee. TQ

Thursday, June 17, 2010

mereka juga di dapur

Bila mama di dapur. Anak2 pun sibuk nak ke dapur.
Bila mama nak potong bawang nak siang ikan utk memasak.
Mereka pun sibuk meminta alat-alatan utk menyediakan bahan masakan.
Maka ini lah mereka yang kononnya sibuk didapur bagi menyediakan masakan istimewa untuk mama dan abah mereka.

Kecuali abang mereka yang sulung. Walaupun nak juga masak macam adik2nya. Tp tak mahu kedapur, dan mata masih tertancap di kaca televisyen.

Apa yg mereka masakkan??
Mcm2. Ada mee goreng, roti canai, malahan kek pun ada.
Tapi itu adalah imaginasi mereka dgn hanya menggunakan clay.
Sebagai ibu bapa..kita pun kena berimaginasi seperti mereka ketika juadah mereka telah siap dihidangkan di depan mata kita untuk dirasa. hehehehe. Nyum..nyum..sedappnyaaa.

p/s: esok dah besar masak betul2 tau wahai anak daraku. :)

Wednesday, June 16, 2010

Roti canai ohh roti canai

Weekend lepas, masa pergi beli barang dapur sikit. Tetiba Amirul terus tanya aku.. "Ma..tu apa??" sambil tunjuk kat sesuatu dalam freezer. Aku cakap..ooo, tu roti canai beku. Abg long nak ke?? dan dgn lajunya dia angguk. Aku pun amik, dan bayar.
Tapi sebelum tu dia ada tanya aku,
"tp tak de kari la Ma." 
"Tak pe, nnt mama masak."
"Tapi mama masak kari untuk makan dgn nasi"
"Tak pe..nnt mama masak kari untuk makan ngan roti canai, kalo abg long tak abiskan kari tu, baru mama makan dgn nasik ok"
Barulah lajuu dan ceria dia mengangguk. Dia mmg mcm tu, kalo cakap kari roti canai ngan kari nasi adalah sama..for sure dia tak akan mau makan kari tu. Aku kenal sangat dgn anak aku sorang ni. Walaupun pada hakikatnya adalah sama.

Roti canai segera jenama KRAF dan kari ikan merah seketul cuma sebagai syarat.hehehe.


Esoknya, bangun je tidor terus dia cakap. "Abg long nak roti canai yer ma". Dalam pukul  9.30 pagi mcm tu, terus aku ke dapur. Potong bawang, tumis,masuk rempah sambil2 tggu minyak pecah tu, dapur yang sebelah lagi aku masakkan roti canai dia. Dah masak, angkat dan tepuk2 tampar2 macam mamak buat..hehehe..pastu bungkus dalam plastik. Gulung2. Sebijik macam kedai!!!. Seronok tgk muka Amirul ceria makan roti canai. Angah pulak macam biasa, sambil makan sambil puji "sedapnya kari mama niii..kari macam ni la angah suka" hehehe. Angah...angah..

Hak diceroboh???

Apa korang rasa kalo hak atau harta korang diguna pakai tanpa kebenaran korang?? Marah?? sedih?? tak kisah?? Bukan la mahal sangat pun harta persendirian aku ni. Tapi, tolong la tau pakai budi bahasa dan tatasusila sikit.

Mesti bg sesetengah org tak kisah. Tapi bg aku, benda ni sungguh misteri, nak2 benda yang dimakan atau diminum. Dah tentu jadi sebahagian darah daging kita kan?? Tak takut ke ambil tanpa meminta?? ssh sangat ke nak minta?? Apa kalo dia minta aku akan jeling dan menjerit kat dia ke sambil cakap "TAK BOLEH!!!"   ke?? Ish.. even bos aku nak pun dia masih tahu mintak permission, apatah lagi sesama kawan seopis kan??

 sian nescafe aku yang sedap ni, diambil tanpa kerelaan hatinya, dah tu, kotor lak botol tu jadinya..

Aku tak kedekut, kalaulah, masa kau nak minum nescafe aku tu. Aku tak de kat tempat, kau masih lagi boleh bgtau aku yang ko amik sikit nescafe aku bila ko dah nmpk aku kat tempat kan. Alahh, kalo takut lupa kau boleh je email aku. Ohh, mybe betul2 terlupa kot sbb sibuk sgt bekerja kan?? Tapi takkan sampai nescafe aku dah tinggal sikit pun kau asyik lupa je nak bgtau?? Musykil gak la aku. Nak kata kau tak tahu nescafe tu hak saper..dah terpampang sebesar2nya nama aku tertera kat situ. Ntahlah..pelik gak aku dgn sifat manusia macam ni.

Skrg betul2 dah jadi misteri, siapa kau sebenarnya?? Sila tambil kedepan. Tu pun kalo nak berkat la..

Monday, June 14, 2010

Anugerah terindah

Bila hati dalam duka...terkenang keletah mereka...hati jadi ria :)



Aku ingin bermimpi denganmu

Ke awana untuk teman bintang bulan

Kerananya lebih terang sinarnya

Dengan kehadiran kau dan aku




Bagiku kaulah yang terindah

Manisnya senyuman anugerah Tuhan

Memarakkan api dalam diriku

Tak pernah aku sangka ada




Sesungguhnya mereka adalah Anugerah terindah untukku.
Terima Kasih Ya Allah.

Breakfast

Aku mmg ada masalah untuk bersarapan hampir pada setiap hari bekerja. Tapi kalo hari cuti, insya Allah, tak menjadi hal. Sbb aku rasa nak makan apa je, aku boleh buat sendiri. So, satu hari tu, aku ada melampiaskan masalah ini dalam FB. Ada kawan yg reply mcm2 jawapan. Tapi satu jawapan tu, membuatkan aku terliur amat sangat. Kawan aku cadangkan makan pulut dengan nyiur dan ikan tamban masin. Mak aii..mmg peberet aku tu...Kalo kat rmh, aku tak masak pun, sbb suami aku dan anak2 tak makan. Cuma aku sorang je makan benda tu. So, sajian tu cuma akan dihidangkan kat rmh aku kalo mak aku datang je..

Maka, pagi ni. Macam biasa sampai opis je. Terus ktorg suami isteri berjalan2 cari makan kat tempat biasa. Mmg la kat sini tak de jual pulut ikan masin tu. Tapi aku nampak ada lopis. Hmm...sedap gak kan. Apa lagi amik 3 hiris dan order kopi ais pulak. Mak aiii..sedapnyaaa.. sure pagi ni aku ngantuk nak keje.hehehe


Encik suami aku pulak, makan telur separuh masak ni. Sorry la yer, aku mmg tak suka makan makanan ni. Walau berkhasiat mcm mana pun. Mmg tak boleh lalu kat tekak aku.. :)

Thursday, June 10, 2010

Marina

Balik keja semalam. Lepas ambil anak2 kat nursery, terus aku tanya Amirul anak sulungku. "abg long nak makan apa hari ni?" terus dia jawab, nak makan roti canai kat Q Bistro. Apsal aku tanya Amirul sorang?? kenapa aku tak tanya kat Angah dan Aina?? Jawapan dia korang sendiri pun tahu kan?? Amirul ni mempunyai masalah makanan. Bukan semua dia makan. Dan makanan ruji dia pun, cuma roti canai. Berbeza dgn adik beradik dia yang lain, tak penah kisah pasal makanan. Semua pun boleh makan.

Maka, lepas makan terus balik rmh. Siap2 tuk solat maghrib. Pas solat, aku layan anak2 main2 sikit. Buat keja rumah sikit. Sbb igtkan, mlm td tak nak masak apa2 dah la. Tup2 dlm pukul 9. Aliff tanya aku dgn soalan utamanya
"mama..tak masak ke malam ni?? kita tak payah makan ke??" Ishh budak bertuah ni mmg mcm tu. 
Aku jwb la.."lorr..kan ke kita dah makan kat Q tadi". 
"Tapi angah lapar lagi". 
"Oklah, mama goreng nugget boleh??" terus dia angguk laju.

Ke dapur lah aku, keluarkan nugget dari peti ais. Amirul pun makan nugget, tp yang jenis tempura sahaja. Selalunya aku beli nugget tempura RAMLY. Tapi hr tu tak de lak kat Jusco, so aku try beli brand ni, MARINA. Saja try, sbb aku penah beli brand ni..tp yg ada cheese tu. Aku ngan suami mmg hantu cheese.

2 jenis nugget brand yg sama.


Inilah yang palinggg sedapp.

So, aku goreng kedua2nya, dgn harapan Amirul pun makan sama. Tapi hampa belaka. Amirul rasa sikit je, terus tak nak. Dia cakap lain. Ni bukan nugget dia. Bila aku rasa, mmg lain sikit la dr Ramly, sbb yang Marina ni cam padat sgt isi dia. So, mmg bukan taste Amirul.


Kena goreng dulu yer. (sila abaikan rupa kuali tersebut. Dah 7 tahun berkhidmat tuk aku) 


dah siap goreng.Yang putih2 tu cheese tgh mencair..slurppp..sedapnyaa


Dicicah bersama sos chilli dan mayonis. Korang tahu?? Sos ni sedappp tau...


Itu je lah dinner kami malam tadi :)

Wednesday, June 9, 2010

Kenangan Ketika Masih Muda

Cerita kat bawah ni adalah hasil nukilan Adik Bongsu Aku, saudara Husnul Fikri. Jadi semua ni adalah dari kaca mata beliau sendiri. Aku dalam cerita ini adalah merujuk kepada penulis asal. Walaubagaimanapun ada sedikit penambahan ayat2 aku dlm font biru.


BAGAIMANA ABAH MENDIDIK

Abah memang garang. Ketika kecil, kami dilarang daripada menonton televisyen pada waktu senja kerana kata abah,
“Boleh merosakkan mata”
Tapi, kami tetap degil sebab pada pukul 7 malam, biasanya disiarkan rancangan Power Ranger pada setiap hari Sabtu, disusuli dengan kartun Doraemon pada setiap hari Ahad pada waktu yang sama. Abah pula biasanya menebas halaman rumah pada waktu petang dan hanya akan masuk ke rumah apabila matahari hampir terbenam.

Jadi, kami mula bersiap siaga menantikan masuknya abah ke dalam rumah sambil menonton Power Rangers dan Doraemon dengan volume yang paling rendah.

“Ktak!”

Sebaik sahaja mendengar bunyi daun pintu dikopek oleh abah (yang menanadakan abah sedang masuk ke dalam rumah), kami mula bergegas meninggalkan televisyen. Ada yang berpura-pura ke tandas, baru keluar dari tandas, menunggu di bilik dan sebagainya.

Dan abah pula tidaklah bodoh. Abah biasanya akan meletakkan tangannya di atas peti televisyen. Kalau hangat, ertinya kami menonton televisyen sebelum abah masuk tadi. Tapi, walaupun hangat, abah tak pernah marah pun. Tapi, kami tetap takut.

*********************************************************
Biasanya, bila abah dah masuk rmh, dia akan ke bilik air tuk mandi dan siapkan diri utk solat maghrib. Masa tu, kami adik beradik akan buka balik TV dgn volume yang palinggg perlahan. Dan sempat la tgk kartun tu sikit2..tp dgn penuh debaran di hati.hehehe
***********************************************************


BELAJAR MENGAJI DENGAN MAK

Sementara menunggu masuk waktu solat Isyak, aku dan abang akan belajar membaca Al-Quran dengan emak manakala adik-beradik yang lain sudah boleh membaca Al-Quran sendiri. Kadang-kala, kami pernah juga belajar Al-Quran daripada abah, tapi biasanya tak lama sebab abah sangat garang. Asal ada salah, pasti akan ditengkingnya yang kemudiannya akan disusuli dengan tangisan tak berlagu.

****************************************************
Masa aku dah besar, aku penah amik alih tugas mak mengajar adik2 aku baca Al-Quran. Farhi adalah adik aku yang paling lama dapat aku ajar. Tapi sekarang, dia lebih pandai dr kakaknya ini. Adik2 aku beruntung dpt ngaji dgn mak dan kakak2nya. Berbanding aku dan kakak aku dulu, kena ngaji dgn abah yang teramatlah garangya. Jangan la baca salah..habislah nnt.
*****************************************************


SOLAT JAMA’AH

“Amiin…”

Ruang solat di rumah lantas bergema dengan bacaan Al-Fatihah daripada anak bongsunya yang pada ketika itu baru berusia antara lima hingga enam tahun. Abah selaku imam agak terganggu dengan bacaan surah Al-Fatihah anak bongsunya itu; namun, dia tidak pernah melarang. Mungkin kerana anaknya itu masih kecil. Ruang solat yang pada ketika itu belum ditutupi siling membuatkan gemaan suara anak bongsunya itu bertambah kuat bunyinya.

Abah, Mak, Abang Mi (Hilmi), Kak Mah (Zaiimah), Ka’ah (Farihah), Cik (Imanah),dan Abang (Husnul Farhi) semuanya menetap bibir menahan diri daripada ketawa.



Di sinilah tempat kami sekeluarga bersolat jamaah masa muda-muda dulu


Kadang-kadang, abang selalu mengusik aku di dalam solat (lebih-lebih lagi di luar solat). Ketika abah sedang khusyuk mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, abang selaku salah seorang makmum tidak akan melepaskan peluang untuk menggeletek perutku. Dan aku pun membalas geletekannya. Tapi, abang pandai mengelak

Sebagai balasan, aku mencubit peha kiri abang ketika kami semua sedang rukuk. Abang menahan kesakitan. Tapi, dia tidak berdaya menahan air matanya daripada gugur ke bumi. Baru puas hati aku. Itulah balasannya. Selalu sangat kacau aku. Tapi, hati kecilku masih berasa takut. Mana tidaknya, habislah kalau abang beritahu abah.

Usai memberi salam, abah memalingkan badannya ke belakang sambil mulutnya masih terkumat-kamit berwirid dengan nada suara sederhana supaya kami anak-beranak dapat berwirid bersama-sama dengannya.

Abang yang masih tersedu-sedu menahan sakit penangan cubitan berbisa daripada aku mula menarik perhatian abah. Tanpa meluahkan sebarang kata-kata, abah menjeling tajam kepadaku. Jelingan abah sudah cukup untuk membuatkan aku menangis lebih kuat daripada abang.

**************************************************************
Mmg masa solat jemaah ni, aku teramat geram dgn kelakuan 2 org adik lelaki aku ni. Mmg mengganggu kekhusyukan kami yg berada dibelakang. Solat Jemaah ni mmg rutin buat keluarga aku. Tp biasanya aku dan adik beradik sedaya upaya mengelak dr berjemaah ni. Maklumla, solat ngan abah mmg lama. Masa budak2 dulu, mmg jahil, bukat tau sgt fadhilat berjemaah ni. Apa yang kami tau nak cepattt je. Maka, kalo abah masuk rmh sblm maghrib, dan terlupa pesan kat ktorg yg kena solat jemaah, maka kami adik beradik akan sembahyang sebaik sahaja masuk waktu, jadi bila abah dah siap2 nak solat dan panggil kami tuk berjemaah..cepat je kami jawab. Dah sembahyang la abah. isk..isk..jgn ikut yer anak2!!
****************************************************************


Selepas kami mengaminkan doa abah, semua adik-beradik bersalam-salaman termasuklah aku dan abang. Kemudian, emak dan semua anak-anak perempuan abah dan emakku (kakak-kakak aku lah) pergi ke dapur menyediakan makan malam. Makan malam biasanya cucur pisang, cucur ubi, karipap, cucur kodok, donut atau roti canai yang biasanya disiapkan pada waktu petang sebelum digoreng pada waktu malam selepas solat Isyak. Makan malam biasanya dihidangkan bersama air kopi dan milo panas.

Sementara menunggu cucur siap digoreng, abah mengambil buah mangga sebagai alas perut. Abah memanggil aku dan abang makan bersama-sama dengannya. Sambil makan, abah menasihati aku dan abang supaya tidak lagi bergaduh ketika solat. Selepas daripada peristiwa itu, aku dan abang tidak lagi bergurau di dalam solat. Tapi, aku masih melaungkan bacaan Al-Fatihah dengan kuat seperti selalu.


PERANG BASUH PINGGAN

Selepas selesai menjamah juadah makan malam, kakak-kakakku akan mula bertengkar tentang giliran siapa yang patut cuci pinggan pada malam ini. Situasi ini biasanya berlaku pada hampir setiap malam. Aku tahu, mereka bukannya sengaja mahu bergaduh. Mana tidaknya, bukannya sedikit jumlah pinggan mangkuk beserta cawan-cawan yang perlu dibasuh.

Tapi, bergaduh macam mana pun, pinggan mangkuk dan cawan masih tetap perlu dicuci. Dan selepas itu, mereka kembali berbaik-baik seperti sediakala. Adik-beradik lah katakan. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua.

**********************************************************
hahaha..situasi mcm ni mmg selalu berlaku. Terutama sekali dlm bulan puasa. Masa tu pinggan mangkuk mmglah teramat banyakkkk. Terpaksa aku dan kakak serta adik perempuan aku, buat giliran basuh pinggan bermula dari 1 ramadhan. Tp biasa la..kadang2 ada yg claim dia dah basuh semlm. Ada buat2 lupa..maka bergaduh lagi...lawak2
***********************************************************


SEBELUM MATA TERPEJAM

Aku dan abang tidur bersama-sama dengan mak dan abah di bilik mereka. Abang tidur di tepi dinding, aku tidur di sebelah abang, diikuti dengan mak dan abah. Kak Mah, Ka’ah dan Cik tidur di bilik sebelah. Kesian Abang Mi. Dia tidur di bilik stor di tingkat atas sebelum bilik itu dipisahkan menjadi dua bilik; satu bilik stor, satu lagi bilik tidur Abang Mi.


Stor ni pernah menjadi tempat tidur Abang Mi

Terlalu banyak kisah dan peristiwa menarik yang berlaku di dalam bilik-bilik ini. Antaranya, aku akan diajar membaca Surah Al-Fatihah dan 3 Qul oleh mak sebelum tidur. Dan seperti biasa, aku akan membaca dengan nada suara yang paling kuat yang pastinya akan mengundang rasa lucu di hati adik-beradikku yang lain. Kanak-kanak lah katakan.

*******************************************************
masa tu, kami adik beradik ppuan tido kat bilik sebelah. Adat la budak2 ppuan. Time nak tido mesti byk cerita nak dibualkan. Kadang2 terkekek2 ketawa. Abah pun mula berdehem. Stop la sekejap. Pastu sambung balik sembang, mula2 slow..lama2 terkuat plk. Terus abah bersuara dari bilik sebelah, "Hampa nak tidoq ka nak sembang??" terus kami semua diam..dan pejam mata..takut oo bila abah dah bersuara. Tapi utk hari tu je la..esok2 still buat benda yang sama.
*********************************************************



MAK MENJADI BUAYA

Pada setiap waktu malam, aku akan didatangi satu mimpi yang sama. Dalam mimpi tersebut, aku melihat mak keluar dari bilik. Aku pun keluar sama mengikut mak. Mak kemudiannya membawaku ke tangga sebelum dirinya bertukar menjadi buaya dan mengejarku mengelilingi tangga tersebut. Setelah letih menakut-nakukan aku, mak kembali menjadi manusia dan membawaku kembali ke bilik tidur.

Pernah pada satu malam, aku mengigau dan aku benar-benar keluar dari bilik setelah melihat kelibat mak keluar dari bilik. Dalam keadaan sekeliling yang gelap-gelita, aku melihat mak memakai baju berwarna putih dan aku memanggil “mak”. Lembaga tersebut memalingkan wajahnya kepadaku sambil menguntumkan sebuah senyuman.

Tiba-tiba, bahuku dicuit oleh emakku yang sebenar. Aku berasa hairan dan menceritakan mimpi tersebut kepada mak. Kata mak, aku cuma mengigau. Tetapi, selepas peristiwa tersebut, aku tidak lagi didatangi mimpi “mak bertukar menjadi buaya” seperti yang aku alami pada malam-malam sebelumnya.

********************************************
part ni merapu betollah adik aku ni. Biasa la budak2. mmg selalu mimpi bukan2.
*************************************************



CAKAR DINDING

Sebenarnya, terdapat banyak lagi peristiwa misteri yang berlaku di bilik mak, bilik Abang Mi dan tangga yang menghubungkan antara tingkat bawah dan tingkat atas rumah kami.

Bilik tidur lama mak dan abah yang juga merupakan bilik tidur aku dan abang ketika kami masih kanak-kanak

Antaranya, abang pernah diusik oleh seekor lembaga bulat yang selalu mencakar dinding di luar bilik tidur mak. Memandangkan pada setiap malam abang akan tidur di hujung dinding, maka hanya abang seorang sajalah yang pernah mendengar bunyi cakaran tersebut.

Bagaimana kami tahu yang lembaga itu berbentuk bulat? Kata abang, pernah sekali lembaga itu masuk ke dalam bilik dan dia melihatnya dalam bentuk seorang kanak-kanak yang sangat sihat (gemuk). Abang kemudiannya terus menerajang lembaga tersebut dan dia tidak berani lagi membuat bising selepas itu.

************************************
ni pun aku rasa imaginasi budak laki 2 org ni. lawak2. tapi masa tu aku pun percaya bila adik aku dok sakan bercerita.
********************************************


PUAKA BILIK ABANG MI

Selain itu, Abang Mi juga pernah bertemu dengan seekor toyol ketika dia tidur di bilik stor. Aku, Ka’ah, Cik dan abang pula pernah diganggu ketika kami tidur di bilik Abang Mi yang ketika itu sedang mengikuti program latihan polis di Pulapol.

Dalam satu peristiwa, aku sendiri melihat kipas yang diletakkan di hujung kaki kami ter“off’ secara automatik. Pada mulanya, aku sangkakan yang kipas tersebut memang telah disetkan supaya berhenti (sebab kipas itu memang boleh disetkan pun). Maka, tanpa sebarang perasaan takut, aku pun menghidupkan kembali kipas tersebut.

Tapi, tak sampai seminit, kipas tu berhenti sekali lagi. Aku pun terus berpura-pura tidur dan menutup muka dan seluruh badanku dengan kain selimut.

*****************************************
yang ni mmg mengerikan..tu la gatai lagi nak tidoq kat bilik abg mie.sapa suruh?? mcm tak leh tidoq kat bilik sendiri.
*************************************************


JIN DEEPARAYA
Pernah pada satu malam di bulan Ramadhan, abah dan mak ke surau untuk menunaikan solat tarawih. Manakala kami adik-beradik mengambil peluang menonton drama tamil di TV2 memandangkan esok hari merupakan hari Deepavali.

Abah dan mak pulang agak lewat pada malam tersebut. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku mengambil keputusan untuk tidur awal di bilik Cik. Kak Mah pula telah tidur lebih awal (Kak Mah tidur di atas sebuah katil yang diletakkan di bawah tangga sebab tak cukup bilik).

******************************************************
masa ni aku pun tak paham, awat kak mah tak mau tidor sebilik ngan aku dan chik. Sanggup tido  kat katil bawah tangga rmh.
********************************************************

Maka, pada ketika itu yang tinggal hanyalah Ka’ah, Cik dan abang yang masih setia menonton drama tamil tersebut. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi seakan-akan ada kelibat yang sedang berlari-lari di atas tangga yang menghubungkan antara tingkat bawah dan tingkat atas (Kak Mah tidur di bawah tangga tersebut). Mereka saling pandang-memandang antara satu sama lain.

“Comel kut…”

Kata salah seorang kakakku. Comel merupakan salah seekor kucing yang dibela oleh Kak Mah. Seekor lagi bernama Manja. Namun, ternyata tekaan mereka itu salah kerana Comel turut sama menonton drama tamil tersebut bersama mereka.



Kelibat Jin Deeparaya dikatakan pernah bermain-main di atas tangga ini pada suatu masa dahulu




“Manja kut…”

Sekali lagi mereka tersalah kerana Manja pun turut menonton drama tamil tersebut bersama-sama dengan mereka. Lidah mereka mulai kelu. Masing-masing tak tahu apa yang perlu dilakukan. Nak pergi ke tangga; tak berani. Jadi, mereka hanya menunggu kepulangan abah dan emak dari surau sementara lembaga misteri tersebut masih asyik bermain-main dan membuat bising di tangga.

Akhirnya, apabila jam menghampiri angka 12 tengah malam, abah dan emak baru pulang dari surau. Sebaik sahaja abah dan mak sampai di rumah, bunyi bising di tangga tersebut berhenti. Ka’ah, Cik dan Abang terus menerpa ke arah mak dan abah, lantas menceritakan peristiwa tersebut kepada mereka. Kata abah,

“Tak ada apa-apa…”

Mungkin kerana abah tak mahu menakutkan anak-anaknya. Keesokan paginya, mereka bertanya pula kepada Kak Mah sama ada dia ada mendengar sebarang bunyi pada malam tadi kerana bunyi tersebut benar-benar datang dari atas tangga, sangat hampir dengan tempat Kak Mah beradu. Tapi, Kak Mah pun tak mendengar sebarang bunyi. Tidur mati agaknya.

*******************************************************
padan muka kami. Sapa suh berjaga tengah malam semata2 nak tgk cerita tamil?? kang dah dapat gangguan baekkk punyaaa.
********************************************************


BULAN RAMADAHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling menyeronokkan bagi kami adik-beradik, sebab hanya pada bula ini sajalah kami dapat merasai minuman berkarbonat. Pada bulan-bulan yang lain, abah memang tak pernah sekali pun membenarkan kami membeli sebarang makanan ringan termasuklah air berkarbonat (kami mengenalinya sebagai “air gas”).

Bulan Ramadhan juga merupakan kesempatan bagi kami untuk menonton televisyen pada waktu malam kerana abah biasanya melarang kami daripada menonton televisyen pada waktu malam. Hal ini berbeza pada malam-malam di bulan Ramadhan kerana abah dan emak akan ke surau untuk menunaikan solat sunat tarawih. Ketika itulah kami mengambil kesempatan untuk menonton televisyen.

***************************************************************
Masa ni la ada cerita "The cave of the golden roses" tu. Maka, hari2 kami berdoa, moga selepas tarawikh, abah akan singgah rmh tok dulu. So, dapat la kami tengok siri ni sampai abih. Kalo tak..kim salam la..abah balik..maksudnya, Tivi kena tutup. Payahnya nak tgk tivi masa kanak2 dulu. Walaupun abah tak bawa kami pegi surau utk bertarawikh. Tp dia tetap mewajibkan kami solat tarawikh kat rmh. Tapi, kami buat 8 rakaat je la. :)
****************************************************************


MENCARI KONKLUSI

Abang Putra (suami Ka’ah) pernah bertanya kepadaku, “Kenapa manusia dicipta supaya mempunyai banyak generasi?” (Abang Putra tak lah tanya macam ni…saja ja nak sedapkan lagi ayat)

Kataku, “Tak tahu.”

Jawab Abang Putra, “Supaya generasi yang terkemudian dapat memperbaiki kelemahan generasi yang terdahulu.”

Persoalannya sekarang (buat yang telah berumah tangga), adakah kita telah memperbaiki kelemahan ibu bapa kita ketika kita mendidik anak-anak kita yang ada di sisi kita pada hari ini?

Kadang-kadang kita berasa hairan mengapa anak-anak kita terlalu sukar mendengar kata? Di sini, saya ingin memberikan satu jalan penyelesaian. Mungkin dah sampai masanya untuk kita mengajar anak-anak kita bersolat secara berjemaah kerana solat berjamaah merupakan cara yang terbaik untuk mengajar sistem herarki dalam sesebuah institusi kekeluargaan kepada anak-anak.

Gambar mak, adik dan anak2 aku


Misalnya, dalam solat jamaah, ayah yang berada di hadapan bertindak sebagai pemimpin manakala ibu di barisan belakang bertindak sebagai pengawas, pemerhati kelakuan anak-anak. Sedikit demi sedikit, rasa hormat anak-anak kepada kita akan bertambah insya Allah.

Manakala bagi yang sudah memiliki anak yang berusia tujuh tahun, anda sebenarnya telah diwajibkan untuk menyuruh anak-anak anda supaya menunaikan solat lima waktu sepertimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Suruhlah kanak-kanak supaya bersolat apabila sampai umur tujuh tahun dan apabila berumur 10 tahun maka pukullah mereka (jika mereka meninggalkannya)” [HR Abu Daud (494)]

Manakala bagi yang belum mendirikan rumah tangga, apabila telah tiba masa yang sesuai, carilah pasangan hidup yang taat beragama. Carilah pasangan yang bermaruah, bukan yang murah. Kita punyai mata, telinga dan hati untuk menilai. Maka, nilailah gaya hidup individu yang mahu kita jadikan sebagai pasangan hidup tersebut.
Kalau sebelum berkahwin lagi sudah murah menjual diri dengan bergaul bebas tanpa mengenal batas agama, baju “adik” dan “pakaian tak cukup kain” menjadi trademark…mengapa masih buta hati untuk menilai?

Renung-renungkan dan selamat beramal…

***************************************************
part paling penting untuk diamalkan bersama. Memang kalo nak diikutkan cara didikan. Dah tentu didikan ibu bapa kita dahulu paling baik. Tapi masih ada kekurangannya. Jadi, yang baik itu kita ambil sebagai teladan, dan kekurangan tu, kita cuba perbaiki. Insya Allah. Institusi kekeluargaan akan lebih berkembang erat sejajar dgn pembangunan. Terima kasih. :)
*****************************************************

Daiso

Apa itu Daiso?? Aku pun tak sure maksud asal. Mungkinkah maksudnya kedai dalam bahasa jepun?? Sapa pandai bahasa jepun, tolong bgtau aku maksud daiso k.

Apa yang aku nak citer ni adalah Daiso kat The Curve Mutiara Damansara. Konsep kedai ni mcm kedai 2 ringgit tu. Cuma bezanya, barang2 kat kedai ni semuanya imported from JAPAN dan harganya semua adalah RM5.



Nampak tak trademark kat gambar bawah ni.. ALWAYS RM5. EVERYTHING IMPORTED FROM JAPAN. Banyak gilerr barang2 kat kedai ni. Tapi masa aku pi weekend lepas, aku adalah tak sempat nak tawwaf satu kedai ni. Sebab anak dara aku dah merengek2 nak nyusu. Dah penat, 1 hari berjalan..dah ngantuk. Pakej lengkap la tuk dia tunjuk perasaan hari tu.

So, mmg len kali..yang belum pasti bila dan tahun bila..aku harus jejakkan lagi kaki kat situ. Tapi korang kena pandai2 la tgk barang2 mana yg korang rasa RM5 tu. Sbb bg aku, ada yg sepatutny RM3 pun, kita kena byr RM5. So, pandai2 la kan. Tp kalo derang tak buat mcm tu, macam mana derang nak untung. Dan juga, sila pastikan bawa beg sendiri, sbb kalo nak beg plastik korang akan di charge 20 sen bg satu plastik. Bagus2..aku sokong kempen hijaukan bumi.

Tuesday, June 8, 2010

TAG dr Mas

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 100 Truths about you.
At the end, choose 5 people to be tagged.

Perghh bila dapat tau aku kena TAG ok lagi..tp bila tgk TAG ni..mak aiii..panjangnya...tp Aku buat juga la demi kawanku ADNILSAM :)


WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage: Milo Ais
2. Last phone call: My lovely Hubby

3. Last text message: Moshi moshi
4. Last song you listened to : Lagu Hattan tajuk apa ntah..yg Mawi nyanyi masa dia kat AF dulu
5. Last time you cried: Ishh..tak igt la..dah lama sangat kot


HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice : ntah

7. Been cheated on : tak kot..perasaan sendiri je lebih
8. Kissed someone & regretted it : tak la

9. Lost someone special: ya, Arwah Tok aku. Dia adalah insan yang paling aku sayanggg
10. Been depressed: mestila..semua org pasti penah rasa

11. Been drunk and threw up: ishh..kan ke HARAMMM


LIST THREE FAVORITE COLOURS:

12. RED
13. GREEN
14. BROWN


THIS YEAR HAVE YOU: (2010)

15. Made a new friend: ada la kot..

16. Fallen out of love: hmmppp...aku sll fallen in love ja :)

17. Laughed until you cried: Yezza..dgn keletah anak2 aku

18. Met someone who changed you: Suami aku yang byk membantu perubahan aku menjadi seorg yg lebih baik
19. Found out who your true friends were: Yupp..

20. Found out someone was talking about you: ada kot..

21. Kissed anyone on your friend's list: Aku kissed suami, anak2 dan mak abah je.
22. How many people on your friends list do you know in real life: tak sure
23. How many kids do you want to have: 5 cukup la kot (ada 2 kekosongan lagi ni :) )

24. Do you have any pets: tak ada
25. Do you want to change your name?: Alhamdulillah, nama aku dah memberi makna yang baik
26. What did you do for your last birthday: tak buat apa2 pun, dah tua dah la
27. What time did you wake up today: 6.00 am..

28. What were you doing at midnight last night : Tido la..wajib masuk bilik kul 10 mlm
29. Name something you CANNOT wait for: Tingin nak g JB..heheheh

30. Last time you saw your Mother: awal bulan May hr tu

31. What is one thing you wish you could change about your life : Nak jadi yg lebih baik di hari2 muka
32. What are you listening to right now: sunyi..sepii cuma ada bunyi telefon
33. Have you ever talked to a person named Tom: yes, cikgu English aku masa British Council :)
34. What's getting on your nerves right now: hmmm..
35. Most visited webpage: facebook la

36. Whats your real name: err..korang dah tau kan??
37. Nicknames: aku tak de nickname, nama penuh aku pendek je
38. Relationship Status: Married

39. Zodiac sign: Sagitarius
40. Male or female?: female

41. Elementary: SKBRD
42 .Middle School?: SMKP

43. High school/college?: UiTM Arau
44. Hair colour: hitam itu menawan

45. Long or short: mana leh bgtau, nnt korang imagine
46. Height: 158 cm jer

47. Do you have a crush on someone : mesti penah
48: What do you like about yourself? : semua tentang aku
49. Piercings: kool
50. Tattoos: HARAMMM..dah la sakit kan??
51. Righty or lefty: righty



FIRSTS :

52. First surgery: tak penah rasanya
53. First piercing: xde ...

54. First best friend: Nordina kot. Tapi mana la dia skrg ek
55. First sport you joined: Saya tak minat sukan :)
56. First vacation: Cameron Highlands dgn family
58. First pair of trainer: ....



RIGHT NOW

59. Eating: kenyang lagi

60. Drinking: tak jugak
61. I'm about to: sambung keja yang bertimbun

62. Listening to: nothing
63. Waiting : for 5pm


YOUR FUTURE :

64. Want kids?: Yes, 2 more its enough

65. Get Married?: Cukuplah sekali..dan harap berkekalan sampai matii

66. Career?: Nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa


WHICH IS BETTER :

67. Lips or eyes: 2-2..heheh
68. Hugs or kisses: 2-2 gak
69. Shorter or taller: tak penting
70. Older or Younger: Older
71. Romantic or spontaneous: spontaneous

72. Nice stomach or nice arms: Nice stomach

73. Sensitive or loud: hmmm

74. Hook-up or relationship: Relationship

75. Trouble maker or hesitant: tak tau


HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger: baby la kot
77. Drank hard liquor: Tidakkkk
78. Lost glasses/contacts: no

80. Broken someone's heart: Pernahhh..dulu kala..ala..kanak2 kann :)

82. Been arrested: Nope

83. Turned someone down: mungkin

84. Cried when someone died: YES ...

85. Fallen for a friend?: Tidakk


DO YOU BELIEVE IN:

86. Yourself: YESS
87. Miracles: kadang2
88. Love at first sight: Yes
89. Heaven: yes ...

90. Santa Claus: Mitos
92. Angel: malaikat kan?? wajib percaya..salah satu rukun iman ni


ANSWER TRUTHFULLY:

94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: tidak pernah
95. Did you sing today?: hmm..tak perasan la plk
96. Ever cheated on somebody?: ada kot..masa zaman kanak2 kan
97. If you could go back in time, how far would you will go?: tak nak la..nak terus ke depan je
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: malas nak pikir la
99. Are you afraid of falling in love?: Tak mau dah la..penat la
100. Posting this as 100 truths?: yupp
 
 
5 org mangsa berikutnya??
tak perlu kot, tapi kalo korang rajin nak buat..silakan la. TQ

Segalanya di hujung jari anda

Wahh..tajuk macam hebat kan?? tapi itulah kenyataan dengan dunia sekarang. Semuanya nak pantas, semuanya nak segera. Nak makan yg segera, nak duit segera, nak itu ini segera.Tapi nak bergerak sendiri malas. Laparr?? call je, nnt ada org hantar. Pas makan terus tidoo kekenyangan. Sebab tu la org2 zaman sekarang makin gemuk dan umur pendek kan?? hehehe

Ok..ok..nak citer pasal servis MyEg sebenarnya. Semua ni berlaku rentetan cerita ini. Almaklumlah, lesen kami ketiga2 mati serentak pada hari yang sama. Nak renew lak, kena g JPJ atau pejabat Pos. Ishh..ktorg ni kalo bab2 gi soping mall, makan2, window soping..mmg la laju..tp bab nak g pejabat pos dan JPJ ni..amatlah kemalasan melampau. So, terus aku cakap, apa lagi?? MyEg kan ada?? dan dengan segera ktorg masuk website tu dan renew lesen kat situ. Tapi kalo ko buat sendiri, setahun kena RM30 je la kan. Tp melalu service ni, korang kena bayar lebih RM7. So, total RM37 je la..dan..dan...dan..paling penting akan sampai di tangan korang tanpa perlu susah payah beratur dan amik nombor..kihkihkih..gilor malas.


Sepatutnya, kalo kita renew pagi tu, petangnya dah sampai. Tapi disebabkan, ktorg renew petang..dan esoknya lak public holiday,sempena wesak. Maka lesen ktorg sampai hari isnin depannya. Tapi aku ngan kak een tak de hal. Ktorg ni ibarat renew every year, tapi stereng keta pun tak penah sentuh..OOooppsss, jangan salahkan aku yer!! Aku ni mmg kalo ikutkan hati, nak gak drive keta pegi balik keja. Tapi apakan daya, suami tidak mengizinkan. Yang paling sian Ret la, terpaksa drive tanpa lesen tuk weekend tu. Tapi tak pe, kalo polis tahan, dia kenyit mata je, sure lepasss.

Ok la korang, sape2 yang malas mcm aku ni, bolehla try usha2 servis kat MyEg. macam2 adaaaa *wink*

Monday, June 7, 2010

Persiapan Raya

Korang dah buat persediaan utk lebaran?? Hahaha..cam yo yo orr je kan. Skrg baru awal bulan 6 dah terkocoh2 aku tanya soalan tu. Bukannya apa..kalo kat KL ni, aku rasa, aku dah terjatuh dalam kategori lambat dah kot. Org lain ntah2 dah siap tempah semua. Aku lak br hari Khamis lepas g cari kain. Pastu hari Sabtu, ktorg g MARA tuk tempah baju.

Kiranya, selepas aku kahwin ni, ni pes time aku tempah baju raya tuk aku, suami dan anak2. Raya2 sebelum ni, ktorang beli siap je. Tapi tak tau sbb apa, tiba2 tahun ni, teringin lak nak merasa baju tempah. Tak pe la kan. Sekali sekala.



Ukuran diambil tuk anak2 dan abahnya


Nak dijadikan cerita, rupanya nak menempah baju kurung utk anak dara aku tu, agak sukar yer. Bukan semua tukang jahit nak jahitkan baju budak. Tapi nasib baik la, terjumpa sorang kakak ni dan dia sanggup nak jahitkan. Bayaran tuk Baju kurung Aina RM45. Tapi masa nak ambil ukuran tu, satu lagi cabaran terpaksa ditempuhi. Punya la susah, maklumla, anak dara aku ni pemalu. Mana mau org2 tak dikenali sentuh dia sembarangan. Punyalah meraung dia..isk..isk..sian kakak tu. Terpaksa diumpannya dgn kismis. Tapi tak jalan. Kismis dipegang, tapi raungan still maintan kuat.

Tengok la dia, pas sudah ukur, duduk diam sambil makan kismis

Friday, June 4, 2010

First Cek from Nuffnang

Hip..hip..hoorayyy. Buat pertama kalinya dalam hidup aku selepas bergelar seorang blogger yang tak tegar. Alhamdulillah, berjaya juga mendapat cek pertama dari nuffnang.


Walau tak sebanyak mana..tp ok la kan, lagipun aku ber blog ni suka2 je. Bukan nak jadikan hasil pendapatan yang tetap pun. So, banyak mana pun dapat, semua ni rezeki. Alhamdulillah.

Thursday, June 3, 2010

Anak-anak ku


Masa team building tempoh hari merupakan pertama kali dalam hidup aku tidur malam tanpa anak2. Sebelum pergi tu, mcm2 soalan aku tanya suami aku. Boleh ke dia handle anak2 sorang diri? Boleh ke anak2 aku terutama Aina tido malam tu tanpa aku? Bukan apa, bukan tak percaya kebolehan Abah derang. Tapi Aina tu sehingga ke saat ini, dia masih menyusu dgn aku. Sbb tu aku risau especially bila nak tido, dia memang melekap je sampai dia tertido sendiri. Mesti malam tu dia akan meragam yang bukan2 punya. Hati mak mana tak risau tidur tanpa anak kan??

Tapi Alhamdulillah. Sangkaan aku benar2 meleset. Malam tu sebelum aku tido, aku call husband, tanya mcm mana anak2? Dia cakap ok, derang tido kat rmh Wan derang. Aina pun tak merengek sangat. Dia tido pun sambil peluk abahnya lepas habis minum sebotol susu. Cuma abahnya cakap, malam tu ada la 3 kali dia minta susu. So, 3 kali jugak abah dia kena bangun bancuhkan susu tuk dia. Hehehe, sekali sekala kan. Kalo tak, mak dia je berjaga malam, walaupun menyusu badan, still jaga jugak kan :)

Gambar2 yg suami aku MMS sepanjang ketiadaan aku



Tapi, alkisahnya. Aku tinggalkan derang 1 hari setengah je. Tapi impact peninggalan tu, sampai sekarang masih ada. Tapi impact tu kat Aina je rasanya. Ada yang baik, ada jugak sebaliknya.

Antara kesan2 tersebut:
  • Aina dah pandai makan sendiri. Kalo dulu aku kena suap, skrg tak mo dah.
  • Bila suh Aina senyum, dia akan tersengih mcm dalam gambar2 yg korang tgk, dan dia akan cakap cantikkk. (dia kata dia cantik la tu)
  • Bila dah siap dressing pakai baju cantik nak gi jalan, dia akan pose2 dulu depan cermin, pusing kiri..pusing kanan, minta pakaikan perfume.  (ni tiru perangai abah ni)

dan yang paling tak tahannnn...
Ngan aku pun dia panggil ABAHHH...bila aku betulkan "mama" baru dia sebut..mama..adehla..kalo dulu semua mama, skrg abah dah dihatiii. Tu baru tinggal sehari tu, kalo tinggal sebulan, macam mana la agaknya kann?? Nasib..nasib.

gambar2 sepeninggalan aku

Wednesday, June 2, 2010

The Legend Water Chalet

Taraa...inilah destinasi percutian kami hujung minggu lepas. Setelah berhempas pulas memerah idea dah keringat. Kami suami isteri telah sepakat membawa berkat ke tempat yang tak berapa jauh dari Kuala Lumpur. Apa lg, Port Dickson la. Memula igt nak check in kat Avillion. Tapi malang tidak berbau, Challet tu dah penuh.

Takpe..kita cuba lagi di tempat lain, destinasi berikutnya Legend Water Challet. Sebelum bercuti pun, mmg ktorg dah plan nak ke sini. Tapi bila tanya Erin, dia cakap..dia dah try call tapi tempat tu dah fully booked. Tapi tak salah kalo mencuba kan?? Aku pun dgn beraninya, tya la kat receptionist kat situ, Alhamdulillah. Masih ada kekosongan. nasib baik dah ada org check out. Masa tu jam baru dekat pukul 2, check in time kan kul 3 keatas. Tp, derang ckp, tak pe..boleh check in sekarang. Alhamdulillah, rezeki anak2.
Selesai check in..menapaklah kami ke bilik. Agak jauh la jugak.


Suasana dlm challet.

Pas selesai makan dan solat. Anak2 aku sibuk nak berendam dalam bath tub ala2 jacuzzi kat challet tu. Kemain seronok derang. Abih berendam kat situ, masing2 nak ke swimming pool plk. Punya la ramai manusia kat situ. Pihak Legend terus buat sukaneka tuk kanak2 bwah 12 tahun. Tak sangka Amirul dan Aliff nak join. Oh, Amirul telah menunjukkan kemajuan mendadak.hehehe.







Esoknya, pagi2 ktorg terus g breakfast seawal yg boleh, sbb dah janji ngan anak2 nak bawa derang main pasir kat pantai pulak. Makan kat sini agak kurengg sikit. Ntahla, tak menepati selera aku. Mungkin masih terbawa2 kelazatan makanan kat Shangri La tempoh hari *blink..blink*. Tgk la wajah anak2 aku masa makan. Amirul monyok je, maklumla..dia kan tak makan semua makanan2 tu. Sian dia. Aliff lak monyok sbb tak sabar nak main pasir, langit dah tunjuk ciri2 hujan nak turun. Lepas makan, bergegas kami semua ke pantai. Sekejapan cuma, hujan terus melebat, terus masuk kereta pulang ke challet. Tapi anak2 puas juga.


Sampai challet, utk kali terakhir bg derang berendam lagi sekali dlm bath tub. Lebih kurang kul 11 pagi. Ktorg pun gerak nak check out, kali ni tak nak jalan kaki dah. Naik buggy pula.



Overall, percutian yang tak dirancang ini. Berjalan dgn lancar. Terima kasih tuk suamiku tercinta, sbb sudi bawa kami ke sini. Semuanya best. Kecuali makan dan juga bantalnya. Oh pihak hotel legend, tolonglah tukar kepada bantal yg lembut sikit. Walau tak empuk pun tak pe..tp biarlah jgn tebal dan keras mcm tu. Sakit kepala nak tido. Tidur yang berkualiti kan bagus untuk kesihatan. hehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...