Friday, April 29, 2011

03- Antibiotik

Hari ketiga di APSH. Seawal pukul 5.30 pg, saya terjaga dgn kehadiran nurse. Mmg jangan mimpi nak tido nyenyak kalo di spital. Nurse datang bawa botol kedua antibiotik untuk dimasukkan melalui urat darah.

Antibiotik


Sakit?? Tak de la. Rasa sejukkk je. Bertambah sejuk kerana saya mmg tengah demam. Entah bila kesengsaraan demam ini akan berakhir. Kalo ptg semalam, satu botol tu habis dimasukkan dlm masa 45 minit, pagi ni cuma 15 minit je dah abih. Laju betul cik nurse tu setting benda tu. Sampai skrg sebelah tgn kanan ni rasa sejukkkk.

Sbb derang letak saluran nak masukkan antibiotik ni kat pelipat tangan kanan, makanya dah ssh saya nak makan, nak mandi, gosok gigi dan paling penting menaip. Semua pakai tgn kiri. Payah. Tp bila pk, ok gak kan. Kalo letak kat tangan kiri, agak2 mcm mana saya nak selesaikan seruan alam yg satu tu??? Lagi haruuu. Err... Ada paham??


P/s: hari ni nak kena jumpa CT lak. Mungkin dia dpt bgtau doctor, apa masalah saya. Hmmm

Thursday, April 28, 2011

Cucuk sana.. Cucuk sini

Hari ni hari kedua saya kat spital. Awal2 pagi nurse dah dtg cucuk saya tuk test TB. Kalo bengkak melebihi bulatan yg derang buat tu, mybe saya ada TB. Mybe la. Tp saya rasa tak. Sampai skrg tak de tanda2 bengkak pun.

Mtt


Pastu, lepas lunch td, dtg lagi dua org nurse. Cari urat nak buat saluran untuk masukkan aktibiotik kat tangan saya. Tapi cucuk2 tak berjaya. Urat saya halus sangat kata derang. Aduhhh.. Sakit oooo.


Cari


Sbb tak berjaya, derang proceed cari urat kat lengan lak. Dapat pun. Tp masih kecik, cuma tak la sekecik td. Cuma kata derang. Nnt lepas masukkan ubat, saya kena luruskan tangan selama setengah jam. Oooo seksanyaaa... Urat BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saya kan...

Nak update macam2. Tp tulah, netbook saya rosak. Rosak teruk. Hard disk la crash. Crash tau bukan crush. Paham??? Tak paham tak pe. PC kat rumah mmg saya jarang sentuh. Tak suka buka PC. Tak minat tengok skrin besau2. Jadi, sekarang saya update pakai henpon. Pun tak best jugak. Sbb kecik sangat. Tak puas nak taip. Pastu nak letak gambar, tak leh nak edit gambar tu letak frame ngan url blog. Besar tak suka. Kecik pun tak suka. Yg sedang2 gak best ;)

Oh ya, sekarang saya kena admitted kat ward. Boringnya, makan ubat jadi ngantuk, pastu tido. Bila bangun jadi lapar, so makan. Jadi keja saya cuma makan, tido dan makan. Bosan amat dan rindu anak sangat2. Doakan saya cepat sembuh yer.

Tuesday, April 26, 2011

Birthday Celebration

*Amaran*
Entry ini mengandungi super banyak gambar2...sekian



Tak abih lagi nak cerita pasal birthday 2 jejaka ini. Macam aku bgtau, takde la sambutan secara besar-besaran. Tapi, sambutan 5 beranak je. Kat mana?? buat pertama kalinya, ktorg gi nyanyi2 kat red box.  Karaoke u olls. Mula2 anak2 aku tak mo. Tapi bila derang dah start nyanyi...abih...mikrofon tu kat depa je la. Aku boleh la men"sumbang"kan sebuah dua lagu. Yang lain2..mmg hak depa bertiga.

Jadi, sila la layan gambar2 berikut ya. Aku malas mau stori panjang2.

muka ceria 5 beranak

bukan cikgu shafie, tp cikgu mama ajar teknik lontaran suara yg betul...wakakaka


para pelajar tekun mendendangkan sedetik lebih


1st bday kek angah


tgk Aina, dah get ready ngan pinggan...kah kah kah


Aina yang sibuk nak potong


Kebahagian dalam perpisahan...abah bersemangat ...Aina relax je..takde feel

Abah masih bersemangat


Bday BOYS... (day 2)

Copyright reserve abahnya


Oppsss...pengantin yang tak berapa nak baru :)



Sekian. 
Lupa nak stori. Ktorg pegi 2 hari berturut2. Atas permintaan bday boy?? yg tak puas nyanyi...layannnn

Monday, April 25, 2011

Happy Birthday my dear Hubby

Kalau semalam, bday anak kedua aku. Hari ni birthday abahnya pulak. Memang derang selang satu hari je. Aku dulu mmg bercita2 nak lahirkan Aliff 25 April. So, leh sambut bday sama2 ngan abahnya..tapi, Aliff tu, nak kuar cepat sangat la plk. Puas aku suh doktor holdkan  dulu sbb nak lahir 25 April gak. Tapi doktor marah aku balik. Iyer la, permintaan tak munasabah kan?? dah la masa tu kul 2 petang, pastu dah buka 8 cm masa sampai spital, igt boleh hold2 ke?? lain la kul 11.59 malam ke kan?? 

Dan tadi, aku mengambil cuti sempena keputraan Putra (nama suami den). Tak de la sambut besar2an pun. Biasa2 je. Kek aku tempah dari kawan seopis. Sekrang ni kan kek Red Velvet menjadi kegilaan ramai. Bagi peminat cheese mcm aku ngan suami aku ni, mmg kek ni sangatttlah sedap. Thanks Ana. Sbb susah2 ko je kan?? Aku tak kisah bab2 decoration tu. Janji rasa ada umphh!!

bday boy???




Untuk suami aku, "Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 30. Dah masuk angka 30an tu, lain la ai...muda lagi masih memegang angka 20 an...u jangan jeles yer!! hehehe...semoga dapat menjadi ketua keluarga yang terbaik untuk keluarga kita."

Sunday, April 24, 2011

Angah dah 5 tahun

Hari ni 24 april 2011, genap 5 tahun usia anak kedua mama. Mama sentiasa doakan anak mama sihat sejahtera dan dilimpahi rahmat dari yg Esa.

Aliff

Have a greaaaattttt birthday Angah. Mama love you sooooooo much. More than u ever know. Mmmuuaahhh!!!!

Jangan pernah berubah - ST12

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas 'tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Reff:[*]
Kau Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Back to Reff:[*] , [**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya


P/S: tgh giler dgr lagu ni plk. sedap betul suara vokalis dia. Rasa gegar jantung ni.

Friday, April 22, 2011

sungguh efisyen LHDN

Ingat lagi pasal entry ni???
Baru je kan aku buat cukai taksiran utk diri aku sendiri..pastu Alhamdulillah, ada la sikit rebate yg LHDN kena bayar aku kan. Tapi tak de la jota2...pendapatan tahunan pun tak seberapa...ada hati nak rebate jota2...

Dan mcm biasa...org2 kebanyakan macam aku..asal lepas 20 hb je..mesti susah hati, sbb dana dah kering kontang...kalo cucuk ATM pun..ATM tu sedak ngan habuk je la.

gambar hiasan...makasih gugel


Tapi kan...baru2 ni, aku ada dapat email dari LHDN yang katanya lebihan bayaran cukai aku telah diluluskan.  Padahal pelik, sbb sblm ni LHDN hantar surat, pastu bg cheque, pastu kena bank in cheque tu..pas 3 hari baru dapat duit. Tapi awat tahun ni dia bg email dan bgtau balance akan dikreditkan dlm akaun lak?? Maka gigih aku cek M2U. Tapi hampa...balance tetap sama...RM18.73 sen. Sedih kan?? Nak makan apa weii ngan duit banyak tu?? Gaji Isnin depan. lambat lagi tu.

Tp pagi ni, tak tau la sebab apa, tergerak hati saja2 nak cek M2U, mana tau ada insan baik hati nak bagi derma kilat masuk duit dlm akaun. kehkehkeh..

Tergezut u olls...ada...puas dok gosok2 lampu ajaib mata, sbb time2 kekeringan ada org bg duit. Tp mcm pelik..kalo org biasa..awat bank in duit kat aku ada sen2?? pastu semak balik ngan borang LHDN yg aku dah submit. Amount dia tally, so...mmg betul la LHDN dah kasi balik duit aku. hahahah

Makasih LHDN sbb buat keja dengan cepat dan efisyen!!


p/s: yg tak submit lagi..cepat buat..tarikh tutup 30 April yer!!

Thursday, April 21, 2011

Lagu-lagu best

Semua ni lagu2 yang aku baru masukkan dalam tipon aku.



Aku bukan jenis rajin nak masuk lagu2 dlm tipon. Malas teramat. Maklumla..bukan taraf muda remaja lagi nak giler2 letak lagu bagai kan. Sedar diri ni. Cuma smlm je masuk la lagu yg aku rasa menarik utk aku dgr sekali sekala.

Pastu bila playkan lagu sedetik lebih nyanyian "bang nuar" tu kan..sekali ada gambar dia. Pastu Aina plk buka lagu tu semlm dlm keta. Dia tunjuk kat abah dia. Abah dia yg tgh drive, boleh terpandang sampai 2 kali (kes terkejut ni)....apa kes ada muka bang nuar??
dia tanya..
"naper ada muka dia lak??"
"mana nak tau..dah masa dload tu depa letak sekali muka dia"
"tipu ni...syg yg letakkan kan??"


heh???
what the fish?? *tangan di bahu, mata ke atas*
Tak kuasa mak nak nak letak gambar2 artis ni.

Tapi abah Aina pun gurau je...bukan serius..dia lebih kenal aku... kan..kan..kan???

tolong...tolong...

Masa lunch td kan..nak buka FB kat tipon tak leh.
Igtkan maxis problem.

Pastu, try buka kat PC, tak leh gak.. dia cakap "your account is temporarily unavailable". tak puas hati..saya syak PC saya problem lak.

Pastu, tya kawan ssebelah, FB tak leh buka ke?? Tapi belum sempat tanya, tengok dia relax je surf FB. Saya terus suh dia try log in pakai ID saya pulak...pastu kan...kuar mcm kat bawah ni.....




heh!!!
naper ni wei?? Ada org hack saya kah?? Sebab, pagi td saya remove ramai gak dari friend list saya. Bukan saja, cuma saya rasa, saya nak maintain ngan org2 yang saya kenal je la. Yang masa kat sekolah, tegur saya pun sekali je, pastu add saya kat FB, apa kes?? tu kita kena kira kawankah?? Bukan...bukan sombong..cuma segan la..awak tak kenal saya, jadi rasanya tak perlu nak kongsi privasi saya kat FB kot. Hanya yang betul2 kenal saya sudah la. kan..kan..kan??

Memang la berkawan biar seribu. Tp, kalo yang 879 org tu, lebih kepada merapu...perlu ke kita kawan?? takpe la..tak ramai kawan pun, saya tak kisah. Cukup la menghargai kawan2 yang dah ada ni. Syukur!!  Sbb dalam ramai2 pun...ada yang menikam dari belakang kan??


p/s: no heart feeling bebeh!!!

kotak kitar semula untuk kebajikan

Phew!!!!
Tajuk...tak bleh blah
puas pikir nak translate ke bahasa melayu. Memula nak taip "Recycle box for charity" tapi kang korang cakap... "eleh...tajuk omputeh kemain..tp cerita bahasa melayu jerk!!" maklumlah anak2, mak sekolah tak tinggi mana. Itu je yang mampu..hehehe


Dah kelaut...
Korang penah tgk tak kotak tu?? Sekarang ni kalo kat kolumpo, dah bersepah2 kotak camtu kat kawasan2 perumahan kan?? Fifi aku suker..aku suker...bukan apa, best tau kotak ni. Banyak kegunaan. Macam dedolu, sebelum kotak ni ujud, aku selalu megalami masalah, bila anak2 aku dah besar, dah tak muat pakai baju lama dan masih cantik2...kat sapa aku nak bagi baju2 tu?? Nak buang sayang..sbb ada baju yg baru pakai sekali..pastu, tak sempat pakai kali kedua..dah tak muat. Membazir kan?? 




Tapi sekarang tak ssh dah. Dengan ujudnya kotak ni. Segala masalah selesai. Cuma kena rajin je. Rajin packing baju2 lama dan masih cantik, elok2 dan kemas2. Pastu korang suruh la asben korang pergi masukkan dlm box tu. Kalo tak nak susahkan asben pun tak pe. Buat sendiri. Tapi aku mmg suka susahkan asben aku. Tak pe kan?? 

Masa asben aku nak masukkan baju2 dlm kotak tu, anak2 aku terutama angah tanya. 
"mama...abah nak buang apa tu??"
"Bukan buang, tu baju2 lama abg long, angah ngan aina yg dah tak muat, tu nak kasi org susah"
"Orang susah ambil baju dlm tong sampah ke mama?" 
"Eh..tak la"
(dlm otak...masa ni la nak basuh anak)
"tu bukan tong sampah, tu recycle box, maksudnya kalo ada baju ke, mainan ke atau apa2 yg elok lagi, kita letak dlm tu, nnt lori datang ambil dan bagi kat org susah. Ha...tgk..org ssh, semua baju ngan mainan amik yg org dah pakai, abg long ngan angah..pernah ke pakai baju org lain?? pernah ke main mainan org lain?? semua dapat yg baru kan?? tapi pas main tak nak kemas, buat sepah2..org lain ssh nak dapat barang, abg long ngan angah dapat senang je, tapi tak tau nak sayang. Pas ni jaga elok2 mainan yang ada ok?"
"ok mama..sian org susah kan mama"
"yer"

Senang kan brain wash budak2?? Tapi lama mana pun nak berkesan?? sat jugak. 

Eh, kalo ada bulky item cam sofa ke, perabot ke, peti ais ke..yg korang rasa nak bg org pun boleh tau. Tapi tok sah la dok gagah masuk dlm box tu jugak. Mana nak celuih. Tapi kalo ada, call je no telefon kat box tu, nnt ada lori mai pick up barang tu. Senang kan??

Ermm...ada satu sofa kat rmh yg aku rasa menyempitkan rumah aku yg sekangkang kera tu..igt nak call gak. Tapi asben aku ckp..nnt org lori tu tak bagi kat charity house, tp dia letak kat rmh dia je...hohoho


Baik- baik sayang

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang



Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu


Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu



P/S: Lagu fav terbaru Aina. Dia cakap tajuk lagu ni "hanya satu pinta" sweet :)

Aku kan....

....sekarang ni selalu sakit2. Asal malam menjelang tiba, badan aku mesti jadi seram2 sejuk. Bila org lain pegang, derang ckp aku panas sgt. Misteri kan??? Mula2 mcm tak kisah. Tapi bila dah setiap malam camtu... Jd kisah la kan??? Mula la pikir mcm2. Pernah terpikir, ada buatan org kah??? Ishh2 tak baik kan??? Minta dijauhkan. Cukup la suami aku penah kena dulu.

Pastu, aku sakit sesuatu... Sesuatu, yg melibatkan tahap. Bila berdiri aku rasa sakit. Bila nak angkat kaki nak pakai seluar, rasa kaki berat. Naper yer??

Terbaru, bahagian rusuk kanan aku sakit sesangat. Sampai tahap kadang2 nak napas pun ssh. Tido mlm nak baring kekanan rasa sakit dan tak selesa. Dah tak mampu nak buat mcm mana. Nak jumpa doctor?? Rasa x munasabah je kan. Kenapa yer??? Faktor usia kah???

Ya Allah, andai kesakitan ini diberi sekadar untuk menguji iman ku, aku terima ya Allah. Andai sakit ini diberi untuk menghapus dosa2 kecilku, aku menerimanya dengan sabar dan tenang hati ya Allah, kerana itu tandanya Kau masih sayang padaku. Terima kasih Allah.

Tuesday, April 19, 2011

Model kah??

Aina kan, yg saya perasan kan..dia memang suka tgk iklan, dan suka tiru gaya2 dalam iklan. Terbaru iklan LUX. Pelakon cina yg popular tu..sapa ek?? Saya tak tau nama. Tapi iklan dia, yg dia pas mandi, pastu dia kuar rmh..jalan2, minum kopi, posing2 ambik gambar…haa..yg tu la..setiap kali iklan tu. Aina mesti tiru gaya tu…jalan2, cekak pinggang..comel sgt!!

Terbaru!!!
Saya suruh dia senyum sbb nak amik gambar dia.
Boleh plk dia buat aksi camni



Tengok!!!
Dengan tangan mcm tu…tak pandang kamera lak tu…
Aina..aina J

Monday, April 18, 2011

Bihun Goreng

Hapdet pendek2 blh la
Ni pun jeling2..takot ooo…updet time keje
Bukan tak de keje…melambak..tp tu la..sbb nak sgt2 citer..
So, hapdet la dlm ketakutan…bos lalu blakang, alt+tab
Dia hilang..updet balik..
Ish2..tak bagus betul
Jangan tiru aksi ini!!

Malam tadi, aku goreng bihun.
Pastu Amirul datang
“ma..masak apa ma?”
“bihun goreng”
“Abg long nak makan”
Huh…saspen weih!!! Anak aku minta nak makan bihun, berdebar mak dia menggoreng dalam keterharuan didada.

Sebab dah tahu abg long mmg kalo makan bihun, ko jgn pandai2 nak letak telur ke sayur ke, udang ke apa ke. Boleh je letak…pastu sila la ko asingkan. Kalo tak, sikit je dia termakan…kompon dia akan muntah balik dan terus tak nak makan dah. Sanggup?? Aku tak sanggup!!!  Kalo setakat udang ngan sayur ok la besar2…leh la asing2. Telur ssh kot. Makanya aku cuma letak telur pas aku asingkan bihun abg long dari bihun kami semua.

Selesai goreng

“Mama dah siap masak, abg long nak makan sendiri or nak mama suap?”
“Mama suap la”
Ok…mama layan…sbb anak yang paling susah nak makan dah request nak makan.
Banyaknya dia makan malam tadi.

Mama suker, mama suker!!!

Ala....

sebenarnya banyak yg nak ditaip
Banyak yang nak dicerita...
Tapi kat rmh kan..
susah, sbb netbook aku dah rosak.
Nak pakai PC, malas nak on..mcm arghh!!! tak suka la...
Bila hari keje...lagiiii susah.
Nak kena tggu time b4 masuk opis,
Takpun tggu lunch time.
Tapi lunch time kena ngadap abg long pulak...

Ok. Sekian.
Tu je alasan nak bgtau sbb apa aku jarang hapdet :)

Friday, April 15, 2011

Abang long dan ai fon

Kalo ari tu, ai stori pasal ni kan?? Tu pasal anak bongsu ai la. Tapi hari ni ai nak cerita pasal anak sulung ai pulak. Walaupun kejadian ni dah seminggu berlalu. Tapi ai tetap nak bercerita, sebab ai mempunyai pilihan. Suka hati ai la kan..nak cerita kan..kan..kan?? Eh u oll paham ke?? tak pe. Tak penting. Sebab ai cuma blogger picisan. Abaikan. 

Sebelum tu ai nak bgtau dulu..takot korang kompius kan!! ai fon tu..adalah bermaksud "I punya phone"..ataupun dalam bahasa merong mahawangsa adalah telefon kepunyaan saya. Wah2...tiba2 nama moyang hamba disebut disini..maklum la ai baru tahu yang ai berdarah ROME ok. Bangga disitu. Walaupun ai sendiri tak penah sampai ROME..at least darah ai dah sampai. heheheee. Ok2...jangan sentap!!

Ok..back to the story, Jumaat lepas, fon ai berdering2. Ai tgk, no tidak dikenali disitu. Ai ni, bila tak kenal nombor, mula la malas nak jawab. Tapi ai kuatkan hati, jawab gak. Erkk..suara kanak2 disitu.
"hello, ni sape" eh!!  ai pantang ok...dia yg call ai..pastu dia tya ai sape.
"yer..nak cakap ngan sape?" Ai tya elok2...sbb kanak2 kan??
"Putra ada" huh putra?? ada 3 putra disini. Tp ai faham, sbb dr kecik ai yg jaga anak2 ai kan. putra yg dimaksudkan adalah anak sulung ai.
"Jap yer" sambil paskan tipon ai kat budak belakang.



Korang tgk!!! camne dia gayut?? Amboi2....kecik2 dah pandai passing no tipon mak kat kawan2 yer. Sejak hari tu..tipon ai dah jadi public phone bergerak. Takpe..ai tak kisah, ai rela..sbb at least ai dapat pantau kelakuan dan tingkah laku anak ai depan mata ai. Itu pilihan yg ai buat.

Sekian.
Jangan ada yg sentap ngan entry ai k. Sbb nak sentap tu pun satu pilihan tau!! Adios!! Amigos!!

Opocot!!! terkejut mak!!

Tak nak la sambung citer petrosains lagik...nanti2 la yer. Sebab ada perkara yg lebih saspen terjadi dlm rumah aku balik dari opis semalam. Perkara yang amat suka dipercayai baik dari mata kasar mahu pun mata hati. Uisshh...payah nak jadi ni. Tak sia2 la usaha aku selama ni. hehehe.

Balik semalam. Sampai rumah. Oppss sebelum tu nak bgtau. Adik bongsu aku, a.k.a smile seorang paksu ada kat rmh. Ala..budak abih exam camtu la. Before balik kampung. Lepak la dulu rumah kak. Dari dulu lagi camtu. Tp dulu dia macam lain. Tapi sekarang dah lain la. Ada pembaharuan dan peningkatan disitu. Satu anjakan paradigma berlaku. tepok tepok tepok.

Eh...lupa nak bgtau. Balik rmh. Nampak lantai bersih sikit...
"adik mop lantai dik??" (ayat perli ni)
"tak...adik sapu ja..."
"erk...betul ka??" sambil calit jari kat lantai...lulus...tgk tempat mainan anak2..wah...tersusun rapi :)
"tak lipat kain sekali???"
"lipat"
"eleh" sebab tak caya..sambil melangkah kaki masuk ke bilik.

Betul u oll!!! Adik bongsu aii lipat kain baju ai sebanyak satu basuhan. Tak pa..satu basuhan pun tak pa..dah agak meringankan beban ai. Terharu...hampir menitiskan air mata di situ. sob sob sob

bahan bukti!!


Malam

"Angah, pas solat suh paksu ajar IQRA"
"err..paksu tu ustaz juga ke mama??"
"ya la, paksu lagi bertauliah tau!!"
hahaha...lawak anak aku...abih, selama ni aku yg ngajar..dia igt aku ustazah kah???


P/S: kalo camni dik...duduk la sini sampai abih cuti sem. hehehe

Thursday, April 14, 2011

Penat seh!!

Hari ni amik half day leave.
Tp, masih kena bangun pagi2 mcm biasa.
Kuar rumah pun pagi2 mcm biasa.
Semua gara2 ikut rombongan sekolah anak pi Petrosains.

TQ gugel


Enjoy??
Err... tak sangat la. Penatttt!!!
Jaga anak 3 org pun dah tak tahan...ni 2 bijik bas.
sila imagine :)

Nnt2 la ai stori mori yer.
Nak pi pujuk kawan sebelah yg kebosanan pagi td jap.
Sian dia...
hehehe

Wednesday, April 13, 2011

Sedappp wooo

Semalam kan...saya puasa tau u olls. Ala...biasa la...dah dekat2 nak ramadhan ni, baru la nak terkejar2 ganti posa yg wajib. Tak lambat dah. Korang yg tak ganti tu..jgn buat2 lupa..cepat2 ganti..jgn tggu bulan July baru kelam kabut nak ganti. hehehe

Pastu, adat la..org berpuasa kan??? Keinginan nak makan tu..tak macam hari2 biasa. Bayangkan!! Dalam pukul 2.30 petang camtu. Tetiba tekak ni rasa nak makan kari udang. Uishhh....sedapnya...dok terbayang2 kari udang mak aku. Suarakan perasaan aku kat kawan sebelah. Dia kata, dia tak penah makan. Tapi aku tingin tahap giler dah ni. Nak suh aku masak?? Ampunn!!! kari ayam ke, ikan ke..telur ke..reti la. Ni kari udang..tak penah2 la plk aku buat. Takut gak tak pandai buat kang..rasa dia pelik. Sebab udang kan keluarkan air kan kalo kita masak.

Tapi aku nekad. Macam mana sekali pun. Aku mesti kena makan gak kari udang. Aku penah ada bad experience ooo...masa tu mula2 kawin..mmg tak reti sgt nak masak2 ni. Beli la kari udang kat pasar ramadhan. Cakap kat brader tu, nak 2 ringgit. Korang bayangkan ..cuma 2 ekor ja udang yg aku dapat..terhinanya rasa masa tu...tp dah lama berlalu... 7 tahun yg lalu punya stori tu.

Tp semalam. Balik opis. Aku ajak asben aku singgah beli udang sat. Lantak la...masak je la sendiri, sedap tak sedap belakang kira. Janji tekak aku dapat rasa. Tp sambil2 tu, call la mak aku nak tya cara nak buat. Ala...maksud aku..nak tau, time bila nak kena masukkan udang tu. Tapi mak aku tak jwb lak phone. Cari lak resepi kat internet. Tp..semua merapu...nak kena letak macam2. Eiii..tak kuasa aku.

Sampai rmh 6.30 ptg. setel apa2 patut. Kul 6.50 ptg br start nak siang ikan, proses udang pastu  masak. Maghribkan dekat2 kul 7.30 kan?? sempat la kot. Masak kari udang, masak nasi, goreng ikan. Simple ja. Mmg semua siap bila azan berkumandang. Hehehe...so, minum air...pi la solat.

Taraaa....



Perghhh!!! Sedap oooo...tak tipu!!! Anak aku yg cerewet bab makan, si Angah, makan banyak gilerrr..sampai aku suh stop. Boleh?? Tapi tak caya la...percubaan pertama menjadi. Tepukan tuk diri sendiri. hehehe. 

Tuesday, April 12, 2011

Keringkah hati mereka??

Dah jadi tugas rasmi balik sekarang ni. Everyday, lunch hour..aku kena menapak ke sekolah abg long. Rasanya mmg wajib pegi dah kot. Kesian tgk dia makan sorang2. Dah la lunch time tu lama. Kul 2.30 baru kelas KAFA start. Sebelum ni mmg dia tak penah ngadu pun yg dia selalu makan dan tukar pakaian sorang2. Tapi bila aku saja2 pi hari tu baru tau. Dan baru la dia cerita. Dia tak dak kawan. Ishh..mak mana yg tak sedih kan?? Semua ni jadi sejak kawan2 dia ejek dia gemuk. Cuma ada sorang je kawan baik dia sekarang, Haikal. Tp kalo haikal MC, mmg dia kesorangan la.

Nak jadi cerita, tgh hari semalam pi la teman dia makan kat kantin. Anak aku ni bukan la reti makan nasik pun. Makanan tgh hari dia cuma biskut dan susu coklat. Tu pun bekalan dari rumah. Tiba2 datang sorang kawan dia duduk makan sebelah dia. Sebelum ni, bapak kawan dia tu mmg akan dtg tgh hari. Tp semalam takde pulak. Aku tgk dia makan nasik kosong...tak de kuah...cuma ada sayur, tu pun bahagian batang saja dan tak sampai 5 batang. Maka bermulalah conversation antara mak cik ni ngan dia.

Ayah dah tak dtg irfan??
tak dah..dah lama dah tak dtg mak cik.
oooo, nasi ni beli kat mana?? (aku tya sbb nasi tu dlm polisterin)
kat situ... (sambil tunjuk kat kaunter kantin)
Oooo..satu hari ayah bg bp ringgit??
3 ringgit, singgit pagi...singgit petang. (lagi singgit tak tau la..tak tya la plk aku)
huh!!! masa ni aku dah rasa something!! 
Abih...nasi ni bp ringgit???
singgit.
Apsal makan nasi tak amik lauk??
Tadi saya dah letak ayam, tp duit tak cukup, kalo nasi ngan ayam 3 ringgit

Panggg!! satu tamparan aku rasa kat situ...kejam gila...nasi sejemput...ayam seketul kecik..nmpak besar sebab salut tepung ja...jual 3 ringgit kat budak sekolah??? Nampak??? maksudnya, mak cik tu suh letak balik ayam. Sebab duit budak tu tak cukup. Nasib baik semalam aku bawa duit, sbb selama ni mmg tak bawak since anak aku cuma makan bekalan dari rumah ja. Aku bg kat budak tu suh dia beli ayam.

Berselera tgk dia makan 

Sedihnya aku rasa. Apa sangat la tokei kantin tu nak kejar untung berlebihan kat budak2 sekolah ni?? Bukan semua yg belajar kat sini mak pak depa senang. Kalo senang, tak der nya nak bg anak2 sekolah sini. Baik sekolah kat private school sana. 

Ada kawan suggest, dan agak bernas. Kalo tokei kantin tu ada perikemanusiaan. Apa salahnya, dia pecahkan telur, letak la garam sikit, pukul sampai kembang..goreng buat telur dadar..dan hiris la nipis2..sebab nak kaya cepat kan?? Kalo budak tu nak beli ayam tp cuma ada singgit. Bagi la nasi buh kuah sikit,kalo rasa kuah pun mahal...boh kicap.... pastu letak la telur tu sehiris. Takkan yg tu dah lebih singgit kos dia??

Dan mak ayah, tolong la...
tolong la kesian la kat anak2 yg belajar dan tgh nak besar tu. Aku rasa, better kita ikat perut dari biarkan anak2 kita kelaparan dan makan makanan tak berzat. Kalo rasa tak mampu nak bg duit kat anak. Apa salah, mak tu...tolong rajin sikit. Malam2 goreng la nasi, sok pagi2 panaskan, bg anak bawak bekal. Tak pun, bagi la roti letak kaya ke apa, buat bekal anak. At least, time rehat anak boleh makan bekal. Time lunch nnt, baru dia pakai duit belanja. Tolonglah yer. Hargai anak2 yg nak makan semua. Sok, kalo dapat anak macam anak aku yg cuma makan roti canai dan biskut jer ni...baru la hangpa tau betapa susahnya hati hangpa.

Renung2kan.

Monday, April 11, 2011

Ahad

Macam biasa...rutin seorang suri rumah part time mcm aku. Weekend je mesti sibuk. Sibuk selesaikan aktiviti tertangguh. Minggu ni lebih sibuk dari biasa. Awal2 pagi pas subuh. Dah pk...byknya benda nak buat..tak jadi nak landing cam biasa.

Encik asben lak..kalo sabtu tak kuar deting...Ahad mesti kuar. Minggu ni dia kuar hari Ahad. Seharian deting ngan wife keduanya..eh..pertama kot..eh..kedua kot..ntah la...tak sure wife no bp..hanya dia leh jawab. e'eh koranggg...jgn buat spekulasi....wife dia lagi satu tu..bukan org..tapi kenderaan...keta dia la. Adat la org lelaki ngan kereta kan??

Seelok je dia kuar..aku pun mula la. Basuh baju..sental bilik air...sapu sampah...lap rumah...lipat baju....ishh..tak tertulis la banyaknya kerja2 aku ni. Pastu bukan boleh straight je buat keje tu. Mesti kena pause2 jap. Sat2 anak2 nak susu...sat2 Aina "uk uh". Sat2 nak makan....sat2..."mama...Aina bagi tumpah air coklat" adeh...sangat tak tenang.

Solution!!! 
"tutup tv sekarang!!! semua masuk bilik tido!!!!
haa...masa tu kul 2.30 petang...tak larat dah nak stop2 keje... mama kena jadi hulk kejap. Tapi..nama pun mama..garang2 pun..ada anak takooottt??? tak herannya derang. Kejap je la...berciciran masuk bilik. Pastu nak tido...mama gak kena peluk. Baru lena. Dah derang lena...opkos mama dia pun lena sekali. Ish..terbengkalai lagi keje. Tapi mama dia tido tak tenanggg...kejap jer..pastu bangun blk..sambung keje. huhuhu


Tgk gambar tu...apsal la..yg sulung tido tepi dinding..yg kecik tido tepi sekali kan?? Buatnya jatuh..tak ke naya?? Itu la yg aku pikir masa aku nak solat asar ptg tu. Tgh2 solat...seb baik rakaat terakhir...bedebum!!! Aina jatuh. Hahaha...seb baik posisi dia jatuh macam budak nak merangkak tu...maksudnya tak kena la kepala kan! terus dia merangkak mai baring kat aku...hehehe

Cukai oh cukai

Sudahkah anda melaksanakan tanggungjawab kepada negara???
hahahaha...poyo je kan?? Adat la..hidup makan gaji ni. Tiap2 tahun..keluar je EA form...haruslah aku dok isi cukai taksiran pendapatan. Dan mcm biasa jugak...para isteri kat luar sana mesti ada gak yg jalankan tugas sebagai setiausaha pada suami anda kan?? Disamping buat cukai taksiran kat diri sendiri...kena jugak buat utk suami. Hai...bertuahnya anda yg dapat isteri mcm ktorg ni...hehehe

Ok..mcm biasa, bg yg tak tahu...masuk la website hasil.

klik log in e borang

klik lagi

masukkan ic dan pswd. Kalo tak igt...jgn tanya aku..


Pastu pandai2 korang masukkan detail korang kat situ. Adjust apa2 yg patut... letak la anak2 kat nama korang or husband...biar seimbang. Seimbang bagi aku adalah..biar dua-dua tak payah kena bayar cukai... kalo dapat pulangan...lagiiiii best. hahaha

Big breakfast

Hari ni, i had a BiG breakfast.
Nope...bukan big breakfast McD tu...ni kat cafe je..tapi puas la. Encik suami aku cakap..dia tgk je pun dah kenyang. Tapi dia tak lalu betul nak makan macam aku. Maklumla..dia melayu jati...eh...oppss..melayu Bugis la. Lain la aku..melayu + Siam + Hindustan...hahaha. Tapi still bukan from the west kan?? Tekak je perasan mat saleh.

kopi O dia manis sangat la...


Sedap ooo..
Tapi dah nama pun tekak melayu. Sambal wajibla ada. Makan style Western konon. Tapi melayu celup..camtu la. Eh..dedolu...budak2 laki kat Uitm bagi gelaran kat aku "Celup". 

Arggghhh...rindunya kat ITM Arau!!!

Friday, April 8, 2011

Mari berpantun

Korang pandai???
Selesaikan pantun anak bertuah aku ni.



Nasib baik la aku tertanya dia pasal homework dia ada ke tak masa aku pegi tgk dia kat sekolah time lunch break aku. Terus dia cakap ada..sambil keluarkan kertas tu. Pastu aku tanya...
aik..sampai sini je ke?? (dalam hati...mentang2 la perkataan tu "berehat"...apa dia igt cikgu dia suh rehat kah??)
Tak la mama..ada 4 baris...tapi abg long tak sempat salin.
hmmm

nasib baik ada budak perempuan kelas dia kat situ. Adat...perempuan bab salin menyalin mmg laju. So aku snap picture, balik rmh nnt suh dia buat lain.



Selesai buat kena lukis...tu yang dia lukis keta...pelik gak aku..nape keta??
Mgkin kalo jadi insan yg berguna wajib memiliki kereta la kot kan?? hahaha

Tapi yg tu aku reject!!! Wahh..jangan main2 ngan aku..aku ni lagi garang dari cikgu dia. Aku bagi kertas lain suh dia buat semula. Tulis cantik2...dan lukis cantik2. Tgk la..sambil lewa je dia tulis..sampai perkataan pun tak abih..patut "berguna" jadi "bergun" saja kah???



Yg final tu aku tak sempat nak amik gambar lak..dia dah hantar kat cikgu pun. Tapi tertekan je muka dia bila aku dok sebelah setiap kali dia buat keja sekolah. Ye la...kalo aku ada..mata tu kena fokuss je kat kerja..tak leh jeling2 kat tivi...haippp!!!!

Thursday, April 7, 2011

i-Phone dan i-Na

Baru2 ni...saya dpt msg dr incik mexis...
mencik tau bunyi mesej tu...


Dah berzaman saya pakai tipon ni...tak penah sekali pun eksid limit tau!! Ni semua gegara anak dara saya ni tau!! Cer tgk..apa dia buat setiap kali jumpa saya..

tgk tu apa dia buat??


Dia bukan nak tanya "mama sihat?? or...mama makan apa tadi??
takde pun tau!! Tapi yg dia tanya setiap kali nmpk muka saya adalah...
"mana henpon mama??"
Ish!! tak bagi..anak..dah dibagi..jd harta dia la plk..

khusyuknya diaaaa...


Yg leh jd eksid tu bukan sbb apa...semua tu sbb dia suka tgk u tube...u tube ok!! bukan calang2 la Aina ni. Tp tak de la dia tgk benda pelik2. Dia cuma tgk citer upin ipin, chipmunks..pas tu  mana dia jumpa ntah flashcard ABC. Sape ajar?? takde sapenya..dia try n error je sendiri..mewarisi sifat "gadget man" abg long dia la tu. Siap ada favourite list sendiri dlm tu..isk isk..

Pas dah dpt mesej dari incik mexis tu..mula la mak dia ketaq. Godek2 tipon, jumpa setting for restriction code. Terus mak dia hidekan u tube. Apa lagi, bila dia cari u tube dah takde...meraung la dia..tapi sekejapan je la..

Sekarang dia tgh fokus kat lain pulak....

dgr muzik, men game..dan geletek si ipin...hmmm


Tp dlm tipon tu..mak dia dah install iqra, dan word world skrg...lagi bertambah suka dia..mak dia pun suka..sbb dia dah kenal alif ba ta dan perkataan2 arab serta eja haiwan2 yg ada kat word world tu.

Cuma la ni mak dia jadi sedih sebab terpaksa off segala koneksyen yg ada kena ngena ngan tenet. FB ka, tweeter ka..YM ka..semua mak dia terpaksa off..at least sampai abih bil bulan ni. Nasib la.

Wednesday, April 6, 2011

Dia sudah mariiii

Tak tahu lerr...
Apa yg merasuk awak ari ni...
tetiba je..pas bekfas...pagi2 aura awak datang nak ngemas meja awak yg sebenor-benornya amatlah bersepah.
Bermula dari drawer...perghhh byknya khazanah tak ternilai awak...
Pelik jugak ler ngan awak ni...aper ke heyy ntah ler...
suker sgt awak ni dok nyimpan resit2 sejak zaman berzaman.
Awak dah nekad...
kiter bakorrr jer!!!

Tetiba...tgh awak dok feel2 makcik cleaner...
Awak rasa pancaran flash berserta bunyiknyer sekali terpercik kena ke awak.
Rupernyer...ada paparazzi kat sebelah awak yer...
Tapi tak per..awak dah curi pun gambar awak kat belog dier...



Sekarang ni...
Tempat awak dah kemaih sikit...
cuma sebelah kanan awak jer..ada saki baki sikit je lagi..
tggu la mood rajin awak dtg lagi yer..
Kome kat luar sana ader ke yg volunteer nak tlg awak ni??? Sila angkat tangan tiru cam awak ni yer!! ala...tiru gaya usop wilcha tu ler...



Eh2....
pas kemas2...baru awak perasan..
rupernyer..jiran awak kat sebelah ni dah lama melanggar sempadan yer!!!
moh...kiter bakar jer!!!


p/s: paksu...ooo paksu...nmpk tak betapa ayunya mama tgh mengemas tu??? Aina nak jadi cam mama la...hahaha

Pelik...tapi benar

Alkisahnya...
makanlah kami seperti biasa
bertempat di cafe cuma
makanan di order lambatlah tiba...
sambil melepas geram pada sahabat setia
sambillah merembat makanannya

Makanan sendiri tiba
Dek kegeraman melanda...
makanlah seperti biasa.

Sesudah makan...

Erkk...Ret!!!
hahahaha...ketawalah aku berdekah2..
hampir sahaja hendak menghentak2 kepala di lantai juga

Ret pelik...
apahal ko??

Ko tgk la



aku makan pakai apa??
tak penah dibuat org...makan spegeti ngan garpu dan pisau!!

Seb baik kat cafe jer...
buatnya kat hotel!!
bikin menjatuhkan air muka sahaja!!


p/s: nasib la perasan pas licin semua...hehehe

Gadis dan Bunga

Aina tak lasak la paksu... Aina  lasak sikit2 je..mewarisi sifat mama yang lasak tapi ayu...biar la jd lasak sikit.. nnt budak laki takut buli...mama dulu citer kat Aina, masa mama darjah 2..satu sekolah ngan Mak Ngah darjah 5...ada budak laki darjah 6 kacau mak ngah..mak ngah nangis2..turun ngadu kat mama. Mama hebat... tak padan ngan kecik..mama tak takut pi cari budak laki tu dan warning dia. Terkebil2 muka budak laki tu. Sampai sekrang budak laki tu masih igt yg mama pernah sound dia. Sbb tu la Aina nak jd cam mama..hehehe..cuba paksu tgk..gambar Aina kat bawah ni... ayu tak Aina??

Hahaha... Adik, yg tu Aina tulis tau...kak ah tolong translatekan jer...tgk gambar ni..teringat kat lagu Rahimah Rahim..."Gadis dan Bunga"


Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...