Wednesday, November 30, 2011

Happy Birthday Aina

Niat di hati memang nak up kan entry ni pada 28.11.2011 yang lalu sempena genapnya usia Aina yang ke 3. Tapi biasalah, hidup ni tak seperti yang dirancang..ecewahhh...

Ok, Selamat Hari Lahir anak mama, Moga anak mama menjadi seorang anak yang baik, solehah, farihah dan comel. :)

Hari tu, pagi2 dia bangun, aku dah wish kat dia "happy besday Aina". Tapi dia reply, "Aina nak susu la" lorr..

Ok..bangun...call mamak suh antar sarapan. Kemas rumah sikit2. Pas makan anak beranak, cakap kat Aina, "pi cakap kat abah, Aina nak kek" boleh pulak dia jawab "Aina malu la..jom la teman". Adoila anak dara aku ni. Baru 3 tahun kot..dah pandai ngengada malu. Sudahnya tepaksa aku teman dia pegi cakap kat abah dia.

Lepas zohor keluar pi Jusco. Hahaha..mcm hebat kan?? padahal jusco je...kena sedar tahap kewangan sendiri ye..beli barang dapur sikit pastu beli kek comel dan sedap sebijik kecik dan terus menuju ke pizza hut. Tetiba budak pizza tu cakap "maaf kak, ktorg tutup jap sbb ada masalah kat dapur" ok..tukar arah nak makan ayam kenny rogers lak..pun sama "maaf puan, ayam habis..kena tunggu setengah jam kalau nak" Apa kes ni?? di hari jadi anak aku korang buat camni. emosi..emosi..

Sudahnya, keluar dari jusco menuju ke pizza connought. Seperti biasa, servis kat situ memanglah selow tahap siput yang kompius samada dia siput kah..atau dot dot kah?? ok..bahasa inggeris lebih sopan..slow seperti snail.

tomey tak kek saya??


Pas order, aku pi cari pinggan sendiri..sebab kalau nak tgu budak tu antar..mmg lambat la...pastu nyayi2 sikit kat bday gurl..tiup lilin, potong kek dan baca doa makan dan suap2...best bila tengok anak2 gembira.




Dan kami semua makan pizza saja..tapi lebih sedih bila pandang anak sulung aku cuma makan mamee..abang long..tolonglah berubah demi mama.




Angah cakap : AAK??? sambil TDDMKA hahahaa


Last. Happy birthday Aina.

Wednesday, November 9, 2011

Woohooo

Yupp!! Aku idup lagi...cuma mood aku nak berblog ni dah nak mati.. ntahla..malas betul nak tengok blog. Jangan kan nak tengok blog orang?? Blog sendiri pun aku tak lalu. Nak kata pembawakan... na mungkinnn... aku nak tggu anak dara aku 7 tahun dulu baru aku akan fikirkan kebarangkalian penambahan pewaris baru.

uishh..agak berzaman aku tak update yer. Sebenarnya banyak benda aku nak ceritakan kat sini. Tapi setelah ditimbang tara, Aku memilih cerita pasal anak sulung aku la. Biasa la, bila dah jadi mak2 ni..cerita pasal anak2 je la yang lebih. Cerita pasal aku?? tak de yang menarik pun. Aku kan manusia biasa yang agak luar biasa.

Malam ni pun ntah angin apa yang mai hembus kat telinga aku suh update ni. Tapi dalam masa yang sama masih terasa bersalah pada diri sendiri. Dari aku dok update blog ni, ada faedahnya aku pi lipat kain baju yang dah 2 hari tak menerima belaian tangan aku ni. Ok..kena update laju2..pastu pi lipat baju. *yer la sangat*

Cerita dia macam ni,
Kan ke budak2 dah abih peksa last 2 week ek?? ke last week yer?? dah ilang ingatan aku. Nampak sangat faktor usia sangat memainkan peranan kan?? So, tadi anak aku bawak balik la report kad. Ciss..apasal ujung tahun cikgu main pass je repot kad kat anak ek?? apsal tak panggil ibu bapa pi sekolah??? dah la berderet soklan aku dah sediakan nak tanya cikgu dia ni. Nampak gaya kena simpan la soklan tu tuk tahun depan.

Setelah seminggu periksa dijalankan, dan sebagai mak yang garang, aku dah melatih tubi anak aku buat soklan2 latihan yang pelbagai. Tak cukup ngan latihan kat buku je...aku tambah buat soklan aku sendiri. Kah kah kah...kejam kan?? geram kot..ajaq tak paham2.. soalan kat buku aku kirakan tak cukup mencabar, jadi aku kena buat soalan sendiri yang pada hemat aku mencabarlah sangat. Tapi tu cuma tuk subjek Matematik je la. Subjek lain aku tak reti la nak reka cipta soalan. Apsal aku sangat tekankan matematik arr?? Ntah la aku pun tak tau. Encik suami aku kata dia sangat gerun tengok aku ngajar matematik kat anak aku. hahaha..garang sangat ke??? len kali tolong rekodkan ek?? Pastu bagi aku tengok ok?? Ok, berbalik pada soalan kenapa aku sangat tekankan matematik?? hmm..aku rasa sebab aku sendiri dah tetapkan benchmark tu kot, aku nak anak2 aku kalau boleh sentiasa dapat A dalam matematik. Sebab, aku minat gilerr ngan subjek tu, Kalau dapat B aku mesti frust menonggeng2. Walaupun masa SPM aku Add math aku tak hebat pun. Tapi aku cover balik masa masuk "U", Every sem, math mesti dapat A, subjek lain, lantak... hahaha.. sungguh tak seimbang. Nampak?? gila kuasa kan aku ni? Sian anak aku, tapi so far aku rasa anak sulung aku ni memang minat gak ngan subjek tu, cuma aku tak nak dia kurang markah sebab lalai. Aku cakap kat dia, paling koman aku nak markah dia 96, salah 2 ja..tu pun sebab tak reti, bukan sebab cuai! boleh??? isk isk..tipu la..biol la kalau aku buat camtu..hehehe

BM..penggal pertama subjek yang lain semua 90 lebih..tapi dia buat onar kat BM, boleh dia dapat 80 lebih ja tuk penulisan dan pemahaman. Sudah nya dia dapat tempat ke 33/40. Gila pandai budak skrg, aku suspek kawan dia yang dapat no 1 mesti semua subjek dapat 100% kan?? Mau tak ketaq?? Uishh..sebab tu tuk penggal kedua aku suruh dia buat latihan BM betul2. Tapi biasa la, setiap kali nak buat latihan, mesti ada drama lebih. Time tu la, gatai tangan, time tu jugak la ngantuk..adoi la...paling tak tahan dia leh cakap "mama suh abg long buat latihan banyak2 ni, nanti bukan nak naik soalan macam ni pun". Ish..ikutkan aku, memang nak kena tangan dah budak bertuah ni, sebab tetiba aku teringatkan pepatah "sayangkan anak tangan2kan" eh?? tapi aku sabarrr je la. Kang terus jadi drama juraian air mata pulak..

Kiranya semua subjek aku suh dia buat latihan, kecuali agama. Sebab bila aku buka buku teks agama dia, aku jadi blurr..nak baca apa ni?? semua ayat2 quran, ada la pasal adab dan akhlak sikit2. So, aku cover sikit2 la..buku latihan agama memang tak ada. isk... *tunduk*

perbezaan antara penggal pertama dan kedua
objek sengaja dikaburkan bagi mengelakkan unsur2 yang tidak diingini. :)

Sudahnya, penggal ni syukur... majoriti subjek meningkat, dengan matematik melebihi piawaian yang aku tetapkan dan BM, sangat memberangsangkan peningkatannya dari 80 lebih..terus ke 90 lebih. Tak sesia mama garang, ucap abah beliau sewaktu melihat report card anaknya. Tapi..tapi tapiiiii...subjek yang aku tak tekankan. Agama, jatuh beb..dari A last sem terus B. Aku pun tak tau la kenapa. Tengok soalan pun boleh tahan la susah kot. Nak kata dia tak reti Jawi, subjek Jawi boleh pulak dapat 100%. Tak tau la. Maka mula aku syak sesuatu. Sesuatu yang sama menimpa aku. Dari sekolah rendah sampai masuk U memang aku pun susah sungguh nak dapat A tuk agama. Masa sekolah rendah aku syak ustazah tu jeles ngan aku..hahaha..mati la kalau ustazah aku baca. Tapi sekolah menengah ustazah aku baik ja..takkan dalam diam dia pun buat konspirasi menjatuhkan aku. Tu tak pe lagi. Kat U pun asyikla dapat B. Aku dah mula syak ustaz aku kat U pun sama. ok2..pasal konspirasi tu aku main2 je weii..jangan pi report lak. Tapi tu la..aku ngan anak aku ni ada "kimia" disitu.

Dari segi kedudukan dalam darjah pun..ada peningkatan, dari kedudukan ke puluh2 telah melonjak ke belas2. Ok la kan. Sebab aku syak budak2 la ni pandai la, pastu aku penah sembang ngan sorang budak kelas anak aku tu. Dia kata sabtu ahad dia pi tusyen..weekdays tak leh tgk TV. Weekend pun tgk tv 2 jam ja.. Aku terkejut gak. Anak aku memang 100% beza, weekdays, sampai rmh buka tv, weekend lagi la... tengok TV sampai lebam dari bangun pagi sampai nak tidoq balik malam tu. So, dia cuma baca buku time nak peksa je la. Aku kagum ngan kawan dia, tapi dalam masa yang sama aku kesian jugak. Baru darjah 1 tu. Sungguh tabah la budak tu.

ulasan cikgu tuk penggal pertama dan kedua

Nampak?? apa cikgu tulis??? Aku baca repot tadi masa aku tgh jalan. Mata aku terus terfokus pada perkataan "peningkatan" tapi aku terbaca "pening katon" aku baca lagi sekali sambil dada berderau ni, "Anda pening katon". Apa jenis bahasa cikgu ni pakai..geram ni..geram..kot ya pun anak aku suka main2..awat kasaq sangat bahasa tu?? Aku pejam mata 5 saat...baca balik..oooo "ada peningkatan" rupanya.. hahaha..awatla cikgu jarakkan perkataan "pening" dan "katan" tu cikgu??? Terus gelak guling2 sorang2 dalam lif..asyik nak marah je kejenya ko ni kan..cuba istighfar sikit.

Oh..dah la..panjang bebenar dah aku update ni. Tapi mungkin 1 bulan dari sekarang baru aku update balik kot...bubbyeee...

Cuti sekolah ni, aku plan nak kena buat latih tubi agama la kat anak aku ni disamping memperkukuhkan lagi bacaan jawi dia.. Tapi semua tu aku buat sendiri la..nak hantaq p kelas ekslusif?? tak payah la kan sebab, aku sedar diri..aku ni bukanlah orang yang kaya dan berharta..lagipun, bukankah ibu bapa adalah guru yang terbaik untuk anak?? So, nak anak hebat..ibu bapa pun kena la korbankan masa jugak kan?? Insya Allah...boleh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...