Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri Minal Aidil wal Faizin

Salam.
Dikesempatan ini, saya sebagai tuan rumah kepada blog ini, mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua saudara mara, sahabat handai, kenalan jauh dan dekat serta semua pembaca blog ini, walaupun korang adalah silent reader. (Kenapa silent ek?? tegur-tegur la..saya tak makan orang.. :p)

Tuan rumah dan incik suaminya

Maafkan saya andainya kata-kata yang pernah saya coretkan disini membuat hati anda terguris. Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

permata hati beliau

Ibu dan anak daranya.


Berhati-hati di jalanraya,
Semoga anda Selamat Tiba,
Ucapan Selamat Hari Raya,
Dari AKPFAPAF untuk anda.....

Thursday, August 25, 2011

Hadiah hari raya

Semalam cuti.
Hari ni jadi malassss sangat nak masuk opis. Ikut hati nak terus cuti je dok rumah buat kuih raya. Hahaha.

Tapi sampai je kat opis nampak kad raya ni. 1st virtual kad raya tu...terharu betul..


Buat si pengirim, Puan Ila, Terima kasih banyak-banyak yer. 
Selamat Hari Raya untuk awak dan keluarga juga. Maaf Zahir batin.



Pastu ada tupperware siap ngan riben lagi...
Terima kasih banyak-banyak kak Farina, setiap tahun ada je pemberian dari akak. Moga murah rezeki untuk akak dan keluarga.


Siap ada muffin dalam tu...nyummy...mesti orang yang paling suka adalah Aliff. :)

Wednesday, August 24, 2011

Kejadian membara di Ramadhan 23

Petang semalam balik dari opis, Aliff ngadu dia sakit dalam mulut. Memang nampak dia agak teruk. Nak telan air liur pun tak boleh. Dok kemam je dlm mulut tu. Jadi terus ke klinik dulu la. Klinik panel yang serasi ngan bebudak ni pulak...nun jauh amat. Takde la jauh sangat, tapi sebab petang di KL dalam bulan posa. Paham2 sajalah. Silap hari bulan memang berbuka telan air liur je la dalam kereta. So, sesampai di klinik aku dah cakap ngan encik suami, kang kita singgah je la mana2 kedai tuk berbuka. Dia setuju saja.

Habih amik ubat dah kul 6.30..katanya sempat ni balik cari kedai kat area rumah saja. Tapi singgah masjid nak solat asar jap. Dah penat berpikir mana nak berbuka, last-last pi kedai mamak kat area rumah saja. Tu pun sebab mengenangkan anak sulong aku makan roti canai ja kan??? SO, kul 7 dah siap order.

Order simple. Roti canai 2 bijik. Megi goreng, Nasi goreng pattaya dan nasi goreng kampung. Air kopi o ais satu teh ais satu dan air suam 3. Aku bajet...kalau tak sempat pun..ada air suam kan..leh je hirup air tu dulu.

Pastu...datang sepasang pasangan duduk kat belakang aku. Yang lelaki India, yang pompuan macam melayu...tapi tak tau la...duduk dan order...pastu datang lagi 2 mamat india duduk kat meja sebelah. Tak sampai 10 minit..air yang depa baru pesan, sampai...air grand2 juga la bagi aku. Air tembikai dan air teh. Tembikai tu payah jugak la nak buat kan kalau nak compare teh ais tu. Sebab teh tu depa dah buat banyak, so depa cuma letak ais ketul dalam gelas dan terus tuang teh tu. Siap!!!! berbanding air tembikai nak kena kupas, potong dan blender pastu letak air gula dan letak ais ketul kan...kan???? Apa yang aku nak tekankan di sini. Awat air depa yang payah tu sampai dulu??? Mana air suam yang aku mintak tadi?? Aku tengok jam. 7.15, so berprasangka baik. Maybe depa bagi kat orang tak posa dulu, sebab takut kalau bagi awai2 sangat kat orang berposa ni..kot terbatal lak posa sebab terliuq tengok air suam depan mata kan???

Tunggu punya tunggu...punya tunggu...azan pun berkumandang di udara tanda masuklah watu berbuka..waktu tu, barulah depa terhegeh-hegeh hantaq air suam. Tu pun setelah mendapat renungan tajam dari aku. Seb baik pada waktu yang sama, tokei dia bagi kurma 4 biji. So, berbuka la yang tu dulu. Kemudian dari jauh aku nampak makanan yang aku order iaitu nasi goreng pattaya, nasi goreng kampung dan roti canai dibawa. Dalam hati dah suka ni. Tiba-tiba..dia pi hantaq kat meja belakang....dan meja tu pulak..adalah 2 meja berasingan..dengan erti kata lain..antara 2 meja tu datang pada waktu yang berlainan dan saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain dan paling PENTING. Depa tu lambat dari aku.

Amirul dah la posa..dia dok tanya..awat lambat sangat ni. Logik la..Order kul 7..kul 7.35 tak sampai lagi..lama sungguh aih tebaq roti canai. Dalam hati ni...dah membara..tunggu orang tiup atau simbah minyak ja kompom berapi ni. Aku tunggu sat...sat...tak sampai2...aku dah geram. Aku tengok incik suami...dia pun tengah kemam mulut tahan geram...arghhh aku bangun..masuk dalam kedai. Oh, lupa nak cakap, masa tu kami dok kat bahagian luar. Terus tokei dia mai jumpa aku. Aku pun.......
 "apa ni......orr....."
"sorry..sorry....salah hantar..mari duduk dalam " tengok..aku belum abih cakap..dia potong ..nampak sangat dia sedar kesalahan dari pihak dia. Tapi apa kes ajak aku dok dalam lak...tak munasabah.
"arghh..sudahla..." terus keluar sambil diekori tokei tu (dah macam citer hindustan lak..hero nak pujuk heroin) <lol>
Aku dah bajet nak letak 2 hinggit tuk air suam tu dan terus blah.
Tapi tokey tu dok maaff..maafff..sian lak aku tengok..tapi aku cakap.. "at least...bagi la kat anak i dulu..dia puasa, ni dok pegi antar kat orang tak puasa kenapa??" dia pun maaf maaf tak abih.

Pastu datang la order-order aku. Masa tu, incik suami sound pulak orang yang antar order tu. Tapi aku kurang jelas percakapan derang sebab telinga aku ni masih panas!!! Makan pun tak tenang dah..geram punya pasai kan..seb baik la aku posa..kalau tak memang tak tau la apa nak jadi kat kedai tu. *cheyyy...cakap bajet DIVA.*

gambar hiasan semata-mata..tiada kena mengena dengan kejadian semalam
sumber :gugel

Pas makan, terus aku bawa anak-anak aku pi 7 Eleven kat situ. Biar incik suami menguruskan hal2 bil. Aku dah tak sanggup tengok muka tokey tu.

Masa dalam keta, incik suami cakap, tokey tu tak abih2 mintak maaf, dia kata "saya sudah rasa tak seronok la, saya minta maaf incik..memang salah orang yang hantar order tu". Hehehe..aku gelak je la..tau pun dia takut kehilangan regular customer ni, dan aku pun tak sangka aku akan berkelakuan camtu. Selalunya incik suami je akan buat camtu..hahaha. Pastu incik suami aku cakap..sebab aku marah tadi..abih semua group lelaki kat depan meja aku yang tengah bising masa tu jadi terdiam. Terkejut kot tengok muka macam ayu..tapi mengamuk..kecuttt..hahaha...mengong.

Tuesday, August 23, 2011

Keletah 3 budak yang bukan kembar

Korang tahu kan. Aku ada anak 3. Tapi bukan kembar 3. Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya Allah maha mengetahui keupayaan seorang hambanya. Bayangkan lah kalau aku ada anak kembar 3 macam mama kembar 3 ni. Mau tak terlayan kot. Yang tak kembar ni pun dah  macam-macam pe'el.

Malam tadi, pas berbuka, time tuk solat jemaah. Dan time tu jugak la, Abg long tetiba nak buang air besar...padahal semua dah get ready ni. So, kena la tunggu. Sambil-sambil  menunggu aku pun amik la gambar budak berdua ni. Siap pesan suh senyum elok2..tapi...hmmm...tengok la sendiri


Aina dah ok..Aliff pulak buat muka 

Dah...2-2 buat cheeky face

Hmmmm...main mulut lak

Ni sesi mendongak ke langit... *sigh*

lama sangat tggu abg long, Aina terus buka telekung. Panas sangat katanya, sambil terus baring kat lantai..sebab lantai kan sejuk..bijak...bijak...

Dan acara baring membaring itu dijoinkan oleh abang-abangnya sekali.


Dah..bangun-bangun...jom solat.

Juadah berbuka di Ramadhan 22

Petang semalam. Dari opis lagi aku dah pikir2 nak masak apa tuk berbuka nanti. Tapi tekak ni teringin betul nak makan sambal Petai. Petai pun aku dah beli dari hari Ahad lagi. So sampai rumah terus keluarkan ayam dan udang dari freezer. 

First benda yang dibuat...rebus telur

Sambil tunggu telur masak. Aku kupas bawang dan halia, basuh beras, buang kulit udang dan siang ayam.

Pastu goreng udang sekejap dan angkat kemudian dengan minyak yang sama terus tumis cili untuk buat sambal. Sambil tunggu cili tu naik minyak...aku basuh beras, letak santan tambah air dan masuk bawang serta halia, simpul daun  pandan campak dalam periuk....

Diteruskan dengan sambalku. Cili dah masak elok, letak asam, gula dan garam tak lama pastu masuk balik udang tadi dan disertakan sekali bawang besar serta petai idamanku...siappp!!!

Kerja diteruskan dengan menggoreng ikan apa ntah ni. Tapi aku suka sebab dia krup krap ranguppp..untuk digantikan dengan ikan bilis. Aku lebih prefer ikan ni dari ikan bilis. Siap..terus masuk dalam tipuware, dah agak sejuk, terus tutup untuk mengelakkan kerangupannya berkurang.

Kemudian, terus masuk bilik mandi dan solat asar...masa tu dah 6.30petang. Solat lambat semalam..ishh..tak bagus.

Sesudah solat, keluar bilik untuk meneruskan misi memasak. Tengok atas meja...mana ikan yang aku goreng tadi?? hilang???!!!! Buka peti ais...OHEMJIIIII...tipuware itu telah dimasukkan dalam peti ais. Itulah dia kalau mendapat suami yang rajin yer kawan2. Terus terflash back kejadian sebelum aku masuk tuk mandi. encik suami di dapur masa itu.

Isteri: bang, tolong simpan cili dan bawang tu dalam peti ais yer.
Suami: Ok...

Oh..agaknya, sebab itulah segala banda dalam tipuware yang ada di atas meja dapur dimasukkan ke dalam peti ais. Sejuk jadinya ikan ku. Pasrah!!!

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...makan la jugak nanti, mana tau kerangupan berganda kan???

Terus dengan menggoreng ayam berempah resepi turun temurun dari mak aku. Wahhh!!! temurun la sangat, padahal perap ayam tu dengan garam kunyit pastu letak rempah kari je pun. Tapi sedap ai tell u. Cuma masa goreng tu, api jangan kuat2 yer..kang kat luar nampak hangus padahal isi kat dalam tak masak lagi.



Inilah dia...Nasi Lemak sebagak juadah berbuka di Ramadhan ke 22.


Jom hidang...

Meja makan ada. Tapi bila beranak kecik ni. Lebih elok la kiranya makan di bawah. Senang..nak mop lantai, nak sapu sampah. Depa nak bangun dan makan sambil berlari-lari pun tak dak hal.

Korang perasan???
Saja je aku amik gambar nak tunjuk korang betapa "rajinnya" aku hidang. Konsep aku, biar senang hidang, senang angkat dan senang simpan. Sebab tu ada periuk nasik kat situ. Masak sambal pun dalam periuk kaca tu pastu nnt dah abih makan, angkat dan letak atas dapur balik. Manakala ikan dan telur siap2 letak dalam tipuware dan tupperware. Kata Mak kan??? kena la kretip. Kang tak sempat nak mop lantai dan solat pulak. Sekian.


P/S: maaf lagi sekali jika entry ini mengganggu anda yang sedang berpuasa

Monday, August 22, 2011

Rumah baru

Cantik tak???
Bestnya kalau rumah aku besar macam ni. Tapi jangan salah yer..ni bukan rumah aku. Ini adalah sekolah baru Aliff dan Aina. Insya Allah, lepas raya ni budak berdua tu akan bersekolah di sini. Harga pun double dari sekolah sekarang, Takpe la...mama sanggup ikat perut. Boleh slim balik kan??

Sebenarnya, Childcare centre ni, opis tempat aku keja ni yang buat khusus untuk anak-anak staff sahaja. Mula-mula memang aku rasa tak nak pindahkan budak berdua tu. Tapi setelah di brainwash oleh sorang member ni. Siap tunjuk bukti-bukti yang kukuh. Aku mula berubah pandangan. Maka, sesi memujuk encik suami pun terus dilaksanakan. Harap-harap, keputusan yang aku buat ni betul la.

Tempat tu sangat-sangat besar bagi pandangan aku. Every floor derang dah separate kan kanak-kanak ikut umur masing-masing. Burmula dari 2 bulan sampai 6 tahun. Amirul frust bila dia tahu budak 7 tahun tak boleh sekolah kat sini. hehehe..sian dia..terlepas peluang.

Jumaat lepas ada majlis bacaan yassin dan doa selamat sempena pembukaan Child Care tersebut. Aku sempat la menjoinkan diri. Mula majlis 6.30 petang dengan bacaan Yassin. Lepas tu berbuka yang ringan-ringan dulu.


Ini la juadah ringan tersebut

Lepas tu, semua pergi solat maghrib berjemaah 
gambar jemaah lelaki sahaja yer..jemaah perempuan tak tunjuk


Lepas solat baru para tetamu boleh mengisi perut dengan makanan yang agak berat.
Tengok pinggan aku. Penuh dengan aneka lauk pauk.

Berderet pilihan lauk...sambil dimodeli oleh remajapurba... :p


Pastu makan pulak manisan-manisan yang tersedia.

Lepas makan, Solat isyak dan tarawikh sebenarnya. Tapi, aku mintak diri dulu. Almaklum anak-anak kat rumah dijaga oleh abah mereka. Sian derang berbuka ngan abah je. Seb baik kari daging yang aku masak sehari sebelum tu masih ada. Abah derang cuma perlu masak nasik dan panaskan kari tu. Tapi bila sampai rumah..Aliff terus menerpa sambil cakap "mama...mama...tadi abah goreng telur....abah pandai la mama" Pappppp!!!! mesti terkejut derang kan...rupanya abah pandai goreng telur tuuuu...hahahaha

Friday, August 19, 2011

Kuih ke biskut??

Semalam kan...lunch hour, gigih pergi Bangsar Village Mall semata-mata atas satu tujuan. 

Nampak tu??? Banyaknyerrrr..best...dan nampak sedap. Nak rasa tak boleh. Jadi guna imaginasi rupa untuk menilai kesedapan semua jenis kuih kat situ.

Satu box tu RM19. Ada dlm 36  bijik kot. Mahal kan???

Yang ni cheese biskut. Sape hantu cheese macam aku..mesti suka benda2 yang ada inter-related ngan cheese ni. Nyum nyummm...

Yang ni pulak balang besar harga RM32. Ni biskut Kurma. Aku ni tak minat sangat kurma. Tapi beli la, nak rasa.

Wah-wah...tekun tu...nak kena buat pilihan yang bijak.

Ini hasil tangkapan aku semalam.

Tapi aku beli murahhh...kalau kat sana harga dia satu bekas kecik RM19 kan? Tapi aku cuma perlu bayar RM18 untuk 2 bekas tu. Untung kan?? Untung kan?? Hahaha..nak tau macam mana aku dapat harga macam tu?? 

Sebab benda ni lah...

Sorry, aku tunjuk benda yang korang dah missed. Tapi kat situ la aku dapat. 


Biskut dia memang sedap la. Meh aku tunjuk close up antara biskut-biskut yang aku beli smlm

Crispy Almond - 27 pieces


Peanut Butter Cookies - 30 pieces


Kurma Delight - 27 pieces


Buttery Almond Bars - 36 pieces


Chocolate Strawberry Cones - 30 pieces
Biskut ni selalu tak sedap sgt. Aku beli pun sebab budak2 suka. Budak2 tu anak2 aku la. hahaha..rupanya yang ni memang sedappppp... argghhh..rasa strawberinya

Gambar biskut-biskut tu aku amik kat website dia.


So korang kalau nak deal-deal yang best camni, silalah men'sign up' diri sendiri kat milkadeal. Memang berbaloi-baloi!!!!

Thursday, August 18, 2011

Rajinnya dia.........

Dua tiga hari ni, boleh kata setiap hari Amirul ada homework. Dan bila dia ada homework, tetiba adik-adik dia pun kelam kabut la amik buku konon ada homework jugak. Termasuk si kecik Aina ni. Oh...mama dia sangat2 impress..tak sangka betul la. Umur Aina hujung bulan November ni baru nak cecah 3 tahun. Memang tak sangka dalam usia dia sekarang dia boleh kaler-mengkaler lukisan secantik ini. *cantik bagi pandangan mama dia*. 

Tekun tu..sambil diperhati pengawas bertugas a.k.a Angah.


Tengok2...tekun betul!!!!


"Angah tolong simpan kaler, Aina dah penat la" Seb baik angah rajin melayan semalam.

Selalunya anak no 3 tak berseni kan?? Sebab, aku anak no 3, dan aku tak minat lukis dan mengaler *mengaler jadinya yer*

Tuesday, August 16, 2011

Amirul dan BoboiBoy

Aiphone aku kalau kat rumah dah bukan jadi harta aku. Tapi dah jadi harta peribadi anak-anak aku. Jenis main pass-pass dari sorang ke sorang tu..... Jadi kalau sape2 mesej ke tapi aku tak reply, minta maaf la..itu sebab aku memang tak perasan. Sebab style budak-budak ni main, kan kalau ada mesej dia terus prompt kat screen kan?? pandai je derang terus close. Dan jenis aku pulak, memang tak rajin cek mesej kat aiphone, so kadang2 dah seminggu orang hantar mesej baru aku perasan. hehehe

Terbaru, Amirul a.k.a abang long, dah pandai cari game sendiri kat aiphone store..pastu kalau dia minat game tu..dia akan cakap.. "mama, install game ni...yang ni dah FREE" dah free ok...hehehe..kalau game tu kena beli dan dia minat dia akan cakap "ala...game ni belum FREE la" hahaha..suka2 hati dia je. Sebab dia tau, mak dia ni tak akan senang2 beli game. Kalau free boleh consider. hehehe

Baru-baru ni, aku terperasan, rupanya anak aku tu dah pandai search game pulak kat aiphone store. Wah-wah...hebatnya dia. impress mak dia. Tapi korang tengok sendiri apa dia taip

hahahaha...dia taip "Boboiboy dan Gobal masuk dalam game" semua ni gara2 Boboiboy episod 9. Dalam cerita tu, boboiboy dan GOPAL sebenarnya..bukan GOBAL..kena kidnap dan masuk dalam game untuk lawan Probe dan Adudu...


Tapi sian abang long. Cariannya tak berhasil. hehehe

Monday, August 15, 2011

Simply Siti tak haram

Dua minggu lepas, hari Jumaat 5 ogos. Sibuk orang forward email konon JAKIM sahkan salah satu produk SimplySiti (SS) tak halal sebab produk tu mengandungi bulu babi. Aku dapat tau pun lepas dah balik rumah, dan sorang member aku ni bagitau suh check email dia kata SS tak halal. Dia cakap "ko tweet la SITI tanya dia". Aku fikir...ermm..betul ke tak halal sebab setahu aku, aku penah baca yang siti bagitau produk dia mendapat pengesahan JAKIM. So, gigih aku on netbook dan baca email tu. Pastu dalam hati dah lega sebab dia kata "BERUS" pakai bulu babi tu. SO far, produk SS yang aku pakai semua tak de berus, aku syak tu mesti alat make up kan.

Aku tengok dah ramai pakat UP dlm blog memasing pasal status ni. Isk..tak baik tau. Aku tak sebarkan benda yang belum tahu kesahihan dia. Maka aku amik inisiatif dengan forward email tu dan minta penjelasan kat pihak SS sendiri. Disebabkan aku send email tu dah malam. Of coz pejabat pun tutup dah kan?? Pastu Sabtu dan Ahad pun cuti. Sape pulak nak reply email aku tu kan?? Tapi esoknya aku check twitter. Siti ada bgtau semua tu tak betul. Alhamdulillah dah ku agak. Giler la kalau haram....abih la duit aku beli produk tu pastu baru pakai berapa bulan dah kena buang. isk isk.


Pastu hari Isnin. aku dapat email dari pihak SS yang bagi maklumat lanjut pasal ni. Bagus derang, cepat jugak la derang bertindak. Aku tahu, bukan email aku sorang je yang derang reply, mesti beribu2 orang lagi tanya masalah ni. Tapi derang layan jugak satu persatu, bagus la at least derang buat keje dan takde biar email kita tak berjawab dan tak menganiaya pengguna produk ni kan??

Ni lampiran yang diberikan. Sila baca.



Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.  

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
  
Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.
Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang  terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa  menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.


Sekian, terima kasih.


Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden

**********************************************
Aku ingat semua dah tahu pasal kes status haram palsu ni. Rupanya tak semua tahu. So, disebabkan kawan aku yang tanya kat aku sebab dia tahu aku pakai produk ni. Maka tak terlambat la kau cerita pasal ni kan??

By the way, kalau korang still musykil..sila klik website jakim ni.

Semalam punya cerita

Masih sama. Kehabisan bahan mentah. 
Naper tak pi beli???
Biarlah rahsia... :p

Tengok jam, dah pukul 6 petang.
Buka peti ais...ermm telur ayam 4 bijik.
Ada frozen kebab. hmmmm

Tanak nasik..
Goreng telur 4 bijik. 3 bijik buat sambal telur. 1 bijik biar je...nanti angah nak makan. 
Asalnya telur ni ada 6 bijik. Tapi tengah hari tu dah goreng dua bijik sebab aliff dan aina makan nasik. Budak tak posa..tak pe..

Bakar kebab...bau menusuk..sedappp...


menarik kan??? memang sedap...
Aku buat sendiri???
 tak la....


Hari tu beli Oblong Ramly, dapat free yang ni..hehehe


Masak simple gilerr semalam...tapi pakcik tu kemain selera makan.
:p


SAhur dan berbuka pada Ramadhan ke 13

Korang...
Selalu sahur makan apa??? 
Macam aku, 2-3 tahun kebelakangan ni, kalau awal2 puasa memang makan nasi, pas seminggu tu dah malas nak makan...tambah-tambah encik suami, dia tu kalau boleh nak suruh je aku hantar air dalam bilik tuk dia minum. Tapi tahun ni aku tak buat camtu, aku kejut jugak suruh duduk depan dan minum..sian Amirul makan sorang-sorang nanti. Btw, Amirul pun dah tak nak makan sahur, dia cuma makan biskut tiger cicah milo. Tu pun sikit je. Sebab tu la Sabtu baru-baru ni aku pun tumpang dia..tapi tak de la makan biskut tiger tu. Manis sangat bagi aku..tapi makan Ayamas Short Bread ni..sedappp...nyum2. Cicah pulak dengan air susu Hi-Goat plus Kopi Sphyru. Memang kenyang...



Disebabkan kenyang, makanya..berbuka petang tu cuma makan benda2 ni.

Milo ais sorang se-Mug
Kuih seri muka yang beli kat opis hari Jumaat
Donut sebijik beli kat Jco Donut pun petang Jumaat jugak
Ditambah dengan kerepek agromas sebungkus.

Tak percaya???
Sila lah percaya. Kami berdua cuma makan yang tu. Hehehee. Hari tu mood kemalasan aku telah mari dengan hebatnya. Ditambah bahan mentah kat rumah pun habis sudah. Maka alasan yang kukuh la kan. Pas makan tu. Solat maghrib dan terus ke McD atas permintaan Angah, tapi drive through kat mamak hajris dulu. Beli roti canai tuk Amirul. Sekian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...