Tuesday, September 27, 2011

Sesi buka rumah

Hari Ahad baru2 ni kan. Aku ada la buat sikit jamuan makan-makan. Tak ramai pun jemputan, cuma terhad kepada kawan2 seopis dan beberapa kawan sekolah dan of course my bff. Thanks korang yang sudi hadir, yang tak dapat hadir pun tak pe, aku faham...hujung2 syawal ni banyak open house kan...aku ok je.. :)

Open house aku yang tak berapa nak open ni, aku memang dah limitkan dari kul 11 pagi sampai kul 4 petang je..tepat 4 petang aku akan tutup pintu rumah, hahahaa...kejam kan?? Tapi aku terpaksa buat camtu kononnya la, sebab esoknyakan keja?? Tapi, mana sampai hati nak buat camtu kan?? Sudahnya, kul 10 malam baruuuu tetamu terakhir balik dan aku pun dengan rasmi menutup pintu rumah.

Penat tu tak payah cakap la...memang tahap flat giler dah, tapi bila tengok kawan2 makan dengan berseleranya, hati rasa puas :). Menu utama aku hari tu adalah nasi tomato, ayam masak merah dan acar timun. Pastu aku buat jugak roti jala dengan kari ayam, puding roti (maaf kat kawan2 yang datang awal2 tu..lupa nak keluarkan dari peti ais), popia goreng serta nugget dan ayam goreng. Semua tu aku masak sendiri dengan bantuan suami tercinta sebagai chef kedua.

sebahagian juadah...




Dari malam ahad lagi, ktorg berdua dah bertungkus lumus sediakan bahan2 untuk memasak. Soknya pagi2 lepas subuh terus ke dapur masak segalanyaa. Nasik tu aku buat 2 kilo, tapi kena masak tiga kali sebab periuk nasik aku kecik...tunggu la bonus nanti aku cita2 nak dapatkan sebijik periuk nasik besar. Tapi ada ke bonus??? Roti jala pulak, mulanya aku buat sekilo tepung je, tup2 dalam kul 4 camtu, dah tinggal sikittt sangat..terpaksa biar encik suami melayan tetamu dia masa tu, dan aku terus kedapur menjala lagi. Maka, buatla lagi setengah kilo. Tapi Alhamdulillah, semuanya habis...laku betul. Pasni leh buka kedai makan la kot. hahahah...



Kat korang yang tak dapat jemputan dari aku dan suami tu, maafkan ktorg ye, tak termampu nak jemput ramai, nanti next time aku jemput korang lak. Tapi kalau tak jemput pun tak salah pun kalau korang datang. Silakan je..apa yang ada aku jamu la kan.

Wednesday, September 21, 2011

Benda Free..

Weekend kan, selalunya aktiviti aku adalah memotong kuku jari jemari tangan dan kaki anak-anak aku. Maklumlah anak ramai ni, setiap orang kena ambil nombor giliran la. Dah abih potong kuku budak2 ni, aku gegas lak buat keja lain, maklumla suri rumah tangga separuh masa, memang weekend je la boleh buat kerja-kerja rumah pun. Tup2 terperasan kuku dijari sendiri lupa nak potong. Apadaaa..

Tu cerita hari Ahad, bila tiba hari Isnin, dengan bz keja, balik rumah bizi cara rumah pulak, sudahnya, kuku aku masih belum mendapat penjagaan yang rapi dari tuannya, tapi takde la panjang sangat pun, sikitt je. Tapi aku ni memang tak suka tengok kuku aku panjang sikit, rasa rimassss je.

Tetiba semalam, kawan aku kat sebelah ni ajak gi SOGO, aku tya wat pe?? dia cakap pi potong kuku nak?? Erkkk..memula aku cam bingung gak..apahal nak potong kuku kena p sogo, then dia tunjuk gambar voucher yang ktorg dapat tu.

Oh, Free..apa lagi..cargasss je la


Khusyuk amoi tu potong kuku kawan aku ni


Estimated time adalah 15 minit per person, tapi aku rasa dia potong, shaping dan letak losyen lebih kurang 5 minit je.

Aku dah..
kuku cawan je..tak santek punn..tapi best sebab orang buatkan. hahaha

So korang dah pakai ke voucher korang tu??

Tuesday, September 20, 2011

Makan pagi

Sejak Aina sekolah baru, setiap pagi dia mesti menangis. Aliff pulak sangat ok. Enjoy sesangat. Bersemangat waja nak pegi sekolah setiap hari. Memang takde masalah la. Bila tanya Aina kenapa dia nangis? dia jawab sebab dia sampai awal sangat, kawan-kawan dia belum datang lagi masa tu. Kesian pulak kat dia.

So, bermula minggu lepas ktorg memang akan breakfast dulu kat tempat makan di opis aku ni. Syukur tempat makan kat sini seawal 7 pagi memang dah buka dan paling penting ada roti canai.

macam ni la muka budak2 ni bila suh pose

Yang paling berselera dah tentu Aliff. Malam tadi dia dah bagitau aku yang dia nak bawak nugget sebagai bekal ke sekolah, so awal2 pagi aku dah goreng dan letak dalam beg dia. Dan dia sempat jugak makan sikit masa kat rumah. Pastu sesampai kat opis aku, dia makan bihun goreng, abih tu..dia top up pulak dengan betik. Memang berselera betul anak kedua aku ni. Amirul, macam biasa cuma makan roti canai. Aina pulak, cuma makan roti cekelat separuh, tu pun kalau diikutkan dari dalam kereta lagi dia cakap tak nak makan. Alasan dia, "nanti Aina gemuk macam mana?? Aina tak suka gemuk" perghhh...kecik2 dah nak jaga badan anak aku ni. *geleng pala* tapi lepas dipujuk oleh mama dan abah, baru la dia nak makan sikit roti tu. tsk tsk tsk....

Monday, September 19, 2011

Tak perlu kata apa-apa

Satu hari diwaktu petang di sebuah rumah. Seorang ibu sedang melipat kain sementara anak perempuannya, Aina sedang berbicara sesuatu dengan abang longnya yang sedang khusyuk menonton cerita kartun bersama Angah.

Aina: Bang long, kalau saya senyum apa dia??
Abg long : xde respon.(bunyi cengkerik)
Aina: Bang long, jawab la...kalau saya senyum apa??
Mama: Bang longgg...adik tanya tu jawab la.
Abg long : bleelelelela...sambil buat muka tak minat kat adik dia..
Aina: Mama...tengok bang long ni..dia tak jawab.
Mama : Bang longgggg...
Abg long : Mana abg long tau...
Mama : Kalau saya senyum apa Aina??
Aina : Kalau saya senyum...awak mesti senyum sekali la...
Mama: Hahahaha...


Budak 2 tahun 10 bulan yang sangat keletah


Lawak anak aku ni...ntah apa2...lagu pun dia leh buat soklan kuiz kat abg dia.

Wednesday, September 14, 2011

Konsep katanya...

huwaaa!!!...mood update memang merudum dengan teruknya..sian korang kan?? Tapi apakan daya..ni la akibat makan banyak sangat selepas raya. Segala2 malas belaka...hahaha..sila salahkan pada open2 house di sekitar aku.

Ok...meh nak cerita konsep atau tema baju raya aku sekeluarga tahun ni. Sejak anak dah besar-besar ni, agak susah nak 'mensedondonkan' baju raya. Mula-mula ingat tahun ni nak buat konsep "pepel in love". So,awal2 dah tempah baju kurung pepel untuk aku dan Aina. Geng2 laki kendian takpe..cari baju siap je senang. Dah alang-alang menempah tu, terrrr tempah sekali baju kurung putih dan pink jugak untuk aku dan Aina. Well, biasa la kaum hawa ni kan, sepasang mana cukup.

Tiba dekat nak raya, anak-anak teruna request nak baju raya ikut favourite kaler masing-masing. Amirul nak kaler merah, Aliff lak nak kaler biru. Sudah...abih la lari konsep yang mama derang dah tetapkan awal-awal kalau camni. Gelak saja incik suami, dia kata..takpe la..tahun ni kita buat konsep warna warni...Hmm..blasah.

Tiba giliran baju untuk abah derang, dengan senang hati incik suami cakap, "tak payah la, baju tahun lepas elok lagi kan..lagi pun konsep kita kan warna warni,pakai je la yang tu" pulakkk...baju tahun lepas kaler kuning. Blasahhh lagi..

Sehari sebelum raya, tengah packing barang nak balik kampung kat kuala selangor (giliran incik suami) tetiba nampak ada baju merah,biru dan kuning..terus terpikir...eh!! tahun ni raya dekat ngan merdeka la, so terus terdetik capai baju kurung putih untuk aku dan Aina.

Hasilnya di pagi raya.
Taraaaa.................


Konsep jalur gemilang sempena merdeka-raya katanya.
Kretif kan mama derang??? hahaha..kredit tuk diri sendiri. Bang Jib dan kak Ros nampak ni, sure menitis air mata gembira ni...sebab patriotik sungguh keluarga ini. Ahaks!!!

Selamat Hari Raya koranggg :)

Thursday, September 8, 2011

Cerita raya

Ya rabbi...malasnya aku nak update sebarang bentuk cerita sebenarnya..padahal dalam kepala ni beratus-ratus benda nak distorikan. Nanti2 la yer. Tunggu ada mood yang baikkk...dan kalau rajin aku cerita la secara detail.

Tapi kali ni aku nak cerita pasal photoshoot raya kat kampung aku. Wahhh photoshoot la sangat kan?? Maksud aku sebenarnya adalah bergambar beramai-ramai secara berjemaah. Selama hampir 9 tahun aku kawin ni, tahun ni adalah tahun kedua kami boleh amik gambar disertai semua ahli keluarga. Sebelum ni memang payah melampau la nak jumpa semua sekaligus apatah lagi nak bergambar, maklumla masing-masing dah berkeluarga, so paham-paham la kan. Eh..chopp..ada 2 lagi anak teruna dalam keluarga ni.


Tahun ni kami dapat berkumpul semua sekali pada hari raya ke-3. Tu pun sattt ja..pastu masing-masing bawak haluan. Tahun ni, gambar adalah agak senonoh sikit kalau nak compared ngan tahun lepas. Senonoh di sini maksud aku adalah semua pakai baju raya.


Cuba tengok gambaq tahun lepas, dah la kelam kabut nak solat maghrib, pakaian pun..baju basahan kat rumah ja..aku la yang paling teruk sekali tu...maklumla sibuk dok dapoq ja kan. Tapi dalam kelam-kabut amik gambaq tahun lepas macam-macam aksi terjadi..lawak bila diingat.

Kedudukan orang dewasa untuk tahun ni dan tahun lepas adalah sama, cuma kedudukan kanak2 sedikit berubah.

So adik-beradikku semua...tahun depan kita buat yang lebih baik...dan PASTIKAN kedudukan masih di tempat yang sama sampai kita semua tua..hahahaha


p/s: Farhi...hang nampak dak perbezaan saiz kak hang ni?? mana ada kuruih kering cam tahun lepas dah?? hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...