Friday, October 28, 2011

Aktiviti mereka lagi

Ini ada lah sambungan dari entry INI. Bapak lama nak sambung...errr..apsal "BAPAK" ek?? nape bukan MAK ke....atuk ke?? nenek ke??
Ok..out of topic. Biasa la aku..time ada mood baru nak update. Tu yang amik masa zaman berzaman tu.

Lepas buat aktiviti lekat2 kat cermin tu. Ktorang semua keluar rumah, pi cari salon sbb anak dara aku nak potong rambut. Ala..rambut depan je pun. Dulu-dulu dia nak mama dia potongkan. Tapi sejak dah terrr...bawak pi potong kat kedai..hasil kerja tangan mak dia tak laku lagi... =_=

Aktiviti petang tu ada lah sand art. Benda ni pun dah lama aku beli. Tapi biasa la. Aku kena sembunyikan dulu. Time yang sesuai baru boleh keluarkan. Dan kebetulan Aliff bawa balik sand art besar punya sebab kawan dia celebrate birthday kat sekolah. Dan dia bagi pulak satu je..anak aku ada 3..tak gaduh dibuatnya?? Nasib baik mama derang awal2 dah reserved kan Sand art ni kat rumah. Dan petang itu adalah masa yg paling sesuai.

Maka sekali lagi aktiviti santai mereka bermula.....

Glow in the dark punya



Dah siap!!! Asal nama perempuan..mesti ada kaler fink2 kan!!!

Angah pun dah siap..

Macam biasa, orang terakhir siap adalah bang long...hehehe

Masa tu Angah tengah buat sand art kedua, yang dapat masa besday kawan dia..tekun ni...


Paling best..sebab..tanpa disuruh. Selesai je dia siapkan aktiviti dia. Terus dia ke dapur dan amik penyapu kecik ni...Owh...tersentuh lagi hati mak nak!! sob sob...


Err..ada sape2 nak booking jadi menantu ke?? Aliff memang rajin. Kalau tengok aku buat keja..ringan tulang je dia tanya..Mama nak Angah tolong apa?? Kalau aku cakap. Tak payah tolong apa-apa..mesti dia merajuk dan tarik muka. So, aku terpaksa suruh dia lap meja la..susun kerusi ke..susun buku-buku ke..atau lap habuk..hahaha...macam2 pe'el.

PENDAM

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya 
Hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu bertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Aku yang mengejar bayang cinta...


Penyanyi : Shahir AF
Lagu : Sham Kamikaze
Lirik : Farazilla (wife Sham)


Arghhhh...
sedap giler lagu ni. Melodi pun best..
video klip pun best..sadis...menyayat hati...

Thursday, October 20, 2011

Nak mcm "cinta muka buku"

"Mama...Aina nak pakai tudung macam cinta muka buku"
"Ha???"
"Mama pakaikan la"

Haa...tu ayat budak kecik tu merayu2 suruh mama dia pakaikan tudung mcm Najwa Latif. Ni gara2 video klip cinta muka buku la ni. isk isk isk..

Dia ni bukan tak tau..mak dia sendiri pun tak pernah nak pakai tudung lilit-lilit ni. Kang terbelit sapa susah?? Mama juga. Tapi sebab tak larat nak dengar permintaan dia tu. Mama try and error je la anak yer...hehee

Amacam?? Jadi tak??



Ha....ni satu lagi pesen posing..tak tau mana dia dapat... Hai la anak dara....apa motif letak tangan kat pipi tu ek?? Nak cover pipi tembam kot yer??

Wednesday, October 19, 2011

Aktiviti me"release" tensi

Korang rasa aku mak yang kejam ke paksa anak darjah satu buat latihan tak benti2??

Iskk..sila hapuskan segala prasangka tu dari kotak fikiran korang. Aku tak macam tu la..aku faham, baru darjah satu kan. Apa barang nak paksa keras-keras sangat.

Maka, hari Ahad baru2 ni, aku sediakan 2 aktiviti untuk adik beradik ni buat kat rumah. Ni aktiviti pertama, diantara waktu antara pagi dan tengah hari. korang pikir la sendiri waktu apa yer.


bukan kaler biasa tau..dia macam sticky colourful. Ala..gam yang ada kaler2 la.

step by step to follow

salah satu bentuk yg dah disediakan

Ni la kaler-kalernya

Taraaa... Aina dah siap

Aliff pun dah siap

Abang long last siap.

Pastu tunggu beberapa jam. Biar dia kering dalam suhu bilik. Bila dah kering, boleh peel off dan lekatkan kat cermin. Macam budak2 ni buat.


Uishh..abih kotoq cermin ni sebab baper kali derang lekat dan buka. *chey chey..alasan*


Macam ni la hasilnya.

Best tau buat aktiviti ni. Nanti aku nak beli lagi la. Budak2 ni pun dah request suruh mama belikan lagi :)

Monday, October 17, 2011

curik tulang japss

bizi2...
cuma nak cerita.

Minggu ni minggu exam budak sekolah rendah. Hari ni exam BM dan Agama.

Maka, sebagai ibu aku paksa anak aku buat latihan...

Paksa beb..tak paksa kalu tak jalan...

Tapi pas beberapa latihan dia buat dia relax.

"Eh, nape relax ni?? buat latihan ni pulak" sambil tepuk2 buku latihan lagi satu.

dia leh jawab

"Ala mama...esok bukan naik soalan mcm ni pun"

Dengggg!!!!!
bertuah punya anak

Sekian.


P/s: abah gelak sakan dengar jawapan anak tersebut

Friday, October 14, 2011

CERITA MUKA BUKU


Sebenarnya dah lama nak up entry ni..tapi aku bizi pastu malas pastu bizi pastu malas. Ni pun sebenarnya tengah bizi dan malas gak. Tapi..tak leh layan sangat.

Ok macam ni. Ntah hari apa ntah..dalam minggu lepas masa dok godek2 FB kat tipon..ada satu video ni, sape upload ntah. Tajuknya APA AKAN JADI PADA FB KITA BILA KITA MATI.

Macam ngeri tajuk. Sambil gigil2 aku tgk gak video tu. Pendek je kot. Tapi terkesan sungguh buat aku yang serba kekurangan ni. Dalam tu dia kata. FB kita, cuma kita je tau pasword, betul aku ngaku..tapi suami aku tau password aku..bukan setakat FB..segala2 pasword sosial aku dia tau. (wahhh..ayattt..macam la sosial sgt aku ni..hahaha) Dan ada jugak password yang dia 'create' kan..tak kisah la dia kan laki aku.

Pastu dalam video tu cakap lagi, bayangkan dalam FB kita, macam2 gambar kita upload dan ramai kawan2 kita yang boleh tengok gambar kita. Ada gambar yang kita tutup aurat tapi ada juga (segelintir) yang tak menutup aurat dan ada juga kita rasa kita tutup aurat tapi tak sempurna, Wallahualam.

Bayangkan,
dalam kita dok syok letak gambar banyak2 dalam tu, tiba-tiba kita meninggal. Innalillah.


Tapiiiiiiiiii.........macam mana ngan FB kita?? Gambar2 kita dalam FB tu??? Kawan2 kita masih boleh tgk, kawan2 kita pulak, bukan yang muhrim je..yang ajnabi pun ramai kan?? Dan mungkin ada kalangan tu yang masih simpan hati kat kita..itu tak penting, tapi yang penting mereka tu yang bukan muhrim kita masih boleh meneliti gambar-gambar kita. So, kita di kubur pasti terseksa kan. Dosa secara langsung sudah terputus..tapi akibat dari gambar kita yang belambak2 kat FB tu menyebabkan kita terus-terusan berdosa. Nauzubillah. Takutnya aku rasa masa tu.

Walaupun aku bukan jenis gila upload gambar aku kat FB. Bukan jenis gila posing muncung2 mulut kembang kembong pipi... letak gambaq rasa comeiii kat FB.. aku rasa tetap takut. Takut sangat2...sebab..sebab mati la ni dah tak kira usia..ramai je mati muda...

Apa langkah aku??
Aku nak save satu2 gambar tu masuk dlm hard disk aku..lambat..nnt la pelan2 aku buat. So sementara ni, aku privatekan semua gambar2 aku. Aku rasa itu jalan yang terbaik mampu aku lakukan setakat sekarang. Mungkin kalau Allah berikan aku lebih kesedaran, satu hari nanti, mungkin aku akan deaktifkan FB aku. Tak tau..tu semua mungkin.

Kawan2ku tersayang,
Khususnya lelaki, kalau nak komen, pastikan bahasa anda terjaga. Mungkin bagi korang tu gurau-gurauan antara aku ngan korang. Tapi apa perasaan pasangan aku kalau dia baca?? Cuba letakkan situasi aku kat tempat korang.

Sahabat2 wanita ku,
Aku ni pun bukanlah mulia sangat, tapi kalau korang rasa kata2 aku ada betulnya, mari sama2 kita muhasabahkan diri kita. Semoga amalan kita lebih diterima :). Sayang korang semua!!

Ok la..dah cukup panjang kot..tapi ada satu lagi  isu aku nak sentuh. Jugal pasal gambar..tapi bukan gambar kat FB saja.. next entry la kot. Entry ni pun berejam2 aku makan masa.

Thursday, October 13, 2011

WANITA...hati2 yer



Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam


Credit to: maklumat asal kat FB

Tuesday, October 11, 2011

Tepi tepi...

nenooo nenooooo...

egemency..eh emergency...
beri laluan...
beri laluan...
Beri kemaafan...
saya bizi..diulangi saya bizi....

Jadi maafkan saya menyebabkan keusangan di blog ini.

Ada masa saya tulis lagi....

nenonggggggg....

Thursday, October 6, 2011

Melintasi jalan kenangan

Apa perasaan korang bila melintasi jalan yang menyebabkan kesedihan korang kembali??
Tak kisah la..jalan yang pernah korang lewati bersama orang tersayang ke, haiwan tersayang ke..ataupun benda kesayangan korang.

Aku ni..
Hari-hari kena lalu jalan tu..
Semalam rasa masih sedih lagi la...
Tapi hari ni dah rasa ok sikit dah..ala biasa la..kehidupan kan

tu..yg aku bulatkan tu..kat situ la Iphone aku jatuh...masa tu air mmg byk..separas buku lali..dan keta serta lori pun banyak..bila igt balik..selamba aku je pi tahan keta dan lori tu semata-mata nak kutip Iphone aku..kalau kena langgar aku gak yang teruk..isk isk


Benda yang kita sayang memang tak kekal lama kan??
Tak kisah la benda bernyawa atau tak bernyawa.
Semua bersifat sementara.
Sebab itu kalau sayang, berpada-pada, so kalau benda tu hilang dari hidup korang..tak de la rasa nak menonggeng sangat kan??

Peringatan untuk diri aku juga.


Btw, Steve Jobs dah meninggal semalam. 
Sapa Steve Job?? dia la yang cipta semua gadget2 kat Apple tu.
Aku syak Iphone aku berkecai tu petanda dia nak ninggal la. hehehe..boleh camtu??
Tak pun dia ninggal sebab sedih sangat Iphone aku pecah.
Ok tak lawak.
Sekian.

Tuesday, October 4, 2011

Huwaaaa!!!!!! :(

Tadi kan...
hujan lebatt sangatttt
saya amik payung..lintas jalan raya mengharungi air yang dah bertakung paras buku lali..
Semua ni semata-mata nak amik anak saya balik sekolah.

Selamat amik dia..nak lintas balik ke opis..
Saya galas beg dia yang beratt tu..
saya pimpin tangan dia..
Sebelah lagi saya pegang payung sebab hujan lebat kan.
Saya kepit Aifon saya kat tetiak..

Sampai kat seberang jalan
Aifon saya dah tak de..
Saya gelabah...
Saya patah balik...
Tengok2
Aifon dalam air di atas jalan raya ...keta lalu lalang

Saya tak kira...
Saya stopkan kereta sesuka hati saya
Saya tunduk dan kutip Aifon saya..

Huwaaaaaa!!!!
Saya sedih...
Tengok la dah jadi apa??



Tak nampak ke???
Pecah tu....




Saya try buat call..
Dengar memang dengar...tapi suara orang kat sana mcm dalam air gak...
Huwaaaa!!!!!!!

Tapi anak saya leh kata..tak pe la mama..leh kita beli Aiped lak!!!

Huwaaaa!!! dia igt saya cop duitkah????

Sejuk hati mak

Balik semalam singgah kedai mamak nak makan
Aliff tak pernah ada masalah nak makan, dia boleh order apa saja yang dia rasa nak makan
Abg long, hari-hari mesti roti canai
Aina pulak, selalunya mmg cuma makan roti beli kat 7E saja. Diet katanya. Tapi sebenarnya dia tak tau nak makan apa.

Semalam, angah oder megi goreng, Aina nampak berminat..terus dia cakap "Angah..nak sikit" Angah pun amik dan suap ke mulut Aina..so sweettt..hehehee..harap kekal kasih sayang sesama adik beradik macam ni.



Sekali dua larat la nak layan..masuk kali ketiga..sambil suap adik..sambil mata pandang TV..dah malas nak layan la tu...hehehe...budak2

Tapi kalau nak compare antara abg long dan Angah, Angah ni nampak lebih bertanggungjawab kat adik dia dari abg long. Satu insiden yang paling menyentuh hati aku bila satu petang tu aku janji nak bawak derang mandi swimming pool. Tapi kena tido dulu dulu. Kul 5 aku kejut derang bangun dan aku solat asar jap. Tapi baju renang aku dah letak kat katil. Macam biasa, abg long terus uruskan diri dia. Masuk bilik air, buang air kecik dan terus pakai swim suit. Angah pun sama. Sampai giliran Aina, dia terkial2 nak buka baju dia. Aku mmg harap derang tggu aku abih solat dulu baru tukar baju, tapi sebab tak sabar sangat..tu yang tak sempat2 nak tukar gak tu.

Dalam terkial2 si Aina ni, dia pun terduduk dan nangis. Aku yang tgh solat pun dah tak khusyuk dibuatnya. Apa reaksi abg long?? Hmm..dia cuma tgk je adik dia nangis sambil cakap, jap ye Aina, mama solat. Angah pulak masa tu tgh sarungkan swim suit dia. Abih sarung, dia pegi kat adik dia..dengan gaya seorang abang yang penuh wibawa, dia cakap "meh Angah tolong Aina" sambil terus buka baju adik dia, buka lampu toilet dan tggu adik dia buang air. Sambil tu abg long menegah sambil berkata "tggu la mama buatkan angah". Tapi angah pantas membidas "kan mama tengah solat tu". Perasaan aku masa tu..hanya Allah yang tau. Terharu betul. Beza umur Angah dan Abg long 2 tahun, tapi kematangan Angah lebih terserlah.

Sesudah solat, terus aku cakap terima kasih kat angah dan terus bagitau abg long apa yang sepatutnya dia buat. Dan macam biasa..dia cuma angguk... :)

Monday, October 3, 2011

Hanya kerana dia

Terkurung dalam kamar ini
Getar merantai diri
Mungkin selama ini aku tidak menduga
Kataku bisa menghiris jiwa

Untuk berapa lama lagi
Kita harus begini
Menyimpan dendam lama
Menyala bagai bara
Panasnya hanya aku yang rasa

Gerhana dalam diri tak siapa yang tahu
Apakah untuk selamanya
Haruskah ku mengurung diri hanya kerana dia
Hanya kerana cinta
Walaupun ku sengsara
Haruskah ku menghulurkan tangan seandainya terpaksa
Antara kita masih ada sempadan yang memisahkan
Mampukah ku telan bara yang menyala
Andainya itu pertaruhanmu
Hanya kejujuran akan membuktikan
Itulah makhota dalam percintaan
Kirimkan aku penawar itu
Pengubat rindu

***********************

Lagu exist...
lama tak post lagu kat sini kan?? Dah tak tau nak citer apa..so lagu pun boleh la kan??

p/s: ????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...