Pagi tadi dengar KLFM. Hari ni ustaz Fauzi Mustapha membicarakan tentang malu seorang wanita. Senenarnya sejak dilahirkan wanita dikurniakan 9 malu. Dan semakin meningkat dewasa, sedikit demi sedikit hilang rasa dan bilangan malu tersebut.
Hilang pertama kali ketika seorang wanita itu didatangi haid. Kerana, dia sudah tidak segan untuk membicarakan sesama kawan2nya dan ibunya mengenai perkara tersebut. Mungkin untuk mendapatkan lebih maklumat.
Malu keduanya hilang ketika dia selamat diijabkabulkan. Iaitu ketika suaminya telah secara halal dapat menciumnya.
Malu ketiganya pula hilang ketika dia telah melakukan jimak bersama suaminya yang sah. Kerana pada ketika itu, bahagian yg dia selama ini tutup dari pandangan bukan muhrim, telah dapat dilihat oleh suaminya.
Malu yang keempat hilang ketiga dia melahirkan zuriatnya. Kerana pada ketika itu, doktor muslimah telah melihat bahagian sulitnya.
Maka yang tinggal hanyalah 5 bahagian malu sahaja.
Menurut kata ustaz, wanita muslimah sejati adalah wanita yang dapat melindungi dan memelihara 5 malu ini sehingga akhir hayatnya. Manakala, bagi wanita yang suka menunjuk-nunjuk bahagian yg sepatutnya mereka malu, sudah hilanglah rasa malu tersebut dari mereka.
Dan menurutnya lagi. Apabila wanita telah hilang rasa malu ini, maka itulah tanda-tanda kiamat. Bukan kiamat yang besar, tapi tanda-tanda hampirnya kita kepada kiamat. Wallahualam.
Kawan-kawan, moga kita bukan antara penyumbang wanita yang hilang malunya itu.
Tuesday, January 31, 2012
Friday, January 20, 2012
Bukan Doa kamu yang Makbul sebenarnya
Sangat menyentuh jiwa...sama-sama kita dapat pengajaran dari kisah ini
*******************************************************************
Bercakap fasal doa,
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
Cerita yang saya dengar itu begini:
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Semoga bermanfaat note ini.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Semoga bermanfaat note ini.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita
Thursday, January 19, 2012
Ustaz Don
Korang kenal tak ustaz Don? Aku mula kenal dia masa bulan puasa tahun lepas kat saluran Al-Hijrah. First time dengar dia ceramah aku dah jatuh cinta.
Nope... Bkn jatuh cinta kat dia. Tapi kat cara penyampaian dia. Pastu aku mula pengaruhi suami aku. Suami aku cakap patut aku kata best, sebab ustaz ni cakap utara. Eh, ada pulak. Aku suh dia dengar dulu cara ustaz tu sampaikan ceramah dan penceritaannya. Masa tu ustaz tengah cerita pasal kisah2 nabi. Dan sejak hari tu, suami aku pulak yang lebih minat kat ustaz Don ni.
Tetiba hari ni buka FB, nampak gambar ustaz Don dengan penampilan yang luar biasa dari kebiasaan. Selalu pakai jubah dan serban. Tetiba gambar ni lengkap berkemeja dan digayakan bersama kot.
Hahaha... Jangan frust ye korang. Ustaz Don ni dah ada pilihan hati. Kalau tak salah pembacaan aku, bakal isterinya adalah seorang bakal doktor.
Apa-apa pun ustaz Don memang terbaek!!!

Wednesday, January 18, 2012
Gara-gara kamu
Pagi tadi masa breakfast. Kebetulan stok kopi aku dah abis. Cuma tinggal sepeket bersamaan se'Mug' sahaja untuk dikongsi minum berdua.
Tapi tak pulak aku khabarkan hal tersebut kepada incik suami. Sekali, lepas makan bihun tadi, dengan selambanya dia menogok kopi tu tanpa perasaan nak tinggalkan sikit pun kat aku.
Nasib baik aku agak cepat bertindak. Aku cakap "itu je kopi yg ada" baru dia terkejut dan ter"stop minum. Hehehe. Adalah balance kat aku sikit. Suku "Mug". Jadila kan?? Huhuhu
Makanya. Lunch hour td terus aku singgah old town beli stok tuk kami berdua. Beli 5 percuma 1 kotak. Silakan langgah!!!

Aci tak macam ni??
Aku kan malas nak update pakai pc sebenarnya. Malas nak transfer gambar masuk kat pc dan upload dalam blog pastu tulis cerita berjela2.
Kebetulan pulak streamyx kat rumah aku tu, telah aku tamatkan perkhidmatannya gara-gara servis yang macam ntah hapa2. So, kat rumah memang on internet via mobile only. Kat opis pula, kerja memang tak cukup tangan nak buat. So, memang tak sempatla nak buka dan ngadap blog sangat. Sedih!!
Jadi, aci kan kalau aku cuma update sikit2 mcm ni??. Ni pun guna tipon ja. Ok la kan?? Kan?? Kan???
So, hari ni aku cuma nak bagitau yang aku bawa bekal bihun goreng untuk kami suami isteri dan aku tapaukan sekali tuk anak kedua aku Aliff. Mmg favourite dia jugak tu.

Bihun aku macam biasa tanpa sayur. Sebab kalau letak pun, cuma dijadikan hiasan sahaja oleh mereka dan memberi kerja tambahan pada aku untuk asingkan sayur tu.
Lebih sedap jika disaingkan sekali bersama kopi hazelnut dari old town white coffee.
Blurppp... Alhamdulillah.
*opsss... Panjang jugak entry ni!! Erkk
Tuesday, January 17, 2012
Lps ni akan lebih rajin
Mungkin la kot.. 😃
Sorry ye korang. Mmg agak bz kebelakangan ni. Mood nak berblog pun dah agak suram.
Tp mybe pas ni akan CUBA merajinkan kembali kot. Saja suka.
Aku dah pegang syiling baru. Korang dah ke?? Hehehe
Byeee
Sorry ye korang. Mmg agak bz kebelakangan ni. Mood nak berblog pun dah agak suram.
Tp mybe pas ni akan CUBA merajinkan kembali kot. Saja suka.
Aku dah pegang syiling baru. Korang dah ke?? Hehehe
Byeee
Subscribe to:
Posts (Atom)