Friday, May 23, 2008

Cerita Tertangguh

Bday Boy admitted

3 minggu hantar nursery..3 minggu jugak aliff demam..on off.. makan ubat berpeluh..abih kesan ubat..panas balik.. ubat demam..dah berbotol2 abih
Dan mcm2 klinik sudah diterjah..still tak baik..kesudahan amik antibiotic..pun tak de kesan.. minggu ke 4, hari selasa 22 April, nak hantar p nursery, amirul lak demam..abih muntah dlm keta..sampai nursery, cpt2 tukar baju dia. Pastu dlm ht dah tak senang, terus dtg opis jap..bgtau opismate nak bw anak g klinik. Sampai klinik doc check 2-2, amirul dan aliff. Amirul ok..demam..sbb tonsil, doc just bg ubat..tapi aliff..doc tak amik ms lama..terus buat surat suh refer specialist. “Kahak dah byk ni” kata doc. Gurlpp.. ye ke?? Terkejut gak aku..sbb dia tak meragam sgt..mkn mcm biasa..sentiasa berselera. Tp tak sangka..anak aku dah lama sengsara ngan kahak.

Berdesup kami gi APSH, sampai sana..sib baik org tak ramai sangat .. dpt jumpa ngan doctor Nasir… lepas cek je..doc tu ckp.. kena admit ni.. aku mmg dah agak dah..lebih baik admit..cpt baik..dr blk umah..tp penyakit dia lambat baik.. anak saya sakit apa doc?? Dia kena Pneumonia. jelas doc. Cam gegarr skt aku dgr perkataan tu.. “tapi takpe..early stage lagi..msh mampu dirawat, 3-4 hr leh la kuar.. lama tu 3-4 hr..mau sambut bday kat hospital anak aku ni. Tp pkkan kesihatan dia lebih penting dr segala2nya..aku pun bersetuju anak aku dirawat disana..lgpun ni bukan kali pertama dia kena admit. Dah kali ketiga. Semua sbb masalah yg sama..ada kahak kat paru2 dia..tp sebelum ni dikenali dgn nama bronchitis..kali ni pneumonia lak…kira up sikit lg la..bahaya kan.

Kat sana aliff menerima rawatan cam biasa..kena msk antibiotiok melalui salur darah kat tangan dia..sian dia.. hr ketiga tangan dia dah bengkak..so aku suh nurse tu bukak..tak sanggup aku dgr dia nangis raung2 ckp sakit setiap kali nurse mskkan antibiotik. Aliff jugak kena sedut nebuliser setiap 6 jam, kena buat fisio 2 hari sekali..Cuma kali ni dia tak kena sedut kahak guna tiub mcm dulu dah..kata doc, sbb dia dah besar..takut dia gigit tiub tu..putus..tertelan..tak psl2 kena operate. Dan selama dia kat sana..aku dan amirul jd peneman yg setia..Amirul..mmg tak akan berenggang ngan adik dia. Sayang sangat la kot.

Bday Aliff 24/4 mmg disambut disana. Tidak la meriah..tp cukup la dapat gembirakan dia…suamiku beli sebijik kek..tp mahal nak mampus..tgk rupa cam tak berbaloi..tp bila dah rs..perghh enaknya.. yg bestnya..tulisan dia atas kek tu..ditulis sendiri oleh suamiku..sbb pekerja di kedai kek tu tak reti menulis..blh gitu?? Dah tu..ms suamiku nak beli kek tu..ada org dr TNB datang nak potong bekalan letrik kat kedai tu sbb dah tertunggak jota2.. lawak tul la kedai tu..aku pun tak paham. Separuh dr kek kami berempat mkn..separuh lagi..bg kat para nurse yg baik hati..

26/5 Alhamdulillah, br aliff leh discharged..drpada 3 – 4 hr kami sepatutnya di hospital..dah jadi 5 hr.. sbb demam aliff on off. Tp sampai saat ini..Alhamdulillah..Aliff dah betul2 sembuh..kawan2 tolong doakan moga dia tak dimasukkan lg ke hospital yer..aminn


Note: Kesemua gambar diatas diambil oleh cameraman amatur (Putra Amirul Farhan)
Gambar 1 : Br lepas msk jarum kat tangan..sian dia berpeluh2 nangis..tahan saket.
Gambar 2 dan 3 : Aliff kena tiup benda tu sampai kembang..utk expand dia punya paru2
Gambar 4 : Amirul sekali lagi ingin mengambil gambarnya sendiri.. salah satu aktiviti yg sering dilakukannya kini

Gambar 1 : Bday kek hasil dekorasi suami tercinta
Gambar 2 - 4 : Bday Boy dan Abangnya cuba memposingkan gaya2 terkini di atas baby cot.. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...