Thursday, June 25, 2009

Semalam yang Hangat!!

Petang semalam..ms tgh rehat di ruang tamu bersama keluarga..amirul ngadu... "mama..bila nak mandikan abg long ni...?" hish..aku yg tgh nyusukan Aina menjawab..jap la...dalam hati geram sangat kat cik lipas..awat dia ada dlm bilik air aku ntah...dulu amirul mau mandi sendiri..tp sejak peristiwa dia diganggu oleh serangga perosak tersebut..terus tak mo mandi sendiri dah...eleh..bukan besar mana pun..tapi dia mmg takut lipas...apa leh buat.


Masa tgh buka baju..dia ckp lagi "apa bau asap ni mama?" aku lak ngan selumber badak jawab.."jiran tgh bakar lauk kot"..tp tgk jam..kul 7 malam..apa kejadahnya bakar lauk di malam hari?? aku pun cam tak puas hati..tya lak soklan tu kat suami aku...suami aku ni bagus sikit dr aku..ada inisiatif buka pintu depan tuk bau yg lebih jelas agaknya..tetapi..dia terus jerit.. "KELUAR..KELUAR..RUMAH DEPAN TERBAKAR" aku lak..bukan nak terus keluar..leh jengah tengok..perghh..api dah marak..jarak rmh depan ngan rumah aku lak bukan besar mana..cuma sekangkang kera..maklumla rmh tingkat2 ni kan..jauh mana sgtla jrknya...



nampak tak rmh yg berasap tu??



kasi close up sikit

Tapi aku cool..walaupun ms tu bahang kepanasan dah msk umah aku..encik suami aku kat luar dah ms tu..tgh call bomba dan dia ngan security kat situ tgh buka hos air tuk padam api. Aku msk bilik..tukar baju..yang anak2 aku lak nangis..huh..tension aku..dr relax terus gigil aku..mana nak siap..mana nak pujuk derang jangan nangis..sib baik aina ok..pastu..cepat2 aku kuar..dan turun ikut tgga..

On the way turun tu..selisih lak ngan jiran aku yg rmh dia tgh terbakar tu..dia tya aku "wat heppen??" aku cuma jawab "ur house"..terus dia ngan isteri ngan anak dia..berlari naik..ms aku trn tu..aku tgk api dah nak makan sampai siling dah...rmh dia lak kunci gril..tp pintu dlm buka..dan kebakaran bermula dari tempat derang sembahyang tu. Dia lak tak de masa tu..kuar ngan anak bini dia g sembahyang kat bawah.

Sampai bawah rs tenang sikit walau masih gigil..tak lama pas tu bomba datang dan berlari2 anak meraka menaiki tgkat yg terbakar..namun mereka hampa..kerana api telahpun berjaya dipadamkan oleh ahli bomba amatur..iaitu suami aku dan beberapa jiran yg lain...


ahli bomba yg pulang dengan kehampaan


asap dah tinggal sepoi2 bahasa


Agak2 dlm 40 minit aku kat bwh..aku pun call suami aku tya status..suami aku jwb dah blh naik..tp kena ikut tgga sbb keadaan banjir..sudahnya..aku naik lif sikit..terus menapak lak naik tgga..tp keadaan kat tangga sama..banjir sikit...tgk keadaan rmh mangsa..mujur tak teruk sangat terbakar..sian tgk mangsa. Tapi aku bersyukur sebab sempat tlg dan sempat berbuat sesuatu dari melarat. Alhamdulillah.

banjir lak nak masuk umah aku



Dah masuk rmh..datang pulak anggota polis menyoal siasat suami aku..sbb dia adalah saksi utama kebakaran tersebut.

saksi sedang disoal siasat




P/S: Entry ini sepatutnya dipublish semalam. Dan kejadian sebenar adalah berlaku pada hari Selasa 23 Jun. Sekian

2 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Fuh....nasib baik ada bomba amatur yg pantas dari bomba sebenar berada di tempat kejadian. Dapatlah padamkan api daripada marak kan....
kalau erin pun..sure gigil2 gak...takut rumah kita terjebak sama...
mujur semua selamat...syukur...

Farihah said...

tu la kan...mmg agak mengerikan..kenangan yg ssh nak dilupakan la..
Alhamdulillah..semua selamat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...