Saturday, April 24, 2010

Happy Bday Aliff

Hari ni 24 April 2010. Genap usia anak keduaku Putra Aliff Farhan yang ke 4 Tahun. Memang masa berlalu begitu pantas.. Aku igt lagi saat dan ketika mahu melahirkan Aliff 4 tahun yang lalu. Memang melahirkan Aliff adalah pengalaman yang paling mudah aku rasakan. Mengikut due asal..sepatutnya Aliff dilahirkan pada 10 Mei 2006. Tapi aku tau..pasti anak aku ni nak keluar awal jugak..sbb abang dia pun keluar minggu ke 37.. so..mmg sama dgn abg dia la..cuma dia lewat 2 hari dari abg dia.

Saat2 sebelum kelahiran Aliff..Aku pergi opis mcm biasa..cuma pg tu..perut aku mcm mengeras sikit..tp sbb tak sakit..dan tanda pun tak ada..maka aku cuma buat2 tak tau je. Sampai opis..breakfast mcm biasa. Pastu sempat meeting ngan section dulu. Masa tu..ex boss aku tya aku "u bila deliver ni" selamba aku jawab "anytime". Abih meeting pukul 10pagi. Sambung buat keja mcm biasa. Tapi perut aku makin mengeras dgn jarak masa 5 minit sekali. Dalam hati dok pikir gak..nak bersalin dah ke?? Tapi aku cuba focus dgn kerja mcm biasa. Tapi sempat bgtau kak een. Pantas kak een paksa aku g spital. Thanks kak een..kalo kak een tak suruh..mmg aku bersalin kat opis la kot..hehhe.


Sampai hospital masa tu dah dekat pukul 1 ptg. Terus aku di arahkan ke labor room..dan aku dipaksa naik wheel chair..mmg segan la masa tu..sbb aku still larat berjalan. Naper kena sorong2 lak. Sampai labor room. Nurse check bukaan.. dah 8 cm.. OH!! mcm tak caya..betul ke?? Bila doc sampai..dia nak pecahkan air ketuban. Aku lak ckp kat doc "Betul ke ni doc?..saya tak ready lagi ni..at least..kalo nak keluar pun..keluar la esok..leh celebrate bday ngan abah dia" Doktor tu antara nak gelak dgn seriyes jawab "mana leh tggu2...dah 8cm ni". Tapi mmg masa tu aku betul2 lom ready. Tapi nak buat mcm mana..dah baby nak keluar sgt..mana leh tahan2 kan? :)

Tepat pukul 2.14 pm..lahirlah Putra kedua aku ni di muka bumi.. dengan berat 3.25kg. Alhamdulillah..sihat walafiat..dan kini..dah 4 tahun usianya. Doa aku sbgai ibu..semoga Aliff membesar dgn sihat dan diberikan rezeki yang berkat serta menjadi anak yang soleh. Aminn.

Hari ni..aku orderkan kek utk Aliff dan abahnya dari sini..maklumla beza 1 hari je kan. Igtkan nak surprisekan abahnya la..sekali tak dapat lak..abahnya lebih cekap mengesan. Tak ape la..ada gak kek ni kan. Rasa pun sedap. Boleh order lagi len kali. 


Abg long pun nak join tiup lilin sekali gak. 


Happy Birthday Anak mama :)

p/s: Aina tak de..dia tido plk :)

7 comments:

Unknown said...

Simpan cake utk sye sket..nk mkn gak!!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Farihah said...

boleh2...Insya Allah, esok ek akak bwk kan :)

Fiza Nordin said...

salam farihah...terima kasih ye sudi order dr saya.alhamdulillah klu puas hati.order akan datang dialu2kan :D

epi belated besday tuk anakanda & suaminye... moga panjang umo & dimurahkan rezeki hendaknya, amin!

Farihah said...

Wslm..
Mmg kek tu sedap..Bday boys pun suke.mmg boleh order lagi len kali.

Terima kasih for the wishes. :)

mama-syira said...

Happy Birthday Aliff Farhan! Semoga jadi anak soleh & stay cute.

Waa senangnye Mama bersalinkan awak. Harap2 auntie mudah jugak bersalin anak kedua ni. Amin. :)

Farihah said...

TQ Auntie Farah.

Insya Allah..dipermudahkan segala urusan. Aminn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...