Monday, April 26, 2010

Happy Birthday Suamiku

Sehari selepas Aliff dilahirkan..suami aku lak dilahirkan..tp bukan tahun yg sama yer..Aliff dilahirkan 4 tahun yg lalu, manakala suamiku dilahirkan 29 tahun yang lalu. Hehehe... yer betul..kami sebaya, cuma beza 8 bulan je. Dia bulan 4 aku bulan 12. Tapi org selalu nampak dia tua dari aku..yess!!! aku  muda lagi wehh...hehehe. Tapi betulla..dia teramat matang berbanding aku yang kadang kala kebudak2kan. Tapi aku sedar..aku dah bergelar mak budak..so takde la nak lupa diri tak menentu kan..

Sambutan apa?? Takde la nak candle light dinner berdua..tak mampu beb sob..sob..maklomla aku kan ada anak 3..maka kami keluar dinner together2 bersama anak2..ok apa?? ada kemesraan disitu seisi keluarga. Anak2 pun heppi. Aku heppi..Bday BOY..opkos la lagi hepiiii kannnn :)

Kami keluar malamnya..tak gi jauh pun..bersantap di Belanga saja..sape yang tak tau belanga ni kat mana angkat tangannn. Tak jauh gak..kat the Garden je. Oh ya, adik aku penah keja part time kat sana, dan katanya pemilik restoren ni adalah isteri kepada Ustaz Ismail Kamus. Penceramah dan Pendakwah yang terkenal satu masa dulu..selalu keluar kat Forum Perdana Ehwal Islam..tp skrg dah tak nampak dah wajahnya di kaca tivi.

Aku sebenarnya dah kenyang, tapi aku order laksam dan dessert kuih melayu "lompat tikam" ermmm.. sedapnya..kuih ni..Laksam tu pun sedap. Pendek kata makanan kat sini mmg sedap la. Psstt..suami aku sampai tambah 2 kali nasi dagang tu..selera betul dia.

laksam..maaf ye..dah abih makan baru igt nak amik gambar


lompat tikam yang mabeles...

nasi dagang selepas ditambah kali ke 2

Anyway, Happy Birthday to my Beloved Husband. Terima Kasih kerana menjadi suami dan abah yang baik untuk anak2 kita. You know..i alwaysss love you forever :)

2 comments:

@KP said...

terima kasih tak terhingga...
semoga Allah merahmati dan memberkati amanah kita ini...
aminn...

"cintai Allah yg paling utama, insyaAllah yg kita cintai akan dipelihara"

Farihah said...

Aminn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...