Lepas habis aktiviti sukaneka tu..ada acara makan2 dan penyampaian hadiah. Lepas habis tu..semua dibenarkan buat free aktiviti..Aku apa lagi..terus masuk bilik..bagi Amirul ubat dan tidolah kami anak beranak sampai petang.
Aktiviti petang tu pula, main layang2. Layang2 mmg dah disediakan oleh pihak comittee. Kami cuma kena pandai2 pasang sendiri dan terbangkan je la. Mmg enjoy sgt..anak2 suka..mak ngan bapak budak pun suka..maklumla dah lama tak main layang2 ni. Bila dapat main balik dan ramai2..mmg rasa meriah la sangat kan.
Selain layang2. Anak2 juga dibekalkan ngan bubble..mmg enjoy la derang. Pastu dapat main pasir kat tepi pantai. Kebetulan hari tu, cuaca tak panas sgt..berangin je..ishhh..mmg syok la.
Pas penat main..masing2 pulang ke sarang dan bersiap sedia utk dinner bersama2 pula. Makanan mlm tu..boleh tahan hebatnya. Dessert lak..ada durian fresh lagi..
Masa tgh makan..anak2 disajikan dgn cerita Tom & Jerry bagi tak mengganggu konsentrasi ibu bapak yang nak makan.
Pengakhiran malam tu, diadakan acara cabutan bertuah. Sebanyak 20 hadiah telah disediakan. Dan dengan tak semena2..aku dapat 1st Grand Prize. Alhamdulillah rezeki..tapi..aku rasa org lain tak jeles pun dgn hadiah aku dapat tu. Korang nak tahu apa?? hehehe..termos La Gourmet je.. Ok la kan..rezeki. Mmg hadiah cabutan bertuah mlm tu takde la hebat sgt..lagipun untuk suka2 je kan..dan nak bg ramai rasa..so hadiah pun ala2 je la. Namun yang penting semua gembira. Harap2 acara Family Day ni dapat diteruskan lagi utk tahun2 akan datang :)
No comments:
Post a Comment