Tuesday, May 11, 2010

Diam lebih Baik dari berkata-kata

Kadang kala kesabaran kita diuji dengan maha hebatnya. Kita dituduh membuta tuli tanpa sebab munasabab dan penjelasan yang sewajarnya. Sebagai manusia biasa yang tidak maksum sudah tentu kita akan melenting, kalo diikutkan nafsu amarah yang membara, kita semestinya akan bertindak dengan menengking kembali dan mengeluarkan kata2 yang kesat. Adakah semua itu penyelesaian yang bijak??

Aku pernah mengalami situasi2 macam tu. dan sudah tentu, kalau nak diikutkan, mahu rasanya bersemuka dengan si pemberi masalah dan bertanya lanjut..apa masalah yang membuatkan dia tak sudah-sudah dia mahu cari sebab dengan aku??

Tapi...aku bertuah..dikelilingi dengan suami, ibu bapa, adik beradik, ipar duai dan juga sahabat handai yang banyak membantu. Membantu tak semestinya dgn hadiah dan wang ringgit. Bantuan yang paling diperlukan, sudah tentu nasihat yang berguna. Nasihat yang membawa kebaikan. Alhamdulillah, semua itu aku perolehi di saat2 yang amat diperlukan.

Dalam kita dicemuh..dibenci..tapi sudah semestinya ada insan2 yang memahami, menyayangi dan menerima kita dengan seadanya.

Baca dan hayati petikan madah dibawah.

MADAH DARI BERDIAM :

Banyak diam tak semestinya bodoh,
Banyak cakap tak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran,
orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.


menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
yang salah adalah memikirkan kesalahan orang.


Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu yang menghina dirinya sendiri.

manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik.


Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman diri manusia.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a, rasullulah s.a.w bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."
 
 
 
Oleh itu, sebelum melenting yang bukan2..alangkah eloknya kalo kita berfikir dahulu, kerana sesungguhnya kata-kata itu mencerminkan keperibadian seseorang dan............ DIAM itu adalah INDAH. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...