Phew...selesai sudah Team Building yang dinanti2kan. Erk..nantikan ke?? Ekcelli, dah lebih seminggu pun setel. Tapi tu la. Mood nak update blog, skit la punya malas. Time rajin nak updet tu, ko jangan tegur lebih2. Kang bila datang sifat malas ni, berzaman la nak updet kan??
Tp tu la. Bila dah lama sangat, rasa cam dah basi lak nak updet. Tp kalo korang rajin sgt nak tau aktiviti2 masa team building tu, dan nak tgk muka2 aku dan kawan2, sila lah tanpa malu dan segan klik kat link2 kat bawah ni. Kawan aku yang sorang ni mmg la super duper rajin updet. Credit tuk beliau :)
So, aku cuma nak citer tempat penginapan aku masa tu. Kat Shangri La Putrajaya. Tempat dia ok. Bagi aku, best la..sbb free kan. Paling penting makanan dia..sungguhhhhh la sedappppppp. Hmmm..teringat2 lagi kesedapan makanan2 kat situ. Dari Breakfast sampailah ke dinner, semuanya sedap. Aku tak jumpa satu pun yang tak sedap. Tapi tu la, rugi kalo jadi macam aku. Tak reti nak makan byk2. Perut cepat je penuh, so saper2 nak belanja aku buffet, inform la aku awal2 k. So, leh la aku puasa 6 jam sebelum makan. Kalo tak, rugi je bayar mahal2 tuk bg aku makan. hehehe.
Dek kerana kesedapan makanan yang melampau tu, makanya, maafkan aku kerana sekeping gambar makanan pun aku tak amik. Tu mmg membuktikan bahawa makanan tu mmg betul2 sedap kan? terlalu asyik makan, sampai lupa nak amik gambar. Thehehehe.
Tapi tak pe, meh aku jamu korang gambar bilik dia pulak. Aku dok bilik 217. Masuk2 je bilik, korang akan jumpa toilet dulu. Pastu br jumpa tempat beradu. Bilik dia agak besar la utk 2 org. Gambar pertama tu korang nmpk kabinet tu kan?? Act dlm, tu terletaknya tv dan segala 3 in 1 coffee,nescafe gold dan juga tea. Pastu dlm meja study tu, atas meja dia..ada ruangan yang bila dibuka ada cermin, dan dalamnya terletak hair dryer. Tapi mcm aku pakai pun. Dan mcm biasa, ada LAN connection kat situ.
Bantal tidurnya pulak..alahaiii..empuk betul. Tapi walau seempuk mana pun bantal tu. Mata aku ssh gak nak lelap. Dok igt, anak2 aku leh tido ke tak?? Tapi rupanya..derang ok je. Aku je over keseorangan di situ.
Eh, belum citer psl toiletnya. Mcm biasa, toilet 5 star hotel, mesti luas dan sgt selesa. Ada bath tub jugak. Tapi sbb masa tak mengizinkan. Mana la sempat nak berendam lama2 dlm tu kan?? Mmg tak berendam langsung. Yang best toilettries dia..pelbagai jenis, even hair band pun dia bagi. Yang tu aku belum jumpa di mana2 hotel lagi. Kalo setakat sabun dan shampoo biasa la kan.
Ok lah, mari kita akhiri entry kali ni dgn gambar kami beramai2. Semoga kita boleh bergumbira lagi di aktiviti team building di tahun2 akan datang. :)
2 comments:
laaa hair band tu ako pernah jumpa laaa kat certain2 hotel hehee..
slalu sgt tp x nah lak ako nak amek :p
hohoho..ye la..ko kan sll dok hotel2. Mmg la leh jumpa. Aku dok Hotel Bayu Tasik Je..heheheh
Post a Comment