Terlukis hakikat insani
Dari cinta lautan jiwaSatu pengzahiran rasa jelas di mataSatu lakunan di pentas dunia
Ini kisah yang tidak berbingkaiDan bahasa yang ternilaiKita renangi bersama lautan nikmatSampai ke pulau segala keramat
Hari ini 14 May 2010, genaplah 7 tahun usia perkahwinan aku bersama suamiku tercinta. Dalam tempoh 7 tahun ini..begitu banyak suka duka yang kami tempuhi bersama. Asam garam rumah tangga..mana ada selalu manis belaka. Ada ketika kami juga bercanggah pendapat, bermasam muka tidak bertegur sapa *semua tu perangai dari aku* Tapi aku bersyukur, kerana dikurniakan seorang suami yang amat sabar, dan sanggup melayan karenah aku yang kadang kala amat menjengkelkan ini.
Tapi kepantangan kami..jangan sesekali mengadu hal rumah tangga dgn ibu bapa. Masalah kami biarlah kami selesaikan sendiri. Tapi pernah juga aku tercerita masalah kecil dgn ibuku..adatlah kan..aku dan ibuku umpama rakan karib.. ada ketika..tercerita juga.. tp tidaklah secara terperinci.. dan itu pun ketika usia perkahwinan kami belum mencecah 5 tahun. Reaksi dari ibuku, dia terkejut sekali..kerana katanya..dia igtkan aku dan suamiku tidak pernah bercanggah pendapat, kerana dimatanya..hubungan kami nampak seperti tak pernah ada sebarang masalah. Aku tergelak kecil mendengar telahan ibuku. Lantas aku berkata "adatlah mak..mana ada rumahtangga yang tak pernah bergoyang". Bila kuceritakan perihal ini pada suamiku..dia pun ketawa juga.
Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Memang antara anak perempuan dalam keluargaku, aku dikira menentang kebiasaan kerana perkahwinan kakakku dan juga adik perempuanku adalah atas dasar pilihan keluarga. Tapi perhubungan kami direstui keluarga. Perkenalan singkat yang bermula di peringkat kawan biasa..mula berubah..bila dirasakan ada keserasian antara kami, kami bertunang tak sampai setahun dan terus berkahwin. Maklumlah, aku kan anak perantau, keseorangan di negeri orang. Anak gadis yang jauh dari awasan ibu bapa dan saudara mara yang lain. Maka abahku membuat keputusan, benda yang elok tak seharusnya dilambatkan. Takut perkara buruk berlaku agaknya, dan sekurang-kurangnya aku ada penjaga disini.
7 tahun perkahwinan, kami dikurniakan 3 orang cahaya mata sebagai penyeri keluarga. 2 orang putera dan seorang puteri yang terus menyerikan rumahtangga kami dgn pelbagai keletah dan kerenah mereka. Harapan ku, sebagai seorang isteri, mengharapkan agar sinar kebahagiaan kami berpanjangan hingga akhir hayat dengan doa dari kalian semua. Semoga aku juga menjadi isteri, ibu, dan rakan karib yang baik dan solehah untuk suami dan anak-anakku tercinta dan aku ingin sekali menjadikan ibuku serta ibu mertuaku sebagai mentor yang paling utama dalam hidupku, kerana bagiku mereka berdua adalah wanita yang kental dan sungguh penyabar dalam mengharungi suka duka dalam berumahtangga.
Ayuhlah kita pulangDendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagian
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga
p/s: Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu ini.
p/s/s : Sentiasa teringat pesanan dari suamiku..cintailah Allah melebihi cinta sesama manusia, kerana sesungguhnya..cinta manusia itu bila ditarik balik, sekurang-kurangnya kita akan lebih kuat dan redha untuk menerima kenyataan dari terus menangisi kegagalan.
7 comments:
asal ako baca cam ala-ala jiwang pun ada gak nih.. hehee
pape pun
TAHNIAH!!
HEpI ANNIVESARY untuk kowang berdua!!!!
Moga kekal sampai ako anak cucu cicit.. hahaaa... :p
wah...my favourite song also..by Zamani Slam..he he :D
apa2 pun... selamat ulangtahun yg ke 7... bagus masih berdua-duan bersama suami tercinta kemana sahaja...makan pun still maintain bersama-sama..(time office)..situasi tak pernah berubah la kiranya mcm zaman baru bercinta dulu :)
bagus.. moga kekal bahagia selamanya..aminnnn
Ret : ala..bagi la aku peluang nak tulis ala cerpen..heheh..anyway TQ banyak :)
Erin: Owh..favourite song erin gak yer..hahaha..sama la kita. Thanks for ur wishes..korang pun sama..maintain cam dulu :)
laaaaa lagu ka tu??
wakakkakaka mampos kijam sampai mati pun ako x tahu apa jadah tulisan atas tu...
oopssss ampun jangan marah ek, al maklum ako kan 'ownag kampung' ahah laarikkkkkkkkkkk
hahaha..lagu la..ko ingat aku karang sendiri puisi tu?? hehehe
Takpe2 aku tak kisah ko tak tau..sbb ko minat KRU..aku minat SLAM..hahah
ehem, nih la entri-muslimah-jiwang yg terhebat tawon nih..
tahniah skalik lagik dik :)
naper tadek gambar?posing la pelok2sket ke? timang2 ker? (jgn marah.. put.. ;)
erkk..muslimah jiwang lak titlenya yer??hehehe
Ish..posing2 peluk2 tu..cukup la sekadar tatapan saya bersama suami..walaupun halal..takkan nak tempek semua kat sini?? mcm2 kontroversi pulak kang..tul tak??
Post a Comment