Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Skip sekejap citer aku. Aku nak wish "Selamat hari guru" untuk semua pendidik2 di Malaysia khususnya. Terima kasih juga kepada semua cikgu2 aku dari zaman aku tadika sampai lah ke UiTM. Tanpa jasa kalian, tak mungkin aku berada disini.

Ucapan ini juga aku khususkan utk semua ahli keluarga aku yang bergelar guru. Kakak aku, Ustazah Zaiimah di Sungai Petani, Adik aku Cikgu Imanah di kuala selangor, kakak ipar aku Cikgu Hani Sutina di Taiping dan teristimewa kepada Abah aku, pesara guru Ustaz Haji Ahmad bin Said.

Aku juga sentiasa berterima kasih kepada 2 org guruku yang paling penting dihati ku iaitu ibuku Hajjah Noraini dan Abahku Haji Ahmad. Tanpa didikan dan dorongan kalian berdua. Tak mungkin aku boleh jadi antara insan teristimewa di hati kalian. Terima kasih yang tak terhingga tuk kalian berdua kerana tak jemu2 mendidik dan menegur segala tingkah laku anakmu ini dari aku dilahirkan sehinggalah sekarang.

2 comments:

wos said...

sama-sama.
takper,cikgu tak kisah.
(tetiba feel-feel cikgu kann??)

Farihah said...

tak pe kak..betul la tu..kita pun guru kepada anak2 kita. Jadikan diri kita contoh yang terbaikk tuk anak2. Kalo bukan kita..sape lagi?? tul tak??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...