Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu semua. Apa anak korang hadiah kat korang hari ni?? Best baca kat FB..ada dapat kad..ada dpt bunga..aku pun dapat gak hadiah..korang nak tau apa dia?? cuba tgk gambar kat bawah ni. Tapi sebelum tu nak citer dulu rutin aku sepanjang hari ni. Macam biasa, bangun pagi, amik kain baju kotor masuk dalam mesin, sementara nak tggu setel..suap anak2 makan pagi dulu. Abih makan kemas rumah sikit2. Amik kain baju sidai lak, masak nak makan tgh hari..masa tu dah dengar anak2 kat depan dok keluntung kelentang. Abih masak aku suap anak2 makan tgh hari lak.

Masuk bilik solat zohor..abih je solat..tudiaaaa..gembiranya tgk rumah yang aku kemas tadi..anak2 aku yang kreatif dah buat dekorasi tambahan... mmg mencabar keimanan dia hati sungguh. Cuba korang tgkkkk...    

berseni sungguh kan???

Tapi sempena hari Ibu, aku cakap.."bang longgg..sila kemas balik yer..tak kesian kat mama ke??" Abg long ok..terus amik bakul..kemas balik. Sambil2 tu aku suh angah ngan adik kemas sekali..tp Angah cakap "angah penat la mama" abg long terus smash adik dia "nak main tak penat..nak kemas penattt" hehehe..lawak dgr jawapan bang long..tp aku cakap "tak pe la..abg long dah besar..tolong kemas k..angah..cepat tolong bang long".

ni muka para pendekorasi terbaik


Abih kemas..masing2 keletihan dok layan tivi lak.

Aina lak..terus tertido kepenatan..

Susah betul kalo encik suami tak de kat rmh kan?? tunggang langgang jadinya.. Ok la korang..aku nak solat asar dan bawak anak2 mandi swimming pool lak..sian dah 3 hari terperap dlm rumah..

Last sekali.."Selamat Hari Ibuuuu"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...