Wednesday, June 16, 2010

Hak diceroboh???

Apa korang rasa kalo hak atau harta korang diguna pakai tanpa kebenaran korang?? Marah?? sedih?? tak kisah?? Bukan la mahal sangat pun harta persendirian aku ni. Tapi, tolong la tau pakai budi bahasa dan tatasusila sikit.

Mesti bg sesetengah org tak kisah. Tapi bg aku, benda ni sungguh misteri, nak2 benda yang dimakan atau diminum. Dah tentu jadi sebahagian darah daging kita kan?? Tak takut ke ambil tanpa meminta?? ssh sangat ke nak minta?? Apa kalo dia minta aku akan jeling dan menjerit kat dia ke sambil cakap "TAK BOLEH!!!"   ke?? Ish.. even bos aku nak pun dia masih tahu mintak permission, apatah lagi sesama kawan seopis kan??

 sian nescafe aku yang sedap ni, diambil tanpa kerelaan hatinya, dah tu, kotor lak botol tu jadinya..

Aku tak kedekut, kalaulah, masa kau nak minum nescafe aku tu. Aku tak de kat tempat, kau masih lagi boleh bgtau aku yang ko amik sikit nescafe aku bila ko dah nmpk aku kat tempat kan. Alahh, kalo takut lupa kau boleh je email aku. Ohh, mybe betul2 terlupa kot sbb sibuk sgt bekerja kan?? Tapi takkan sampai nescafe aku dah tinggal sikit pun kau asyik lupa je nak bgtau?? Musykil gak la aku. Nak kata kau tak tahu nescafe tu hak saper..dah terpampang sebesar2nya nama aku tertera kat situ. Ntahlah..pelik gak aku dgn sifat manusia macam ni.

Skrg betul2 dah jadi misteri, siapa kau sebenarnya?? Sila tambil kedepan. Tu pun kalo nak berkat la..

6 comments:

Ayie said...

Assalamualaikum
Berkenaan dengan entri anda ini, memang betul apa yang dikatakan oleh anda bahawa berbudi bahasa adalah penting..

tetapi pada saya jikalau kita menegur seseorang itu kerana beliau mengambil barang kita yang murah ini, silap-silap putus kawan pun boleh...

salam dari BLOG A-Y-I-E

Farihah said...

wslm
Mmg betul apa yg dikatakan saudara.
Tapi masalahnya, saya pun tak tahu siapa yang ambil benda murah ni. Rasanya bukan kawan kot. Kalo kawan, dah tentu dia bgtau. terima kasih

ardinihumaira said...

what? barang murah? tak relevan berkata begitu.. bila dah terbiasa 'ambil barang murah' orang tanpa kebenaran tak mustahil 'barang mahal' orang pun dia tak rasa bersalah 'terambil' atau 'berkenan' then ambil..


kan kak? bagi dni la tu... rasanya tak ada istilah barangan murah kalau barang tu hak kita, kita punya la. ada orang nak, minta la izin. apa susah. kita tak marah pun, cuma kecewa bila ada 'invisible' punya orang ni.

Farihah said...

Seb baik ada yang memahami entry ni. Betul tu dni. Itu yang akak nak ketengahkan. Bukan murah atau mahal yg jd isu sebenarnya. Thank a lot :)

ardinihumaira said...

tu la.. tak elok la kata barang murah. contohnya kita selalu beli gula2, letak dalam laci opis kita. time keje suka kunyah2. asal lunch hour atau time kt g semayang je ado je gula2 hilang. kekadang 3-4biji sehari. hangin kan? memang barang murah tapi, itu kita punya.. huhu pegalaman dni dulu2.. :'(

Farihah said...

hehee, patutla. Dni penah rs situasi yg sama. Tp mmg hangin la.. Apa salah kalo minta kann?? Sure kita blh bg dgn senang ht.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...