Wahh..tajuk macam hebat kan?? tapi itulah kenyataan dengan dunia sekarang. Semuanya nak pantas, semuanya nak segera. Nak makan yg segera, nak duit segera, nak itu ini segera.Tapi nak bergerak sendiri malas. Laparr?? call je, nnt ada org hantar. Pas makan terus tidoo kekenyangan. Sebab tu la org2 zaman sekarang makin gemuk dan umur pendek kan?? hehehe
Ok..ok..nak citer pasal servis MyEg sebenarnya. Semua ni berlaku rentetan cerita ini. Almaklumlah, lesen kami ketiga2 mati serentak pada hari yang sama. Nak renew lak, kena g JPJ atau pejabat Pos. Ishh..ktorg ni kalo bab2 gi soping mall, makan2, window soping..mmg la laju..tp bab nak g pejabat pos dan JPJ ni..amatlah kemalasan melampau. So, terus aku cakap, apa lagi?? MyEg kan ada?? dan dengan segera ktorg masuk website tu dan renew lesen kat situ. Tapi kalo ko buat sendiri, setahun kena RM30 je la kan. Tp melalu service ni, korang kena bayar lebih RM7. So, total RM37 je la..dan..dan...dan..paling penting akan sampai di tangan korang tanpa perlu susah payah beratur dan amik nombor..kihkihkih..gilor malas.
Sepatutnya, kalo kita renew pagi tu, petangnya dah sampai. Tapi disebabkan, ktorg renew petang..dan esoknya lak public holiday,sempena wesak. Maka lesen ktorg sampai hari isnin depannya. Tapi aku ngan kak een tak de hal. Ktorg ni ibarat renew every year, tapi stereng keta pun tak penah sentuh..OOooppsss, jangan salahkan aku yer!! Aku ni mmg kalo ikutkan hati, nak gak drive keta pegi balik keja. Tapi apakan daya, suami tidak mengizinkan. Yang paling sian Ret la, terpaksa drive tanpa lesen tuk weekend tu. Tapi tak pe, kalo polis tahan, dia kenyit mata je, sure lepasss.
Ok la korang, sape2 yang malas mcm aku ni, bolehla try usha2 servis kat MyEg. macam2 adaaaa *wink*
4 comments:
hehe.. dni pernah bawak keta dengan lesen mati selama 3 minggu ;p
Hai.. Jemput Ke log Dni ;)
hehehe..kalo bawak secara berhemah ok..polis pun tak nak tahan..selamat la kann :)
peace kak.. dni follow akak balik. tq tau ;)
*peace* tq :)
Post a Comment