Friday, July 30, 2010

Mari memotong rambut

Selama ni, rambut anak2 saya adalah dipotong sendiri oleh abah mereka. Ada la sekali dua kot, pernah gi potong kat kedai. Saya tak kisah pun derang nak potong kat mana. Kedai ke...rumah ke..tak kisah. Cuma, bila derang potong rambut kat rmh, saya mcm stress sikit kot. Rasa cam kurang kasih sayang camtu..hehehe Sbb abah mereka merangkap suami saya ni, mengambil masa yang agak lama untuk memotong rambut anak2 lelakinya yang berjumlah 2 orang. Saya dan Aina cuma berdua menonton TV di  hall. Rasa kurang meriah sekali.

Tapi, nak memujuk anak2 bujang saya ni potong rambut kat kedai, bukan kerja mudah. Mcm2 alasan derang bagi. Semata2 nak potong rambut ngan abah derang. Tapi, finally, berjaya jugak pujuk derang baru2 ni. YESS!!



Sampai kat kedai, mcm biasa. Abg long akan suruh angah dulu potong. Dia mmg selalu camtu, apa2 hal2 mesti nak adik dia yang mulakan. Angah pulak, dah letak syarat kat mamak tu. Dia nak potong pakai gunting je, tak nak pakai mesin. Dia tak suka botox..eh botak la :). Wahh..kecik2 dah ada taste anak mama ni. So masa rambut angah digunting, abg long cuma jadi penonton. Bila rambut angah hampir siap digunting, baru dia panjat kerusi satu lagi, serah rambut dia plk untuk dipotong.


tgk angah tu, sedaya upaya tgk muka kat cermin. nak memastikan segalanya sempurna


 Tara..hensem tak angah??? tanya dia kat saya.
Dah tentu la hensem, anak2 mama semua hensem2 dan cantik, balas saya :)


Masa rambut angah tgh dipotong tu, mamak tu usik Aina. Dia cakap "adik, mau potong rambut sama tak??"
Aina jawab "tak nak".
mamak tu usaha lagi, "sikittt saja, saya kasi potong depan saja"
Terus Aina melenting "tak nak laaaaaaaaaaa".
hehehe, tgk muka dia, kemain masam lagi. Mmg dia tak suka diusik.




Kita akhiri entry saya ni dgn gambar dibawah. Bukan gambar muka abang2 Aina lepas potong rambut. Tapi muka kaki dan kasut Aina. Sebab, Aina snap sendiri tau. Hebat tak?? Budak 18 bulan leh snap gambar ni???
 

Thursday, July 29, 2010

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Sama2 lah kita hayati dan ambil iktibar dari forwarded email yang saya dapat ni
*************************************************
Assalamualaikum

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Wassalam

p/s: Sekadar pesanan untuk diri sendiri dan rakan2. Sama2 lah kita berubah ke arah kebaikan.

Nasi Lemak

Semalam, satu hari saya tak makan nasi. Pagi breakfast mee, tgh hari makan laksa. Malam makan KFC. Konon nak makan KFC sbb anak saya nak sangat chicky meal yang dapat ben 10 tu. Tup2 mainan Ben10 tu dah abih pun. Kempunan saya satu hari tak dapat makan nasi.

Makanya pagi2 tadi, masa breakfast saya kena cari NASI. Saya tak tau la. Sekarang ni dalam satu hari, saya wajib makan nasi, kalo tak, rasa hidup mcm tak sempurna betul. Kalau dulu2 tak kisah pun. Tak makan nasi pun tak de hal la. Mungkin sbb faktor umur kot kan. Dah tua2 ni, nasi tu makanan wajib.

OK, cuba teka harga nasi lemak saya ni.
Dah siap bayar, saya letak atas meja. Soalan pertama saya kat suami saya, cuba teka berapa harga nasi lemak ni?? Dia jawab:

RM2.50
saya geleng

RM3.00???
saya geleng

dah tu takkan RM3.50??
saya masih geleng

Dia dah putus asa. Dia tanya saya bp RM?? saya jawab RM4. Terkejut dia, saya cakap lagi.... "Saya lagi terkejut masa nak bayar tadi." Mahal kan?? Padahal bukannya ada apa pun. Nasi sejemput, timun 3-4 hiris, sambal sikit dan ayam seketul. Awat dia charge sampai 4 ringgit?? Mahai kan???

Sob..sob..mcm ni la hidup kat KL. Ayam seketoi pun mahai. Adik2, yang bercita2 nak datang KL tu. Kalo ada keja kat tempat sendiri, baik dok diam2 kat situ, makan senang, tempat tinggal senang, dan dapat jaga mak ayah sendiri lagi. Lagi bagus kannn???

Sumbangan kepada yang memerlukan

Saya dapat email ni kat bawah ni dari kawan2. Sebagai manusia, apalah salahnya kita sumbangan setakat yang termampu. Ingatlah setiap sen dari duit kita, terdapat juga hak untuk mereka yang memerlukan. Hulurkan sumbangan seikhlas anda.


RUMAH ANAK YATIM SHIFA SETAPAK



salam
apa khabar, harap semuanya sejahtera.
Sebenarnya saya nak minta tolong, harap sudi foward rayuan saya to semua kenalan
Saya sedang berusaha beli rumah untuk anak yatim shifa.

Face book: anak yatim shifa setapak

Saya dah ada 20%. Ingat bank boleh bagi 80%. Tapi bagi 58% sahaja. Deposit dah bayar. Tinggal 40 hari saja lagi untuk due.Doakan semoga ada hamba ALLAH yang datang bantu. kalau tidak terpaksa batalkan pembelian


Urusan pembelian dibantu secara percuma oleh Encik Azaine PEGUAM dari Tetuan Azaine & Fakhrul Sdn Bhd. Boleh hubungi beliau untuk pengesahan 03-40215544(Puan Zarina)


Saya dah bayar RM 122,550.00 (DEPOSIT - WANG INI TAK AKAN DIKEMBALIKAN KALAU BATAL PEMBELIAN)


Ambank bagi pinjam RM 700,000.00 (58%)


Duit saya jual rumah n 1 kereta RM 150,000.00


Sumbangan orang ramai RM 50,000.00


Jumlah terkumpul RM 1,022,250.00


Harga rumah RM 1,222,250.00 (kurang RM200,000.00)


TOLONG FOWARD E-MAIL TO KAWAN2 DAN MINTA SEMUA KAWAN2 E-MAIL PADA KAWAN2 MEREKA tentang perkara ini. Tolong ye.


RM1.00 seorang pun jadilah. SECARA ONLINE BANKING


Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Teratak Shifa KL/SEL


No. Account : 514066-429233 Maybank 076-202-200449-4 Ambank


1438-0005685-05-9- CIMB


Ada pelepasan cukai: LHDN. 01/35/42/51/179-6.6367


Terima kasih
Hajjah Che Tom Binti Ujang
Pengasas/Pengerusi
Rumah Anak Yatim SHIFA
017-3387959
03-40234818 (Fax)

Monday, July 26, 2010

Cerita kedua

Perghh punya berzaman saya amik masa nak ceritakan cerita kedua pasal org KL yg selfish ni kan??? Maaf kan saya yer wahai kawan2 semua. Ingatkan nak la sambung cerita kedua ni kat rmh. Tapi masa kat rmh adalah agak terbatas. Almaklumla, saya kan suri rumah separuh masa. Bilalah angan2 saya nak jadi suri rumah sepenuh masa ni akan terlaksana agaknya??

Ok2, back to the story. Cerita kedua ni berlaku baru2 ni jugak. Mak saya datang rumah saya, dan tiba2 dia cakap, "Mak teringin la nak naik LRT mcm org2 KL ni naik. Macam mana la rasanya kan??" Erkk,saya terkedu jugak, dan saya jwb "bukan best pun mak, biasa jer." Tapi, mybe perasaan biasa dan tak best tu, cuma pada saya yang dah pernah naik ni. Tapi bagi mak saya mesti dia ada keinginan lain kan. Maka di suatu pagi tu, saya ajak mak saya naik LRT sambil nak soping2 di Jln TAR sana. Anak2 saya tak bawa. Saya cuma berdua dgn mak demi nak penuhi hajat mak saya yang tak seberapa tu. Bukannya ssh sgt nak tunaikan hajat mak saya tu kan. Kalo nak dibandingkan dgn jasa2 yang mak saya dah bagi kat saya selama ni kan??



Berjalanlah kami menuju stesen LRT di kawasan rmh saya. Elok naik je..tempat duduk dah penuh. Tapi org berdiri tak ramai, rasanya cuma saya, mak saya dan ada sorang lagi budak perempuan yang berdiri. Saya kesian tgk mak saya berdiri. Maklumlah, mak saya dah masuk kategori warga emas. Saya tgk tempat duduk, ramai  lelaki2 yang gagah perkasa serta muda belia duduk di situ, sambil mata mereka memandang saya dan mak saya tanpa perasaan bersalah. Sikit pun tak de perasaan tu rasanya. Hati saya, agak membara bila membaca tulisan kat dinding LRT tu yg bertulis "berikan tempat duduk anda kepada org yang lebih memerlukan". Sambil tgk tulisan tu, sambil mata saya memandang pemuda2 yang masih tak berganjak tu.

Apa reaksi saya???
Dalam hati dah tentu membara, kalo lah lelaki2 tu dah tua, atau masih kanak2 atau perempuan2 mengandung saya masih boleh cool. Tapi bila melihatkan tubuh badan mereka yang sihat walafiat, tegap serta masih muda belia, apalah salahnya kalo berikan tempat duduk tu kepada mak saya. Tak salah berbudi bukannn???

Saya terus berkata "Mak, org KL mmg macam ni, depa selfish. Depa mmg tak kisah kalo org tua ke, org ngandung ke nak duduk. Yang penting depa leh duduk". Mak saya diam je. Tapi salah seorang dari lelaki tu agak terasa dgn sindiran saya kot. Lantas dia bangun sambil bersuara, "Kalo nak duduk, cari la tempat kosong." Dan dia terus berlalu dan berdiri di pintu. Saya balas...ishh geram ni. Saya cakap "Eh,apsal ko bangun?? aku tak suruh pun, anyway, terima kasih". Dan saya terus suruh mak saya duduk.

Kejadian tu tak abih kat situ, ada sorang lagi laki yang terasa dgn sindiran saya dan saya masih igt nama dan tempat kerja dia sampai hari ni. Tu la, sapa suh ko pakai baju opis dan siap ada nama?? kan aku dah igt ko sampai mati kot. Kenapa saya tak leh lupa dia?? Sebab kata2nya. Dia cakap "eh bro, jgn bangun, dah kita dah duduk dah la. Kita jaga tempat kita." perghhh..sungguh beradab sekali ko kan wahai Mr. ZAM dot dot??? tapi saya cool, saya tgk dia dan saya senyum. Pandai2 la dia pikir sendiri. Dan pandai2 la dia baca tulisan kat dinding LRT tu, depan mata dia lagi tu.

Sampai stesen masjid Jamek, saya turun kat situ bersama pemuda2 tadi, dan saya keluar dan ucapkan terima kasih pada pemuda yg bg tempat duduknya pada mak saya. Dia angguk. Tak kisah la samada dia ikhlas bg atau sbb kepanasan. Bagi saya, org berbudi, kita berbahasa. hari ni hari dia, esok lusa, mungkin hari kita. Beringatlah, tak rugi pun berbudi kan???

Friday, July 23, 2010

Org KL ni selfish ke???

Wahhh..kontroversi tak tajuk tu???
saya tak tujukan tuk orang KL yer..tapi utk orang2 yang tinggal kat KL ni. Tak kisah la dia asal dari negeri atau negara mana pun. Tapi saya tgk rata2 mcm selfish. Pentingkan diri sendiri la dlm bahasa melayu. Tak tau adat2 ketimuran. Tak pandai berbudi bahasa. Ishh geram la.

Naper tiba2 saya cakap pasal ni??
Ok meh nak citer..sbb dah ada 2 kejadian yang melibatkan saya terjadi.

Kejadian pertama.
Hari keja. Selalu saya balik naik kereta la ngan suami dan anak saya. Tapi ada satu hari tu, sbb suami saya ada urusan kat luar, so, saya offer la nak balik naik KTM komuter. Sebenarnya boleh je nak balik naik LRT..tp kena jalan jauh sikit. So, saya mcm malas dan kesian kat anak saya yang terpaksa galas beg lagi, jadi saya ckp naik KTM dah la. Lgpun dah janji suh suami saya jemput kat stesen dekat ngan rumah saya. Wlaupun dalam ht masa tu rasa tak sedap, sbb KTM ni kan selalu ramai dan delay. Tapi saya gagahkan jugak. Agak lama menunggu, KTM sampai, dan saya betul2 dihadapan "coach wanita". Masa tu hati saya dah berbelah bagi gak..nak naik sini atau tak?? sbb sure penuh. Tp bila pikir2 balik, naik je la..sbb kalo berhimpit2 pun, selesa sikit sbb semua ppuan, maka saya masuk. Masa masuk tu dah rasa pelik, apsal semua dok terlonggok kat depan pintu ni, saya jengah..ishh dalam tu kosong dan selesa lagi. jadi saya tarik anak saya berdiri kat dalam sikit.



Masa KTM tu dah nak sampai lagi satu stesen ke perhentian saya, saya gerak ke depan menuju ke pintu, sbb takut kalo tggu betul2 sampai, nnt saya tak sempat kuar, haa masa tu mmg betul jangkaan saya. Punya la saya bersusah payah bergerak kedepan, boleh org2 yg berdiri kat depan pintu buat tak heran je dgn saya dan anak yang nak kuar ni. Masa ketapi tu dah betul2 berhenti. Orang2 kat luar lak sibuk nak masuk, patutnya biar la org yang nak kuar, kuar dulu kan..tp semua sebok tolak2 nak masuk. Dah tu bukan nak masuk ke dalam yg masih kosong tu, tapi masing2 terlonggok macam sardin kat depan pintu.

Saya dah panas. Tp try coolkan diri. Saya cakap "excuse me, boleh bg saya kuar dulu??". Tp masing2 diam..buat tak dengar je. Eh, saya cakap slow sgt ke?? Saya kuatkan suara saya. "Mintak Maaf, tolong bagi laluan, bagi orang nak kuar dulu boleh???" Masih sama,, tak berganjak tu..masing2 mcm pekak badak dah saya rasa..Mula saya rasa hot..terus saya dgn sekuat hati tanpa rasa malu2 dan sopan santun dah saya terus cakap "BOLEH BAGI ORANG YANG NAK KELUAR, KELUAR DULU TAK???" masa tu baru muka wanita2 kat situ masing2 dah merah padam. Elok je saya kuar, saya terus cakap, "len kali pikir la sama perasaan orng lain. Jangan pentingkan diri sendiri je." dan saya pandang tepat ke muka sorang ppuan tu, yang berdiri betul2 kat tepi pintu, dia la yg sebok tak nak kuar tu..geram betul saya.

Pastu saya rasa cam tobat tak nak naik komuter dah kalo balik keja...

2b continue..

UIAM

Cerita ni dah berminggu2 berlalu. Tapi saya ni kan bz.. elok free..sakit lak..isk..isk..dugaan tul bila dah tua2 ni. Tapi harap2 dgn dugaan2 yang saya dapat ni, sedikit sebanyak dapat la menyucikan dosa2 kecil saya.

Entry sebelum ni saya ada cerita yang adik bongsu saya ni dapat melanjutkan pelajarannya ke UIA lepas berjaya tamatkan matriknya di UIA kampus Nilai dulu. Maka, saya sebagai salah seorang kakaknya yang dok kat KL ni, menjadi rutin la..menjalankan tanggungjawab menghantar barang2 dia ke sana. Eh, betul..saya tak tipu, saya hantar barang2 dia je..dia pulak..saya suh pegi awal2 sendirian berhad, daftar dulu apa yang patut, so tak de la saya dan mak saya menunggu dia setelkan urusan pendaftaran yang berjam2 lamanya tu kan?? Bijak2..lagipun dia kan anak lelaki..apa salahnya berdikari sikit kan??

So, sampai kat sana terus ktorg masuk hostel dia. Hostel yang paling baru kat situ, belum berpenghuni, kiranya dia org pertama la duduk situ. Bestnya bilik dia. Luas, selesa..ish..kalo tak belajar betul2 tak tau la nak cakap apa. Memang sia2 la. Tapi saya yakin, adik saya tak begitu, hehehe. Kan adik kannn???



Ktorang balik tanpa tolong dia kemas dulu. Mak saya berkeras nak tolong kemaskan barang dia. Tapi saya lagi keras menghalang. heheheh.  Biar la mak..adik tu dah besar..bukan budak kecik lagi..pandai2 la dia kemas sendiri nnt.  Lgpun, masa tu minggu ta'aruf dia dah start. Tu pun, dia curik2 kuar jap.

Dan kita sudahi entry saya dgn gambar anak2 saya yang bersuka ria dia kampus pak su mereka. Moga satu hari nnt, anak2 mama leh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi. Aminn.

Kenapa???

DIA...
Disakiti..
Dikecewakan..
Dilukai..
Akhirnya dia memaafkan.

AKU...
Cuma mendengar..
Aku memendam..
Aku marah..
Aku benci..

Kenapa??
Mengapa??

Kenapa dia yang menjadi mangsa??
Tapi dia sungguh mulia??
Sungguh sabar??
Sungguh Tabah??
Sungguh pemaaf??

Tapi aku??
Mengapa aku memberontak??
Membenci??
Siapa aku??

Maafkan aku..
Aku masih tak bisa memaafkan perbuatan dia terhadap Wanita itu..
Sesungguhnya aku teramat menyanyangi dan menyanjung wanita itu..
Tapi aku tak mampu menjadi setabah wanita itu..

Berikan aku masa..
Untuk aku hilangkan rasa jijik dalam diriku ini...
maafkan aku..
Aku cuma wanita biasa..

Monday, July 19, 2010

Pesta Sukan

Hari Rabu minggu lepas, sampailah hari Jumaat. Saya tak masuk opis langsung. Almaklumla saya jadi AJK untuk PSKK kali ni. Korang tau PSKK tu apa?? Ala, tu short form bagi Pesta Sukan Kementerian Kewangan. Tahun ni opis saya jadi tuan rumah. So, saya pun berpeluang la jadi AJK. Nak jadi atlet, tak mampu, sbb saya bukanlah kaki sukan.

Makanya, berkampunglah saya di MSN Bukit Jalil selama 3 hari berturut2. Masa tu la saya demam panas tu. Seram sejuk dok dalam dewan tu. Dah la air cond kemain kuat lagi. Saya jadi AJK bagi sukan DART. hehehe..ada udang sebalik mee sebenarnya. Maklumla suami saya kan org kuat sukan ni kat opis. So, kalo saya tak ikut serta, saya terpaksa balik naik LRT selama 3 hari berturut2. Uishh..penat la. So, kalo jadi AJK, saya boleh pegi balik ngan suami naik kereta, dapat 2 helai t-shirt free dan elaun makan lagi. So, better amik je jawatan tu kan?? bukannya ssh sangat pun jadi AJK ni.


Keje saya senang je, hari pertama banyak sikit la, kena amik pendaftaran peserta2. Check satu2 nama derang, tgk no IC. Check dalam borang, betul ke salah. Kalo salah, kena la betulkan. Pastu derang akan bagi line up peserta. Check balik. Itu je kejenya. Keje check je la. Pastu kalo derang minta pinjam pen ke, kertas ke bagi je la. Pastu kalo derang tanya soalan, jawab je. hahaha..senang kan. Abih urusan tu, masa derang tgh berlawan, saya leh tgk. Syok jugak rupanya main Dart ni. Sampai saya cakap kat pengadil hari tu, yg next year, saya adalah salah seorang peserta wanita sukan ni. hehehe..ntah yer..ntah tidak. Macam la kuat sangat tangan saya ni. Tgk la camne, sbb saya ni bukan kaki sukan, tapi kalo sukan pakai tangan ok kot. Saya try nnt. Lgpun dah lama suami saya offer nak ajar saya main dart ni, saya je jual mahal.




Keputusan dart ni, akhirnya berpihak pada Kastam. Mmg derang layak menang. Derang sangat disiplin dan komited. Main bersungguh2. Takdenyer nak saiko2 mcm satu kompeni tu. Sakit jiwa tul layan org saiko ni. Mmg saja jer...nak sakitkan hati pihak lawan. Main je la just for fun, kalah menang kan adat pertandingan. Tp biasa la kan, mana2 pun ada je org perangai mcm ni. So, lebih baik jgn dilayan.

Ini lah juaranya.


Sayonara. Jumpa lagi tahun depan!!!!

Update on HFMD

Masa saya pegi klinik last friday. Doc pesan, kalo belum sihat, dia suruh g klinik balik untuk amik MC. Maklumla ni kan penyakit berjangkit, takut la jugak buatnya saya dijadikan sebab kalo kawan2 seopis dijangkiti pulak nnt kan??

Makanya, petang semalam saya terus ke klinik bagi mendapatkan pengesahan samada saya boleh bertugas pada esoknya atau belum. Masa tu, mmg tekak saya masih membengkak. Ulser ada disekeliling tekak berdekatan anak lidah. Mmg menyebabkan rasa perit yang teramat bila nak telan air liur. Dan seperti dijangka, doc cakap, tak boleh kerja. Nnt org lain jangkit pulak, sbb belum kering sepenuhnya biji2 di tangan dan kaki. Ingatkan doctor bg MC sehari jer..rupanya tidakkk...MC saya sampai Rabu ni. Mujur mak saya ada kat rumah saya lagi. Ada la teman berborak kan. hehehe.

Masa kat klinik semalam, rupanya saya adalah org dewasa kedua yg dijangkiti HFMD ni untuk masa sekarang. Doc tu cakap, dia akan hantar laporan ke kementerian kesihatan. Katanya virus ni dah semakin kuat, sbb dia dah boleh serang org dewasa padahal ini sebenarnya cuma penyakit kanak2. Dasyat kan virus ni. Pandai dia membina pertahanan yg semakin kuat.

Korang nak tengok mcm mana biji2 kat tangan saya?? Kat sini saya ada letak gambar tangan saya masa hari kedua saya dapat HFMD ni. Masa ni biji2 tak banyak dan tak membesar lagi. Tapi esoknya mmg nmpk makin merah dan besar. Dan, saya tak pulak amik gambar masa tu. Gambar biji2 kat kaki saya tak letak la yer..sebab..nnt ada yang bukan mahram tgk..berdosa lak kan..maklum, kaki perempuan pun aurat jugak bukan?? Maaf yer.





Hari ni, Alhamdulillah, saya dah boleh makan nasi keras sikit. Kalo tak, hari2 kena makan bubur atau nasi panas2 ngan sup. Hari ni mujur leh gak makan kari. Walau perit, kena lawan. Doakan saya cepat sembuh yer kawan2.

Friday, July 16, 2010

HFMD

Apa itu HFMD??
Korang tahu?? Bagi yang tak tahu, HFMD tu adalah penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Dan bagi pembacaan saya, penyakit ini lazimnya menyerang kanak2 sahaja. Kanak2 yang berisiko selalunya dalam lingkungan 10 tahun kebawah. Itu adalah dari entry saya sebelum ini la. Pengetahuan yang juga saya dapat melalui pembacaan di website2 kesihatan.


credit:google

Syukur, saya dan anak2 tak seteruk ini


Pernahkan penyakit ini meneyerang orang dewasa??
Hmm, yang tu saya betul2 tak tahu. Dalam entry saya yang lepas, saya ada ceritakan yang anak kedua saya terkena jangkitan ini. Kemudian anak sulung saya pulak dapat, tapi syukur, tak teruk sangat. Masih boleh makan. Pastu, terjangkit lak kat anak dara saya yang bongsu ni, sian dia...tp Alhamdulillah, masih boleh makan. Tak seteruk angahnya.

3 hari lepas, saya demam panas sangat. Menggigil2 kesejukan. Makan ubat ok sikit. Dalam 2-3 jam..suhu badan naik mendadak balik..mmg seksa. Saya tak suka demam. Tp sejak tahun 2007  saya perasan, yang saya selalu demam teruk dalam bulan July. Kenapa yer?? sampai kena masuk hospital segala. So, saya takut sangat kalo tahun ni saya terpaksa ke wad lagi.

Tapi syukur Alhamdulillah. Demam saya dah baik. Tapi menjadi kemusykilan, malam tadi, tangan saya dinaiki biji2 merah. Ada 2 biji yg mcm kelepuhan, ada air didalam. Tgh makan nasi, tak leh telan, tekak rasa sakit sangat. Pastu rasa gatal2 kat tapak kaki. Hari ni, keperitan tekak menjadi2. Nak telan air liur pun menggigil. Tapak kaki dah menunjukkan bijik2 merah. gatalnya pula..sangat merenyamm..isyy geram. Takkan saya pun kena jangkitan HFMD??

Disebabkan kemusykilan tu. Petang tadi saya ke klinik. Minta pengesahan doctor.
Dan jawapannya..mmg SAH!!! saya pun terkena HFMD. Ganjil bukan??? dan doctor tu pun pelik. Sebab katanya, penyakit ni kanak2 je selalu dapat. Tapi, dia jugak pernah ada satu kes org dewasa yg terkena HFMD ni. Maknanya saya org kedua la???

Baru saya tau, betapa peritnya angah rasa masa dia sakit ni. Betapa sukarnya dia nak makan, minum dan juga telan air liur sekali pun..peritt..mmg perittt..bila berjalan pulak..tapak kaki rasa seperti dicucuk2 jarum2 halus. Sian kanak2 kan?? Orang dewasa, sesakit mana pun mampu masih mampu menahan. Kalau kanak2?? mereka cuma mampu menangis. Kesian kan??

So kementerian kesihatan?? Tolong betulkan fakta tentang penyakit ini yer..penyakit ini bukan lagi milik kanak2..tapi jugak milik orang dewasa bawah 30 tahun..hehehe


p/s: Doc cakap..saya masih belum matang kot, sbb tu kena HFMD ni. hehehe

Monday, July 12, 2010

Dari kerana mata

Kata orang dari mata turun ke hati..

Tapi..saya tak nak cerita bab tu, saya nak cerita pasal mata saya je. Bagi kawan2 saya yang terdekat, mereka maybe perasan yang kat bawah mata saya ni ada kutil sikit. Masa mula2 tak nampak sangat, kecik je..tapi lama kelamaan dah makin ketara. Dan tempat kutil tu pulak betul2 org boleh salah anggap mengatakan ia adalah tahi mata. Kawan saya pun masa mula2 perasan sbb dia tegur suh saya buang "tahi mata" tu. Tapi bila saya explain yang tu bukan tahi mata baru dia terkejut, sbb selama dia kawan ngan saya mmg dia tak pernah nampak kutil ni. Mmg sebelum ni tak de..tapi tahun ni apsal ntah. Tup2 dia tumbuh. Pastu makin lama makin besar..ngerii ooo kalo terus dibiarkan.

Sebelum ni saya dah tanya beberapa beauty specialist, kot2 ada krim nak sapu tuk bagi dia tanggal ke apa kan?? Sorang tu cakap suh jumpa doctor, sorang lagi lak cakap boleh..tp kena guna laser..wahh..cam gempak je saya dgr perkataan laser tu. Takkan nak buang kutil sekecik semut hitam pun nak pakai laser semua?? Pernah juga saya cuba buang sendiri, saya cubit2 kuat2. Tapi pedihnya mmg sehingga bisa mengalirkan air mata la.. Nak gak amik ketip kuku dan buang, tapi takotttt. Sebab takut terkoyak pulak alis mata bawah ni.

Maka saya nekad!!! Semalam alang2 saya bawa anak ke klinik tuk amik ubat. Saya pun amik kesempatan tuk tanya doc kat klinik ni. Doc ni mmg bagus, dia kiranya pakar la antara doc2 yang ada di klinik ni. Mula2 saya tunjuk tangan saya dulu, sbb nak amik ubat tuk masalah tangan saya yg kering ni..pastu saya dgn perasaan takut2 berani plus malu gak..sbb doc ni laki..terus saya tanya.
"Doctor, kutil kat mata saya ni ..ada ubat tak tuk kecikkan atau tanggalkan??"
"Owh...ni gunting je ni..." katanya sambil matanya tekun melihat mata saya.
"Gunting?? sakit tak doctor??" soalan bodoh yg saya tanya sbb dlm hati dok igt..sure doc ni akan refer saya kat mana2 pakar mata yang berdekatan.
"Sikit je sakitnya" katanya
"Berdarah tak doctor??"soal saya lg dlm nada takut2
"darah pun sikit je ni" katanya lagi dan dgn arahan "nurse amikkan gunting dan krim.."
"Eh!! nak buang sekarang ke doc?? bukan nak refer saya kat mana2 ke??" soal saya laju2 sbb mmg dah ketaqq sangat dah ni.. Apa kes, saya tak redy lagi, tup2 dia dah capai gunting. huhuhu..takottt
" Kak, tolong dongak dan tarik tudung ke atas sikit" kata nurse tu..
owh tidakkk..korang bayangkan, dah la saya dok atas kerusi je..dia suh dongak je..tak bius ke apa ke..tup2 bunyi "ktap" pedihhhhh...sakit...mmg tak tahan. Igtkan dah kuar kutil tu..tp doc tu cakap lak.
"awak bagi gunting apa ni nurse??? tak tajam ni...g amik yang berat sikit"
Adehh..buat lawak lak nurse ni, gunting tak tajam lak dia bagii.....
Dongak lagi tuk kali kedua..
"ok..ni kutil awak tu" kata doc tu sambil bagi kat saya sesuatu..
Magic arrrr...guntingan kali kedua ni mmg tak sakit..mgkin sbb gunting ni tajam kot..pastu terus disapukan krim ke mata saya. Selesai segala masalah yang membelenggu saya selama ni.
"Saya bagi MC kat awak esok , mungkin awak rasa pedih lagi" kata doc tu. Saya pun angguk2 je..mmg masa tu rasa pedihhh sesangat..mmg air mata pun keluar la tanpa dipaksa. Kalo tgk cahaya matahari lagi menyegatttt rasanya.


cenonet je kutilnya..


Selepas dibuang. Tu gel yang doc sapu..bukan air mata saya tau.



Saya dah lap gel tu..masa ni rasa sangattt menyucuk2...


Tamatla sudah dilema saya selama ni, sbb saya perasan, kalo org yang tak kenal saya tgh sembang ngan saya, mata derang pasti akan tertumpu pada kutil saya ni..sbb for sure derang igt "ishhh...mcm mana nak cakap kat dia ni suh buang taik mata dia tu" saya tau..saya tau..mmg mereka berfikiran mcm tu. Tapi kalo derang ckp camtu, boleh la saya jawab ni bukan taik mata kak..ni kutil.. So settle la kan..Tapi kalo derang tak cakap..takkan saya tiba2 nak bgtau..."attention pls..ni bukan taik mata yer..ini adalah kutil yang makin membesar". Mesti org cakap saya sengal.hehehe

Tapi sekarang, kadang2 saya lupa yang mata saya masih luka, bila rasa gatal saya tonyoh kuat2..pastu baru rasa..pedihhhhh..awat lupa niiii. Amik air sembahyang pun pedihhh sangat..tapi tak pe la..sekejap je.

Yang penting..masalah kecik saya sudah selesai... Alhamdulillah..

Friday, July 9, 2010

Cuti2 Malaysia 2

Sambungan dari cerita semalam.
Dah puas anak2 saya main2 dan mandi mana di pantai yang cantik tu. Ktorg pulang ke challet. Bersihkan badan derang, bagi derang makan minum susu. Pastu suami saya yg br selesai aktivitinya mengajak kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Mula2 saya tak nak la pegi, sbb rasa cam jauh je..kang penat pulak. Tapi dah suami tercinta cakap dekat je, lagipun kalo dok sini nak buat apa?? lepak je dlm bilik?? so saya setuju jer. Maka perjalanan di teruskan.

Sampai je kat pusat bandar terengganu tu, nampak bas ni. Igtkan replika je, rupanya bas ni mmg bergerak. Bas bandar namanya. Unik betul. Tapi saya tak pulak cuba naik. Mesti sama je ngan bas2 lain kan. Cuma kita tgk dari luar rasa mcm kagum la dgn keunikkannya.

Tempat pertama ktorg pergi adalah pasar payang. Rindu sebenarnya nak pergi Terengganu ni. Kali pertama pergi dah lama dulu. Masa tu saya masih belajar di Uitm. Pergi pun sbb ikut kawan saya balik kampung dia. Best sgt masa tu. Dan saya terbayang2 kemeriahan pasar payang masa tu. Tapiiiii..bila saya datang kali ni, terus perasaan saya rasa sedihhhh sgt. Tengok keadaaan pasar payang yg meriah dulu dah berubah. Bukan lama sangat pun, baru 10 tahun lepas. Sekarang dah buruk, dah tenggelam dah tak best la. Terus saya tak amik gambar pun sbb frust sgt. Kat sini saya cuma beli keropok2 je. Frust punya pasal..


Pastu ktorg pusing2 nak cari Taman Tamadun Islam. Punya la susah. Signboard dia tak lengkap. Adui la..awat la derang tak letak signboard betul2??? Saya nak pergi pun sbb terpengaruh ngan Farah Fauzana dalam rancangan "Alahai Fafau" tu. Dia sampai nangis masa kat replika masjidil haram. Oh ya. kat sini korang leh tgh dan masuk kat sesetengah replika2 masjid yang ada kat situ. Ada 21 buah replika kalo tak salah. Bayaran masuk pulak, RM15 seorang bagi pemegang myKad. Tgk kat TV mmg mcm best. Tapi bila masuk, saya rasa biasa je. Maybe sbb dah penat kot. Maka tak de perasaan teruja disitu. Tapi korang cuba la pergi. Pastu rasa sendiri. Best kot. Kalo nak tau info lanjut psl ni. Klik sini.






Tempat ni berdekatan dgn Masjid Kristal yang popular kat situ. Memang satu kawasan pun. Lepas melawat taman tu, saya menunaikan solat kat Masjid Kristal tu. Tapi sekali lagi saya hampa, dari luar, mmg indah sangat masjid tu, tapi kenapa kat dalam macam tak terjaga yer?? Setahu saya, masjid ni bukanlah berusia sangat kan?? masih baru lagi kan?? Tapi tempat ambil wudhuknya, banyak paip2 yang dah rosak. Keadaan dlm masjid pun agak sedih bagi saya. Air-cond tak de..tak tau la kalo tak pasang kot..dah tu ada stand fan, tapi gagal berfungsi, maka bersolatlah saya dalam kepanasan. Tapi bila tanya suami, di bahagian lelaki, kipasnya berfungsi. Entahla, mungkin saya datang pada masa yang tak sesuai kot. Tapi..tolonglah pelihara rumah Allah ini dgn sebaik2nya. Untuk keselesaan kita beribadah jugak. Harap2 suatu hari nanti, bila saya pergi lagi, semua dah ok.

Sebab saya dah rasa frust, gambar masjid tu pun saya tak ambil. Tapi nak bgtau juga, kat kawasan persekitaran masjid tu dah macam tempat rekreasi pulak. Banyak pulak pasangan2 merpati dua sejoli bercengkerama kat sekeliling masjid. Tak tau la dah kawin ke belum..tapi ntahla..mcm pelik saya lihat. Seolah2 bukan tempat tuk beribadah pulak jadinya. Maafkan saya yer wahai org Terengganu. Saya bukan nak kondem kalian tau.

Pas solat, terus kami pulang. Masa tu, kat dlm hati dah cakap, kalo mcm ni la Terengganu, dah tak minat la nak pergi lagi. Tapi saya harap saya salah. Moga2 suatu hari nnt, semua berubah.

Esoknya, kul 10 pagi, terus ktorg check out. Pulang ke KL. Selesai sudah aktiviti keluarga kali ni.


Thursday, July 8, 2010

Cuti2 Malaysia lagi

Holaaa...
Baru2 ni saya g bercuti lagi..tapi dalam Malaysia saja, dan kebetulan ada urusan rasmi, maka sambil menyelam minum air la kan. Nak bercuti luar Malaysia, saya belum mampu. Maklumla, kalo bercuti setakat berdua saja..mmg la boleh kan?? Tapi saya tak boleh la nak ber huha huha sedangkan anak2  bagi orang lain jaga. Kalo salah sorang dari saya atau suami yang ada dan tolong tgk2kan anak, kira boleh la difikirkan lagi. Tapi tu pun tak tau la bila kan???



Kali ni kami menginap di Holiday Villa Cherating. Ermm servis di sini bagi saya adalah kurang memuaskan. Jadi saya tak suggest la kat korang tuk duk di sini. Tapi kalo just nak bermalam semalaman dan duduk2 di pantai saja, ok la. Apsal saya cakap servis tak bagus??

 
Mari saya listkan:
  1. Sampai2 tak de penyambut tetamu pun :(
  2. Budak perempuan kat kaunter tu, mcm patut hantar gi kursus melayan pelanggan. Sbb kami dah lama tercongok depan kaunter dibuat derk je..sebok layan kawan dia yang tiba2 nak tukar bilik. Maybe org kg dia kot.
  3. Bilik yang sepatutnya kami dapat, pintu dah rosak, tapi seb baik kami diberi challet yang selesa tanpa dikenakan charge tambahan. dah mmg salah derang kan. By the way dia punya supervisor mmg bagus. lupa nak tgk nama mamat ni. Sbb dia la, ktorg leh dapat bilik lain. Padahal dah berbulan booking.
  4. Breakfast adalah tak sedap, sedap lagi kat kedai mamak
  5. Pinggan mangkuk,sudu dan meja adalah berhabuk dan ada sisa2 makanan..ishh nampak sangat tak lap ni. Dahtu atas meja makan ada taik burung. Waiter/waitress ramai, tapi macam malas je.

 
 challet tu la kami bermalam


Tapi walau ada kelemahan, ada juga kebaikan. Entahla, bagi saya pemandangan dan suasana kat sini  cantik la. Maybe Cherating mmg cantik. Pantai dia sangattt bersih, pasir putih..suka sangat2..anak2 saya pun suka. Kalo ada rezeki, Insya Allah nak pergi lagi.

Lepas check in tu, rehat jap pastu kuar g cari makan, terlepas gak la ke kemaman sana..perghh jauh gak la pusing2. Pastu patah balik, tak igt la kami masuk kawasan pantai apa ntah. Kat situ nampak satu kedai makan yang agak meriah dan menarik. Kedai Aziz Sattar. Tak tau la kedai pak Ajis pelakon tu ke tak. Tak tanya la pulak. Sampai2 je, duduk kat meja, terus sorang budak ni letak 3 biji pinggan di atas meja kami. Eh, mula2 terkejut gak, sbb saya takut dia salah letak order org lain kat atas meja saya. Tapi saya diamkan je, rupanya mmg tu cara derang. Dalam setiap pinggan tu ada pulut panggang, sata dan juga otak2. Rasa ketiga2nya..mmg sedapppppp sesangat.. tak penah saya makan sata yang sesedap ni, otak2 dan pulut panggang pun sedap. *tetiba terliur lak* Pas makan dengan kenyangnya, maka kami pun balik  la ke bilik.

Malamnya suami saya dengan aktiviti officialnya. Maka tiada apa2 yang berlaku. hehehe
 



Esoknya lepas sudah bersarapan ala kadar, saya melayan anak2 saya mandi laut. Suami saya masih dgn aktiviti rasminya. Tapi nasib baik tak lama sangat. Kalo tak..jenuh jugak la saya nak melayan kerenah anak2 saya ni.



Pastu, cerita ni tak abih disini, ada lagi sambungannya. Nanti saya cerita lagi k. Nak tido dah. Selamat malam semua.




p/s: perasan tak watermark yang suami saya buat tu?? cantik tak?? heheh..setiap huruf dan simbol kat situ ada makna tau!! Nanti saya cerita k. Hebat betul suami saya, igtkan handal bermain dart saja..rupanya handal juga dlm keja2 seni. Love u so much la...hehehe

watermark oh watermark

Saya dah lama minat dgn watermark2 ni. Tapi nak buat sendiri, nak pakai photoshop mmg tak reti. Try pakai photoscape, tak lawa sgt pulak. pastu byk limitation. Maka, lebih kurang 2 bulan lepas, saya tunjukkan kat suami saya website yang jual watermark2 ni. Saya cakap nak beli. Tapi dihalang keras oleh beliau. Katanya, biar dia je buat. Bukan ssh sangat pun. Yer!!! saya percaya. Sbb suami saya mmg terer bab2 software computer ni nak2 pula bab photoshop segala ni la. So, hati saya berbunga riang la.

Tapi..tunggu punya tunggu punya tunggu. Hasil tak jugak saya lihat. Saya pulak bukan jenis bersuara bertanyakan hal ni sehari sekali..malahan seminggu sekali pun tak. Kiranya, 2 bulan yang lalu adalah kali pertama dan terakhir saya suarakan pendapat saya. Tapi, semalam, saya beranikan diri bertanya kepada suami saya yang tercinta ini perihal watermark saya. Dia hanya tersenyum lalu berkata "malam ni abg buat" hehehe. ok la. Saya percaya kata2nya.

Makanya, selepas saja selesai makan malam, dia terus mengurungkan diri di dalam bilik dgn netbook saya yang dihadiahkanya tahun lalu. Bersama dgn watermark2 yang di"sketch"nya dahulu di dalam diari dan ditunjukkan kepada saya untuk dipilih. Saya pula di hall bersama anak2 saya sambil bersembang dgn ibu dan adik saya yang baru tiba dari kampung 2 hari yang lalu. Lebih kurang pukul 11 malam. Saya pun masuk ke bilik bersama2 anak2 saya. Saya tgk suami saya masih tekun di atas katil. Saya pun jenguk2 tgk hasil tangannya. Gembiranya tgk. Tapi kesian pun ada, sbb tekun sgt.


sampai senget2 cadar tilam sbb kusyuk sgt


Lepas anak2 tido, saya pun bgtau suami saya. Dahla, esok la sambung. Tapi dia ckp tak pe, alang2 buat, biar siap sbb dia tgh seronok katanya. Dan saya pun terlelap, kemudian lebih kurang dalam pukul 1 pagi, saya tejaga. Lihat dia masih tekun. Saya bersuara lagi suruh dia tido. Dia tak cakap apa2. Kemudian saya tak tau pukul berapa terjaga lagi, saya tgk beliau dah tido.

Soalannya...dah siap ke watermark saya?? Sian suami saya bertungkus lumus sepanjang malam. Gara2 tak nak buat watermark simple katanya. Sampaikan dia tak bangun tuk tgk bola semi final malam tadi. hehehe

Wednesday, July 7, 2010

Dari 14" ke 19"

Mmg sebelum ni mata saya akan jd mengecil bila pandang angka2 mcm ni. Tapi nasib baik la angka2 ni cuma perlu dipandang bila terdapat sesuatu kemusykilan mengenainya. Cuma yang pasti dalam setahun at least mesti sekali saya kena tenung angka2 yang macam ni. Naik binau mata saya yang dah memang keletihan ni.



Tapi pada suatu hari saya dikejutkan sesuatu. Pihak admin department saya tiba2 datang ketempat saya dgn soalan. "Ko tgh bz tak??" saya pelik seraya berkata.. "naper??" dan dijawab kembali. "Ni haa..aku nak bg monitor baru kat ko..yang besar punya" wahhh sukanya saya. Pastu baru teringat yang mmg ktorg ada request monitor besar sikit utk buat keje2 ni..tapi dah lamaaa dah..igtkan tak diluluskan. Tup2 dapat jugak..Alhamdulillah, rezeki. Tapi yang jd tak best, sbb monitor ni bentuk 4 segi sama jugak..sebenarnya dlm fikiran ni, nak monitor yang wider screen tu, ala..yg bentuk 4 segi tepat tu.. Tapi tak pe la..syukur je la..pasni tak payah ssh2 nak kecikkan mata lagi kan!!!


dari 14 inci menjadi 19 inci


dari brand ACER ke HP

Oh cinta hatiku..

Korang ada kuih favourite?? Saya ada, saya suka sangat kuih ni. Dan saya rasa saya penah buat entry pasal kuih ni lamaaaaa dulu...


Haaa..korang kenal ke kuih apa ni?? Kat negeri asal saya kami panggil "TEPUNG BUNGKUIH" (tepung bungkus) tapi kat KL ni org panggil "puteri 2 sebilik kan?? betul tak?? Tapi mmg kuih ni sedapppp sangattt..dulu2 mak dan arwah tok saya suka buat. Sbb tu saya jatuh cinta ngan kuih ni.


 
Haaa..ni lak gambar kat dalam dia..dulu nama dia puteri 2 sebilik sbb intinya tu ada 2 biji..tp skrg derang letak sebijik je..so nama kena tukar jadi putri sebilik la kan???



 
ni la rupanya..walau comottt..tapi amat sedappp


Saya ingat lagi, masa saya mengandungkan ketiga2 anak saya, kuih ni paling saya suka. Tapi kat KL ni ssh nak jumpa. Nasib baik ada sorang opismate saya cakap ada kakak kat area rumah dia yang buat dan jual kuih ni. Maka pada opismate saya ni la saya selalu kirim..Kalo tak mesti saya ngidam je..

Monday, July 5, 2010

Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)

Baru2 ni, anak kedua saya Aliff, terkena jangkitan penyakit ni. Kalo kena kat kita org dewasa ok kot. Sebab kita kalo sakit macam mana pun, kita still cuba makan jugak kan?? Tapi kalo budak2 ni, mmg teruk la. Kalo setakat kat kulit tangan dan kaki tu ok lagi. Ni bila kena bab dalam mulut ni nak2 tu dia jadi mcm ulser pulak, mmg sakit la, sampaikan nak telan air liur pun saya terpaksa monitor, bayangkan setiap 2 minit, saya akan tgk muka dia dan cakap "TELAN"!! kalo tak..dikemam je air liur tu dlm mulut dia..

Makan?? mmg tak la...susu pun tak nak minum, tapi dah jadi mak ni, kena la paksa jugak, suruh gak dia minum walau sikit. Paling tak pun, bagi je sup, tak kisah la, sup ayam ke, daging ke, sup sayur pun ok. Seb baik la Aliff yang kena, tak tau la kalo Amirul (budak besar yang ssh nak makan) atau Aina (masih terlalu kecil) yang kena, mcm mana la gayanya. Tapi Alhamdulillah, Aliff dah sihat.

Korang tahu pasal penyakit ni?? Jom baca!! info ni saya dapat dari sini






Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.


 
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.


 
Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak

 
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

 

 
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

  

 
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
 

 

 
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

 

Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

 

 

 
Rawatan
  • Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

 
Pencegahan

  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit  
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air  
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi  
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

 
Komplikasi 
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian. 

 

 
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut? 
Tiada vaksin untuk penyakit ini.

  

Bila perlu berjumpa doktor? 
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam 
  • Letih/lesu  
  • Kulit dan lidah yang kering  
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan  
  • hilang sedar

 
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-  
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.  
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari  
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

 
Informasi boleh didapati melalui:  
  • Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak  
  • Klinik-klinik kesihatan  
  • Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888 
  • Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites

Thursday, July 1, 2010

Toy Story 3

Seminggu lepas jumpa Buzz dan Woody secara live. Kami buat pulak aktiviti keluarga untuk pertama kalinya dgn membawa Aina tgk wayang. Citer apa lagi?? Dah tentu Toy Story 3  (TS3) kan!! Takkan la nak g tengok filem Lagenda Budak Setan lak..tak sesuai..tak sesuai...


Ntah apsal Angah buat muka camtu. Aina lak sangat baik, tp lg setengah jam citer nak abih..dia zzzzzz


Citer Toy Story 3 ni best sangat..sedih la..sampaikan derang berjaya membuatkan saya menitiskan air mata. Sob..sob..sob..ishh, saya ni mmg pelik, tgk citer katun pun leh syahdu. Tapi seriyes, mmg sedih part yang derang igt derang dah hampir2 dilupuskan, so semua dah pasrah dan masing2 berpegangan tangan menunggu ajal yg hampir tiba. Tup2..diselamatkan. hehehe

Citer TS3 ni ada banyak karekter baru, ada Teddy Bear yang besar berwarna pink dan wangi seperti strawberry yang nama dia kalo tak salah, Lotso Huggin' Bear. Sebelum tgk citer ni, saya ada terbaca satu peraduan tuk memenangi Lotso ni, masa tuk cam wahh..bestnya kalo dapat bear ni. Tapi, bila dah tgk citer TS3 ni, keluar je cinema terus saya cakap, kalo org nak bg free Lotso ni kat saya pun saya tak nak. Sbb dia jahat la dlm citer ni..ala..citer lebih2 mana best kan?? g la tgk sendiri. Tak pun tggu je DVD kuar,pastu beli, leh tgk 40 kali..lebih pun boleh. Banyak unsur2 pengajaran dalam citer ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...