Korang tahu?? Bagi yang tak tahu, HFMD tu adalah penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Dan bagi pembacaan saya, penyakit ini lazimnya menyerang kanak2 sahaja. Kanak2 yang berisiko selalunya dalam lingkungan 10 tahun kebawah. Itu adalah dari entry saya sebelum ini la. Pengetahuan yang juga saya dapat melalui pembacaan di website2 kesihatan.
credit:google
Syukur, saya dan anak2 tak seteruk ini
Hmm, yang tu saya betul2 tak tahu. Dalam entry saya yang lepas, saya ada ceritakan yang anak kedua saya terkena jangkitan ini. Kemudian anak sulung saya pulak dapat, tapi syukur, tak teruk sangat. Masih boleh makan. Pastu, terjangkit lak kat anak dara saya yang bongsu ni, sian dia...tp Alhamdulillah, masih boleh makan. Tak seteruk angahnya.
3 hari lepas, saya demam panas sangat. Menggigil2 kesejukan. Makan ubat ok sikit. Dalam 2-3 jam..suhu badan naik mendadak balik..mmg seksa. Saya tak suka demam. Tp sejak tahun 2007 saya perasan, yang saya selalu demam teruk dalam bulan July. Kenapa yer?? sampai kena masuk hospital segala. So, saya takut sangat kalo tahun ni saya terpaksa ke wad lagi.
Tapi syukur Alhamdulillah. Demam saya dah baik. Tapi menjadi kemusykilan, malam tadi, tangan saya dinaiki biji2 merah. Ada 2 biji yg mcm kelepuhan, ada air didalam. Tgh makan nasi, tak leh telan, tekak rasa sakit sangat. Pastu rasa gatal2 kat tapak kaki. Hari ni, keperitan tekak menjadi2. Nak telan air liur pun menggigil. Tapak kaki dah menunjukkan bijik2 merah. gatalnya pula..sangat merenyamm..isyy geram. Takkan saya pun kena jangkitan HFMD??
Disebabkan kemusykilan tu. Petang tadi saya ke klinik. Minta pengesahan doctor.
Dan jawapannya..mmg SAH!!! saya pun terkena HFMD. Ganjil bukan??? dan doctor tu pun pelik. Sebab katanya, penyakit ni kanak2 je selalu dapat. Tapi, dia jugak pernah ada satu kes org dewasa yg terkena HFMD ni. Maknanya saya org kedua la???
Baru saya tau, betapa peritnya angah rasa masa dia sakit ni. Betapa sukarnya dia nak makan, minum dan juga telan air liur sekali pun..peritt..mmg perittt..bila berjalan pulak..tapak kaki rasa seperti dicucuk2 jarum2 halus. Sian kanak2 kan?? Orang dewasa, sesakit mana pun mampu masih mampu menahan. Kalau kanak2?? mereka cuma mampu menangis. Kesian kan??
So kementerian kesihatan?? Tolong betulkan fakta tentang penyakit ini yer..penyakit ini bukan lagi milik kanak2..tapi jugak milik orang dewasa bawah 30 tahun..hehehe
p/s: Doc cakap..saya masih belum matang kot, sbb tu kena HFMD ni. hehehe
4 comments:
mmg seksa klo kena pyakit ni..
Folding Shower : Menjimatkan Ruang Bilik Air
gud info :)
@velasrizal yupp..sangat menyeksakan.
@Kie-yu sharing is caring :)
Post a Comment