Tuesday, August 17, 2010

Aktiviti weekend si Dia

Siapakah si dia yang dimaksudkan?? Sapa lagi kalo bukan anak teruna sulung saya ni. Weekend lepas, saya tak kejut pun dia sahur. Lagi pun, saya rasa, tak payah la puasa..sbb masa hr khamis lepas sian sungguh saya tgk keadaan dia, ambil je kat sekolah, dgn muka masam dia cakap "cikgu tak bagi minum air..abg long haus sangat mama" ..wahh syahdunya saya tgk. Saya tanya tak leh tahan ke?? sbb masa tu kul 4.40pm. Dia geleng2 lemah. Dia cakap "nak minum air masak je" saya cakap ok. Satgi minum la.

Elok sampai kat petronas igt nak turun gi beli air kat dia jap. Tapi kebetulan petronas tu bg free mineral water. Terus saya suh dia turun dan ambik sendiri. Tak sampai 2 minit..licin..tu diaaa..hausnya dia..sian sungguh. Sejak hari tu saya tak paksa dah dia puasa. Ikut dia la, kalo larat puasa la..tak larat, tak payah. Kecik lagi kan?? Saya rasa masa saya sebaya dia pun saya belum puasa kot.entahla..tak igt pulak.



So, weekend lepas mmg dia tak puasa pun. Tapi dia tak makan. Minum je..puasa cara dia la kot, gamaknya la. So sedari awal pagi dia bangun. Mmg awal tau dia bangun kalo time cuti sekolah, kadang2 belum pukul 7 pagi dia dah bangun buka tv. Tgk Playhouse disney channel. Pastu dia mandi, terus dia on PC dan main game dari pukul 10 pagi sampai ke petang. Tu dia..adik2 mmg  dia tolak tepi la...hari tu PC tu hak dia sorang.

Masa saya amibil gambar ni dia perasan. Dia toleh tanya saya, "naper mama ambil gambar abg long??" saya senyum je..tapi abah dia jawab "mama dah jadi mamarazzi". hehehe..wat ever la..saya tak kisah pun :)

5 comments:

Sir Marcello said...

budak2 memang macam tue..nanti lama2 dia akan terbiasaa untuk menahan lapar dan dahaga :)

Farihah said...

Itu la kan..mula2 dia tahan makan..nnt dia leh tahan minum pulak kan..tak pe..kecik lagi :)

wos said...

kakros siap pesan ngan anak kakros, kalo haus kat sekolah jgn minum air paip, jgn tipu ibu.. tak larat bg tawu.
kakros taknak nanti dia tipu. dia ckp dia posa tapi dia telan air paip, mkn curik2. takut kat ibu lebih dr takot kat Allah :) *eh eh.. mcm pengalaman sendirik jer.. heheehee*

Farihah said...
This comment has been removed by the author.
Farihah said...

ek eh..ayat macam saya..tp saya cakap mcm lain sikit, saya cakap. "mama tak nampak..tapi Allah nampak, so jangan tipu mama ok. Kalo tak larat buka la..tak pe."

Tapi saya dulu baikkkk..tak penah pun curik2 minum or makan..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...