Apa yang kita inginkan dalam sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini???
Keluarga yang bahagia??
Kasih sayang yang cukup??
Anak2 yang sihat, berakhlak dan ceria??
Mempunyai rumah dan kereta??
Pasti kita semua mahukan semua itu bukan??? Kalau tanya saya, saya pun jawab "sudah tentu"
Tapi tanpa kita sedar, walaupun kita memiliki semua itu, pernahkah kita fikirkan perasaan pasangan kita dan anak2 kita?? Adakah mereka bahagia??
Bayangkan bagaimana perasaan mereka kalau setiap kali bangun tidur, muka kita masam mencuka, tergopoh gapah berjalan dalam rumah dari satu bilik ke satu bilik tanpa sebarang senyuman terpalit dimuka?? Tinggikan suara pada pasangan dan anak2 yang kononnya mereka menyebabkan kita lewat untuk ke tempat kerja. Memandu kereta secara tergopoh gapah (bagi yang memandu) tanpa memikirkan keselamatan diri dan keluarga. Tidak bercakap hatta satu patah perkataan pun semasa bersama2 di dalam kereta. Apa perasaan mereka??
Mungkin di peringkat permulaan, mereka akan terkejut sebentar dan berfikir, yang mmg mereka penyebab kemarahan kita pada hari itu....tapi kemudian jika keadaan kita berterusan begini, tidakkah kita fikirkan bahawa mereka juga mempunyai perasaan?? Sedarkah kita bahawa kita sedang mengguris perasaan mereka dan secara berpanjangan menyebabkan luka yang kita goreskan itu semakin mendalam?? Tapi, kita sentiasa me 'war-warkan' yang "Alhamdulillah, keluarga aku memahami aku, dan aku bahagia mempunyai mereka." Ya, kita bahagia hanya bagi pandangan kita..tapiiii..bahagiakah mereka???
Pulang dari kerja. Kita masih begitu. Kononnya hanya kita yang penat. Muka kita masih payah untuk mempamerkan senyuman. Sedangkan jika bersama teman2 boleh pula kita senyum sampai ketelinga..boleh pula melepak sampai ke tengah malam..tak penatkah?? Sampai dirumah terus membisukan diri di bilik. Sedangkan anak2 kita pula, masa2 itu juga lah meguji kesabaran kita. Mahukan itu dan ini, ajak kita bersama2 mereka, bermain2 dgn mereka..tp apa reaksi kita??? Sudah tentu menengking mereka bukan?? Nah!! sekali lagi mereka terguris. Nama pun kanak2 bukan?? Bukan mereka tahu dan faham pun erti kepenatan kita. Jadi patutkah kita bertindak sebegitu terhadap mereka??
Tiba hari minggu. Hari yang paling ditunggu2 oleh anak2 kita. Kononnya pada hari2 itulah mereka akan dapat 24jam masa berharga bersama kita. Tapi adakah kita sekali lagi fikirkan perasaan mereka?? Saya rasa tidak!!! Rata2 ibu bapa hari ini adalah ibu bapa yang bekerjaya. Jadi hari minggu yang indah untuk kita bergembira bersama keluarga kita, kita cuma habiskan di atas katil. Konon mahu membalas dendam setelah 5 hari kita terpaksa bangun awal pagi dan keluar dari rumah demi semata2 untuk mengelakkan kesesakan lalulintas untuk ke tempat kerja. Jadi buat apa kita harus korbankan hari minggu kita yang begitu berharga bagi kita semata2 untuk beriadah bersama2 keluarga?? Buang masa bukan?? Tapi itu, cuma difikiran kita..bagaimana dgn fikiran anak2 kita?? Dapatkah kita tafsirkan??
Tepuk dada tanya selera!! Kita mungkin memiliki mereka hari ini, tapi tak mustahil jika satu hari nanti, kita mungkin akan kehilangan mereka tanpa kita sedar. Ingatlah!! mereka manusia seperti kita, punya hati dan perasaan sama seperti kita. Punya nafsu dan amarah juga seperti kita...dan kesabaran mereka pun ada batasannya. Janganlah kita cuba hilangkan atau cabar batas kesabaran mereka. Jagalah mereka sepenuhnya sementara kita masih memilikinya!!
P/s: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian..tiada gunanya
No comments:
Post a Comment