Friday, October 29, 2010

Layan Radio di malam hari

Bukan selalu boleh buat aktiviti mcm ni. Tapi kalo korang mmg jenis suka dengar radio malam2. Cubalah korang dengar stesen Muzik FM...lagu2 mmg best. Kebanyakannya, lagu2 tahun 80 an dan 90 an la...lagu zaman2 saya masih bersekolah. Best jugak dgr lagu2 lama mcm ni. Tak macam lagu2 zaman sekarang ni, tak ada puitisnya langsung.


Tadi tgh2 sibuk tgk status org kat FB. Sambil2 gak layan Muzik FM. Sekali ada lagu Jamal Abdillah "Di sudut kamar hatiku" wahhh menyentuh perasaan betul. hehehe. Walaupun saya tak la minat sangat Jamal ni, tp saya akui lagu2 dia plus suara dia mmg sedap.

So korang cuba hayati lirik "Di sudut kamar hatiku" ni yer :)


Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

( korus )
Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman



Best tak??? ada ke lagu2 sekarang yg mcm ni??? hmm..

P/S: Ada lagi ke cinta agung mcm tu???

2 comments:

noranita said...

I layan sinar..pun best lagu retro..huhuhu..lagu2 jamal semua best

Farihah said...

A'ah..sinar pun best, nak2 hari sabtu...itulah, mmg tak dinafikan lagu2 jamal always the best!! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...