Siapa Maher Zain ni sebenarnya?? saya kurang rajin nak cari maklumat pasal dia. Cuma saya kenal dia sebab lagu2 dia yang begitu menusuk kalbu saya ni. Sebelum lagu Insya Allah ni popular di corong2 radio kita. Saya pernah dgr lagu "Open Your Eyes" nyanyian dia. Sejak tu saya suka lagu dia. Tambah pulak suara dia yang sedap tu kan???..mmg berganda2 best la.
So, sejak minggu lepas saya igt saya kena keluar cari CD dia la..macam la payah sgt kan nak cari CD dia..tp tu la, weekend2 lepas, mmg saya tak keluar pi mana2, selain pergi beraya ke rumah kawan2 je. So, saya tekad, tgh hari tadi nak keluar gak cari CD dia. Tp, saya gi ikut kawan2 gi jalan TAR pulak..hmm mmg kompom la tak jumpa cd dia kan..cd lagu2 hindi byk la td.
Balik lunch td, suami saya bgtau dia dah beli CD Maher Zain...fuhhh...seb baik saya tak usaha sedaya upaya nak beli CD tu. Kalo tak, dah tentu ada dua CD yang sama kan. Tu la ktorg, punca kekurangan komunikasi menyebabkan keadaan mcm ni hampir berlaku..hehehe..
Dan sedari petang tadi..sampai ke saat ini, saya masih dibuai lagu2 indah nyanyian Maher Zain ni. Mmg tak rugi beli CD dia..korang gi la beli sama...best tau...tapi jangan setakat dengar je..mesej2 dalam lagu tu, kena jadikan panduan kita jugak kan!!!! :)
No comments:
Post a Comment