Entry ni dah lama terdampar kesepian kat draft box. Malas tul la nak update blog lately ni..Kalo nak ikut mcm2 cerita ada nak kongsi ngan korang..tp nak buat camne...keMALASan bermaharajalela. So, ikut mood la yer.
Kejadian ni dah lama berlaku sebenarnya, rasanya dah hampir sebulan kot. Korang penah try makan kat FULL HOUSE?? Saya pestime la makan kat situ. Adat la opismate saya ni, asal hari Jumaat je, mesti nak jalan2 cari makan kat tempat2 yg jauh sikit dari opis. Dan tempat tu mesti kena spesel sikit dan paling penting harga tak mahal.
Maka, sampaila kami ke sini. Oh ya, Full house ni ada 3 cawangan kat area lembah klang ni. Tp ktorg sepakat nak pegi kat Jalan Yap Kwan Seng je. Dekat sikit. Senang je nak cari...korang cari signboard Jalan Yap Kwan Seng, pastu masuk je jalan tu, korang slow sikit keta..nmpak mcm rumah batu kaler putih...haaaa...itulah dia..
bahagian bawah
Nama kedai ni kalo tak salah diambil dari citer popular korea. Mmg tajuk citer tu Full House, tapi saya sendiri tak pernah layan citer tu...tak tau la best atau tak.
Kat kedai ni ada 2 tgkt...tgkat bawah mmg tuk makan2. Tapi kat tingkat atas ada jual baju2 ala Korea. Kalo korang minat nak pakai cam awek Korea, pegi la usha2 kat sana. Mana tau terbekenan...leh terus beli. Rasa harga dia pun tak mahal sgt. Biasa2 je.
atas
Dah malas nak cerita, Korang tgk je la gambar2 kat bawah ni, lets picca do the talking yer... :)
menu book...sangat2 unik
antara makanan yg ktrog santap pada hari kejadian
dessert yg walla...
free dessert from set menu yg kita pilih
Set ini beharga RM16.90...mahal ke murah???
Overall, makanan kat sini mmg sedap2...layanan pun memuaskan. Pasni mmg boleh pergi lagi...Korang yg rajin jalan2 cari makan tu, cuba la yer...
1 comment:
Jom join giveaway kat blog ako!!
Post a Comment