Friday, December 3, 2010

Kurang sihat

Lately ni aku asyik kurang sihat. Mungkin faktor usia kot...hehehe. Baru2 ni aku batuk teruk gak la. tapi aku ni mmg jenis tak suka makan ubat batuk. Sbb kalo makan alamatnya aku akn pengsan je la. Buatnya anak aku nak nyusu tgh malam sape nak bagi kan?? sbb tu la aku tahan diri aku dari makan ubat2 yg membuatkan aku ngantuk.

Tapi tiba2 satu hari tu, aku rasa mcm ssh sikit nak nafas. Saja la update status kat FB tya pendapat org kenapa kan?? Ada member jawab mybe sbb kolesterol kot. Hmm..logik jugak. Walau aku ni kurus, tapi sllnya mmg org kurus banyak kolesterol. So aku pun pegi la klinik nak check. Bila doc cek tu, dia cakap paru2 aku ada kahak, so, dia kategorikan aku sebagai pengidap mild bronchitis. *Papppp* aku tepuk dahi...dalam hati dok pikir..ish..takkan pas ni nak kena amik neb kot?? Tp doc tu cakap, tak pe..dia bagi ubat makan dulu. Tapi ubat tu ada side effect sikit, pas makan katanya, aku akan mengalami kegigilan selama satu jam...wahh!!! ngeri gak dengar. Dia cakap lagi, makan ubat ni dulu, pastu khamis datang balik, "saya nak cek condition awak pastu."

Bila aku makan ubat tu. Aku bukan mengalami tahap kegigilan selama sejam. Tapi aku rasa aku biol selama hampir 10 jam. Ishhh..giler kuat ubat tu...buat aku rasa "high" betul. Pas makan kul 11 malam aku tido..pastu tak leh buka mata dah. Rasa peningggg!!! sok pagi solat subuh pun sambil pejam mata. Terus sambung tido balik. Bangun balik kul 8 pg igtkan ok..tapi jari jemari aku masih menggigil2.

Malam khamis baru2 ni, aku pegi balik klinik tu, bgtau la aku tak boleh nak abihkan ubat tu. Sbb ubat tu buat aku jadi kurang waras. So pas doc tu cek semua...dia cakap lung aku dah improve...hehehe..tp dia kata tak pe tak payah sambung ubat tu. Dia bg ubat baru yang berupa gas penyedut...phewww..selama hampir 29 tahun aku hidup kat bumi ni, ni kali pertama nak kena sedut2 ni. Sedut benda ni sampai aku dah stop batuk.




Sedut pun sedut la doc, asalkan baik..dan tak buat aku high lagi...then aku request kat doc tu suh buat kolesterol check up kat aku. Makanya malam ni aku kena posa start kul 10 mlm. Sok kul 8 amik darah. Doakan aku sihat yer kawan2 :)

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

dah cam dak Pa'im lah ila tgk....
sib baik tak de buat theraphy yang sedot kahak dari mulut guna tiub tuuuuu...

Farihah said...

Hahaha...derang pun tak nak masuk tiub tu ikut mulut saya kot..belum sampai tekak dah putus kena gigit.hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...