Friday, April 30, 2010

Renungan bersama

Ketawa2 jugak..tp pikir pun kena jugak la yer...

P/s: Pas ni ramai la TARZAN yer :)

Thursday, April 29, 2010

Tak tau la

Beberapa hari lepas..tak tau la, sape yang buat benda ni kat aku. Masa aku publish entry baru..mcm biasa aku login ke blogger.com tetapi keluar perkataan "your account has been disable" erkk!! terkejut gak aku..tp cool lagi..maybe derang silap kot. So aku try masuk ke blog aku ni. Erkkk..sekali lagi terkejut..bila keluar perkataan "Sorry, the blog you were looking for has been removed/deleted" gila kau..mlm td aku br masuk..dan draf satu entry..masih bernyawa lagi blog aku..tetiba..paginya..blog aku dah tak ujud..saper yang dengki ni weiii!!! ngaku cepat..

Tak de keja aku nak delete blog aku sendiri. Bila baca lagi kat blogger.com tu..ada tulis kononnya..ada org report yang blog aku ni......................................
adehh..tak reti la nak explain. Tapi aku igt..benda ni penah jadik kat blogger Tijah satu tika dulu.

Tak pe..la sekarang aku dah dapat blk pun blog aku ni. Terima kasih semua.

Wednesday, April 28, 2010

JASM Famili Day 2010 ep. Last

Lepas habis aktiviti sukaneka tu..ada acara makan2 dan penyampaian hadiah. Lepas habis tu..semua dibenarkan buat free aktiviti..Aku apa lagi..terus masuk bilik..bagi Amirul ubat dan tidolah kami anak beranak sampai petang.

Aktiviti petang tu pula, main layang2. Layang2 mmg dah disediakan oleh pihak comittee. Kami cuma kena pandai2 pasang sendiri dan terbangkan je la. Mmg enjoy sgt..anak2 suka..mak ngan bapak budak pun suka..maklumla dah lama tak main layang2 ni. Bila dapat main balik dan ramai2..mmg rasa meriah la sangat kan.


Selain layang2. Anak2 juga dibekalkan ngan bubble..mmg enjoy la derang. Pastu dapat main pasir kat tepi pantai. Kebetulan hari tu, cuaca tak panas sgt..berangin je..ishhh..mmg syok la.


Pas penat main..masing2 pulang ke sarang dan bersiap sedia utk dinner bersama2 pula. Makanan mlm tu..boleh tahan hebatnya. Dessert lak..ada durian fresh lagi..

Masa tgh makan..anak2 disajikan dgn cerita Tom & Jerry bagi tak mengganggu konsentrasi ibu bapak yang nak makan.

Pengakhiran malam tu, diadakan acara cabutan bertuah. Sebanyak 20 hadiah telah disediakan. Dan dengan tak semena2..aku dapat 1st Grand Prize. Alhamdulillah rezeki..tapi..aku rasa org lain tak jeles pun dgn hadiah aku dapat tu. Korang nak tahu apa?? hehehe..termos La Gourmet je.. Ok la kan..rezeki. Mmg hadiah cabutan bertuah mlm tu takde la hebat sgt..lagipun untuk suka2 je kan..dan nak bg ramai rasa..so hadiah pun ala2 je la. Namun yang penting semua gembira. Harap2 acara Family Day ni dapat diteruskan lagi utk tahun2 akan datang :)

Tuesday, April 27, 2010

JASM Family Day 2010 ep 2


Ok.. Mari kita sambung citer Family Day hari tu. Aktiviti yang berlangsung mmg best. Sebab tak terlalu padat. Ada masa senggang tuk buat aktiviti sendiri bersama keluarga. Macam bagi anak2 mandi swimming pool, main layang2 di pantai..memang best la..kiranya aktiviti sukaneka tu sekejap je. Pas abih sukaneka..boleh buat aktiviti sendiri.

Gambar2 kat bawah ni semua aku curik lagi kat blog kawan aku ni. Memang aku dasar malas nak pilih gambar dan masukkan sendiri dlm blog aku. Aku ngaku..byk wehh gambar..tak larat nak pilih..so amik je la dari sumber yang mudah kannn..makasih Ret. :)

XTVT tuk anak2


XTVT tuk org dewasa


Anak2 lagi..Amirul dpt no 3 tuk game ni..bangga tul dia..siap cakap nnt nak cerita kat tok ngan wan dan atok ngan uwan dia..

Pas main..kita makannn dan bersenang2


Masa Famili Day ni, Amirul demam panas..sian sangat dgn dia. Tapi dia tetal berkobar2 nak join semua games yg melibatkan budak2. Nasib baik ada ubat..terima kasih byk2 kat Kak Sarah sbb sudi bg ubat demam dia tuk anak aku...kalo tak..mesti Amirul tak enjoy Famili Day ni.

Ok..kita sambung lagiii :)

Monday, April 26, 2010

Happy Birthday Suamiku

Sehari selepas Aliff dilahirkan..suami aku lak dilahirkan..tp bukan tahun yg sama yer..Aliff dilahirkan 4 tahun yg lalu, manakala suamiku dilahirkan 29 tahun yang lalu. Hehehe... yer betul..kami sebaya, cuma beza 8 bulan je. Dia bulan 4 aku bulan 12. Tapi org selalu nampak dia tua dari aku..yess!!! aku  muda lagi wehh...hehehe. Tapi betulla..dia teramat matang berbanding aku yang kadang kala kebudak2kan. Tapi aku sedar..aku dah bergelar mak budak..so takde la nak lupa diri tak menentu kan..

Sambutan apa?? Takde la nak candle light dinner berdua..tak mampu beb sob..sob..maklomla aku kan ada anak 3..maka kami keluar dinner together2 bersama anak2..ok apa?? ada kemesraan disitu seisi keluarga. Anak2 pun heppi. Aku heppi..Bday BOY..opkos la lagi hepiiii kannnn :)

Kami keluar malamnya..tak gi jauh pun..bersantap di Belanga saja..sape yang tak tau belanga ni kat mana angkat tangannn. Tak jauh gak..kat the Garden je. Oh ya, adik aku penah keja part time kat sana, dan katanya pemilik restoren ni adalah isteri kepada Ustaz Ismail Kamus. Penceramah dan Pendakwah yang terkenal satu masa dulu..selalu keluar kat Forum Perdana Ehwal Islam..tp skrg dah tak nampak dah wajahnya di kaca tivi.

Aku sebenarnya dah kenyang, tapi aku order laksam dan dessert kuih melayu "lompat tikam" ermmm.. sedapnya..kuih ni..Laksam tu pun sedap. Pendek kata makanan kat sini mmg sedap la. Psstt..suami aku sampai tambah 2 kali nasi dagang tu..selera betul dia.

laksam..maaf ye..dah abih makan baru igt nak amik gambar


lompat tikam yang mabeles...

nasi dagang selepas ditambah kali ke 2

Anyway, Happy Birthday to my Beloved Husband. Terima Kasih kerana menjadi suami dan abah yang baik untuk anak2 kita. You know..i alwaysss love you forever :)

Saturday, April 24, 2010

Happy Bday Aliff

Hari ni 24 April 2010. Genap usia anak keduaku Putra Aliff Farhan yang ke 4 Tahun. Memang masa berlalu begitu pantas.. Aku igt lagi saat dan ketika mahu melahirkan Aliff 4 tahun yang lalu. Memang melahirkan Aliff adalah pengalaman yang paling mudah aku rasakan. Mengikut due asal..sepatutnya Aliff dilahirkan pada 10 Mei 2006. Tapi aku tau..pasti anak aku ni nak keluar awal jugak..sbb abang dia pun keluar minggu ke 37.. so..mmg sama dgn abg dia la..cuma dia lewat 2 hari dari abg dia.

Saat2 sebelum kelahiran Aliff..Aku pergi opis mcm biasa..cuma pg tu..perut aku mcm mengeras sikit..tp sbb tak sakit..dan tanda pun tak ada..maka aku cuma buat2 tak tau je. Sampai opis..breakfast mcm biasa. Pastu sempat meeting ngan section dulu. Masa tu..ex boss aku tya aku "u bila deliver ni" selamba aku jawab "anytime". Abih meeting pukul 10pagi. Sambung buat keja mcm biasa. Tapi perut aku makin mengeras dgn jarak masa 5 minit sekali. Dalam hati dok pikir gak..nak bersalin dah ke?? Tapi aku cuba focus dgn kerja mcm biasa. Tapi sempat bgtau kak een. Pantas kak een paksa aku g spital. Thanks kak een..kalo kak een tak suruh..mmg aku bersalin kat opis la kot..hehhe.


Sampai hospital masa tu dah dekat pukul 1 ptg. Terus aku di arahkan ke labor room..dan aku dipaksa naik wheel chair..mmg segan la masa tu..sbb aku still larat berjalan. Naper kena sorong2 lak. Sampai labor room. Nurse check bukaan.. dah 8 cm.. OH!! mcm tak caya..betul ke?? Bila doc sampai..dia nak pecahkan air ketuban. Aku lak ckp kat doc "Betul ke ni doc?..saya tak ready lagi ni..at least..kalo nak keluar pun..keluar la esok..leh celebrate bday ngan abah dia" Doktor tu antara nak gelak dgn seriyes jawab "mana leh tggu2...dah 8cm ni". Tapi mmg masa tu aku betul2 lom ready. Tapi nak buat mcm mana..dah baby nak keluar sgt..mana leh tahan2 kan? :)

Tepat pukul 2.14 pm..lahirlah Putra kedua aku ni di muka bumi.. dengan berat 3.25kg. Alhamdulillah..sihat walafiat..dan kini..dah 4 tahun usianya. Doa aku sbgai ibu..semoga Aliff membesar dgn sihat dan diberikan rezeki yang berkat serta menjadi anak yang soleh. Aminn.

Hari ni..aku orderkan kek utk Aliff dan abahnya dari sini..maklumla beza 1 hari je kan. Igtkan nak surprisekan abahnya la..sekali tak dapat lak..abahnya lebih cekap mengesan. Tak ape la..ada gak kek ni kan. Rasa pun sedap. Boleh order lagi len kali. 


Abg long pun nak join tiup lilin sekali gak. 


Happy Birthday Anak mama :)

p/s: Aina tak de..dia tido plk :)

Thursday, April 22, 2010

JASM Family Day 2010 ep 1

Seperti dijanjikan..aku nak citer sikit2 pasal family day. Tapi sikit je la yer..nnt aku rajin aku citer lagi. hehehe.

Ok weekend br ni dept aku mengadakan Famili Day utk mengeratkan lagi ukhwah sesama staff dan keluarga masing. Pendek kata Famili day ni mmg best la...boleh nmpk kat muka masing2 enjoy gilerr. Dari budak kecik sampai la staff yang bp tahun lagi nak pencen..semua heppi.. Anak2 dapat goodies bag yg isi kandungan dia berharga lebih kurang RM40 setiap org. Bagi aku yang anak 3 ni..dapat lebih kurang RM120 la kan?? besh2!!

Macam2 game ada pada hari tu..tapi bab tu aku citer nnt la kan. Korang tgk la dulu gambar2 sekitar persediaan majlis tersebut yang aku cilok dari blog Kak Een..makasih kak een. hehehe.

derang tekun tiup belon..tp aku tak tolong pun..hehehhe


wajah anak2 kecil yg riang ria



Anak2ku dari kumpulan biru pun gembira :)

Ok..citer lain aku sambung len kali ek...bub byeee

Tuesday, April 20, 2010

Sungguh..

Sungguh..aku malas sgt nak update blog aku ni. Aku tak tau nak cerita pasal apa..hidup aku hari2 pun biasa saja..weekdays..bangun pagi2..mandi..solat..mandikan dan siapkan anak2..p keja..blk keja..dok layan anak2 kul 10 tido. Weekend lak..kalo suami aku rajin bawak jalan2..berjalan2lah kami..kalo dia tak rajin..lepak saja kat rmh...hidup yang biasa2 saja..tak de yang luar biasa.

Tapii...aku sebenarnya ada cerita nak cerita kat korang..Weekend lepas..adalah salah satu weekend yang best. Sebabnya..department aku buat family day di PD..walaupun cuma resort kompeni..tapi best la..best sesangat..nak cerita lanjut pun macam malas..sbb gambar tak de lak kat rmh..ada dlm komputer opis..nnt la aku cerita k.

Masa kat PD weekend hari tu..ada 2 berita gempar. Satu pasal polis jumpa mayat yang dibuang di simpang jalan nak masuk resort kompeni aku di PD tu. Maka ada la 2 - 3 org pegawai polis keluar masuk cari bahan bukti kot. Masa aku tau tu dah mlm..pastu..dapur bilik aku lak..ngadap betul2 simpang tu..agak menyeramkan la jugak... jangan la.. tgh2 malam anak aku minta susu lak...seram gak nak bgn bancuh susu..hehehe..tp tak de apa pun..cuma aku ni kan ke penakottt.

Pasal berita kedua lak.. Achik Spin ninggal dunia sbb kemalangan kan?? Petang Sabtu tu..masa tgh rehat2 sbb br abis sukan neka..ada rancangan live kat TV1.. LIVE ok..masa tu achik spin tgh nyanyi.. Suami aku lak dok tegur kata..achik spin pakai baju kemeja yang tak bergosok..sungguh..mmg tak gosok..nampak sgt kesan lipatan tu.. cam baru beli pun ya gak. tak tau la baju sendiri atau sponsor. Esoknya..hari Ahad..pagi2 aku buka berita..terkejut aku bila dpt tau achik spin dah ninggal kemalangan. Nauzubillah..sekejap jer kalo Allah nak amik nyawa kita kan?? Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 mukmin yg soleh. Mungkin kemalangan tu berlaku lepas dia balik dr show tu kot. Wallahualam.

Apa yang aku nak cakap ni??? Ntahla..samada korang perasan atau buat2 tak perasan. Banyak sangat kemalangan dan kematian mengejut yang berlaku sekarang ni kan?? Ramai betul artis2 yang masih muda yang dipuja2..disanjung2..meninggal dunia secara tiba2 kan?? Dan amat terkejut bila tengok melodi..yang tak abih2 dok pecah belah rumah tgga org..dok kusutkan lagi masalah org..ketika lepas abih laporan mengenai kemalangan Achik spin tu.. Pengacara lelaki berkenaan tiba2 berkata..aku tak bp igt dialognya..tp dia ckp kat pengacara wanita tu..yang.."mungkinkah lepas ni kita" muka derang nmpak sedikit berubah..tapi sediakah kita terhadap kematian??Cukup dah ke amal kita tuk bekalan di sana??

Ya Allah..berilah aku masa dan kesempatan utk aku sucikan semua dosa2ku..sebelum engkau mengambil nyawaku Ya Allah.

Wednesday, April 14, 2010

Kalau budak kecik pun tau..takkan kita buat2 tak tau kot...

Panjang tajuk aku..tp tu lah..nak kena cerita kat sini. Anak kedua aku..next week br nak masuk 4 tahun..tp bab percakapan dan pemikiran..dia mmg matang..mungkin mewarisi sifat abah dia kot...hehehe.

Kalo amik dia kat sekolah..mesti akan ada makanan yg kawan dia bg.. bila aku tanya..sapa bagi?? dia ckp syamil..boleh kata hari2 syamil ni bagi keropok la..gula2 la kat angah. So aku tanya la dia..naper syamil suka bg angah macam2?? selamber je dia jawab.. "sbb syamil kata angah comellll". Syamil sorang je ke kata angah comel?? tak la..ramai lagi kawan2 abg long ckp angah comel.. saper?? dia pun bgtau la.."amirul haziq, afiq, aiman, aqilah kecik.." hah?? aqilah?? dia ppuan kan?? aku tanya..dia pun jawab..ye la mama.. Angah kawan ngan budak ppuan ke?? aku tanya soalan tu kan dia. Tapi jawapan dia..buat aku terharu..

Dia jawab..kawan...tapi kan mama..budak laki ngan budak ppuan tak leh pegang tangan kan?? tak leh salam kan?? berdosa kan?? Tgkk..tak terkejut ke korang..bila dia cakapp mcm tu?? pastu dia sambung lagi..tapi kalo ngan mama boleh pegang la kan?? Aku pun mengiyakan la...aku sambung la sikit2..boleh..ngan mama boleh..ngan adik boleh..ngan cikgu pun boleh..sbb angah kecik lagi..

Bagus kan?? Tapi kita leh tgk sekarang ni..org2 dewasa..yang dah besar pun tak jaga batas2 pergaulan ni. Sebab tu byk kes2 maksiat..byk kes2 buang bayi yang tak berdosa..semua ni sbb pergaulan bebas macam sekarang ni la..sian bayi yang tak berdosa..jadi mangsa kekejaman kita yang dewasa ni.

Aku sebagai ibu..mengharapkan dan berdoa moga anak2 aku dan anak2 kalian..jadi ummah yang soleh dan solehah. Sama2 dapat banteras gejala sosial ni dari terus berleluasa. Aminn...

Friday, April 9, 2010

Soalan yang bisa membuat aku terkedu

Huh..amik ko..panjangnya tajuk entry aku ni. Tapi tu la..mmg aku terkedu betul2 la..nak gelak guling2 pun ada.

Ceritanya mcm ni. Semalam Ibu mertuaku call suruh amik sesuatu dari rumah beliau. So, on the way nak pergi rumah beliau tu ada pasar malam la pulak. So jalan adalah Jammed melampau. Makanya suamiku telah mengambil keputusan tuk park kereta di tempat berhampiran. Dan dia dgn rela jalan kaki saja pergi rumah ibunya. Manakala aku ngan anak2 tggu dlm kereta saja.

Kebetulan, suami aku parking bersebelahan showroom Hyundai. Dan tanpa rasa bersalah, anak sulung aku, Amirul.. spontan tanya kat aku (ms ni abah dia dah kuar kereta) "Mama, naper abah datang sini?? Abah nak tukar kereta lagi ke??" wahhh..terkejutnya aku...apa dia igt bapaknya tokei balak??? hehehe... tapi kontrol beb..kontrol... Aku ngan ayunya menjawab "tak la..abah nak pi rumah wan je..tp parking sini sbb jalan jem".

credit: google

Oh..gambar kat atas tu bukan showroom yang aku maksudkan yer..rmh mak mertua aku di KL sahaja.. bukanlah di UK sana...

Sony Expo

Sabtu lepas aku ngan family pergi ke sony expo kat mid valley sana. Sebenarnya tak de tujuan pun..saja2 cuci mata. Masa sampai sana orang tak berapa ramai lagi.

 duta sony

 


Kat situ ada satu tempat khas tuk anak2 main. So aku ngan suami gilir2 la jaga anak kat situ. Bila aku jaga anak, suami aku g la melawat sekitar expo di situ. Macam tu la sebaliknya..al maklumla anak2 aku kan aktif belaka..kalo nak bawa sekali pergi ke booth2 kat situ..alamat tak dapat la nak tgk apa benda yang ada kat situ kan?? So dgn adanya playground ni..dapat la derang berhibur sikit sebanyak..sambil mak bapak tgk2 keadaan sekitar.




Aina suka betul wat camni bila org cakap cantikk kat dia..

leka dgn lolipop

sampai comot dah mulut tu

Kat sini, barang2 sony mmg agak murah la..siap potongan sampai RM500 pun ada..tp limited stocks je la. Kalo beli barang2 sony kat situ pada hari tu, korang entitled tuk dapat satu print gambar percuma dan akan dimasukkan dalam mouse pad. Aku sebenarnya tak beli apa pun, tapi ntah mcm mana ntah, dapat 2 voucher print gambar percuma. So dapat la print gambar amirul dan aliff. Dan masa tgh Q tuk print gambar tu, ada sorang uncle ni bg satu lagi voucher kat aku, sudahnya..dapat la cuci 3 keping gambar secara percuma.
Ini la hasilnya.

Sebenarnya print gambar tu biasa je. Yang aku nak sebenarnya mouse pad tu je.. :)

Wednesday, April 7, 2010

Explorace???

Satu hari yang indah..aku keluar ke satu tempat..ala..bukan jauh pun..Mid Valley je..dari rumah aku nak ke mid Valley tu boleh je naik KTM..tp..nak ke stesen KTM, kena menapak agak jauh la berbanding stesen LRT. Jadi aku amik keputusan amik LRT transit ke KTM pas tu sampai ke mid valley. Masa tu awal lagi, org tak berapa ramai, aku p pun sbb ada urusan. Selesai urusan aku..aku pikir, nak jalan2 dulu la. Kebetulan kat exhibition hall tu ada sony expo. Maka keseorangan aku masuk ke expo tu.. ish..bila sorang2..semua nak dibuat jd tak betul..pastu aku kuar.

Duduk kat foodcourt, msg kat partner aku..suh datang sbb aku bosan la sorang2. Sapa partner aku?? rahsiaaa..yg penting dia adalah muhrim aku...jd bimbang ye kawan2 :) ... Sementara nak tggu dia dtg..aku cuba jalan2. Kuar masuk soping complex kat situ..tapi masih bosan. Tak lama menunggu, partner pun datang. Ajak dia masuk expo..sekejapan je..pastu kuar balik.

Pastu kita org gerak nak ke times square sana?? sbb apa?? ada hal sikit..so nak ke times square..kena naik monorel kan?? Almaklumla aku ni yg agak kurang ilmu pengetahuan menaiki public transport ni..ditambah pula ngan partnerku yg 2 X 5 mcm aku..hehehe..so tanpa rasa segan silu..bertanya la kat org di kaunter tiket KTM. Org kata..malu bertanya sesat jalan kan?? so buat je la muka tak malu..hehehe. Org tu ckp..leh transit ke monorel di stesen KL sentral..oh..senang je... di fikiran aku tika itu.

Tapi bila sampai KL sentral..stesen monorel tu bukan kat dlm tu...waduhhhh..gilerr jauh kena menapak.. nunnn kat briekfields sana..dah la aku satu hapa pun tak makan lagi.. perut ni berkeroncong la. Dah sampai stesen monorel..gerak ke IMBI sana. Sampai2 masuk Times square..pusing punya pusing..punya pusing...tempat yg dicari tak dijumpai..rupanya salah daaa..bukan kat dlm times square..tp di seberang jalan sana..plaza berjaya..yappedaa..menapak lah lagi..sampai2..setelkan urusan..terus gerak balik..sbb dah agak petang ni..nnt tak sempat nak amik anak aku.

Terus naik monorel transit lagi naik LRT turun kat bandaraya..masuk SOGO dulu daa..perut dah lapar sangat ni...akibat kelaparan..nah amik ko..tgk apa yg aku makan??

hahaha..tgk2...2 mangkuk nasi koooo...


kita kasi close up lagi...hahahaha...giler tamak..anak sapa la ni???



Oh..korang tak caya ek?? igt aku share ngan partner aku ke?? nop..dia makan ni...

Dia pun terkejut tgk aku makan byk mcm tu sekali. Penat wehh..plus lapar lak..ishh..aku dah rasa cam masuk explorace dah hari ni..heheh..tapi kalo explorace lagi teruk kan?? ni kiranya cam latihan la ek.. penat..balik rumah pengsannn. Sekian.

Tuesday, April 6, 2010

Berpakaian tapi telanjang

Semalam lunch hour aku tak kuar opis..dok je depan PC..sbb tak tau nak buat apa..makanya..blog walking la..maka tersinggah ke satu blog ni..tp ya ampunnn..aku tak igt blog address tersebut... Tapi ada satu entrynya menulis berkenaan tanda2 kiamat...dalam byk2 tanda tu..dia ada juga tulis berkenaan perempuan berpakain tapi telanjang..dan dia memberikan komen peribadi beliau dgn mengatakan contoh2 pakaian tersebut adalah seperti tube, spageti, g-string dan seumpanya...aku nak komen smlm kat blog dia..tp..tak sempat lak.

Makanya..kalo dia atau sape2 yg dah salah pemahaman pasal hal ni..aku rasa..penerangan dari aku..yang lebih kurang ni.. dapat membantu la. Sebenarnya..konsep berpakaian tapi telanjang ni..bukan hanya pada pakaian2 yg dia katakan tu sahaja...salah tu..kalo pakai tube segala tu..bg aku..dah mmg macam tak berpakaian namanya..

Sebenarnya..org2 yang bertudung pun..byk yang berpakaian dr segi lahiriah..tp hakikatnya..ramai yang bertelanjang..apa maksud aku??  yer lah..kalo tgk dr pakaian yg menampakkan susuk tubuh..jarang..dan tak mengikut sepenuhnya seperti disyariatkan.. bukan kah lagi salah?? korang tgk gambar2 kat bwh ni yer..


Aku pun tak jugak ikut betul2 seperti syariat..tapi aku berdoa dan berharap agar aku berubah..tgk diri sendiri pun byk juga kesalahan yg dibuat..kesalahan paling besar..tak pakai stokin..so..aku harap..entry aku ni..dapat memberi kesedaran kepada diri aku juga...aminn

Bila la agaknya aku mampu jd mcm ni??? Sama2 lah kita berubah ke arah kebaikan yer kawan2... :)

Thursday, April 1, 2010

Aina melawa

Balik keje ptg semalam...cari2 anak daraku..ishh tak de lak adik ni.. "adikk..ooo adik...adik  kat mana ni..senyap je...

Masuk bilik..dan saksikan wajah2 beliau..

-
-
-
-
-
-
-
-

oppsss..terkejut yer?? buat apa tu dik???


muka nak lari ngan tak..
sbb amik bedak mama..salah mama gak kan?? mama yg bg sbb nak suh adik diam kan?? kalo tak... adik asyik nangis jer..mama nak masak pun tak senang..


Muka control cunn ni..
Tak pe la adik..dah nama pun ppuan..ganas cam ne pun..still ada jiwa ppuan kan??

Nak melawaaaa... :)


p/s: Ikut perangai saper la ni ek??

April Fool

Korang hari ni 1 April la.. April Foollll!!!

Seumur hidup aku..ini kali pertama aku tgk mangsa dan pemangsa April fool...korang tgk kat tempat ni..sian budak ni dikenakan kawan2 dia...

 nak masuk pun dah terhalang


atas meja penuh sticky post notes


kat keyboard ada tumbuh2an segarrr..

KARMA sdn bhd?? org yg buat tu sedar ni..

Tersembunyi perkataan APRIL FOOL di situ

Mangsa yg sungguh hepi..

Ramai peminat datang amik gambar

hahaha..sian aku tgk si suren ni..tp yg peliknya..dia suka..dan sayang nak buang semua2 benda tu.. katanya... ni pes time jd dlm hidup dia..

Sebenarnya aku saksi kejadian..dan aku tahu saper yg buat..maklumla aku datang opis kan awallll... yg aku respek..org2 yang buat tu..sanggup dtg awal ke opis hari ni.. semata2 nak buat aktiviti ni..pas selesai buat.. keluar blk..dan tak lama pas tu..derang masuk blk opis mcm selalu..dan buat2 tanya.. what happen?? dan sungguh real lakonan mereka... kelakar aku tgk.

suspek utama


Korang pun kena April Fool ke hari ni??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...