Sunday, January 23, 2011

Luahan hati

Dah terlalu lama ruangan ini dibiarkan kosong dan sunyi....sepi...sesepi hati ini. Arghh...kesihatan diri juga tidak menentu kebelakangan ini. Saat jari jemari menaip pantas di skrin ini, kepala ini masih terasa beratnya, nafas ini masih terasa sekatnya, tekak ini masih terasa peritnya, dada ini masih terasa sempitnya, badan ini terasa amat lemahnya. Arghh..sungguh nikmat jika kesihatan yg dikurniakan di tarik sekelip mata. Bersyukur kerana Allah memberikan dugaan yang tak seberapa ini kepada hambanya yang lemah ini.

Maafkan diri ini buat semua yang terasa. Kekadang aku rasa perlu menyendiri, perlu mencari ketenangan diri. Mmg dari kenalan rapat, aku seorang yang happy go lucky, tapi aku juga manusia kerdil yang tak dapat lari dari musibah yang menimpa diri. Dari itu, aku mohon kalian, berikan aku masa dan ruang, agar aku dapat menenangkan hati, membersihkan diri, bukan niat untuk melarikan diri, cuma sekadar merehatkan minda dan hati.

Memang, di awal2 lagi sudah ku war2kan aku adalah insan yang sukar difahami. Tak percaya??? lihat saja pada FB aku, bukankah sudah tertera di situ, aku menulis bahawa aku adalah manusia yang sukar difahami??? bukan hanya korang yang sukar memahami diri ini, hatta diri ini sendiri kadang kala tidak dapat memahami diri sendiri. Pelikkah?? Ganjilkah?? Anehkan??? entahlah...aku sendiri gagal mencari jawapan2 pada soalan yang aku sendiri tanyakan ini.

Maafkan sekali lagi pada kekhilafan ini. Pintaku, janganlah cacian, makian mahupun perlian diberi pada insan kerdil yang hina ini. Aku hanya manusia biasa. Maafkan aku sekali lagi. Terima kasih pada insan yang sudi memberi teguran pada diri ini, kerana teguran itu, aku merasakan bahawa diri ini masih ada insan yang menyayangi. Jujur aku akui, aku sangat menghormati pada insan2 yang sudi memberi teguran pada diri ini. Kalian tahu siapa kalian. Terima kasih tak terhingga. Cuma pintaku, berikan sedikit lagi masa dan waktu bagi aku menenangkan hati dan fikiranku yang agak kusut ini.

Salam sayang dari aku buat kalian semua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...