Tuesday, February 22, 2011

Kuala Lumpur Bird Park

Atau dalam bahasa melayunya, Taman Burung Kuala Lumpur.... :)

Dah lama la jugak aku pi. Dalam 2 minggu lepas. Ingatkan tak best., sebab selama ni aku bayangkan kat taman burung ni, semua burung2 adalah dalam sangkar macam kat Zoo tu. Rupanya salah!!! BEST betul pi sini. Tempat luas, Ktorg abiskan masa dlm tu saja dah 2 jam. BEST2...berbaloi2. Tiket bg pemilik my kad dewasa sorang RM 20, Kanak2 sorang RM10. Tapi besar Aina tu, free je.



Masuk2 je, kami disambut dengan burung ni!! bukan sekor dua...tp banyak!!!!! Bestnya bila kita boleh dok dekat2 ngan burung2. Burung2 ni plk bukan reti takut ngan org. Selamba dia je, nak terbang sebelah muka kita ke, nak melintas sebelah kita ke, nak berak atas pala kita ke...aku pulak yg naik takut sbb byk sangat burung2 besar kat situ. Merak paling banyak. Bersepah2 kat sana sini, sibuk nak show off. Tapi mmg best. Kalo korang pencinta haiwan, khusunya pencinta burung, silalah pergi ke sini, bawak anak2 paling bagus. Antara ramai2 anak2 aku *wahhh...macam ramai sangat* , Angah paling berani, dia mmg pencinta haiwan, serangga serta unggas rimba..hehehe
di sambut oleh si nuri :)




ada juga burung di sangkar

si nuri yg sangat bingitt!!



Kat situ bukan setakat burung je, ikan2 pun ada. Oh ya, korang boleh bagi burung dan ikan kat situ makan. Ada satu mesin yg jual makanan2 derang. Masuk syiling, pusing...kuarla satu kapsul yg dlm tu ada makanan derang. Bg yg berani je la. Aku bukan tak berani...cuma takut sikit..kang tembus lak tapak tangan aku kena patuk ngan burung. hehehe



Dah puas tgk burung dan ikan....jom masuk nursery plk.



Hahaha..ni bukan nursery tuk letak anak2 korang ye...tp ni nursery tuk anak2 ayam dan itik. Comei2 je...kat situ derang tunjuk jugak macam mana derang eramkan telur2 ayam dan itik dalam satu mesin sampai menetas. Anak2 mmg teruja tgk benda2 ni.

bukan anak je..bapak pun teruja gak..hehehe


Pendek kata, sape yg kurang eksesais *macam aku*, silalah manjakan diri anda dlm KL bird park ni. Dijamin, peluh menitik2 membakar lemak anda sebab keluasan kawasan taman burung tu. Mmg tak rasa mcm dah 2 jam korang kat dlm tu. Rasa cam sekejap je...sbb enjoy sangat. Nnt Aina besar sikit lagi, blh try bawak lagi...skrg ni dia cam takut sikit dengan keramahan burung2 kat situ :)

2 comments:

Laizan said...

Lawatan ni amat sesuai untuk i yang nak membakar segala lemak yang ada...hehehehe

Farihah said...

hehehe...so apa tunggu lagi!! dgr kata sekarang pun diet hebat..plus bakar lemak..for sure u akan berjaya..caiyok kak izan..caiyok!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...