Monday, February 21, 2011

Menang Kuiz Cintai Rasullullah..

Baru2 ni, kat opis aku ada satu pertandingan kuiz "Cintai Rasullullah S.A.W" sempena Maulidur rasul. Aku tgk soalan pun cuma 10 je. Pastu, ada yg aku mmg dah yakin jawapannya, almaklumla, sehari sebelum tu ada sambutan Maulidurrasul. So, TV dan Radio, byk sajikan cerita2 mengenai Rasullullah S.A.W. Tapi jawapan yg aku tak pasti, banyak aku google saja. Alhamdulillah, semua jawapan dah ada, cuma kena rajin baca sikit.

Masa hantar tu, aku mmg tak harap pun kemenangan. Sbb mmg saja suka2 hantar untuk meraikan je. Pastu mmg soalan no 10 agak mengelirukan. Samada, salah ejaan atau mmg tricky question. Agaknya ramai yg syak soalan no 10 tu keliru, dan ramai yg bertanya pada pihak penganjur. Dan pihak penganjur menjawab mmg tiada kesalahan ejaan. Pihak penganjur suh email lagi sekali jawapan yg dirasakan betul. Aku awal2 lagi dah tau mmg aku jawab salah soalan no 10 tu. Tapi nak email semula, mmg betul2 tak sempat. Aku bz sesangat2. Jadi mmg aku betul2 la tak harap nak dapat hadiah apa2 pun.


soalan no 10 : keliru tak?? tp utk org yg tak bp pandai cam aku...mmg agak mcm keliru la. hehehe

Esoknya, pagi2 sampai opis. Opis mate aku cakap tahniah kat aku sbb aku menang kuiz. Derang dah umumkan nama pemenang masa ceramah perdana kat surau petang semalamnya. hehehe..nmpk sangat aku tak pi ceramah tu kan?? ssh la, aku tak de maid la... sape nak jaga anak2 kan??? *alasan!!!* hehehe

Tp, aku cam kurang yakin gak. Aku rasa mmg opismate aku tu salah dgr nama pemenang kot. Masakan aku boleh menang kalo aku tau jawapan no 10 aku salah. Tup2 tak lama pastu derang emailkan nama pemenang, dan salah sorang penganjur hubungi aku suh amik hadiah. Terus aku tya, mcm mana aku leh menang?? padahal jawapan aku salah kan??? Dan dia jelaskan mmg salah. Tapi yg jawab betul 10/10 cuma 2 org je, so, aku dpt 9/10 dan antara yg terawal hantar penyertaan, makanya aku pun layak jadi pemenang bersama 9 org yg lain. Alhamdulillah syukur. Dapatla senaskah buku mengenai kisah Rasullullah. Mmg bagus buku ni. Agak terperinci diceritakan mengenai Rasullullah, sejak dari sebelum baginda dilahirkan.

besar betul paper bag ni :)

Hadiahnya


Teringat kisah Rasullullah yg sanggup menyuap makanan kepada seorg pengemis yg bukan Islam di satu sudut pasar. Setiap hari baginda melakukannya, walaupun setiap kali itu juga pengemis itu selalu menghina Rasullullah dgn kata2 keji dan nista. Pengemis tu tak tau yg menyuapnya adalah Rasullullah yg selalu dihinanya. Sehinggalah Rasullullah wafat, dan tugas itu diambil alih oleh salah seorg sahabat baginda. Pada masa tu baru pengemis tu tahu yg org yg selama ini dia hina adalah Rasullullah S.A.W. org yg paling mulia. Terus pengemis tersebut memeluk Islam.

Pengajaran kepada kita. Jika Rasul yg mulia dan tinggi darjatnya dihina dgn teruk. Tapi tak pernah dibalasnya kembali dgn hinaan, malahan diberikan layanan yg lebih baik. Siapakah pula kita yg baru sesekali atau mungkin juga selalu....difitnah dan dikutuk, samada di alam nyata atau di dunia blogger ni untuk membalas kembali dgn hinaan dan kutukan kepada pihak lawan?? Takkah nmpk kita dan pihak lawan tu sama je sifatnya?? Kalo kita tak mampu nak jadi seperti Rasul yg membalas kembali dgn budi baik. Cukuplah sekadar kita mendiamkan diri saja. Tak payah la nak masuk lg blog pihak lawan tu. Dan kawan2 yg baca blog tersebut, tak payah la nak jd tukang adu domba..dok diam2 sudah. Berkat hidup...pahala pun dapat. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kebenaran di pihak siapa. Wallahualam.


P/S: pesanan utk diri sendiri juga..

5 comments:

AdanyaKauUntukku said...

iLa baru ingat nak submit quiz nieH
lepas lunch kobar2 nak siapkan
tup tup bila nak buat
huwaaaaaaaaaaaaaaa
udah tamat tempoh

Cikta said...

wah...syoknya dapat hadiah...tahniah..tahniah..nnt leh berkongsi pasai buku ni plak no...

Farihah said...

Ila
Tu nama dia...soh bg chance kat org len lak. Ila dah selalu menang :)

Ita
Alhamdulillah rezeki. Insya Allah, nnt leh share sikit2.

ardinihumaira said...

tahniah dear! :D

Farihah said...

Terima kasih Dik :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...