Ahad lepas, gigih dari kedah terus masuk panggung semata2 nak tgk jugak cerita ni. Letih tak payah cakap la. tapi dek sebab pikirkan ni la satu2nya hari yang sesuai nak tgk. Gagah jugak kami suami isteri nonton citer ni dari mula sampai abih. Aina pun boleh layan ok!! Aku suka sgt citer ni, tak boring bagi aku. Kalo boring dah tentu aku tertido sbb penat travel jauh2 kan??
Tapi korang kalo tak minat citer epik...cerita2 yang guna bahasa sastera melayu, ada pantun dan gurindam, bahasa kiasan..tak payah la pi tgk..nnt kalo korang ngadu bosan. Sila jgn salahkan aku. Tapi kalo nak paham lebih lagi..baca dulu cerita asal pasal merong mahawangsa ni kat sini ...kalo korang nak kenal dia lebih.
Pastu boleh tonton cerita ni. Tapii...mmg tak sama ngan citer asal sgt. Dimaafkan, sbb awal2 lagi Yusri dah bgtau. mmg tak sama!!!
Mula2 masa tgk pelakon utama dia tu Stephan Rahman Hughes, aku mcm kurang berkenan sikit. Apsal la yusri pilih mamat ni. Amik je la org melayu yg boleh cakap melayu betul2 kan senang. Tapi pas tgk citer ni, baru paham naper Yusri amik dia. Mmg pilihan yang tepat dan bijak. Cerita ni panjang dari biasa, seeloknya masuk awal. Aku masuk 5 minit lewat, dah terlepas sikit...rasanya mmg dekat2 dua jam la filem ni. Semua unsur ada, kelakar, sedih, ganas...semua diadun sebati *chewah...cam resepi masakan*
Nah...korang baca sikit sinopsis filem dia:
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.
Meh aku nak citer sikit pulak. Cerita ni ada narrator, narrator ni mengikut filem ni adalah generasi ke 7 Merong Mahawangsa iaitu Raja Phra Ong Mahawangsa atau nama Islamnya Sultan Mudzafar Shah. Dia la tgh karang satu lembaran sebagai panduan anak cucu dia nnt. So, dgr elok2 apa narrator tu cakap. Kang korang tak paham jugak. Dalam citer ni, Merong tolong raja Rom nak pinang Puteri Cina. Tapi bukan di China. Tempat perjumpaan derang kat utara tanah melayu la. Sbb Puteri China tu pun belayar. Mula2 Puteri cina tu tak suka putera Rom. Tapi pas tu suka sama suka. Baru nak suka2, Puteri kena culik ngan Gemawas lakonan Khir Rahman. Ishhh mmg jadi betul jahat dia. Rasa nak je tampaq muka dia. hahaha..emo di situ
Dah la puteri kena culik, Raja Rom lak disangka mati masa pertempuran tu. Merong Mahawangsa diselamatkan oleh Kesum (Rahim Razali) ngan Embok (umi nazeera). Bila dah selamat dipulihkan. Dia pun kena bertanding beradu kekuatan dan berjaya, pastu dapat buka tempat baru dan dinamakan Langkasuka. Pastu dia ditabalkan sebagai Raja dan Embok sebagai permaisuri. Baru nak aman. Puak China datang minta pertolongan dia nak selamatkan puteri diorang lepas derang dah berjaya selamatkan Putera Rom tadi. Merong pun, mmg dah niat nak balas dendam kat puak Garuda. So, dia setuju ikut dan berlawan habis2an. Pastu korang tgk la sendiri..aku cerita ringkas je ni...kat tengah2 tu..mcm2 dugaan la berlaku kan??
Ending dia sedih...huhuhu...tak mau la cerita...pi la tgk sendiri...huhuhu....
P/S: mcm nak tgk lagi je...boleh??? hehehe
2 comments:
lorr.. syok2 baca.. ending tak mo bg taw pulak.
kalau tak, senang tak yah pegi tgk dah.
hahaha!
Mana leh bagitau. Sila la pi tgk sendiri. Supportlah industri filem tempatan kita!!!
Post a Comment