Tuesday, March 1, 2011

mengapa sepi tanpa berita??

Wahhh...tajuk!!! tak bleh blah...
Ada org rindu rupanya blog ni tak berupdate yer?? igtkan blog ni, aku tulis, aku edit...aku jugak yg baca..rupanya..ada jugak pembaca lain kat luar sana...makasih kat korang yg sudi membaca catatan merapu aku ni. Sepi bukan sebarang sepi...sepi sbb tugas pada agama, bangsa dan negara gitu.. pendek kata, bz la...ish..ish...bulan 2 ngan bulan 3 setiap tahun mmg sll camni.

Ok. Muqadimmah cerita selepas beberapa hari menyepi, 2 kisah mengenai perbualan antara sorang mama dan anak2nya.

Situasi 1
Lokasi : Dalam bilik air di dlm bilik

wooshhh..washhh..wooshhh...washhh (bunyi berus kat kasut sekolah anak dia yg kotoq)

Tetiba pintu bilik air ditolak dari luar. Kelihatan sorang anak dara yg agak mencomot datang seraya bertanya

"Mama tgh buat ape tu???" tanya si anak dara.
"mama tgh masak la sayang..." Jawab si ibu...
"Takla, mama tgh basuh la" balas si anak.
dlm hati..tau pun anak dara aku ni...bijak...bijak..

Tetiba datang anak sulungnya...dan terlihat sahaja olehnya keadaan ibunya yg tertinggung2 dlm bilik air bersama kasut2 sekolahnya yg basah, terus dengan nada yg amat amat teramat terkejut bertanya

"Kenapa mama basahkan kasut abg long ni???????"
Mama yg terkejut terus melompat *tipu je niii*
"Lorr...mama basuh bagi bersih la, kan kasut bang long kotor" sambil dalam hati berpikir..selama ni anak aku igt aku buat megik ka..asal Isnin ja, kasut dia yg mcm belacan jadi suci kembali...tsk tsk...
Dan tanpa rasa bersalah si anak terus menjawab "oooo..." sambil berlalu pergi meninggalkan ibunya yg terpinga2.


***********************************************************

Situasi 2
Lokasi : Dalam bilik selepas solat maghrib.Mama mengajar anak2 Iqra'

Abg long baru masuk Iqra' 2. Dalam ni, ada pelajaran baru, bila ada huruf Alif..maka bacaan harus dipanjangkan. Terang mama dengan bersungguh2. Diikuti anggukan dari anakandanya tanda faham. Tetiba masuk adik2nya, Aliff dan Aina. Aliff tgh tggu giliran. Aina suka tgk dan ikut.

Dalam hati ibunya, dah alang2 Aliff ada, baik terangkan sekali kat Aliff, tentang penggunaan huruf Alif dalam ayat ni *erkkk korang paham tak?? ada 2 alif kat sini?? Satu Aliff anak aku, satu lagi Alif adalah huruf Alif*

"Angah, kalo ada huruf Alif, angah kena baca panjang tau!!"
"Ok mama balas angah"
Tetiba Aina nyampuk... "Aina?? Aina???"
"Sama sayang, kalo Aina nmpk ada Alif, Aina kena baca bagi bunyi panjang"
"Takkk...Aina mana mama?? Aina mana??" Sambil tunjuk kat iqra' di mana kedudukan Aina...

Lorr...tak paham rupanya anak aku. tsk tsk...

Kesimpulan: jangan namakan anak2 korang dgn huruf2 jawi, nnt adik beradik dia yg lain kompius ataupun mungkin juga jeles...huhuhu

4 comments:

kakwos said...

hahahaha pitam.
hahahaha pitam lagi.
patut letak nama aina 'ain'
tapi nanti amirul pulak tanya. kan?
pekata tukar nama amirul jadi zain?
adeh la.. mcm-mcm. tapi kiut!

Farihah said...

mmg pening...
Amirul pun penah tanya soklan ni dulu2..masa dia baya2 Aina, masa tu Aliff dah ada. So, saya tunjuk huruf lam alif tu sebagai bang long. Baru dia diam..hehehe

H.F. Ahmad Said said...

SITUASI PERTAMA menampakkan sifat Bang Long yg mcm nk sama mcm pksu dia..hahaha..

Farihah said...

salah!!
Bukan mcm nak sama!!
Tapi mmg sebijik sama!! hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...