Setelah seminggu mereka dipisahkan sejauh lebih 300km. Akhirnya, Sabtu lepas mereka telah ditemukan semula. Di lokasi rumah mak njang mereka menjadi saksi titik pertemuan 3 saudara yang berpisah secara sementara ini. hahaha. Macam jejak kasih pulak.
Saja malam tu aku dan anak2 tido rmh adik aku sbb encik suami harus berkhidmat katanya. Jadi dari lepak kat rmh je, baik lepak kat rmh adik aku. Tetiba jadi macam bujangan kembali, anak2 dah nyenyak tido...tapi aku, adik aku dan mak aku leh dok ralit borak sampai kul 1 pagi...hehehe..mcm kawan2. Dah lama tak buat camni. Aktiviti kaum ppuan dlm famili kami kalo berjumpa. sangat best!!
Dan sebelum anak2 tido malam tu, satu moment telah dapat aku capture, sangat sweet sebenarnya. Tapi sbb lambat snap, terlepas satu aksi dimana Aina dipeluk abang2nya. Rindu sangat la tu kat adik derang. Sampai sanggup kongsi satu bantal 3 org.
masa ni Angah dah perasan aku nak amik gambar
bila tiga2 dah pasan, mula posing la konon
sampai besar stick together k :)
Sejuk perut bila anak2 baik2 cam ni. Tapi sekejap je la. Pastu start gaduh2 balik. Hahaha...nama pun bebudak. Gaduh pun comel je :p
No comments:
Post a Comment