Hari sabtu baru-baru ni kan.
Kan ke ada #BERSIH. Pastu kan...saya ni ada satu event yang kena attend. Cehhhh..poyo..bajet org penting la sangat. Tapi event tu kalau saya tak hadir pun tak de la terganggu gugat atau terjejas pun. Cuma...cuma..hati dan perasaan saya je yang akan terjejas.
Tengok TV..semua pakat tunjuk jalan JEM. Tersangkut tiga empat jam kat jalan. Bukan setakat jalan nak masuk KL je..jalan nak kuar KL pun sama. Pastu encik suami saya pulak..dok hint2 cakap jalan JEM. So, dalam hati sudah bengkak sikit. Dah agak...Hmmm..mesti tak jadi pergi la ni.
Sudahnya, bagi nak ubati hati yang nestapa dan berduka lara, saya terus ke dapur. Masak. Suap anak-anak makan, pastu saya makan. Abih makan, amik clorox, serbuk pencuci dan pencuci toilet. Masuk toilet...basuh toilet sampai keluar air mata. Eh...bukan sebab nangis, tapi saya rasa formula cucian saya salah la...saya picit sabun cuci tandas dari cosway, alamak!!! dah abih la..sikit je tinggal. Tak cukup. Jadi tabur pulak serbuk ekonomi handalan kat lantai dan dlm baldi. Pastu saya tambah dengan clorox di lantai dan juga dibaldi. Dan serta merta tak sampai 10 saat, satu gas terhasil. Pedih mata!!! sesak napas!!! eh..saya tengah cipta gas pemedih mata tuk diri sendiri kah?? getus saya didalam hati.
Tanpa berlengah, saya terus buka pintu bilik air. Dan buka kipas kuat2 dalam bilik untuk tenangkan keadaan diri sambil menunggu gas2 anti pengoksidaan rekacipta saya itu merembes ke udara. Masuk semula kali kedua...masih ada sisa2 kepedihan. Tapi dah agak ok. Maka meneruskan cucian semula. Abih cuci, senyum...puas hati sebab toilet #BERSIH berseri. Nasib baik ada #BERSIH. hehehe
Selesai mandi dan solat. Ambil pula pakaian dan melipat2 sambil menyanyi lagu syahdu. Anak2 ada yg tido, ada main game dan ada tgk tv. Abah derang tak de...keluar sebab #BERSIH enjin kereta agaknya. Dalam hati masa ni, mmg dah kompom tak jadi pergi, sbb masa tu dah dekat pukul 5. Tetiba, encik suami pulang. Terus dia bertanya, pukul berapa nak pergi?? Adat perempuan yang hatinya agak terluka kerana luka yang dibuat sendiri, terus jawap "tak pi pun tak pa". Sambil dalam hati berdoa, moga suamiku memahami kehendak sebenar aku. Hahaha..perempuan mmg begini kah?? di mulut lain, di hati lain.
Kemudian, encik suami terus merebahkan diri dan melelapkan matanya di katil. huhuhuhu...dia tak paham...kata hatiku.
Selesai lipat kain baju. Angkat dan simpan. Tengok la tv jap...apa berita terkini? takde apa pun. Maka layan video klip shahir lagu #luarbiasa. Bosan. Tutup TV. Jom solat asar. Selesai solat. Encik suami cakap. SIAP!! yeay!!! best.
Akhirnya lepas hantar anak-anak ke rumah my PIL, terus ktorg bergerak ke destinasi. Jam masa tu pukul 6.45petang dah. Harap2 jalan jgn JEM. Event tu start kul 8 malam. Terima kasih my adik ipar sebab sudi tengokkan anak2.
Seeeeeee...
Sangatttt #BERSIH kan jalan pada hari tu. Pukul 7.00 dah sampai area situ. Kalau tak de #BERSIH, mesti belum sampai lagi agaknya. hehehe. Betul2 rasa kat KL masa tu mcm hari raya...lengang...lapang...
Sekian
2 comments:
wahhh dapat lah pie ye
hahaha...dapat2...hihihi
Post a Comment