Tuesday, July 19, 2011

Jom Balik Kampung part 1

Korang jangan tak tau...pening kepala nak pilih gambar nak letak sini. Banyak sangat kamera pada hari kejadian. Macam biasa, bila jadi komitee kena la sampai awal-awal.  Saya kena bangun macam nak pergi keja, kejutkan anak-anak dan mandikan derang. Derang memang dah tak sabar nak terjah dusun, tambah-tambah angah la, hari-hari dia akan tanya bila nak pergi dusun. Maka pada hari kejadian kami tiba di sana lebih kurang pukul 8 pagi. Orang tak ramai lagi la. Ada la muka mak pengantin dan dua orang dayang semalam. Ni, dayang ketiga dah datang bawak rombongan siap berbusana merah sempena kumpulan RAMBUTAN dengan taglinenya "CAP...CAP...CAP.....CAP RAMBUTAN!!!" hahahaha..semua ni idea salah seorang ahli kumpulan.


Banner kami

Inilah tempat kejadian...sangat kampung kan?? siap ada pacat lagiii....

Ada manggis

Durian...

Kakak-kakak ni breakfast doghian...tak sabaq2 betul..

Kami normal..
Makan nasi lemak dan kuih muih...
Err...cuma Amirul makan coklat....hahaha


dengan bersaksikan keindahan alam...


Sambil menunggu ketibaan mereka yang lain

CEPATTT!!!!

Group rambutan dah tak sabar nak berentap!!!


ok...sambung lagiii....

1 comment:

deqma129 said...

beshhnya farihah makan buah-buahan fresh!! mcm mana nak pegi sini, n nak kena bayar berapa?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...