Friday, July 29, 2011

Raja dalam genggaman akhirnya

Ingat entry pasal family day kat dusun hari tu??
hmmm..banyak buah masa tu, tapi seulas durian pun den tak dapek nak raso. 
Maka mengidamlah sehingga sepurnama lamanya. Bukan tak nak beli sendiri..tapi tak feel la makan sorang-sorang. Suami den ntah apa pesen ntah..doghian tak nak makan, tapi tempoyak suko lak dio. Tak paham sungguh den ngan dio. Anak2 pun macam tu..si Angah yang suka makan apa saja tu pun tak lalu durian....arghhh tak paham sungguh.

Tapi semalam aku betul2 dah tak tahan dah. Dah la Isnin ni puasa (motip??). Selalu balik keja mesti lalu kat tepi jalan yang org tengah jual raja buah tu. Bagi hint la kat incik suami suh benti jap nak beli sebijik. Suruh kakak penjual tu koyak sikit siap2. Maklumla kat rumah ada la pisau besar, tapi tak penah pulak aku gunakan sebagai pengopek durian ni.


Ni la dia..si raja rimba buah 

Budak dua orang ni eksyen je konon tak sabar nak tengok isi kat dalam.
Padahal tak makan pun.
Aina tu..tengah gosok2 tangan sebab dia tak sangka durian ni tajam kot..hahaha

Angah siap pegang lagi pastu cakap.. "ouch...tajam la jarum buah ni mama" uishh..ada ke jarum namanya, tu duri la wahai anakku. Si Aina lagi best..sebab terpengaruh ngan cerita Geng pengembaraan Upin Ipin tu, soalan dia memang terbaik..dia tanya, "mana hantu durian yang mama beli tadi?" hantu durian jadinya ye anak?? dia mmg minat ngan cerita hantu gamaknya. Satu lagi hantu kegemaran dia hantu kak limah tu..asal tutup lampu gelap je, dia mesti cakap "hantu kak limah tak de kan mama" adoi la anakku...

Tu dia isi dia...mantap-mantap...

Mama menggunakan sepenuh tenaga untuk membuka kulit durian sambil disaksikan Aliff dan Aina dengan peuh minat dan hairan. Sian anak-anak aku, ni first time depa tengok cara kopek durian..tu la..sapa suh jadi org Key El??

Jemput makan semua...
Sedappp...isi banyak..aku sorang pulak yang makan, korang ingat mampu ke nak abihkan semalaman??
Sudahnya..ke peti ais la jawabnya. Malam ni sambung makan lagi ye...Nyum Nyum..

3 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

mak aiii gebusnya isiiiiiiiiiiiiii sedapnye... tu confirmkan manis lemak berkrim! slurppppppppppppppp....

(ikutkan erin x makan sgt..tapi boleh la kalau nak rasa-rasa...heheh :D)

AdanyaKauUntukku said...

Farihah..ni yang buat ila nak pegi beli lagik neiH...
tapi bila pk dok makan doyan sorang2....tak pelah..acik redha...

Farihah said...

tu la kan..
farihah pun rasa nak kena beli jugak la..tapi bila pulak nak makan tak tau..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...