Yer..yer...
Aku tau...hari ni dah 4 hari kita semua umat Islam berpuasa kan?? Tapi aku baru nak cerita pasal satu cerita dalam bulan ni. Sebab tu tajuk aku puasa 1. Sebenarnya bukan bermaksud puasa hari pertama atau puasa pertama kali yer.
Kejadian ni pun....berlaku masa hari kedua posa sebenarnya. Alhamdulillah tahun lepas aku mmg tak pergi bazar ramadhan masa awal2 posa..tapi dekat2 nak abih tu..jenguk juga la dan beli apa2 yang patut. Tahun ni pulak, sampai la ke hari semalam, memang aku belum lagi menjejakkan kaki ke bazar. Satu sebab, bazar kat area rumah aku tu punya la sesak gilaaaa....kalau balik, mesti jem kat kawasan tu. Orang parking tepi jalan ikut suka hati depa ja. Memang dugaan puasa la kan. Yang kedua, tak tau la sebab apa, aku rajin betul masak, tak pernah missed lagi la masak untuk 3 hari ni. Padahal kalau tak posa, kemain malas nak masak, dalam seminggu tu ada la dlm 3 kali je kot aku masak dan yang terakhir, encik suami yang selalu kuat makan tu, sekarang on diet beb...dlm bulan posa pun pi gym...exercise...bersemangat waja nak kuruskan badan...maka, makan time buka posa pun cuma makan sejenis makanan berupa nasik sahaja..
Hari kedua tu...aku masak sup daging dan buat air asam serta goreng ayam 3 ketul...roti canai tak dilupakan. Tapi masa kat opis, ter'join' member pi cafe, terbekenan nampak ayam panggang, teringat permintaan Aliff masa dlm keta melalui bazar..dia nampak ayam golek panas2 tu. Dia minta..tapi mak dia malas la nak pi turun dan beli kat bazar yang ramai betul maknusia masa tu. SO, bila dah ada ayam tu kat cafe, mak dia pun beli dalam hati dok pikir juga, encik suami pun suka ni, tapi kesudahannya..encik suami tak sentuh langsung lauk yang dibeli..di hadapnya lauk isteri dia masak je. Sian encik suami, agaknya mesti dia fikir, bulan posa ni je la dia boleh makan masakan isteri dia kot..abih bulan posa mesti isteri dia back to normal..malas nak masak... hehehe
Apa jadi pada ayam tu???
mari kita saksikan gambar2 di bawah
Nasib baik ayam tu aku beli sebelah saja...dan nasib baik ada budak dua beradik ni lalu makan sehingga berebut ke tulang temulang..kalau tak...nasib ko cuma dalam tong sampah la wahai ayam. Cara budak berdua ni makan, macam org berpuasa tu...lapaq kemain..tapi budak berdua ni tak posa pun. Aliff tu lagi la..dalam bulan posa ni lagi kerap dia makan kot. Sahur orang bangun dia pun bangun dan makan, kat sekolah dia makan macam biasa 3 kali. Balik rumah, mak sibuk masak..dia dah makan dah..mak sudah masak..dia makan lagi...orang tengah berbuka..dia makan jugak..orang dah abih makan..dia makan lagi...Aliff...Aliff...
No comments:
Post a Comment