Tuesday, November 20, 2007

Roti vs. Biskut

Petang2 mcm ni...lapaq bebenar..sib baik td beli roti..niat asal beli roti ni sbb igtkan si aliff a.k.a. adik..sbb adik mmg suka makan tak kira la roti ke biskut ke..tak mcm abg long..ssh betul nak suh dia makan..tp bdn abg long steady..tak kecik mcm adik.. ishh melalut lak aku.

Citer sebenar mcm ni..ms tgh syok kunyah roti td..tetiba teringat kat satu situasi yg berlaku hujung tahun 1999..lokasi di dorm kolej teja...uitm Arau..ms tu dah tgh mlm kot..tp mostly ramai tak tido lg. Almaklumla memasing sibuk study sempena final exam..aku adalah junior yg termuda sekali dlm dorm tu..ms tu baru part 1. Tu yg pulun gilerr study tu. Tgh2 sibuk study tu ..terdgr kak A ngadu.. "isk..lapar arr..ada sesiapa tak yg ada makanan?" kak A ni org nogori. Pastu atas dasar keprihatinan kawan..kak Z pun mulalah bersuara.. "tu aku ada roti...pi la amik dlm tin tu" sambil memuncungkan mulut ke arah tin. Kak Z ni plk org Utara..org perlis.. Kak A yg terpinga2 tu pun sambil tersenyum2 terus la menuju ke arah tin tersebut..dan terus membuka tin tu..tetiba dia bersuara.. "weii Z, mana roti yg ko ckp tu?? tak de pun dlm tin ni!!" kata kak A dgn nada agak kecewa.. "Isk hang ni..biaq betoii..apa lak tak daknya?? aku baru je beli tadi...satgi kalau aku pi ada..kena hang" bls kak Z sambil marah..dan terus ke arah kak A yg masih memegang tin "roti" tersebut... aku lak pandang sambil tersenyum je la..

Sampai je kat tempat kak A berdiri..kak Z terus merampas tin tu..sambil memasukkan tangannya ke dalam tin dan mengeluarkan sesuatu yg berbentuk empat segi leper..dan berkatalah ia "ha..ni natang pa?? bkn roti ka?? aku penat2 beli..hang kata tak dak plk..aku sumbat sat lagi"... dan dgn pantasnya Kak A membidas.. "woii..tu bukan roti la..tu biskut..patut la aku heran bila ko suh aku amik "roti" dlm tin..pelik lak aku..apsal ko simpan "roti" dlm tin.. rupanya "roti" yang ko maksudkan tu biskut..cheh" dan dgn terpinga2 Kak Z menjawab.. "erk..sama la..org sini mmg panggei biskut tu "roti"..mana ada istilah biskut kat sini" maka seluruh dorm pada tgh mlm tu riuh rendah ngan ketawa masing2..aku yg tgh kosentret study sebelumnya pun join la sekali meriuhkan suasana mlm tersebut.

So korang paham tak cerita aku?? Org utara mmg panggil biskut tu dgn panggilan "Roti". Contohnya..kalo korang kat sini panggil biskut yg berbentuk 4 segi tu sebagai biskut kering...tp org utara panggilnya sebagai "Roti pat segi"...so korang paham2 je la yer...hehehe.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...