Wednesday, December 5, 2007

Makan..makan..dan makan...

Lunch semalam..bertempat di Saisaki Restaurant..telah berlangsungnya satu acara makan2 yg best sekali..Terima kasih bebanyak kepada Kak Hana yg telah berhabis duit mengsponsor kami2 yg sememangnya dikenali sebagai kaki makan…Bertolak dr opis agak awal dr kebiasaan dengan kebenaran pemangku pengarah pada hari tersebut. Setibanya di lokasi kejadian kami berpusing2 mencari parking sebentar dan kemudian berpusing2 pula mencari restaurant berkenaan…tgk dr luar bangunan mcm senang je..tp bila dah masuk dlm bangunan tu..sesat lak jdnya..

Setelah bertungkus lumus mencari2..akhirnya yg dicari ditemui jg…kami disambut di pintu masuk restaurant tu dgn muka manis dari penyambut tetamu..masuk je ke dalam..YA RABBI…. Byknya makanan..berjenis2 makanan jepun ada dlm tu…bermula dgn sushi, tempura, nasi2 dan lauk pauk, sup2 sehingga la ke dessert…penuh dgn makanan kat situ..Bagi peminat makanan jepun mesti itulah syurga mereka..tp bg aku ni yg mmg makan makanan melayu..aku leh merasa sikit2 je la..almaklumla..tekak aku ni mmg kurengg sikit dgn makanan jepun2 ni..pastu perut lak kecik..so tak leh la mkn byk2..makan sikit je dah cepat kenyang..rugi betul kak hana bawa org mcm aku ni pi buffet kat situ…lepas makan2 kami pun pulanglah semula ke opis dlm keadaan kekenyangan.

Tapi…xtvt makan2 hari ni tak sampai disitu saja…lebih kurang kul 4.30 petang satu lagi acara makan2 diadakan di opis aku ni..acara tersebut dikenali sebagai “Mexican Party” pada mulanya..dan menu asalnya adalah Mexican pizza dan nachos..tapi disebabkan..perut2 kami ni masih lagi kekenyangan, party tersebut telah dirombak semula dgn nama “Ice Cream Party”, dan menunya juga telah diubah kepada pelbagai jenis perasa ice cream Buds dan juga nachos. Makan lagi sampai kenyang dan terus balik ke tempat dudukku.

Jeng..jeng..jeng…tetapi..pada sebelah petangnya..satu kejadiaan yang tidak disangka telah berlaku. Kejadian tersebut telah menyebabkan seluruh urat2 ku longgar kerana ketakutan…luluh dan luruh semua organ2 badanku..terutama sekali jantungku..ibarat terhenti denyutan..dan menyebabkan aku terus mengangkat kaki utk pulang sedikit awal sebelum pukul 6petang. Apakah kejadian tersebut??? Biarlah..tak usahlah aku ceritakan di sini…

2 comments:

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

sama lah kita farihah..tekak tak baper nak menerima sangat makanan2 pelik nih...
tp tetap try makan jugaklah...
bestnya... mcm2 party makan yg korang buat....

Farihah said...

a'a..dept kitorang mmg dikenali sebagai "Jab. Aku Suka Makan" hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...