Dari minggu lepas, dah diberitahu yang pusat darah negara nak datang opis ktorang tuk collect darah. So, sedari hari tu aku dan kawan sebelah aku ni memang dah excited lebih nak menderma, dia dah banyak kali dah...aku baru masuk kali kedua sebenarnya. Dalam pada keterujaan nak menderma tu, aku takut jugak kena reject. Kalau tahun lepas aku kena reject sebab under weight. Tapi tahun ni aku takut kena reject sebab kes aku masuk hospital tahun lepas.
Dari minggu lepas dah isi borang. memang jawab dengan jujur. Bab berat badan sekarang takde masalah dah. memang dah normal. Tapi aku rasa macam dah gemuk gilosss!!!
Dalam pukul 11 pagi khamis baru2 ni, turunlah kami berdua ke Gym, sebab kat situ la derang datang ambik darah ni. Check2...memang kena reject, tapi bukan sebab history kes aku masuk spital tu...tapi sebab blood pressure aku low. Yang bahagian atas tu cuma 96. Budak tu cakap "tak boleh ni kak" aku ni biasa la..degil, tahun lepas under weight pun aku paksa jugak budak tu amik. Dan dengan terpaksa derang amik. Maka tahun ni, aku paksa lagi. Aku cakap "blood pressure akak memang sentiasa mcm ni dik, mmg ssh nak capai 100" aku cakap betul. Sebab memang tu la blood pressure aku. Budak tu tak puas hati, dia cek lagi, still sama. Dia geleng2 pala, tanda tak bagi. Aku pun angguk2..sebab nak jugak. Dia kata "akak pegi la jalan-jalan jap, minum dulu ke..pastu datang check balik" aku berkeras tak nak. Aku cakap "lambat la dik, dan tak de hasil pun, memang blood pressure akak maintain je low". Dia macam nak mengalah, tapi dia check lagi sekali. Memang still rendah. 97 saja. Tapi sebab aku kan DEGIL. Dia cakap, ok la kak..amik sikit je la mcm last year, 350ml je k. Aku pun angguk la. Orang yang takde masalah selalunya derang amik 450ml.
Selesai menderma derang bagi makan kuih muih dan minuman sikit. Tak cukup dengan tu dibekalkan juga sikit lagi makanan dan vitamin, hadiah serta sijil.
Best tau menderma ni. Badan pun rasa ringan dan fresh. :)
3 comments:
kakottttttt
erkk alamak, ako terlupa makan obat!!! gurlpppp....
Ila,
Tak la...beshhh!!!
Ret,
Aku pong!!!
Post a Comment