Thursday, November 29, 2012

Cendol Bakar

Pernah dengar pasal CENDOL BAKAR??
Dah lama famous kan. Pertama kali saya dengar dulu-dulu. Tak ingat tahun bila. Kalau tak salah masa tu saya tengok kat rancangan majalah 3 kot.



Tapi bila dok ulang alik ke rumah adik saya kat Ijok nun. Tepi jalan sebelum masuk ke Hiway LATAR tu, nampak kain rentang merah tulis cendol bakar. Sebelum ni tak tergerak nak singgah pun. Tapi disebabkan hari tu cuaca agak panas, di tambah nampak pulak kain rentang cakap drive through, jadi moh la kita try. Bukan kena turun keta pun kan. Kelass kan cendol ni.



Tapi kena sabar la sikit yer. Sebab yang tukang amik order kat kaunter drive thru tu sorang je, dia la amik order korang, dia jugak la sediakan order korang, dia jugak la passkan cendol tu kat korang, dan dia jugak la tukang kutip duit korang. Sian adik tu. Tapi jangan bimbang..tak de la lama sangat pun.

Kalau korang nak minum kat situ pun boleh. Ada jual makanan jugak. Len kali saya leh try kot. Tapi hari tu disebabkan baru je lepas makan. Perut kenyang lagi..cuma tekak je minta diisi.



Kat sebelah kiri cendol bakar tu pun ada satu lagi gerai makanan.
Warong Bina Ria namanya. siap ada motto rasa sekali nak lagi tu..kalau korang peminat soto, mee kari, laksa atau mee jawa..mungkin gerai tu bertepatan dengan citarasa korang kot.



Oh ya, cendol bakar ni ada 6 jenis perisa. Harga pun sangat-sangat berpatutan bermula dari RM2 hingga RM 3.50 sahaja. Murah kan. 

Cendol VIP adalah cendol basic yang ada kat situ. Isi dia selain cendol, derang masukkan juga nata de coco, biji selasih, jagung dan kacang merah. Kalau korang nak order tapai, maka dia akan tambah tapai dan bahan-bahan asas tu dalam menu korang. Tapi hari tu saya cuma try cendol VIP saja. Mungkin lain kali boleh try cendol durian pulut pulak kot?? erkk..tapi rasanya tekak saya tak mampu la nak rasa benda-benda luar biasa ni.

Kalau korang nak kudap-kudap sambil hirup cendol. Boleh la beli sekali keropok udang geragau melaka. Rupa parasnya sama macam keropok gunting je. Rasa?? ermm sedap la kot. Tapi saya tak beli, sebab tak terasa nak makan. Sekian.


Dah bayar.
Dah dapat order.
Moh beransur-ansur dulu.

Jemput tengok ye kawan2.
Slurpppp...lazat tak terkata :)

Masa tengah hirup tu suami saya tanya. 
"Tahu tak kenapa cendol ni nama cendol Bakar??"
Saya jawab "Sebab pemilik kedai ni nama Encik Bakar kot"
"Tak la..sebab air gula ni dia bakar"
"oooo..patut sedappp"

2 comments:

Anonymous said...

1) Hosted by final draft, the Big Break contest has been held annually since the year 2000. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry ooutlet sale[/url] After the Romans conquered Gaul they came to Britain, originally for the tin found in the South West but also to settle. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose expedition[/url] Kyroucxup
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]cheap pandora[/url] Cbgytirie [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose outlet toronto[/url] hikacpgwr

obat keputihan herbal said...

mantaap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...