Friday, March 26, 2010

Isu Gambar di Blog

Aku tau..aku tak layak nak cakap pasal isu ni..takut gak ada yang terasa..tapi..sekali lagi.. "sharing is caring" kan?? Apa yang aku nak letak sini...aku cuma copy paste dari blog seorang insan ni..bg aku..tak salah kalo kita sesama islam menegur...Ya!! Aku tahu..mesti ada kalangan kawan2 ckp..aku pun hampehh!! ada hati nak tegur orang.. betul!! aku mengaku..aku mmg betul2 belum sempurna..tapi doakanlah..dan bantulah aku untuk menjadi insan yang sempurna..sesungguhnya aku takut..hayat aku yg tersisa ni..tak sempat utk aku gandakan ibadah untuk bekalan di sana.. Lebih takut..bila aku tgk di berita2 sekarang..ramai yang mati dlm usia muda..Semoga kita semua dirahmati Allah. Aminn

Ok..mari kita baca sama2 apa penulis ni tulis pasal Isu gambar di blog..

1. MELETAKKAN GAMBAR TIDAK MENUTUP AURAT

Oh baca tajuk saja dah mampu merungkai segala. Aku masih dan sangat tidak faham dengan segelintir blogger yang masih kurang 'arif' mengenai perihal ini. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi selalunya golongan hawa yang jelas kelihatan. Apa keseronokan dan manfaat yang cuba didapati pun aku masih samar bayangan.

Wahai kaum Adam dan Hawa (khususnya), tahu tak blog ialah satu medium untuk tatapan semua? Bukan sahaja Malaysia, malahan satu dunia. Kamu tahu setiap mata yang memandang aurat anda, anda akan 'dicas' sebagai DOSA. Tahu tak? Sila jangan kata tak tahu. Dan aku pun tak payah sebut pasal hukum hakam agama ni, semua orang tahu rasanya.

Yang paling best dan kelakar bila ada entri pasal menunjukkan aurat, ada pulak hamba Allah yang begitu bijak memberi pandangan.

"Wah, cantiknya rambut awak! Ini mesti pakai syampoo Rejoice. Guna jari pun boleh."

Kalau aku la, aku nak komen sebegini kot.

"Wah, cantiknya rambut awak! Guna tangan pun boleh. Guna tangan untuk penampar muka kamu yang gebu tu supaya kamu tahu mana haram mana halal."

Ops! Itu hanya contoh. Cuba memberi kefahaman kepada anda. Maksudnya? Anda sedang membuat sesuatu yang ditegah agama. Dah termaktub dengan tidak menutup aurat ialah satu dosa! No excuse, tiada talian hayat! Peraturan yang ditetapkan oleh manusia berani pulak kamu ikut. Ini peraturan dari Allah boleh pulak buat-buat lupa dan alpa. Oho ~ Kelakaran sedang berlaku di situ!

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga menampakkan kulitnya. Termasuk pakaian yang dapat mempertajamkan bahagian-bahagian tubuh yang boleh membawa fitnah seperti buah dada, paha dan bahagian-bahagian yang lain.

"Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan)" (An-Nur: 31)

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya itu. (1) Kaum yang membawa cambuk sperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam). (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambut sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, pada hal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Firman Allah di atas sangat jelas. Siapa berani bangkang? Sila tampilkan diri anda. Dan nyatakan hujah-hujah bernas anda yang membolehkan anda mempamerkan gambar-gambar seksis anda itu.

============================================================
tambahan dari aku:
Aku lebih terpanggil nak tegaskan..kalau ada antara..kawan2 blog aku yang bertudung...tolonglah pelihara rambut dan aurat korang yang lain..jgn la letak gambar2 korang yang tidak menutup aurat dalam blog2 korang. Padahal..dalam waktu yang sama..korang pegi kemana2..korang bertudung...Ya betul..itu hak korang..lagipun itu blog korang.. tapi.. bukankah blog korang tu satu dunia boleh baca dan tengok?? Oh ya!! isu ni jugak sesuai utk dikaitkan tentang gambar2 korang dlm FB...tolong tapis dulu yer :)


2. MELETAKKAN GAMBAR YANG KONONNYA KEKASIH AWAL DAN AKHIR

Ini satu lagi aku perasan pada sesetengah blogger. Sindrom apakah yang terkena pun aku tak tahulah. Punya la bangga, letak gambar boyfren dan girlfren kesayangan. Penuh kiri kanan pulak tu. Aduyai ~

"Eh hang tu jeles, tak dak boyfren/girlfren, sebab tu hang kata kat kami!"

Kalau ini jawapan hampa, mai sini aku nak gelak kuat-kuat. Cik mek molek dan cik abang oi, segelumit kuman pun langsung tidak terlintas dalam hati mahupun minda ini. Sebab aku langsung tak nampak apakah kebaikan atau manfaat dari anda letak gambar-gambar yang kononnya kekasih awal dan akhir itu.

"Eh tapi kenapa kami tak boleh letak?" Jawab jawab!

Sebelum aku jawab, aku nak tanya balik. "Motif kamu letak?"

"Aku nak perkenalkan boypren/girlpren tercintaku ini ke seantero dunia. Hang apa tau!"

"Oh boypren/girlpren. Kiranya belum ada apa-apa ikatan lagi la ye. Ingatkan dah kahwin. Bukan apa aksi kamu dalam gambar itu aku konpius la. Ingatkan kamu dah berjaya diijabkabulkan."
(Gambar berpelukan sambil mendedahkan aurat)

"So kamu yakin dia ni bakal suami/isteri anda yang dapat membimbing anda ke jalan yang diredhai?"

"Mestilah. Aku cinta dia sangat dalam dong! Mestilah dia bakal jadi raja/permaisuri hidupku!"

"Okey, semoga anda berjaya diijab kabul!"

Sebulan kemudian. Dapat kad jemputan kahwin. Oh kawin jugak dia ni. Sahih kahwin dengan kekasih awal dan akhirnya tu. Confirmlah!

"Aku kahwin dengan pilihan mak akulah"
"Lor yeke? Tahniah la ek!" (dalam hati ni dok tergelak-gelak dah)

"Mana si jantung pisang hang dulu?"

"Dia pun dah kahwin dah. Dengan sapa entah!"

Hoho ~ Kekasih awal dan akhirku dikebas orang. Bercinta bagai nak rak almari semua. Last-last kahwin dengan orang lain. Jodoh itu bukankah di tangan Tuhan? Itulah jawapan yang sering kita dengari.

Sekarang kembali pada tajuk perbincangan. Tak usahlah letak gambar-gambar kekasih awal dan akhir anda tu. Memang langsung tak beri manfaat. Sebab yang paling jelas dan nyata anda belum ada apa-apa ikatan yang dihalalkan oleh syarak dan itu bukanlah kekasih halal anda.

"Eh eh baik sikit ye, saya dah bertunang tau!"

Hoho ~ Ni satu lagi yang tak faham. Tunang tu apakah? Adakah anda diberi 'lesen' untuk membuat sesuatu itu dengan sesuka hati? Selagi tiada ungkapan 'ijab kabul' selagi itulah anda ditegah syarak. Matlamat Tidak Menghalalkan Cara. Anda kena ingat yang itu!


3. MELETAKKAN GAMBAR ARTIS PUJAAN

Ini pun satu hal. Aduyai ~ Peminat fanatik la katakan.

"Eh saya suka lah beliau. Suara dia mengancam gitu!"

"Dia ni kalau berlakon, perghh superb gua cakap lu!"

Kenapalah perlu mengagongkan mereka? Mereka juga seperti kita. Bezanya cuma mereka ialah 'Public Figure'. Selalu dapat dilihat di kaca telivisyen, majalah dan surat khabar atas bakat lakonan, nyanyian lawak dan sebagainya.

Tak salah untuk berhibur. Islam tak pernah larang pun. Tapi perlu kena caranya. Macam anda letak gambar mereka di blog anda, mereka tahu? Mereka kenal anda? Manfaat?

Anda jawab sendiri. Ini tak boleh kupas lebih-lebih. Takut menyentuh sensitif masyarakat negara ini walaupun perkara itu adalah betul.

*****************************************************************


Korang baca..dan fahami..dan fikirkan sendiri..sebenarnya banyak lagi yang beliau tulis..tapi aku ambik yg tu je..kalo korang nak baca byk lagi psl isu ni..sila klik disini

nak baca isu2 lain dr beliau..msk je BLOG beliau.

4 comments:

Hami Asraff said...

Salam ziarah.

Thanks sudi copy paste from my blog about that issue. Kalau rasa ini yang terbaik, apa salahnya.

Bukanlah bermaksud apa yang saya tulis semuanya adalah betul. Tidak sama sekali!

Cuma ingin berkongsi sedikit coretan dengan pembaca semua dan menegur diri ini terlebih dahulu. Juga masih memperbaiki diri.

BTW, Hilal Asyraf? Siapa tu? Possing apakah yang dimaksudkan tu? :)

Farihah said...

Terima kasih sudi jengah blog akak yang tak seberapa dan sudi beri kebenaran tuk copy paste penulisan yg sangat berguna.

Hilal Asyraf juga seorang penulis yg berbakat..dan telah byk terbitkan buku..gambar korang berdua mcm ada persamaan.. kebetulan..nama pun lebih kurang sama..apa kata jengah blog beliau pula.. http://ms.langitilahi.com/
dan tafsirkan sendiri :)

Anonymous said...

banyak nak komen.tapi takot di salah erti. tp entri nih begitu dekat di hati :)
tengkiu!

-kakros-

Farihah said...

xpa kak..komen saja..asalkan demi kebaikan..saya mula2 nak buat entry ni pun ketaqqq gak..takut org salah anggap..tp demi menegakkan agam Islam..dan juga utk menasihati diri saya sendiri..saya beranikan jugak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...