Tuesday, August 24, 2010

Upin Ipin

 Hai kawan2..cuba teka siapa saya???



Cak!!! Nama saya Ipin...

 Ini abang saya..Upin


Kami adik beradik tak kembar

Hehehe..camtu la keletah anak dara saya sekarang ni. Nak pakai baju pun tak boleh sesuka hati saya dah..selalunya baju2 yang saya pilih dia akan tolak bulat2. Dia nak pilih baju sendiri sekarang..tp kalau bg dia pilih camtu la dia..nak pakai baju upin ipin..kasut ben 10..nama je perempuan..tp lasak mengalahkan lelaki.

Sebenarnya tu bukan baju dia..tp baju abang2 dia.. Baju upin ipin tu, abah derang beli masa saya kat kampung dalam pantang lahirkan Aina. Sekejap je rasanya masa berlalu. Bulan 11 ni umur Aina dah 2 tahun. Baju2 abang pun dah banyak dia dapat. Tapi tak semua la..baju2 yang bersesuaian je..yang betul2 menampakkan kelelakian dihalang keras oleh abah dia. hehehe

ni gambar abang2 masa saya dalam pantang di kg..nak baca lanjut..sila ke entry ini

Mimpi

Mimpi mainan tidur kan??

Tapi malam tadi saya mimpi mcm pelik sikit la..Korang kalau tau tafsirkan..tolong bgtau yer. Saya rasa mcm pelik sangat mimpi kali ni.

Saya bermimpi yang saya tengah makan di khalayak ramai dalam bulan buasa bersama kawan dan kawan saya. Tanpa segan silu lak tu. Pastu saya makan nasi dgn banyaknya dan sampai kenyang.

Pastu saya terus terjaga dan berfikir pasal mimpi saya. Kenapa saya mimpi mcm tu yer?? Saya rasa, org tua2 pernah cakap yang kalo kita mimpi makan kenyang, maksudnya ada saudara terdekat kita meninggal kan?? betul ke?? Atau ada maksud lain?? Boleh percaya ke dgn mimpi2 ni?? Dan buat saya pelik..kenapa saya makan di siang hari dalam bulan posa?? bersama kawan2 saya tu??

Oh..tolong beri penjelasan. Hati saya tak tenang ni!!!

Monday, August 23, 2010

Ribut di Ramadhan

Pagi ni terajin nak baca paper..selak2..nmpak berita ni....


Korang perasan tak?? Kalau tak salah pengiraan dan pengetahuan saya, dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Dah 3 kali kita disajikan dengan berita mcm ni kan?? Berita ribut di bazar Ramadan. Kali pertama di Jasin, Melaka, yang mengakibatkan kematian. Kali kedua ribut kat KL kan?? tp bukan kat bazar, tp di pangsapuri sampai mengakibatkan bumbung pangsapuri tu tercabut. Dan kali ketiga ni pulak di Kuantan. Dan di bazar jugak. Kalo korang perasan, bazar ni dekat je ngan masjid kan??

Apa musibah kejadian2 macam ni di bulan mulia ni??? Bila saya tgk je gambar..perkataan pertama keluar "Nauzubillah" ..di bulan2 mulia ni pun Allah masih menurunkan bala kat kita kan?? Apa tandanya?? Kita sedar atau tak dengan dosa2 yang kita buat sampai hari ni?? Macam2 kes berlaku. Dalam bulan mulia ni jugak..tak abis2 kes buang anak, kes mereka yang tak berpuasa dan ditangkap khalwat dalam bulan puasa. Kenapa kita jadi mcm ni?? Tak takut lagikah dengan Allah?? Siapa kita sampai berani mencabar kekuasaan Nya?? Apa lagi kita nak tunggu?? Sanggupkah kita tgk bumi Malaysia kita ni jadi mcm Banda Acheh satu ketika dulu?? Nak tunggu jadi semua tu baru kita nak bertaubat pohon keampunan dari Allah kah??

Tepuk dada..tanya iman

Thursday, August 19, 2010

Aktiviti lunch hour

Sekarang ni kan bulan puasa. Apa aktiviti korang time lunch?? Saya tak tau la, kenapa tahun ni..saya mcm tak de feel nak pergi cuci2 mata kat Jalan TAR tu. Kalau dulu2, awal2 puasa pun saya dan kawan2 dah jejak tempat tu. Walau tak dapat gaji lagi, tapi tak salah kalo usha2 baju2 yang cantik2 kan?? Tapi beza betul dgn tahun ni. Rasanya, maybe esok la kot, nak try jalan2 kat situ.

So, lunch hour saya buat apa?? Mcm kebiasaan, ktorang masih ada aktiviti tadarus. Tapi semalam, geng2 tadarus saya bizi betul. So, sbb tak tau nak buat apa..saya pun masuk "thinking room" kat opis saya ni dan terus on kan Tivi. Kebetulan masa tu ada rancangan masakan nombor satu di Malaysia..sapa tahu angkat tangan!!! Yer..rancangan... Ketuk2 Ramadhannnnn.



Korang suka tak rancangan ni?? Saya heran la..naper la saya suka betul tgk rancangan ni. Semalam masa saya buka, DJ Hot FM iatu Faizal Ismail yang tgh masak. Kelakar jugak si FBI ni yer..terhibur jugak saya... Tapi sayang, selalu saya boleh tgk betul2 pun cuma hari sabtu dan ahad je, tu pun kena rebut tivi ngan anak dulu. Kalo menang ok la..kalo kalah..pandai2 la buat keja rumah.  Sekian.

Mari menunaikan zakat

Mengeluarkan Zakat rukun Islam ke berapa anak-anak2???
-
-
-
-
-
Pandai!!!



Mengeluarkan atau menunaikan zakat adalah rukun Islam yang ke lima yer anak-anak. Iaitu rukun islam yang terakhir. Jadi sebagai orang Islam, kita adalah diwajibkan menunaikan zakat kita sebagai bantuan kita yang tak seberapa untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan.

Wahhh..kemain eksyen lagi saya yer..maklumlah suami saya awal benar bayar zakat tahun ni. Jumaat lepas lagi dia dah bayar. Kadar bayaran Zakat kat KL ni seorang RM7. Kat kedah pun sama kan??So, jumlah kami seramai 5 beranak ni RM 35 la kan. Tak pe...apa la sangat nilai yang sebanyak tu kalo nak dibandingkan dgn jumlah persiapan yang kita belanjakan untuk perayaan ni kan. Sama-samalah kita membantu pada yang memerlukan.

Bagi yang belum bayar, dan tak tahu berapa kadar bayaran zakat fitrah kat negeri korang. Boleh rujuk kat jadual bawah ni yer...makasih kat kakak ni...

Masalah ibu jari

Dua hari lepas pihak KWSP datang ke opis saya. Dan masa2 mcm ni la saya ambil peluang nak update penamaan untuk pewaris KWSP saya nnt kan. Mana tau, ajal dan maut kan di tangan Tuhan. Walaupun KWSP dengan opis saya ni bukan lah jauh mana pun, tapi kalo nak jalan semata2 nak update status ni , mmg payah la. Tapi kalo suh jalan2 pi SOGO..mmg cepat je...

Jangan ingat saya sorang je perangai mcm tu, boleh katakan majoriti staff kat opis ni mempunyai perangai yang serupa. Ramai betul staff yang ambil peluang pada hari tu nak update penamaan, buat i account dan tak kurang juga nak print penyata caruman. Giler "rajin" staff kat sini kan. hehehe


Tapi masalah saya yang satu ni, selalu berlaku kalau ianya melibatkan cap jari. Memang susah. Sejak dah kahwin ni, cap jari saya hilang je. Dulu masa nak buat pengeluaran KWSP untuk perumahan pun susah, sampai kena melibatkan pihak JPN. Nak tukar kad ATM maybank ke e-debit maybank pun tak berjaya buat gara2 cap jari saya tak boleh diproses. So, saya dah agak dah, permohonan untuk penamaan ni pun sure ada masalah.




Dan tekaan saya mengena. Elok saya Cop je ibu jari saya kat borang tu, adik yang tolong proses permohonan tu tanya "err..jari akak memang mengelupas yer kak??" Saya angguk je la. Pastu saya tanya, "ada masalah ke dik?". Dia jawab, "tak pe, saya cuba hantar dulu permohonan akak ni, tapi kalo cap jari akak ni tak dapat di trace, akak kena la datang ke pejabat KWSP yer". Hmmm...see, igt nak memudahkan urusan, tak mo pegi pejabat derang. Tup2 akibat jari bermasalah ni, kemungkinan besar kena jugak menapak ke sana. Sian anak2 saya kan?? nak bagi harta peninggalan pun susah....

Wednesday, August 18, 2010

Sejuk tak??

Sejuk tak perut ibu mengandung kalo saksikan situasi kat bawah ni???

sedang bersolat berjemaah sambil diawasi gurunya


Sejuk kan?? Damai je rasa..harap2 berkekalan sampai ke akhir hayat. Aminn...
Best la sekolah anak saya ni. Cikgu dia pun baik..didikan yang diberikan sempurna. Merangkumi segala aspek termasuk keagamaan. Oh lupa nak bgtau, bagi mereka yang tak tau, anak saya ni bersekolah di Tadika KEMAS WPKL. Baguskan tadika ni??

Kejadian ni berlaku kelmarin, masa saya nak ambil anak saya pulang dari sekolah. Masa tu dia tgh solat Asar. Saya tanya, zohor tadi solat tak?? dia jwb solat!! Syukur Alhamdulillah. Yerlah, kalo nak harapkan saya, time cuti je la boleh ajar anak2 saya ni solat betul2 ikut waktu. Terima kasih sangat2 kat warga pendidik tadika ni. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

p/s: Kelmarin jugak abg long berjaya berpuasa 1 hari cukup..walaupun hampir2 buka :)

Kehidupan

Apa yang kita inginkan dalam sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini???
Keluarga yang bahagia??
Kasih sayang yang cukup??
Anak2 yang sihat, berakhlak dan ceria??
Mempunyai rumah dan kereta??

Pasti kita semua mahukan semua itu bukan??? Kalau tanya saya, saya pun jawab "sudah tentu"

Tapi tanpa kita sedar, walaupun kita memiliki semua itu, pernahkah kita fikirkan perasaan pasangan kita dan anak2 kita?? Adakah mereka bahagia??

Bayangkan bagaimana perasaan mereka kalau setiap kali bangun tidur, muka kita masam mencuka, tergopoh gapah berjalan dalam rumah dari satu bilik ke satu bilik tanpa sebarang senyuman terpalit dimuka?? Tinggikan suara pada pasangan dan anak2 yang kononnya mereka menyebabkan kita lewat untuk ke tempat kerja. Memandu kereta secara tergopoh gapah (bagi yang memandu) tanpa memikirkan keselamatan diri dan keluarga. Tidak bercakap hatta satu patah perkataan pun semasa bersama2 di dalam kereta. Apa perasaan mereka??

Mungkin di peringkat permulaan, mereka akan terkejut sebentar dan berfikir, yang mmg mereka penyebab kemarahan kita pada hari itu....tapi kemudian jika keadaan kita berterusan begini, tidakkah kita fikirkan bahawa mereka juga mempunyai perasaan?? Sedarkah kita bahawa kita sedang mengguris perasaan mereka dan secara berpanjangan menyebabkan luka yang kita goreskan itu semakin mendalam?? Tapi, kita sentiasa me 'war-warkan' yang "Alhamdulillah, keluarga aku memahami aku, dan aku bahagia mempunyai mereka." Ya, kita bahagia hanya bagi pandangan kita..tapiiii..bahagiakah mereka???

Pulang dari kerja. Kita masih begitu. Kononnya hanya kita yang penat. Muka kita masih payah untuk mempamerkan senyuman. Sedangkan jika bersama teman2 boleh pula kita senyum sampai ketelinga..boleh pula melepak sampai ke tengah malam..tak penatkah?? Sampai dirumah terus membisukan diri di bilik. Sedangkan anak2 kita pula, masa2 itu juga lah meguji kesabaran kita. Mahukan itu dan ini, ajak kita bersama2 mereka, bermain2 dgn mereka..tp apa reaksi kita??? Sudah tentu menengking mereka bukan?? Nah!! sekali lagi mereka terguris. Nama pun kanak2 bukan?? Bukan mereka tahu dan faham pun erti kepenatan kita. Jadi patutkah kita bertindak sebegitu terhadap mereka??

Tiba hari minggu. Hari yang paling ditunggu2 oleh anak2 kita. Kononnya pada hari2 itulah mereka akan dapat 24jam masa berharga bersama kita. Tapi adakah kita sekali lagi fikirkan perasaan mereka?? Saya rasa tidak!!! Rata2 ibu bapa hari ini adalah ibu bapa yang bekerjaya. Jadi hari minggu yang indah untuk kita bergembira bersama keluarga kita, kita cuma habiskan di atas katil. Konon mahu membalas dendam setelah 5 hari kita terpaksa bangun awal pagi dan keluar dari rumah demi semata2 untuk mengelakkan kesesakan lalulintas untuk ke tempat kerja. Jadi buat apa kita harus korbankan hari minggu kita yang begitu berharga bagi kita semata2 untuk beriadah bersama2 keluarga?? Buang masa bukan?? Tapi itu, cuma difikiran kita..bagaimana dgn fikiran anak2 kita?? Dapatkah kita tafsirkan??


Tepuk dada tanya selera!! Kita mungkin memiliki mereka hari ini, tapi tak mustahil jika satu hari nanti, kita mungkin akan kehilangan mereka tanpa kita sedar. Ingatlah!! mereka manusia seperti kita, punya hati dan perasaan sama seperti kita. Punya nafsu dan amarah juga seperti kita...dan kesabaran mereka pun ada batasannya. Janganlah kita cuba hilangkan atau cabar batas kesabaran mereka. Jagalah mereka sepenuhnya sementara kita masih memilikinya!!

P/s: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian..tiada gunanya

Menang contest!!

Wahh..menang contest wa cakap lu!!! Tapi bukan juara pun, pemenang tempat kedua je. Tu pun dgn secara tak malunya..hehehe

Ceritanya macam ni, kawan seopis saya ni buat satu contest kat blog beliau. Hadiah tempat pertama tu mmg saya minat sesangat, tapi nak join malu la plk. Sbb kalo dia tak kenal saya, ok kot..saya gamble je masuk contest tu. Tp disebabkan dia kenal saya, dan saya pun kenal dia, suami dia dan anak2 dia..cam "alamak..malunya aku nak join contest ni". Tapi kata org, kalo rezeki tak kemana kan. Tiba2 masa tarikh tutup contest tu diumumkan, dia buat satu pengumuman, sape nak menang tempat kedua dan ketiga..komen je kat entry dia. Wahh!!! perkara mudah ni, dgn penuh rasa ketebalan dimuka, saya pun komen je kat blog dia. Dan Syukur...saya menjadi pemenang kedua. Yeay!!! Thanks Erin.

Korang nak tahu hadiah apa yg berjaya saya miliki??? tgk gambar kat bawah yer.
rajin tul Erin..siap bungkus lagi :)



Ini la dia..comel kan??


dan diberi bersama kad yang comel jugak


Tapiiii..masa saya buka hadiah saya ni. Kawan kat sebelah saya ni cakap "eiiii..tak malu nya ko!!!" jeles la tu *bluwek*
hehehehehe

Tuesday, August 17, 2010

Aktiviti weekend si Dia

Siapakah si dia yang dimaksudkan?? Sapa lagi kalo bukan anak teruna sulung saya ni. Weekend lepas, saya tak kejut pun dia sahur. Lagi pun, saya rasa, tak payah la puasa..sbb masa hr khamis lepas sian sungguh saya tgk keadaan dia, ambil je kat sekolah, dgn muka masam dia cakap "cikgu tak bagi minum air..abg long haus sangat mama" ..wahh syahdunya saya tgk. Saya tanya tak leh tahan ke?? sbb masa tu kul 4.40pm. Dia geleng2 lemah. Dia cakap "nak minum air masak je" saya cakap ok. Satgi minum la.

Elok sampai kat petronas igt nak turun gi beli air kat dia jap. Tapi kebetulan petronas tu bg free mineral water. Terus saya suh dia turun dan ambik sendiri. Tak sampai 2 minit..licin..tu diaaa..hausnya dia..sian sungguh. Sejak hari tu saya tak paksa dah dia puasa. Ikut dia la, kalo larat puasa la..tak larat, tak payah. Kecik lagi kan?? Saya rasa masa saya sebaya dia pun saya belum puasa kot.entahla..tak igt pulak.



So, weekend lepas mmg dia tak puasa pun. Tapi dia tak makan. Minum je..puasa cara dia la kot, gamaknya la. So sedari awal pagi dia bangun. Mmg awal tau dia bangun kalo time cuti sekolah, kadang2 belum pukul 7 pagi dia dah bangun buka tv. Tgk Playhouse disney channel. Pastu dia mandi, terus dia on PC dan main game dari pukul 10 pagi sampai ke petang. Tu dia..adik2 mmg  dia tolak tepi la...hari tu PC tu hak dia sorang.

Masa saya amibil gambar ni dia perasan. Dia toleh tanya saya, "naper mama ambil gambar abg long??" saya senyum je..tapi abah dia jawab "mama dah jadi mamarazzi". hehehe..wat ever la..saya tak kisah pun :)

Monday, August 16, 2010

Saspen..saspen...tolong!!!

Korang saspen tak..kalo dari korang kecik, dari tadika ke sekolah rendah dan ke sekolah menengah sehingga masuk universiti dan seterusnya sampai ke alam pekerjaan..korang tak pernah ada kawan yang namanya sebijik dgn nama korang tup2 arg yang nama dia sebijik ngan nama korang tu nak add korang dlm FB??? Saspen tak??saspen tak??

Hahaha..yer..sila gelakkan saya. Saya saspen owh..buka FB dari malam sabtu tgk ada org nak add saya, tgk lagi..alamak..nama dia sebijik nama saya..puas saya recall semua memori saya sedari zaman anak kecik sehingga sekarang, dan setahu saya, saya tak de kawan dan tak pernah kenal atau berkenalan dgn org yang bernama "Farihah" . Sampai tak tido malam saya dibuatnya dok pikir benda yang satu ni. Ishh mengong tul palaotaksayamalamtu.

Tapi tu la...dari kecik sampai sekarang, saya bangga sangat dengan nama saya. Terima kasih kat mak abah saya yang letakkan nama ringkas dgn maksud yang elok tuk saya. Masa saya kecik2 dulu, mmg nama saya dikira unik la..tak ramai orang dgn nama tu..rasa macam saya sorang je pemilik nama tu...tapi sekarang dah banyak dah...sob..sob..sedih. *giler kedekut kan..walaupun saya tau nama tu bukan hak saya seorang*

Tapi hari ni syukur, masalah saya terungkai..erkk pelik ke kenapa saya anggap benda ni masalah?? Ye la, mula-mula saya rasa, dia ni salah add org kot, ignore je lah. Pastu terperasan ada 3 mutual friend dia, dan kesemuanya  kawan2 saya masa kat UiTM dulu. Pastu mula la syak bukan2..eh, dia ni saja amik nama aku sbb nak kelirukan kawan2 aku ke?? Pastu terdetik nak YM kawan saya ni hr Isnin ni (hari ni la). Tup2 hari ni saya tgk mutual friend dah bertambah jadi 5..mula la saya terasa makin saspen. Terus on YM tanya kawan saya.

Jawapan kawan saya masa mula2 saya tanya pun buat saya bertambah suspen.

k'are
kami nak tya
kat FB
nama Fa Riha tu sapa?
dia nak add kami, dan kami nmpk k'are kawan ngan dia
sape dia tu ek?

Dia jawap:
aik...sat k'are cek tgk
Huish..boleh dia jwb mcm tu..kompom la saya bertambah suspen kan. Takkan kawan saya tak perasan dan tak igt yang dia ada kawan lain yang nama kawan dia sebijik nama saya???
Pastu jawapan dia seterusnya buat saya lega:


ooo...tu kawan sek men k'are
nama dia farihah jugak

Hehehe...legaaa..biol kan saya?? tapi tak kisah..sbb saya mmg tak de kawan yang nama dia macam nama saya..lalalalalala...

Ada apa dgn puasa

Selepas saya buat entry tentang latihan puasa untuk anak2 saya. Saya dikejutkan teguran dari adik saya yang berbunyi begini:
"ok lah tu..mgkin pasni kena mntopkan ibdah solat..sblum mlgkh lbih jauh ke ibdah puasa..solat kn rukun islam kedua..posa ketiga..pa2 pun..thniah!!"
Owh..terima kasih adikku kerana menyedarkan kakakmu ini dari terus mengelamun.



Baru saya tersedar, kenapa yer?? saya terlalu agak tergesa2 nak latih anak saya berpuasa?? Padahal puasa ni mmg rukun Islam ketiga, Rukun Islam pertama iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, Insya Allah, anak2 saya dah buat, rukun Islam kedua Sembahyang 5 waktu...err yang tu saya belum sempurna untuk mendidiknya, tapi syukur, setakat ini, Solat maghrib mmg tak pernah missed, selalu berjemaah bersama. Tapi sekadar maghrib saja..cukupkah??? Ada lagi 4 waktu yang belum dapat saya ajar sepenuhnya. Tup2 nak gesa suh derang puasa lak kan?? Padahal rasanya anak2 saya ni belum tau dah faham sepenuhnya hakikat dan nikmat berpuasa.

Tapi saya tak nafikan, bukan saya sorang je buat perkara mcm ni kan?? Ramai lagi kat luar sana yang seperti saya, jika masih anak2 kecil, berpuasa tapi tak solat, masih boleh dimaafkan. Tapi hakikatnya sekarang ramai je org2 dewasa yang kononnya berpuasa bagi nak rak..terawih pun tak kurang tak pernah tinggal, tapi..ibadah yang fardhu dan tiang agama iatu solat 5 waktu ditinggalkan begitu saja tanpa rasa bersalah. Nauzubillah.

Di mana kita pandang hakikat ramadhan ini sebenarnya?? Adakah betul2 sebagai rukun Islam yang wajib ditunaikan atau sekadar merayakan satu pesta sahaja?? Tepuk dada..tanya iman...


p/s: Sekadar teguran untuk diri sendiri

Friday, August 13, 2010

Sekolah Baru Aina

Alhamdulillah setelah lama saya booking sekolah ni tuk Aina. Akhirnya permintaan saya tertunai. Ssh sebenarnya nak masukkan anak kat sekolah ni. Walaupun sekolah biasa saja. Tapi permintaan tinggi mcm nak masukkan anak ke sekolah asrama penuh. Saya booking ni pun dari tahun lepas, mujur ada satu lagi kekosongan. Kalo saya tolak, mmg rezeki untuk org lain la.



Mesti korang tertanya2 kan..sekolah apa yang saya maksudkan?? Lagipun Aina baru nak genap 2 tahun November ni, takkan dah nak disekolahkan?? Sebenarnya bukan sekolah betul2 pun, cuma taska je. Satu tempat dgn abang2 dia. Senang la bagi saya. Hantar kat satu tempat je, dan paling penting, dekat dgn opis saya..apa2 hal..senang saya jengok anak2 saya ni.

Anak2 saya ni, cuma tadika KEMAS je. Ada yang tertanya2...kenapa saya hantar anak kat tadika kemas je?? Pandai ke budak2 tu?? Tapi pelik, org tu tanya kat orang lain, meh la tanya saya sendiri. Saya boleh explainkan. Alhamdulillah, selama anak2 saya kat sekolah tu, derang tahu jugak membaca, menulis, mengira, bergaul dalam bahasa inggeris malah lebih pandai dari saya. Tahu tentang pendidikan Islam, membaca surah2 lazim, amik air sembahyang dan menunaikan sembahyang.

Lagipun mereka masih peringkat pra sekolah..apalah sangat nak ditekankan emosi derang kan. Sampai hantar tusyen segala. Bagi saya itu semua hak individu. Saya tak sampai tahap tu kot. Biarlah derang enjoy dan puas main dulu. Saya dan adik beradik saya pun tadika KEMAS jugak dulu. Alhamdulillah, semua berjaya. So, akak..jaga la anak akak yer, tak payah risaukan anak2 saya. Derang ok. Anyway, terima kasih sbb concernkan nasib anak2 saya.

Ok, berbalik pada cerita Aina. Dalam borang ni nak 3 keping gambar Aina bersaiz pasport. Kalo nak bawa dia amik gambar kat kedai, saya yakin, dia pasti tak nak. So, terpaksa saya belek satu persatu gambar solo dia. Dah dapat yang senyum tp blur pulak.



Last2 terpaksa amik gambar monyok ni..cuma ini je yang jelas.

 monyok je kan??


Lepas ni senang sikit hati saya, semua anak2 dah kat satu tempat. Alhamdulillah.

Juadah berbuka

Petang semalam. Saya update status FB saya mcm ni

"Saya berazam mahu memasak juadah berbuka pada hari ini. Semoga saya berjaya...Terima kasih."
Nak tahu saya berjaya atau tidak??? hehehe

Alhamdulillah, saya berjaya. Lagi pun bukan masakan yang susah2 pun. Masakan yang saya buat semalam simple je. Cukup la memenuhi citarasa berbuka saya dan suami.

Taraaaa...jangan salah sangka yer..itu bukan pulut kuning. Tapi nasi beriani ala2 takut...sbb saya pakai beras biasa je..nak beli beras basmathi mcm membazir je. Yer la, ntah bila tahun lagi saya nak masak nasi beriani lagi kan??

Dimakan bersama sup daging simple tapi sedap..hehehe...pelik tak nasi beriani makan ngan sup?? Tapi saya dan anak2 suka, rasanya... suami saya yang kurang gemar kot..sbb dia suka makan pedas2. Len kali nak buat ayam masak merah pulak. Mula2, saya igt nak cicah daging sup dgn cili padi kicap. Tapi petang smlm saya gi cafe kat opis beli ayam panggang ni, ada sekali ngan air asam. So, cicah dgn air asam tu dah la yer?? tapi rasanya menghampakan. Kesian untuk kali kedua buat suami saya, tiada masakan pedas untuknya...maafkan isterimu ini yer bang...hehehe

ayam yang saya panggang semula di rumah

Selesai masak, saya terus g mandi siap2 tuk berbuka. Tapi keluar je bilik, sayunya saya tgk anak dara saya ni tertido kepenatan tunggu mama dia masak, tanpa bantal lak tu..sob sob

mama yang masak, dia pulak yang penat.siannya...


Kuih apa pulak yer tuk berbuka semalam???

Saya beli ni kat cafe
pizza cafe. Pun saya yang bakar, sbb budak kat cafe tu tak sempat bakar

Tapi akhirnya saya tak makan pun barang sekeping. Sbb kenyang sangat. Saya pun pelik tahun ni. Kalo saya berbuka dgn kuih dulu, pasti saya akan makan nasi seciput jer..tp kalo berbuka dgn nasi dulu, alamatnya kuih terbengkalai. Sekian sudah.

Hari ni nak masak ke..nak beli ek??? malas betul nak ke bazar ramadhan.

Thursday, August 12, 2010

Berjaya tak??

Petang semalam saya sangat teruja nak ambil anak2 kat sekolah. Tak sabar nak tahu samada anak2 bujang saya masih berpuasa atau tidak. Tepat jam 4.30 petang, saya terus shut down PC. Sesampai je kat sekolah derang, soalan pertama saya


"Mcm mana hari ni?? Abg long puasa lagi tak??"
"Puasa" Jawabnya...
Alhamdulillah, rasa happy sangat dalam hati saya.
"tapiii..."dia teruskan kata2nya. "Abg long makan chipsmore tadi"
erk??? saya terkedu "kalo dah makan, abg long dah tak puasa la maksudnya..tak pe la..esok cuba lagi yer"
Dia angguk.



Tanya pula kat anak kedua saya
"Angah puasa ke tak??"
"Puasa...tapi tadi angah makan chipsmore jugak"
hehehe..kelakar tul anak2 saya ni.
Pastu dia tya lagi "angah lapar la mama, mama beli makanan tak untuk angah?"
Saya jawab "kata puasa, mana boleh makan"
Terus dia menangis sbb kelaparan katanya.



Pagi tadi, saya masih kejutkan abg long untuk bangun bersahur. Tapi saya tak kejut Angah pun. Tak pe la..dia kecik lagi, fikir saya. Tapi, sangkaan saya melesat pagi td bila saya hantar derang pergi sekolah. Saya tanya cikgu derang pukul berapa derang buka posa semalam??

Jawab cikgu derang
"Abg buka awal lagi, pukul 10 pg dah nak makan. Tapi adik tahan, dia cakap dia nak posa, tapi last2 kul 12 dia lapar, dia minta buka"
Lorr..bagusnya angah...terus terasa sangat bersalah sbb tak kejutkan dia sahur tadi. Tak tau la apa pulak cerita hari ni. Tapi saya dah banyak kali pesan kat abg long, cuba tahan ok..jangan lari2 sgt, nnt haus. Cuba at least sampai tgh hari.

So, saya cuma mampu tunggu dan lihat apa hasilnya petang nnt.

Wednesday, August 11, 2010

Puasa anak kecil

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.


credit: google

Wah..sekejap je masa berlalu kan. Tup2 dah sampai bulan puasa yang mulia ni. Selamat berpuasa buat korang semua. Suci2kan hati dan minda kita dari segala anasir2 jahat yer kawan2.

Diam tak diam, anak sulung saya dah berusia 6 tahun. Mmg saya dah niat nak latih dia berpuasa tahun ni. Alhamdulillah dia pun setuju. So malam tadi, saya dah bagi tazkirah2 kecil buat anak2 kecil saya ni. Dan perkara paling utama, saya wajibkan diorang masuk tido pukul 9 malam. Sbb nnt kul 5 pagi nak bangun bersahur pulak kan. Sian pulak kalo ngantuk, sure tak de selera nak makan.

Maka lebih kurang kul 5 pagi tadi, saya pun bangun, masak nasi, sambil goreng roti canai untuk anak sulung saya tu, saya terus masuk bilik dia. Kejutkan dia perlahan2, sbb tak nak bagi angah bangun. yer la, angah baru 4 tahun, rasa mcm dia tak mampu lagi nak puasa kot.

mak aii...heppinya bangun sahur, kalo saya dulu, dah terliat2 dah. Alhamdulillah dipermudahkan...
"bang long..bang long..bangun, sahur sayang" saya kejut sambil goyang2 badan dia sikit
"yeay!!!" tetiba dia bersuara girang.


Saya terus ke dapur balik, sambil goreng telur, saya hidangkan roti canai panas dgn kari utk abg long dulu. Tapi rupa2nya, angah pun dah bangun sekali.

"Angah nak puasa ke??"
"nak". jawabnya
"Angah nak makan apa?? nasi ke??"
"a'a..nasi ngan kicap" jawabnya sambil gosok2 mata.
sian anak2 mama ni.


Tak tau la apa kesudahan puasa derang hari ni. Harap2 bertahan sampai berbuka la hendaknya. Tapi kalo angah tak larat, saya dah pesan kat cikgu dia, bagi je dia makan. Angah kan kecik lagi...tp dia teringin nak puasa sebab abg long dia puasa. Alhamdulillah.

Tuesday, August 3, 2010

Majlis Makan Malam

Dah 8 tahun saya kerja sini. Sekali pun saya tak pernah missed nak hadiri Majlis Makan Malam Tahunan (MMMT) kat tempat kerja saya ni. Dari zaman anak dara, sampailah dah jadi mak teruna dan dara ni, sekali pun tak pernah missed lagi. MMMT tahun ni, baru je berlangsung weekend lepas di One World Hotel. Actually, dinner ni berlangsung dua malam berturut-turut, so, mmg staff kat department saya kena cabut undi tuk tentukan kedudukan di malam pertama atau kedua. Syukur, saya dapat malam pertama. Kalo malam kedua..mmg penat la kot, sbb esoknya pagi2 kena bgn awal pegi opis lak. Dan dah tentu saya tak akan pergi dinner ni.

MMMT kali ni jugak terdapat menu baru dari menu sedia ada. Kalo dulu, staff cuma boleh pilih antara Makanan Melayu, Chinese dan Vegetarian sahaja. Tapi kali ni dah dimasukkan sekali makanan Barat dan juga makanan jepun. Kalo ikut hati saya, nak pilih jepun. Tapi sian plk suami saya, takut tak tertelan plk. Maka ktorg pilih makanan barat. Saja la nak tukar selera kan.

Mari kita lihat dahulu gambar makanan yang saya makan malam tu:-

appetiser


Soup..yg ni sedap


main course saya, Ikan salmon

main course suami saya, lamb. Tapi byk lemak je :(


Dessert, yang ni pun sedap


Nmpak menarik tak??? Tapi, itulah..sesal dahulu pendapatan kan..sesal kemudian..kena telan jugak. Dah nama pun western food, tp nak dimakan oleh tekak melayu jati..mmg tak dapat la nak tolong kan. Memula dapat je appetiser dalam portion yang ciput tu. Suami saya dah bisik "balik ni kita singgah mamak ek??" hehehe. Saya angguk je. Tapi lepas dah makan sampai ke dessert tu, Alhamdulillah, kenyang. Cuma still tak menepati citarasa kami berdua la.




stage dari kedudukan meja saya


Lepas selesai makan, muncul la artis mlm tu. Artis yang dinanti2 ramai. Bukan yang dinantikan saya :)Kebetulan meja saya betul2 sebelah karpet merah dan dekat dgn pintu masuk. Saya pun dah get ready kamera tuk amik gambar artis jemputan tu. Tapi bukan tuk saya pun. Saya amik sekeping ni je, untuk tatapan pembaca blog ni. Yang minat dia la. Elok dia masuk je, saya terus keluar dari dewan. Mmg tak tgk pun Anuar Zain perform malam tu. Lagipun, dulu opis saya ni dah pernah jemput Anuar Zain ni. So, baik saya keluar dewan dan amik gambar dengan artis lain plk kan??


Taraaaaaa...inilah artis yang saya maksudkan. Kawan saya ni dah layak digelar artis sebab dah 2 tahun berturut2 buat performance untuk MMMT. Dan performance yang jauh lebih bagus dari artis jemputan.. hehehe


Dan juga dgn artis di pujaan hati saya ni...:) Jauh lebih hensem dari Anuar Zain kan??? Ya ampun peminat anuar.


Oh ya, setiap tahun, mmg ktorg akan dapat door gift. Dan doorgift malam tu adalah berupa MP3 player. Tapi dah selamat ke tangan anak2 saya. Lagu apa la yang derang nak dgr sangat ntah. Sampai2 je kat rmh, terus derang mintak mp3 ni kat derang. Amik je la anak2 mama.

Overall, saya rasa MMMT last year, much2 better than this year. Tahun ni, tak dapat pun lucky draw. Tak pe la..rezeki org lain kan. Apa2 pun, kita enjoyyyy!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...