Tuesday, August 3, 2010

Majlis Makan Malam

Dah 8 tahun saya kerja sini. Sekali pun saya tak pernah missed nak hadiri Majlis Makan Malam Tahunan (MMMT) kat tempat kerja saya ni. Dari zaman anak dara, sampailah dah jadi mak teruna dan dara ni, sekali pun tak pernah missed lagi. MMMT tahun ni, baru je berlangsung weekend lepas di One World Hotel. Actually, dinner ni berlangsung dua malam berturut-turut, so, mmg staff kat department saya kena cabut undi tuk tentukan kedudukan di malam pertama atau kedua. Syukur, saya dapat malam pertama. Kalo malam kedua..mmg penat la kot, sbb esoknya pagi2 kena bgn awal pegi opis lak. Dan dah tentu saya tak akan pergi dinner ni.

MMMT kali ni jugak terdapat menu baru dari menu sedia ada. Kalo dulu, staff cuma boleh pilih antara Makanan Melayu, Chinese dan Vegetarian sahaja. Tapi kali ni dah dimasukkan sekali makanan Barat dan juga makanan jepun. Kalo ikut hati saya, nak pilih jepun. Tapi sian plk suami saya, takut tak tertelan plk. Maka ktorg pilih makanan barat. Saja la nak tukar selera kan.

Mari kita lihat dahulu gambar makanan yang saya makan malam tu:-

appetiser


Soup..yg ni sedap


main course saya, Ikan salmon

main course suami saya, lamb. Tapi byk lemak je :(


Dessert, yang ni pun sedap


Nmpak menarik tak??? Tapi, itulah..sesal dahulu pendapatan kan..sesal kemudian..kena telan jugak. Dah nama pun western food, tp nak dimakan oleh tekak melayu jati..mmg tak dapat la nak tolong kan. Memula dapat je appetiser dalam portion yang ciput tu. Suami saya dah bisik "balik ni kita singgah mamak ek??" hehehe. Saya angguk je. Tapi lepas dah makan sampai ke dessert tu, Alhamdulillah, kenyang. Cuma still tak menepati citarasa kami berdua la.




stage dari kedudukan meja saya


Lepas selesai makan, muncul la artis mlm tu. Artis yang dinanti2 ramai. Bukan yang dinantikan saya :)Kebetulan meja saya betul2 sebelah karpet merah dan dekat dgn pintu masuk. Saya pun dah get ready kamera tuk amik gambar artis jemputan tu. Tapi bukan tuk saya pun. Saya amik sekeping ni je, untuk tatapan pembaca blog ni. Yang minat dia la. Elok dia masuk je, saya terus keluar dari dewan. Mmg tak tgk pun Anuar Zain perform malam tu. Lagipun, dulu opis saya ni dah pernah jemput Anuar Zain ni. So, baik saya keluar dewan dan amik gambar dengan artis lain plk kan??


Taraaaaaa...inilah artis yang saya maksudkan. Kawan saya ni dah layak digelar artis sebab dah 2 tahun berturut2 buat performance untuk MMMT. Dan performance yang jauh lebih bagus dari artis jemputan.. hehehe


Dan juga dgn artis di pujaan hati saya ni...:) Jauh lebih hensem dari Anuar Zain kan??? Ya ampun peminat anuar.


Oh ya, setiap tahun, mmg ktorg akan dapat door gift. Dan doorgift malam tu adalah berupa MP3 player. Tapi dah selamat ke tangan anak2 saya. Lagu apa la yang derang nak dgr sangat ntah. Sampai2 je kat rmh, terus derang mintak mp3 ni kat derang. Amik je la anak2 mama.

Overall, saya rasa MMMT last year, much2 better than this year. Tahun ni, tak dapat pun lucky draw. Tak pe la..rezeki org lain kan. Apa2 pun, kita enjoyyyy!!!!

2 comments:

Laizan said...

klu kak izan, dah kebulur dah tu....hahahaha.....

Farihah said...

@Adieyzan hehehe..farihah pun mula2 igt mcm tu..tu yg dah set mamak dah tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...